Thursday, 1 March 2012

1 bukti




Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa Umar bin Al Khattab berjalan menyusuri makam nabi Ibrahim bersama Rasullallah saw ,lalu dia bertanya : "Wahai Rasullallah ,apakah kita tidak mendirikan solat di tempat solatnya kekasih ALLAH swt ?"
Rasullallah menjawab : "Benar." Kemudian  Umar berkata lagi : "Apakah kita tidak jadikan ia sebagai tempat solat."

Tidak lama selepas peristiwa itu turunlah ayat ini (Surah al Baqarah 2:125)

A125
Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".
(Al-Baqarah 2:125)

(Diriwayatkan oleh Ibnu Marduwaih dari 'Amr bin Maimun dari Umar bin Khattab)

 A130
Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).
(Al-Baqarah 2:130)

Dalam satu riwayat  ada dikemukakan bahawa Abdullah bin Salam telah mengajak anak saudaranya ,Salamah dan Muhajir untuk memeluk islam  dengan berkata : "Sesungguhnya kamu berdua telah mengetahui  bahawa ALLAH swt telah berfirman di dalam Taurat ,bahawa DIa akan mengutus seorang Nabi dari keturunan Ismail  yang bernama Ahmad .Barangsiapa yang beriman kepadanya ,maka dia t elah mendapat petunjuk dan bimbingan dan barangsiapa yang tidak beriman kepadanya ,maka dia akan dilaknat ." 
Oleh itu Salamah telah memeluk Islam ,akan tetapi Muhajir telah menolak ajakan tersebut .

Maka turunlah ayat di atas (Surah al Baqarah 2:130) yang menegaskan bahawa hanya orang orang bodoh sahaja yang tidak beriman dengan agama Ibrahim .

(Diriwayatkan oleh Ibnu Uyainah)


A135
Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik".
(Al-Baqarah 2:135

Dalam satu riwayat ada dikemukakan baawa Ibnu Syuria berkata kepad Nabi saw :"Petunjuk ini tidak lain kecuali apa yang kami anuti ,maka turutlah kami hai Muhammad supaya tuan mendapat petunjuk."
Di samping itu kaum Nasara berkata seperti itu juga .

Maka ALLAH swt menurunkan ayat ini (Surah al Baqarah 2:135) untuk menegaskan bahawa Agama Ibrahim adalah agama yang bersih daripada perubahan yang boleh menimbulkan syirik.

(Diriwayatkan oleh Abi Hatim dari Said atau Ikrimah dari Ibnu Abbas) 

sumber rujukkan Asbabun Nuzul terbitan Victor Agencie
ms 57-59 


1 comments:

  1. Salam sahabat blogger,
    just nak mohon jasa baik tuan linkkan blog saya kerana blog saya sudah bertukar link dari bagindareformasi kepada erapasca
    link baru [www.erapasca.com]
    mohon update yer..
    terima kasih kita teruskan perjuangan PAS ganti UMNO!!

    ReplyDelete

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates