Friday 31 August 2012

0 bebas yang bagaimana




Mencari perkataan merdeka tidak ditemui dalam kamus islam sebaliknya mungkin kemerdekaan ditemui dalam islam jika dilihat pada konsep dan pemahaman bagaimana  bentuk pengertian merdeka yang ingin dimaksudkan .

Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu .Jika dilihat pada takrif bahasa mengenai merdeka mungkin agak sukar mengaitkannya dengan islam pada suatu aspek iaitu kebebasan .

Ini kerana kedatangan islam sebagai agama yang diutuskan oleh ALLAH SWT sememangnya merupakan sesuatu sistem peraturan syariat yang mendidik  manusia dan membataskan perilaku manusia terhad kepada apa yang dibawa oleh syariat islam .


Tidaklah kamu akan mendapati kaum yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat itu melanggar batasan had ALLAH dan rasulNya ... [Al-Mujadalah : 22]


Apakah mereka belum mengetahui bahawa barangsiapa yang melanggar batasan ketentuan ALLAH dan rasulNya maka baginya neraka jahanam dan dia kekal di dalamnya ... [At-Taubah : 63]

Sabda Baginda Rasullallah SAW : "Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersyahadah bahawa Tiada Tuhan Selain ALLAH dan Muhammad Sebagai Rasullallah ." [Hadis Sahih riwayat Bukhari no 25 & Muslim no 25]

Sebagai misalnya ,sebelum munculnya syariat islam ,manusia bebas bercampur lelaki perempuan ,bebas berzina ,berjudi dan minum arak .Namun apabila kedatangan islam maka sudah tiada lagi kilang arak tiada dikeluarkan lagi lesen arak dan ditutup semua pusat-pusat arak dan pusat judi .

Begitu juga dengan kedatangan islam di Madinah maka sudah tiada lagi pusat pelacuran ,tiada lagi jual beli perempuan dan tiada lagi zina arak dan judi ,sebaliknya manusia terkawal kerana mentaati dan mematuhi undang-undang ALLAH SWT [hudud] dan syariat yang menghukum mereka yang melakukan kesalahan dari sudut syariat dan sebagainya

Demikianlah juga apabila ditegakkan syariat islam maka sudah tiada lagi percampuran bebas lelaki perempuan di jalanan di pusat bandar di pasar-pasar dan juga tidak wujud percampuran lelaki perempuan di sekolah-sekolah dan madrasah pada zaman baginda rasullallah SAW

Katakanlah kepada orang yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka ... [An-Nur : 30]

Katakanlah perempuan yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka ... [An-Nur : 31]

Dan tetaplah kamu [perempuan yang beriman] dalam rumah kamu dan janganlah berhias  seperti hiasan jahilliyah ... [Al-Ahzab : 33]

Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan [dalam memenuhi fitrah] [Al-Isra : 32]

Oleh yang demikian maka tiadalah berlaku kerosakkan dan fitnah serta kehancuran akhlak dan fitrah manusia  yang ditetapkan oleh ALLAH SWT telah dapat dikawal dan terjaga serta berjalan menurut panduan yang benar dan dipenuhi dengan wajar


Maka jika dilihat bahawa kemerdekaan itu dari sudut kebebasan melakukan sesuatu menurut akal fikiran dan bebas menurut kehendak sendiri maka sesungguhnya islam menolak kemerdekaan jenis ini bahkan islam menentang kebebasan yang menjajah pemikiran manusia ,perilaku mereka ,budaya dan semua aspek kehidupan sehingga manusia itu menurut apa yang dibawa oleh islam .


Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash r.a berkata bahawa telah bersabda rasullallah SAW :
"Tidaklah beriman seseorang kamu sehinggalah hawa nafsunya mengikuti apa yang dibawa olehku [islam] " [hadis Hasan sahih lihat dalam hadis 40 Imam Nawawi]

Wahai orang-orang yang beriman ! Masuklah kamu ke dalam agama islam [dengan mematuhi] segala hukum-hukumnya ;dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan ;sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata .[Al-Baqarah : 208]




0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates