Friday, 5 October 2012

3 tak dapat terima kenyataan



aku berasal dari kampung
kedua orang tua aku masih ada dan aku amat sayangkan mereka
kami adik beradik kelima-lima menatap di sekitar lembah klang
kadang kala pada musim perayaan kedua orang tua aku akan datang ke ibu kota dan kami akan menyambut hari raya bersama

selalu aku menceritakan kepada isteri dan kawan-kawan yang rapat
bahawa setiap perkara yang terjadi atas kehendak ALLAH SWT (bergantung kepada qada dan qadar)

contohnya
kita menghadapi masalah kawan suka mengadu domba
sebenarnya dapatkah kita fahami bahawa
bagaimana kita menerima permasalahan tersebut
adakah kita akan memarahi kawan kita itu kerana suka mengada-adakan cerita
atau kita terima bahawa itu datangnya daripada ALLAH SWT

jika kita mengambil langkah dengan memarahi kawan kita itu
kemungkinan sifat dendam atau mazmumah akan mula timbul dan melekat di hati kita
tetapi jika kita faham bahawa kita mesti redha dengan setiap permasalahan yang menimpa
dan kita sedang berurusan dengan ALLAH SWT sebenarnya
pasti hati kita akan menjadi tenang dan hubungan kita dengan kawan kita juga tidak akan terjejas
kita boleh tegur kawan kita untuk kebaikkan dia dengan berlapang dada

akhirnya aku sendiri yang tidak  dapat menerima kenyataan
apabila perkara sebegitu menimpa diri aku

mana taknya apabila orang-orang yang dekat dan aku sayangi yang telibat dalam peristiwa kali ini
memang nampak jelas sebenarnya ia hendak memecah belahkan antara kami semua
jika tidak sungguh-sungguh bergantung harap kepada ALLAH SWT

kesannya
aku mula meninggalkan solat malam
keyakinan aku pada ALLAH menjadi luntur tanpa aku sedari
solat fardu aku tunaikan sekadar rutin bukan lagi mengharapkan rahmat dan redha ALLAH
puasa isnin khamis aku dah tidak ada kekuatan lagi

akhirnya aku mulai sedar
bahawa aku sebenarnya sedang tidak puas hati dengan ketentuan dari ALLAH SWT
aku mula hilang kebeergantungan dari ALLAH SWT
keyakinan aku pada ALLAH SWT semakin pudar
keesaan ALLAH SWT dalam hati aku semakin menghilang
aku lebih banyak berbual dengan diri sendiri daripada mengingati ALLAH SWT di dalam hati atau solat
setiap perbuatan aku lebih kepada memenuhi kehendak nafsu daripada selaraskan mengikut kehendak ALLAH dan RASUL

itulah akibatnya apabila tidak mahu selaraskan kehendak kita mengikut kehendak ALLAH dan RASUL
dalam setiap perkara

kejadiannya begini
pada hari raya baru-baru ni kedua orang tua aku datang ke kuala lumpur
kesemua adik beradik aku tidak khabarkan pada aku bahawa mak ayah aku ada di sini
apabila dah habis raya baru aku dapat tahu
apa lagi punyalah melenting kerana tidak dapat berjumpa dengan orang tersayang
jika mereka tidak datang kerumah aku aku tak kisah
sekurang-kurangnya khabarkanlah ,aku boleh pergi jumpa mereka di rumah mana mereka berkumpul

sama-samalah kita mula selaraskan kehendak kita mengikut kehendak ALLAH SWT dan RASUL

inshaallah


3 comments:

  1. Assalamualaikum..bagus bog encik nie... banyak pnduan & ikhtibar..saya akan terus follow..may Allah bless us.

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam ..alhamdulilah sama-samalah kita kembali tunduk hanya kepada pencipta kita dengan berlandaskan al quran dan hadis .inshaallah

    ReplyDelete
  3. bisikkan hatiku..

    BURN 'EM ALL..

    bisikkan suara itu..

    LUV 'EM ALL..

    as ur parents LUV U since U r small..

    Thanks LORD.. Thanks GOD..

    hu.. huu.. huuuu...

    -HANG PO-

    ReplyDelete

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates