Monday 25 July 2011

1 sikap suka mendahului allah swt


aku berkerja sebagai seorang salesman mencari pasaran baru dan membekal brg2 kpd kedai2 runcit
brg2 aku agak kurang popular kerana kami dari industri IKS yg tak ada iklan di media elektronik atau media cetak .
kami bergerak sendiri tanpa bantuan dari mana2 kecuali bantuan dari ALLAH swt :)
jadi memang tak ramai taukey2 kedai yg kenal brg2 kami
setiap kali kalu ada laluan baru pasti ada peluang utk dapat kedai baru
tetapi disebabkan sifat kita yg suka mendahului ALLAH swt
kita tidak mahu mencuba dahulu pergi berjumpa dengan taukey kedai tersebut
malah kita dah pun membuat keputusan bahawa taukey kedai tersebut tak nak kan brg kita
disebabkan brg kita kurang popular dan susah nak di jual

itulah masalah kita sebernanya
suka mendahului ALLAH swt tanpa usaha  terlebih dahulu
tidak ada keyakinan pada ALLAH swt apatah lagi nak tawakal
puncanya kerana kita suka berdialog dgn dalaman kita ,sepatutnya kita berzikir mengingati  ALLAH
apabila kita banyak mengingat ALLAH ,solat kita pun akan turut seronok sebernanya dan dari situlah bantuan2 ALAH akan sampai .inshaallah

kekadang aku lawan juga apabila dalaman membisik supaya jgn pergi kedai tu ,taukey tu tak nak brg kau
baik kau pergi tempat lain ja atau ngeteh dulu
haa kekadang tu dalaman kita siap tolong ajar kita apa yg kita patut buat
masalahnya adakah kita kenal siapakah dalam kita yg selalu kita dok layan borak tu
di sini lah bahayanya ...

1 comments:

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates