Sunday, 16 October 2011

1 mungkin kita tak perasan pasal pekara ini




apabila menjadi seorang ayah aku baru dapat memahami
apakah kehendak ALLAH swt dan RASUL didalam mendidik anak anak kita
bukan sekadar anak anak kita berjaya didunia iaitu dengan memiliki segulung kertas dari unuversiti dan menjawat jawatan besar dan
mestilah dia mampu memiliki rumah yang sesuai dengan pendapatannya dan kereta yang sesuai
dan mesti dia mampu memberikan kita duit tiap tiap bulan atau bila kita memerlukan



dan adakah kita akan berasa lega apabila anak anak kita
dah menjadi seorang menteri
dah menjadi seorang hakim
dah menjadi seorang peguam
dah menjadi seorang korperat
dah menjadi seorang jurutera
dah menjadi seorang yang berpengaruh
takut takut kita pulak yang ujud perasaan riak atau bangga
disebabkan anak anak kita berjawatan besar

tetapi adakah kita pernah fikirkan
bahawa ALLAH swt hanya menerima doa anak yang soleh apabila kita ibu bapa meninggal dunia
kerana hanya doa anak yang soleh sahaja mampu mengubah nasib kedua ibu bapa dialam barzah selain ilmu yang dimanafaatkan semasa hidup didunia dan sedekah jariah semasa hidup

jadi amat penting sebenarnya kita ibu bapa memikirkan tentang ilmu ukhrawi(akhirat) pada anak anak kita
bagaimana dengan tauhid anak anak kita kepada ALLAH
jangan lah kita memandang remeh dan menyerahkan tugas ini kepada pihak sekolah dan kelas agama petang

kerana yang aku perasan daripada apa yang terjadi pada diri aku sendiri
sekarang ini ibu bapa akan menjadi pilih kasih apabila anak anak berjawatan besar
walaupun tak menjaga perintah ALLAH swt dan melanggar perintah ALLAH tetap dikatakan sianak tu baik hanya kerana si anak tu berjawatan besar
dan adakah itu bererti si anak tu berjaya juga diakhirat ,ini lah masalahnya

mana anak anak yang kerja biasa biasa aja tidak akan dilayan sangat
memanglah sianak yang kerja biasa biasa tu tak mampu berikan duit dan tidak berjawatan besar
tetapi sianak tu menjaga sungguh sungguh perintah ALLAH swt dan menjauhi larangan ALLAH swt
jika diikutkan pasti ALLAH menerima doa si anak tu
terutama apabila dia berdoa untuk ibu bapanya yang dah meniggal dunia

oleh kerana kita sendiri si ibu dan bapa pun turut tidak menjaga tauhid kepada ALLAH swt
maka mata hati kita ditutup oleh ALLAH kerana kita pun mencintai dunia
jadi terlepas lah kita hendak melayan si anak yang soleh tadi sebaik mungkin semasa didunia
hanya apabila kita dah mati baru kita tahu
kerana doa anak yang soleh tadi sahaja sampai kepada kita dialam barzah
duit ringgit daripada si anak yang kaya tadi tak sampai pun

oleh itu kita sebagai ibu bapa dan yang bakal menjadi ibu bapa
marilah kita menegakkan sungguh sungguh kalimah tauhid dihati kita dan menjaga solat fardu dan mendidik anak anak kita berlandaskan al quran dan al hadis
bukannya membiarkan anak anak kita belajar yang bukan bukan dari sumber yang tak tentu hala
dan janganlah kita pilih kasih dalam melayan anak anak

jangan lupa komen ya

wallahhualam

inshallah ...

1 comments:

  1. Keadaan yg mementingkan hal2 dunia ni telah dipengaruhi oleh sistem pendidikan sekular... tu yg org lebih mementingkan harta duniawi daripada akhirat...

    ReplyDelete

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

Blogger news

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates