Saturday 3 November 2012

0 persoalannya kenapa



...kisah rasullallah SAW yang sedang kepenatan kerana melaksanakan tugas-tugas harian atau tertekan dengan sesuatu perkara .Baginda akan menunaikan solat dengan segera ,baginda biasanya akan memanggil Bilal bin Rabah dan menyuruh Bilal supaya mengumandangkan azan dengan segera kerana baginda SAW ingin berehat .
"marilah kita berehat dengan mengerjakan solat wahai Bilal"

bagaimana pula dengan solat kita ?
masalahnya pada diri aku sendiri sebenarnya
aku solat sekarang ini hanya kerana hendak habiskan solat
aku solat hanya kerana rutin harian
aku solat bukan lagi lagi kerana terasa manisnya beragama
aku solat bukan lagi kerana hendak mencari rahmat dan redha ALLAH SWT
aku solat bukan lagi kerana hendak mengadu nasib kepada ALLAH SWT
aku solat sekarang ini terawang-awang entah kemana
aku solat sekarang ini tidak dapat lagi memberi tumpuan pada bacaan dan maknanya

untuk merasai istirehat ketika solat seperti yang dimaksudkan oleh baginda rsullallah SAW
adalah terlalu amat jauhlah pada diri aku

persoalannya kenapa
suatu masa dahulu aku seronok menunggu masuknya waktu solat
walaupun dah habis solat isya ,aku rasa hendak solat lagi
aku konsisten dalam menunaikan solat di awal waktu


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(Al-Baqarah 2:45)

seperti firman ALLAH SWT di atas 
maka jelaslah bahawa tiada jalan lain untuk mendapatkan bantuan daripada ALLAH SWT 
iaitu hanya dengan solat dengan ikhlas 


... sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...
(Ar-Ra'd 13:11)

dan firman ALLAH pada ayat di ataslah yang membuatkan aku agar tidak putus asa untuk sentiasa berubah 


aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

hadis qudsi ini jugalah yang menguatkan lagi semangat aku untuk terus-terusan mencari rahmat dan redha ALLAH SWT 


wallahhualam

 inshaallah ...




0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates