Tuesday 16 October 2012

0 jangan main sebut sembarangan ...




Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
(Al-An'aam 6:162)

paham maksud firman ALLAH SWT di atas 
tahu tak kita di mana ayat ini sebenarnya 
yang selalu kita baca di dalam solat 
ianya ketika bacaan doa iftitah 

jika diamati 
ayat ini merupakan perjanjian kita dengan ALLAH SWT 
bererti setiap kali ketika solat kita membuat perjanjian dengan ALLAH SWT 
bahawa setiap perbuatan kita hanyalah untuk ALLAH semata-mata .

ini permasalahannya 
kerana perkara ini terjadi pada diri aku sendiri 
aku acap kali membuat perjanjian dengan khaliq (pencipta kita)
tetapi ianya hanya sekadar menjadi sebutan di mulut yang pandai berkata-kata
aku tidak menghayati apa yang aku ucapkan ketika membaca doa iftitah klik sini
kemudian apabila tiba masanya untuk aku selaraskan kehendak aku mengikut kehendak ALLAH dan RASUL 
aku mula berani mengingkari 
kerana aku selaraskan mengikut kehendak nafsu aku sendiri 
bererti aku tidak menepati janji aku dengan ALLAH SWT .

“Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tanda orang munafik itu ada tiga iaitu jikalau berkata dia berdusta, jikalau berjanji dia tidak menepati janjinya, dan jika diberi amanah dia akan berkhianat.” 
(HR Bukhari dan Muslim)


akan tetapi 
permasalahan yang lebih besar ialah 
apabila aku berjanji dengan kawan-kawan ,aku akan tepati 
walaupun aku di serang migrain 
kerana jika tidak tepati janji 
aku akan diaibkan oleh mereka atau kredibiliti aku akan dipandang serong  
bererti aku 
lebih suka dipandang elok oleh makhluk
dan lebih setia kepada makhluk daripada taat dan patuh kepada ALLAH SWT 
semestinya aku lebih takutkan aib makhluk daripada aib ALLAH SWT 
yang lagi pedih dan keras siksanya 

setiap perkara aku masih tidak mengutamakan ALLAH dan RASUL dahulu 
aku masih kuat mendahulukan kehendak nafsu aku sendiri 
jelas di sini hati aku masih tidak 'solid' mentauhidkan ALLAH SWT 

ingin aku berpesan kepada diri aku dan kepada pembaca-pembaca blog MK 
bagi pencinta agama islam agama ALLAH SWT 

BERSEDIALAH UNTUK KEBANGKITAN AGAMA MU !!!

dengan mentauhidkan ALLAH SWT bersungguh-sungguh 
perbanyakkanlah  mengingati ALLAH SWT di dalam hati dengan zikrullah atau solat 
dan sama-samalah kita sentiasalah selaraskan kehendak kita mengikut kehendak ALLAH SWT dan kekasihnya MUHAMMAD SAW

wallahhualam 

inshaallah ...


0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates