Friday 24 August 2012

0 masalah untuk diselesaikan ...




Sabar dan redha mudah diucap, tetapi sukar untuk dilaksanakan.
Menzahirkan sabar dan redha tidaklah semudah memetik ranting kering.
Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…
Sebaliknya kita sering merungut kesusahan, kepayahan hidup, kesedihan dan sebagainya.
Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…
Kita mula meninggalkan perkara yang baik yang telah menjadi kebiasaan yang dahulunya kita suka lakukan.
Tiada bergaul mesra, bergurau senda dengan keluarga, sahabat dan sebagainya.
Seolah – olah kebahagiaan dunia hilang punah semuanya.
Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Kita mula menjauhkan diri, rasa terpencil dan rendah diri.
Kita sering menyepikan .
Kita mula memikirkan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, yang kita jangka, perkara itu dapat menghilangkan kesedihan dan kesusahan kita.
Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Kualiti ibadah kita tidak meningkat.
Malah semakin pudar dengan bayang – bayang kesedihan atau kesusahan kita.
Tiada lagi bait- bait doa memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah.
Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Jiwa kita kacau, tidak tenteram.
Ke hulu ke hilir memikirkan kesusahan dan kesedihan.
Mengadu kepada manusia tetapi terlupa untuk mengadu kepada Illahi.
Jagalah Iman Kita Ketika diuji.
Berhati – hatilah kita apabila berhadapan dengan ujian, bimbang terikut – ikut virus munafik.
Firman Allah Taala :-
Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu dan masa itu ialah masa pemandangan
mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut) dan kamu masing-masing pula menyangka
terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.(10)
Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.(11)
Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: Allah dan RasulNya tidak
menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja.(12)
(Surah Al Ahzab : 10 – 12)
Justeru itu, saudara – saudaraku
Bersabar dan redhalah dengan sebenar-benarnya.
Ikhlas di dalam menghadapinya berlandaskan al quran dan hadis
InsyaAllah, mebuah ketenangan pada akhirnya.

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates