Friday 27 July 2012

0 kini baru aku tahu



dulu setibanya ramadhan aku berkobar-kobar hendak tunaikan semua amal ibadah yang digalakkan
tapi malangnya semangat aku hanya 'hangat-hangat taik ayam'
cuma dua minggu pertama sahaja aku dapat menunaikan solat sunat tarawih
yang selebihnya aku 'melepak' dengan kawan-kawan
alhamdulilah puasa aku dapat sempurnakan sebulan

kini baru aku tahu
kenapa aku tidak dapat istiqomah beribadah walaupun pada bulan ramadhan yang ALLAH SWT janjikan berlipat kali ganda ganjaran .
pada bulan-bulan lain lagilah berterabur jawabnya

pertamanya niat aku beribadah entah apa-apa pada ketika itu
masih bercampur baur antara ikhlas dan kerana ALLAH SWT
dan ibadah ikut-ikutan
erti ikhlas yang sebenar pun aku tak tahu
yang jelasnya mengharapkan ganjaran atau ikut-ikutan daripada mencari rahmat dan redha ALLAH SWT

rupa-rupanya
dalam kita hendak menunaikan ibadah atau melaksanakan sesuatu
perkara yang paling penting ialah NIAT
kerana pada niat terdapat kekuatan untuk kita melaksankan
yaitu kita mestilah menafikan selain daripada ALLAH SWT apa yang diniatkan

ertinya
bukan kerana hendakkan sesuatu ,hanya mengharap rahmat dan redha dari ALLAH SWT semata-mata
kita mesti menafikan nafsu yang membisik-bisik dalam diri kita yang sentiasa hendak gagalkan apa yang kita niatkan dari terlaksana
apa yang kita niatkan ,selagi selaras dengan al quran dan hadis
tunaikanlah segera dan kita mestilah istiqomah  kerana pada istiqomah ada sabar .
kita juga harus berhati-hati dengan was-was
kerana dalam perlaksanaan jika ada was-was ianya tidak sempurna dan bererti gagal .

Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya),
(At-Taariq 86:9)


Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu, dan supaya disetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu.
(Al-An'aam 6:113)


Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr r.a katanya :


Rasullallah SAW bersabda :

"Sesungguhnya ALLAH SWT tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu ,tetapi ALLAH SWT melihat hati (niat) kamu."

Sabda Rasullallah SAW yang bermaksud :

"Sesiapa mencintai kerana ALLAH ,membenci kerana ALLAH ,memberi kerana ALLAH dan menahan diri pun kerana ALLAH ,maka sesungguhnya dia mencapai kesempurnaan iman ."

(hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi)


إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى

( Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka )
Di dalam kitab Arbain Nawawiyyah ( Hadis 40 ) dimulakan hadis pertama didalam kitab tersebut dengan hadis yang berkaitan dengan niat ini.. jadi disini dapatlah kita lihat bahawa betapa pentingnya kita berniat dengan niat yang betul dan ikhlas ketika melakukan sesuatu pekerjaan agar kita mendapat rahmat dan redha daripada Allah subhanahuwata’ala. Niat itu tempatnya dalah dalam hati iaitu dengan kata lain kita tidak perlu menzahirkan niat kita kerana niat pada asalnya tempatnya adalah didalam hati kita.. Tetapi disana ada yang mengatakan bahawa niat itu perlulah kita zahirkan atau ucapkan melalui lisan seperti niat solat, puasa dan sebagainya..tetapi kata-kata seperti ini adalah tidak tepat..kita tidak perlu untuk melafazkan niat itu dengan kuat sedangkan tempat asalnya niat tersebut adalah dalam hati kita..hanya kita dan Allah yang mengetahuinya..

Oleh itu marilah sama-sama kita perbanyakkan mengingati ALLAH SWT di dalam hati dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas
Semoga kita diberi kekuatan dapat melaksanakan apa yang diniatkan berlandaskan al quran dan hadis

wallahhualam

inshaallah ...












0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates