Sunday 31 July 2011

0 Jejak Rasulullah Saw Dalam Menyambut Bulan Suci Ramadhan






Bulan Ramadhan adalah bulan suci yang penuh dengan keberkahan dan keutamaan. Orang mukmin dianjurkan untuk meraih sebaik-baiknya, dan sebanyak-banyaknya kesempatan dalam berbuat kebajikan apapun bentuknya. Bila kita menelusuri jejak Rasululah saw. dalam menyambut bulan suci Ramadhan ini, maka akan kita dapati hal-hal sbb:
1. Beliau selalu bergegas memenuhi panggilan kebaikan, seperti shalat berjama’ah, shalat sunnah, mengeluarkan sedekah, membaca al-Qur’an dan sebagainya.Beliau bersabda:
“Apabila datang malam pertama bulan Ramadhan,dibelenggulah syetan dan jin, ditutuplah pintu-pintu neraka, dan dibukalah pintu-pintu surga, kemudian diserukan: wahai orang yang mendambakan kebaikan, datanglah!! dan wahai orang yang tak suka kebaikan, bermalaslah!! (artinya, engganlah memperbanyak amalmu). Dan sesungguhnya dalam bulan Ramadhan ini setiap malamnya Allah swt. membebaskan orang-orang yang dikehendakiNYA dari api neraka. (Hadis riwayat Imam al-Turmudzi)
2. Melipatgandakan amal perbuatan yang baik, baik yang fardlu maupun yang sunnah. Diriwayatkan oleh Salman, bahwa pada suatu hari di penghujung bulan Sya’ban Rasulullah saw. bersabda;
“Wahai sekalian manusia, telah datang kepadamu bulan yang agung, penuh keberkahan, di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan; diwajibkan padanya puasa; dan dianjurkan untuk menghidupkan malam-malamnya. Maka barang siapa yang mengerjakan satu kebajikan pada bulan ini, seolah-olah ia mengerjakan satu perintah kewajiban di bulan lain, dan siapa yang mengerjakan ibadah yang wajib,seakan-akan ia mengerjakan tujuh puluh kali kewajiban tersebut di bulan yang lain.”
Begitulah pahala mengerjakan ibadah sunnah sama dengan pahala mengerjakan ibadah wajib, sedangkan ibadah wajib akan dibalas tujuh puluh kali lipat pahalanya.
3. Beliau sangat pemurah dan sangat gemar bersedekah serta memberi makan orang yang berpuasa. Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhary ra., bahwa Rasulullah saw. adalah orang yang paling pemurah, lebih-lebih pada bulan Ramadhan. Dilukiskan bahwa kebaikan beliau bagaikan hembusan angin yang lembut, membawa banyak karunia, menabur kegembiraan di hati orang mukmin. Diriwayatkan pula bahwa beliau sangat penderma, bahkan tidak pernah menolak permintaan apapun yang diajukan ke beliau.
4. Banyak berdo’a, terutama ketika hendak berbuka puasa. Beliau bersabda:
“Saat-saat berbuka adalah saat yang paling tepat dan mujarab bagi orang yang berpuasa untuk berdoa.” Dan doa yang selalu diucapkan ketika berdoa adalah “Ya Allah, hanya karenamu aku berpuasa, dan dengan rizkimu aku berbuka, telah hilang haus dan dahaga, maka tetap hauslah pahala bagiku, ya Allah!!”.
5. Selalu tadarus (membaca al-Qur’an). Setiap malam bulan Ramadhan Malaikat Jibril as. selalu datang menemui Rasulullah saw., dan bersama-sama membaca al-Qur’an, silih berganti. Hikmah tadarus Rasulullah di antaranya adalah untuk mengajarkan umatnya agar rajin membaca al-Qur’an atau tadarus, terutama di bulan suci Ramadhan itu, di setiap waktu, apalagi di malam hari, dan ketika mengerjakan salat malam (tahajjud).
6. Meningkatkan gairah ibadahnya terutama pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Hal mana dilaksanakan untuk meraih terutama lailatul qadar. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda:
“Barangsiapa yang beribadah pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan harapan, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah ia lakukan.” Seperti kita ketahui, bahwa ibadah pada malam ini sama nilainya dengan kita beribadah seribu bulan lamanya. Dan doa yang paling afdhol (paling utama) diucapkan pada malam itu adalah: “Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun dan Pemurah serta sangat suka memaafkan. Maka ampunilah kesalahan-kesalahan kami, ya Allah. (Allaahumma innaka ‘afuwwun kariim, tuhibbu al-’afwa fa’fu ‘annaa yaa kariim).
Diriwayatkan: barang siapa yang salat Maghrib dan Isya’ berjama’ah pada malam Lailatul Qadar itu, maka ia telah mendapatkan sebagian besar keutamaan malam Lailatul Qadar itu. Riwayat yang lain mengatakan, “Siapa yang salat Isya’ berjama’ah pada malam Lailatul Qadar itu, seakan-akan ia telah menghidupkan separoh malam tersebut, dan bila ia menunaikan salat Subuhnya, maka ia telah menyempurnakan seluruh malam Lailatur Qadar tersebut.
Itulah beberapa jejak Rasulullah saw. pada bulan Ramadhan, yang pada dasarnya beliau mengajarkan umatnya agar bersungguh-sungguh meraih kebaikan-kebaikan yang ada padanya, dengan berbuat keta’atan, kebaikan, ibadah, terutama ibadah-ibadah sosial, seperti menolong orang lain, meringankan beban hidup orang lain, menyantuni anak yatim dan orang-orang yang papa atau memberi makan orang yang akan berbuka puasa. Di samping itu beliau juga mengajarkan umatnya agar menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan munkar, makruh, dan mubah, apalagi yang haram. Bahkan beliau memperingatkan dengan sabdanya:
“Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan keji atau kotor (seperti berdusta, membicarakan orang lain atau mengadu domba), maka tidak ada artinya puasanya itu, kecuali ia hanya merasakan lapar dan dahaga saja.”
Demikianlah, semoga Allah swt. menerima dan melipatgandakan amal ibadah kita, dan semoga Allah swt. memberikan kekuatan di dalam menjalankannya. Salawat serta salam kepada Nabi kita Muhammad saw. Walhamdulillahirabbil’aalamiin.

Saturday 30 July 2011

1 rokok dan ALLAH swt






aku merokok seawal umur 13 tahun
ada cubaan untuk berhenti tetapi gagal sebab tiada pegangan yg kukuh pada masa tu
memang satu pekara yg amat susah untuk berhenti merokok
tetapi jika kita ada pegangan dan melatakan ALLAH swt yg paling tinggi dalam hati kita inshaallah ...
apa yg aku buat pada masa tu ialah aku cuba banyakan mengingati ALLAH swt di dlm hati
disamping melawan bisikan dalaman yg tak henti2 mengajak aku menghisap rokok
tiga bulan gak la aku berhempas pulas untuk tinggalkan tabiat buruk itu

pada mulanya aku beralih kepada rokok gulung kerana ia melambatkan
jika nak terpaksa menggulung baru dapat isap
pas tu  masuk bulan kedua aku dah tak bawak rokok gulung ke tempat kerja 
hanya isap di rumah ja
bulan ketiga aku tinggalkan rokok gulung dan main beli rokok batang2 pulak
waktu dirumah la ,di tempat kerja dah tak isap lagi
maknanya di rumah kalau aku nak isap rokok aku terpaksa turun tingkat 5 untuk beli rokok di kedai mamak

aku ni bukanya jenis suka naik turun n lepak kedai mamak
yg syoqnya  masa tu dalaman aku siap tolong ajar lagi dan dia tau di kedai mamak tu ada rokok buka...
'p kedai mamak kena tea tarik dan kena rokok sebatang  pas tu naik tidor la'
aku pun punya la bengong boleh ikut ajakan dalaman tu
banyak kali gak la aku terpedaya dengan hasutan dia

jadi bila diamati aku rasa sebenarnya aku tidak lawan sungguh2 bisikan yg dok ajak aku p kedai mamak
aku banyak mengingat rokok daripada mengingat ALLAH swt
lepas tu aku cuba banyakan mengingati ALLAH swt di dalam hati apabila bisikan dalaman mengajak merokok
alhamdulilah genap 3bulan aku berjaya berhenti merokok
tetapi keinginan untuk merokok masih kuat terutamanya bila ada orang isap rokok sebelah aku
dia punya bau ....huh punya la sedap kata dalaman
hampir 3tahun baru hilang perasaan tu

segalanya berpunca dihati kita
jika kita meletakan ALLAH dan RASUL tinggi didalam hati kita
inshaallah segalanya akan berjaya cuma lambat atau cepat ja  
 



Friday 29 July 2011

0 Pemuda beribu bapakan babi







Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus denganAllah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”. Allah s.w.tpun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.
“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”
Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kamipindahkan ke dalam syurga.” Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.

Thursday 28 July 2011

0 manisnya beragama






solat aku hanya ikutan tak ada sebab yg kukuh kenapa aku solat
dan aku akan tinggal solat bila sibuk (kununya) tak sibuk pun sebenarnya
hanya kerana aku ni adalah islam keturunan sebab aku dilahirkan dlm keluarga islam
jadi setelah aku cuba istiqomah berzikir dlm hati disamping menjaga solat fardu

alhamdulillah aku mula rasa seronok bersolat
hinggakan apabila selesai solat isya sementara nak tunggu tidur aku rasa nak solat lagi
tapi aku tak tau solat apa yg aku boleh buat pada waktu itu
aku pun bertanya kawan aku dan dia kata banyak solat yg kita boleh buat pada waktu malam
seperti solat taubat ,hajat ,tasbih dan witir
jadi aku tanya dia apa yg nak dibaca dalam solat2 tu
dia pun bagitau dalam solat taubat di anjurkan surah al alaq ayat 1-4 pada rakaat pertama
dan surah al fath pada rakaat kedua
solat hajat pulak ayat kursi pada rakaat pertama
dan surah al ikhlas pada rakaat kedua
solat witir dengan surah tiga qul jika 1rakaat

maka ia menjadi satu masalah besar pada aku sebab aku tak hafal surah ayat2 lazim
yg aku tau hanya surah tiga qul
terpaksalah aku pendamkan dulu minat nak solat malam kerana tak tahu nak baca surah2 berkenaan
selang sebulan lepas tu kawan aku hubungi aku dan bagitau bahawa dalam solat pekara yg wajib adalah rukun solat 13 dan antaranya ialah al fatihah ,bacaan surah lepas al fatihah bukanya wajib
punya seronok aku lepas dapat berita tu dan dah tak sabar nak tunggu malam sebab nak solat malam

Wednesday 27 July 2011

0 ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA




Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Monday 25 July 2011

1 sikap suka mendahului allah swt


aku berkerja sebagai seorang salesman mencari pasaran baru dan membekal brg2 kpd kedai2 runcit
brg2 aku agak kurang popular kerana kami dari industri IKS yg tak ada iklan di media elektronik atau media cetak .
kami bergerak sendiri tanpa bantuan dari mana2 kecuali bantuan dari ALLAH swt :)
jadi memang tak ramai taukey2 kedai yg kenal brg2 kami
setiap kali kalu ada laluan baru pasti ada peluang utk dapat kedai baru
tetapi disebabkan sifat kita yg suka mendahului ALLAH swt
kita tidak mahu mencuba dahulu pergi berjumpa dengan taukey kedai tersebut
malah kita dah pun membuat keputusan bahawa taukey kedai tersebut tak nak kan brg kita
disebabkan brg kita kurang popular dan susah nak di jual

itulah masalah kita sebernanya
suka mendahului ALLAH swt tanpa usaha  terlebih dahulu
tidak ada keyakinan pada ALLAH swt apatah lagi nak tawakal
puncanya kerana kita suka berdialog dgn dalaman kita ,sepatutnya kita berzikir mengingati  ALLAH
apabila kita banyak mengingat ALLAH ,solat kita pun akan turut seronok sebernanya dan dari situlah bantuan2 ALAH akan sampai .inshaallah

kekadang aku lawan juga apabila dalaman membisik supaya jgn pergi kedai tu ,taukey tu tak nak brg kau
baik kau pergi tempat lain ja atau ngeteh dulu
haa kekadang tu dalaman kita siap tolong ajar kita apa yg kita patut buat
masalahnya adakah kita kenal siapakah dalam kita yg selalu kita dok layan borak tu
di sini lah bahayanya ...

Saturday 23 July 2011

0 Kisah syaitan gemuk dan syaitan kurus

Add caption






Suatu ketika Abu Hurairah ra.,salah seorang sahabat nabi terkenal, bertemu dengan syaitan penggoda orang mukmin dan syaitan penggoda orang kafir. 
Syatan penggoda orang kafir itu gemuk, segar, rapi, dan memakai baju cantik. Sedangkan syatan penggoda orang mukmin kurus, kering, kusut, dan tidak berpakaian.
Syaitan gemuk itu bertanya pada syaitan penggoda kaum mukmin yang kurus, 
“Kenapa keadaanmu menyedihkan, kau kurus kering, kusut dan tidak berpakaian?”
Syaitan kurus menjawab, “Aku bertugas menggoda orang mukmin yang selalu berzikir dan membaca basmilah menyebut nama Allah. Ketika hendak makan dan minum ia membaca basmilah menyebut nama Allah, maka aku tetap lapar dan haus. Ketika memakai minyak ia menyebut nama Allah, maka aku tetap kusut. Dan ketika memakai baju ia juga menyebut nama Allah sehingga aku tetap tidak berpakaian! “

Syaitan gemuk menyahut, “Kalau begitu aku beruntung. Aku bersama orang kafir yang tidak pernah menyebut nama Allah. Pada waktu makan ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh makan bersamanya sampai puas. Ketika minum dia juga tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh ikut minum. Ketika memakai minyak ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku ikut minyakkan. Dan ketika memakai pakaian ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku ikut memakai pakaiannya.”
Begitulah, betapa agung faedah membaca basmilah. Syaitan tidak boleh ikut makan makanan orang yang membaca “Bismillahirrahmanirrahim !”
Malah dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda, bahawa rumah yang dibacakan basmilah maka setan tidak akan tinggal dan bermalam di dalamnya.
Baginda Rasulullah SAW mengajarkan agar umatnya memulakan segala perbuatan baiknya dengan membaca basmilah, menyebut nama Allah SWT. Agar perbuatannya itu benar-benar penuh berkah, tidak diganggu syatan dan mendapatkan redha dari Allah Yang Maha Rahman.Kisah Islami

Thursday 21 July 2011

0 berhala dahulu dan berhala sekarang


al quran boleh diguna pakai hingga kiamat ,jadi apakah hubung kait al quran dalam kehidupan kita hari ini ?
dulu aku baca al quran pun tak boleh jauh la kalau nak menghayatinya ,adanya tafsir al quran pun aku tak tahu
jadi apakah yg allah maksudkan dalam al quran tentang menyembah berhala ?
pada zaman dulu terang2 la berhalanya adalah patung2 yg disembah sebagai tuhan jadi pada zaman sekarang hanya cina india siam atau agama budha yg sembah berhala .tetapi mereka bukanya beragama islam dan bukanya membaca al quran
jadi kalau macam tu firman allah dalam al quran pasal sembah berhala ,kita terlepas la ya padahal kita yg beragama islam dan kita yg membaca al quran

kalau yg aku paham mcm ni
tinggi mana kedudukan allah swt didalam hati kita
adakah allah swt yg paling tinggi dalam hati kita atau benda2 kesayangan kita anak2 kita rumah kita kereta kita motor kita jam kita etc yg paling tinggi didalam hati kita

ini pengalaman aku suatu ketika dulu
aku main set stereo untuk layan muzik harganya tak payah cakap la
satu hari tu aku p la kedai sound system di ampang point ,borak2 dgn taukey kedai tu dan dia pun promote la kat aku satu kabel interconnect baik punya ,harga pun baik la jugak
masa tu tak masuk waktu asar lagi so lepas beli aku pun balik rumah time tu dah masuk waktu asar
jadi aku pun solat la dulu sebelum nak pasang kabel yg baru dibeli
dalam solat tu  bermula dialog yg dikatakan bisikan syaitan
memang tak kusyuk la solat asar sebab tak sabar2 nak dengar sound dari kabel baru

maknanya pada masa tu kabel interconnect tu la yg paling tinggi dalam hati aku 
dan kedudukan allah swt tak tahu la dimana dalam hati aku pada masa tu
jadi ini lah akibat nya apabila kita tak pernah mentauhidkan allah swt didalam hati kita

kerana makanan hati ialah zikir dan makanan untuk badan selalu pulak kita sumbat
kita akan lemah jika tak makan atau lambat makan
samalah dengan hati kita ,jika kita tak mengingati allah swt dia pun akan lemah
maka mudah lah musuh allah iaitu syaitan menyerang kita pada masa tu
dan itulah berhala pada zaman sekarang iaitu sesuatu yg kita sembah dan meletakanya tinggi didalam hati kita selain allah swt

marilah sama2 kita mengangkat kedudukan allah swt didalam hati kita dengan kembali mentauhidkan allah dihati setiap masa disamping menjaga yg fardu ...
inshaallah 

0 Tawakal Kepada Allah







Suatu hari ada orang kaya masuk masjid untuk melaksanakan sholat, dia termasuk orang yang saleh, lalu dia melihat seorang anak kecil yang berumur tidak lebih dari dua belas tahun sedang berdiri mengerjakan sholat dengan khusyu’, melakukan ruku’ dan sujud dengan hening dan tenang, tatkala anak itu selesai dari sholatnya mendekatlah si kaya seraya bertanya kepadanya, ”Anak siapakah kamu ?”
”Aku anak yatim, aku kehilangan ayah dan ibuku”
”Maukah kamu menjadi anakku?”
Si anak berkata,”Apakah engkau akan memberiku makanan ketika aku lapar?”
Si lelaki kaya menjawab,”Ya, Insya Alloh”
”Apakah engkau akan memberi minum ketika aku haus?”
” Ya, Insya Allah”
” Apakah engkau akan memberiku pakaian ketika aku telanjang?”
” Ya, Insya Allah”
” Apakah engkau akan menghidupkan aku tatkala aku sudah mati?”
Takjublah lelaki itu seraya berkata,’ ”Ini tidak mungkin dilakukan!”
Anak kecil itu berkata, ”Kalau begitu, tinggalkanlah aku bersama Dzat yang telah menciptakan aku, memberiku rezeki, mematikan aku kemudian menghidupkanku kembali”.
Lelaki itu berkata kepada si anak, ”Benar wahai anakku! Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah pasti Dia mencukupinya”.
(Dikutip dari: Asybaluna Al-‘Ulama, Oleh Muhammad Sulthon)

Wednesday 20 July 2011

0 mencari rahmat dan redha ALLAH



dalam kehidupan seharian kita adakah kita sedar apakah yang kita cari ?

adakah kita mengikut arus mengejar duniawi semata mata atau

kita memikirkan tentang hari kebangkitan

diakhir akhir ini terlalu ramai yang mencari ramat dan redha makhluk daripada mencari rahmat dan redha ALLAH

kerana apabila kita memenuhi kehendak makhluk kita akan terus mendapat pujian

tetapi nak tunaikan kehendak ALLAH bukanlah pekara yang mudah dan tak dapat apa apa dari mata kasar

contoh
-kenduri kawin ,bersanding dah menjadi pekara biasa dalam masyarakat kita

-cukur jambul anak ,bukan seperti yang rasullallah saw tunjukkan iaitu cukur semua rambut .kita hanya gunting sedikit sahaja

jadi disini adakah kita pikirkan majlis yang kita buat itu mendapat rahmat dan redha ALLAH atau hanya mendapat rahmat rahmat dan redha daripada makhluk

kita perlu selaraskan kehendak kita dengan ALLAH dan RASUL

bukannya memilih yang mana sesuai dengan kehendak kita baru kita buat dan yang mana tak sesuai dengan kehendak kita kita tinggalkan

Tuesday 19 July 2011

0 Mengambil Faedah Dari Hadis Badwi Kencing Di Masjid







Dalam sebuah hadis daripada Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu berikut. Anas berkata:

بَيْنَمَا نَحْنُ فِي الْمَسْجِدِ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَقَامَ يَبُولُ فِي الْمَسْجِدِ فَقَالَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَهْ مَهْ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُزْرِمُوهُ دَعُوهُ فَتَرَكُوهُ حَتَّى بَالَ ثُمَّ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعَاهُ فَقَالَ لَهُ إِنَّ هَذِهِ الْمَسَاجِدَ لَا تَصْلُحُ لِشَيْءٍ مِنْ هَذَا الْبَوْلِ وَلَا الْقَذَرِ إِنَّمَا هِيَ لِذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالصَّلَاةِ وَقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ أَوْ كَمَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَأَمَرَ رَجُلًا مِنْ الْقَوْمِ فَجَاءَ بِدَلْوٍ مِنْ مَاءٍ فَشَنَّهُ عَلَيْهِ

“Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu berdiri untuk kencing di masjid. Para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengertaknya, tetapi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Janganlah kamu memutuskannya, biarkan dia selesai kencing terlebih dahulu.” Maka mereka (para sahabat) membiarkan orang tersebut sehingga dia selesai kencing. Setelah itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menasihatinya, “Sesungguhnya masjid ini tidak boleh digunakan untuk kencing dan kekotoran, masjid adalah tempat untuk zikir, solat, dan membaca al-Qur’an.” Atau sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang sesuai. Setelah itu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan seseorang untuk mengambil satu baldi air dan menyiramnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 2/133, no. 429)

Di antara faedah yang dapat diambil dari hadis ini adalah:

1 – Larangan kencing atau membuat kekotoran di dalam masjid. Kerana masjid adalah tempat yang perlu dijaga kebersihan dan kesuciannya.

2 – Masjid adalah tempat untuk berzikir (mengingati Allah), melaksanakan solat, dan membaca al-Qur’an.

3 – Air kencing manusia adalah suatu yang najis. Cara menyucikannya adalah dengan membersihkannya menggunakan air.

4 – Hadis ini menunjukkan akhlak dan kebijaksanaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam menangani orang yang jahil. Iaitu dengan cara lemah-lembut dan tidak berlaku kasar.

5 – Walaupun kencing di masjid adalah suatu kesalahan dan termasuk perbuatan membuat kekotoran di masjid, tetapi Rasulullah tidak segera memarahi pelakunya atas beberapa kemaslahatan dan sebab-sebab tertentu.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menasihati dan menunjukkan contoh yang benar kepada para sahabatnya dalam menghadapi karenah orang-orang jahil.

6 – Menolak kemudharatan yang lebih besar dengan memilih yang lebih ringan di antara keduanya. Jika orang yang sedang kencing tersebut dicegah dengan tiba-tiba, mungkin ia akan mengakibatkan mudharat serta membahayakannya. Kerana kencing yang dihentikan dengan tiba-tiba boleh mengundang risiko dan sakit.

Atau mungkin ia akan terkejut lalu berpindah atau lari ke tempat yang lain dalam keadaan kencingnya bersepah-sepah. Akhirnya najis tersebut akan tersebar ke serata masjid, mengenai pakaiannya, serta terpalit ke tubuh-badannya pula.

7 – Tetapi dengan sebab contoh kebijaksanaan Rasulullah, maka najis tersebut hanya terkena pada satu tempat sahaja. Orang Badwi tersebut pula berjaya dinasihati dengan lemah-lembut dan penuh hikmah serta tidak diperlakukan dengan kasar yang mungkin hanya akan menjadikannya malu atau marah.

8 – Dan najis tersebut dapat dibasuh dengan sempurna hanya dengan sebaldi atau sebekas air.

Kesimpulan yang dapat kita ambil di sini adalah kita tidak boleh mencegah sesuatu kemungkaran dengan cara yang salah serta terburu-buru. Juga tidak boleh mencegah sesuatu keburukan dengan cara yang buruk juga. Atau dengan cara yang lebih buruk lagi.

Sebaliknya kita hendaklah meneliti di antara maslahah (kebaikan) dan mafsadahnya (keburukan) dengan baik. Kita tidak boleh mengingkari sesuatu kemungkaran dengan suatu kemungkaran yang lain. Kita juga tidak boleh mengingkari kemungkaran sehingga menyebabkan berlaku kemungkaran yang lebih besar lagi.

Dengan sebab itu jugalah Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyentuh perkara ini dengan katanya:

“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mensyari’atkan kepada ummatnya tentang kewajiban mencegah atau membasmi kemungkaran. Ini bertujuan meraih perkara yang ma’ruf yang dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya dari usaha-usaha tersebut. Tetapi jika perbuatan membasmi kemungkaran tersebut akan membawa kepada perkara lain yang lebih mungkar lagi dan lebih dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya, maka membasmi kemungkaran tidak perlu dilakukan walaupun Allah tetap membenci dan murka kepada pelaku kemungkaran tersebut. Situasi ini adalah sama seperti mengingkari para raja dan pemimpin dengan cara memberontak keluar dari ketaatan kepada mereka. Bahawasanya ini adalah asas kepada setiap keburukan dan fitnah sehingga akhir zaman. Para sahabat telah meminta izin Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk memerangi para pemimpin (amir) yang melengah-lengahkan solat dari waktunya sambil berkata, “Adakah kita tidak perangi sahaja mereka?” Maka Rasulullah pun menjawab, “Tidak, selagi mana mereka masih tetap melaksanakan solat.”

Sesiapa yang meneliti fitnah-fitnah yang besar dan kecil dalam sejarah umat Islam, dia pasti akan mendapati bahawa fitnah-fitnah tersebut berpunca dari pengabaian prinsip-prinsip ini dan tidak sabar dalam menghadapi kemungkaran. Lalu mereka menuntut untuk menghapuskannya (dengan terburu-buru). Maka timbullah perkara lain yang lebih besar dari fitnah asal tersebut. Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melihat sebesar-sebesar kemungkaran ketika di Makkah dan beliau tidak memiliki kemampuan untuk mengubahnya.

Sebaliknya ketika Allah telah membuka Makkah dan ia telah menjadi wilayah Islam, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bertekad untuk mengubah Ka’abah dan mengembalikannya kepada bentuk asal sebagaimana yang dibina oleh Nabi Ibrahim (‘alaihis Salam), tetapi beliau tidak melakukannya walaupun telah berkuasa pada ketika itu. Ini adalah kerana kebimbangan beliau dari berlakunya perkara-perkara buruk yang lebih besar kerana orang-orang Quraisy pada ketika itu masih tidak dapat menerima perubahan secara drastik disebabkan baru memeluk Islam dan masih baru mula untuk meninggalkan kekufuran. Kerana sebab itulah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak mengizinkan untuk mengingkari para pemimpin dengan kekuatan kerana akan mengakibatkan timbulnya keburukan yang lebih besar lagi dari yang sedia ada.” (Ibnul Qayyim, I’lam al-Muwaqqai’in ‘an Rabb al-‘Alamin, 3/4 - Daar al-Jil)

Wallahu a’lam...

0 kununya rendah diri






ini pengalaman apa yg saya lalui dahulu sebelum saya menganut islam dalam erti kata sebenar walaupun saya beragama islam (islam hanya pada kad pengenalan)
allah ada berfirman dalam al quran surah al baqarah ayat 208 ,
ertinya yg saya paham disini
kita mestilah mengikut perintah allah dan rasul dengan selaraskan kehendak kita dengan kehendak allah
bukanya buat apa yg kita suka sahaja dan tinggal apa yg kita tak suka
contohnya dulu
saya solat hanya bila ada kelapangan ,kalau sibuk tak solat

dan kembali kita kpd tajuk asal
dulu saya ni jenis yg suka brg branded jadi bila dah dpt sesuatu barang tu mesti la seronok dan tak sabar2 nak pakai .
bila jumpa kenkawan ada yg perasan dan mereka pun tegur atau puji
pada masa tu saya pun kununya merendah diri la dengan menjawab
biasa2 ja tapi padahal didalam hati timbul perasaan riak
itu lah mainan syaitan sebenarnya yg kita terpedaya selama ni
apabila hati kita lalai drpd memgingati ALLAH swt

marilah sama2 kita mentauhidkan ALLAH didalam hati setiap masa dengan zikrullah
1 kalimah tauhid (la'illah ha'illallah muhammadarasullalah)
2 selawat
3 istifar

dan
NIAT lah aku buat ini semua kerana nak dekatkan diri kpd ALLAH kerana sabda nabi saw setiap pekara itu bermula dari niat .hadis soheh buhari muslim

YAKIN lah hanya ALLAH yg berkuasa keatas setiap sesuatu (berdoa mintak kpd ALLAH apa shj yg kita mahukan dan jgn syirik mintak pada tok bomoh)

IKHLAS lah 'lilah hi taala' dlm setiap perbuatan kita tanpa mengharapkan ganjaran terutamanya dlm ibadah

0 Mahkluk halus tumpang solat

BATU PAHAT - Terkejut, pelik, tergamam dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk solat jenazah makhluk halus.

Kejadian berkenaan disedari apabila penghuni rumah berkenaan pulang setelah beberapa ketika mengosongkan kediaman mereka.

Mohd Amin Kamil, 46, berkata, kejadian pelik di rumahnya mula berlaku tiga tahun lalu, apabila isterinya, Rahimah Mohamed, 49, mengemas sejadah yang terbuka.

Katanya, pada mulanya isterinya menganggap anak mereka menunaikan solat dan terlupa melipat sejadah tersebut.

Bagaimanapun anak mereka menafikan dan memberitahu dia belum lagi menunaikan solat.

“Saya dan isteri mula berasa pelik dengan kejadian ini dan membiarkannya sahaja dan tidak berkata apa-apa. Kami beranggapan mungkin ada di antara kami terlupa mengemas sejadah berkenaan.

“Tetapi perkara itu berulang kembali dan ia berlaku tiga kali berturut-turut, di mana kejadian berkenaan berlaku apabila masuknya waktu solat Asar, Maghrib dan juga Isyak.

“Perkara ini juga akan berlaku ketika matahari sedang naik, dan ia hanya berlaku apabila awal Muharam, tetapi kami diamkannya sahaja dan menganggap 'mereka' hanya menumpang solat,” katanya kepada Sinar Harian.

Kain batik lepas terbentang sendiri

Menurut Mohd Amin, bagaimanapun sesuatu mengejutkan berlaku apabila dia pulang sahaja ke rumah Khamis lalu dan mendapati di satu ruang dalam rumahnya terdampar sejadah untuk solat berjemaah.

Katanya, lebih mengejutkan di hadapan sekali dia melihat bantal dan juga kain batik lepas dibentang seperti menutup seorang jenazah.

“Saya terkejut dengan kejadian berkenaan dan bergegas keluar memberitahu isteri.

“Isteri saya memberitahu, sebelum dia keluar, rumah dikunci. Lalu kami teringatkan perkara yang berlaku sebelum ini di rumah.

“Sebelum itu, awal pagi dan sehari sebelum ini, saya mendapati sejadah di rumah kami terbentang seperti selalu. Kami membuat andaian mungkin salah seorang daripada makhluk halus berkenaan telah meninggal dunia,” katanya.

Sebelum ini, katanya, dia berhubung dengan beberapa ustaz dan mereka menyatakan makhluk berkenaan hanya untuk menumpang sahaja dan tidak mengganggu isi rumah.

Sebelum ini katanya, kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku walaupun mereka telah mendiami rumah tersebut hampir 19 tahun.
SH

Monday 18 July 2011

0 isra' dan mi'raj


peristiwa isra' dan mi'raj adalah ujian bagi umat islam sebernanya
kerana selepas kejadian itu umat islam terpecah kepada tiga kumpulam ...



1 meyakini peristiwa tersebut

2 was was akan kejadian tersebut

3 tidak percaya akan peristiwa tersebut

jadi kita pada zaman sekarang ini carilah kita didalam kumpulan yang mana satu
atau adakah kita percaya tetapi tidak yakin pun
kerana jika yakin mesti keimanan kita bertambah
oleh itu marilah kita kembali mentauhidkan ALLAH swt
dengan memperbanyakan zikir didalam hati di samping ibadah wajib dan sunat

Saturday 16 July 2011

0 niat


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates