Saturday 17 September 2011

1 balasan



sekitar tahun ujung 90'an aku selalu pergi ke litar lumba batu tiga shah alam setiap malam minggu untuk menyaksikan perlumbaan kereta 'saturday night fever'
sekarang dah jadi tapak perumahan berdekatan tesco shah alam
aku minat kereta sukan dan gemar memandu laju
kununya handal la dalam mengandalikan kenderaan

pada suatu malam minggu ketika kami balik dari litar batu tiga
ada kemalangan ,sebuah kereta baru terbabas dan terbalik
dan kami berada tidak jauh dari kereta tersebut
kami pun berhenti untuk melihat keadaan orang yang terlibat dalam kemalangan

sebuah ja kereta yang terbabas
dan keadaan pemandu agak parah
masa aku melihat keadaan pemandu kereta tersebut dia bernyawa agak kuat
macam orang nazak kerana cederanya nampak agak parah
dan penumpang seorang lagi hanya cedera ringan

yang aku sangat hampakan ialah
kami bukanya menolong mangsa kemalangan
tetapi kami tolong ambil barang barang berharga yang bertaburan
aku dapat sebuah talifon bimbit siap dengan 'charger'
kawan aku pun dapat 'hand phone'

dan dengar khabarnya duit sekitar 20k dalam bentuk 'chip kasino' turut hilang
yang tu tak tau la siapa yang dapat
aku dengan rasa tidak bersalah langsung mengambil 'hand phone' mangsa

selang beberapa bulan lepas kejadian tu
aku balik ke kampung kerana aku 'jobless'
dan aku hanya lepak cyber cafe layan mirc pada masa tu

pada suatu malam ada seorang kawan 'chatting' bertanyakan pasal talifon bimbit
jadi aku pun dengan pantas memberitahunya aku hendak menjual talifon bimbit
kebetulan pulak dia pun memang mencari model yang aku ada ,yg aku ambil daripada mangsa kemalangan tempoh hari
jadi setelah bersetuju dengan harga yang telah ditetapkan
kawan 'chatting' tu pun mintak la nak tengok talifon bimbit tersebut

memang nak dijadikan cerita ...
aku tak bawak bersama talifon bimbit yang nak dijual tu
jadi aku terpaksa balik rumah untuk mengambilnya
rumah aku dengan pekan dalam 7km
aku pulak bukanya ada kenderaan
aku mintak pinjam kereta kawan
dengan keadaan teruja hendak menjual talifon bimbit kerana aku dah kesempitan duit
aku memandu pulang agak laju kerana nak cepat dapat duit
selamat sampai dirumah aku ,dah tengah malam
aku masuk rumah dan ambil 'hand phone'
masa nak keluar semula bapa aku tanya nak pergi mana lagi dah lewet malam ni
aku cakap nak keluar sekejap jumpa kawan

masa aku memandu semula menuju ke pekan
tiba disatu selekoh yang tak la berapa tajam
kerana aku dah biasa dengan jalan di kampung aku tu
tiba tiba kereta kawan aku yang aku pandu tu berpusing
hah ! aku panik cuba untuk mengawal kerana ada sebuah kereta datang dari arah hadapan
aku berjaya mengelak kereta tersebut
malangnya kereta yang aku pandu terus berpusing dan aku tak dapat kawal lagi kali ni
'baamm' aku hentam tiang
habis kereta kawan aku tu jadi 'V' sebab bahagian tengah kereta yang kena tiang
aku turut cedera tapi hanya cedera ringan

aku keluar tengok kereta kawan aku tu
aduh ...habis la aku kali ni macam mana nak bayar
tapi pekara pertama yang aku ingat lepas kejadian tu ialah
aku di balas oleh ALLAH swt kerana perbuatan aku tempoh hari yang mengambil kesempatan keatas mangsa kemalangan
jadi ALLAH swt membalas aku dengan kemalangan juga

yang best nya 'hand phone' tu aku jual jugak pada malam tu


p/s sila klik pada mencari kebenaran untuk post baru di blog wartamaya jangan klik pada tajuk
post .terdapat masalah trafik kerana terlalu banyak pautan

1 comments:

  1. tak juga menyesal rupa2nya atas apa yg terjadi.. atas pembalsan yg Allah bagi.. hampeh tul..

    ReplyDelete

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates