Tuesday 31 July 2012

0 kesan bagaimana yang kita mahu





PUASA adalah urusan peribadi seorang hamba dengan Allah. Begitu rahsia sifatnya kerana tiada siapa yang tahu apakah seseorang itu benar-benar berpuasa atau dia hanya berpura-pura. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Puasa juga berperanan membentuk kasih sayang dalam diri hamba kepada Allah. Ibadat yang istimewa itu berhasil mengajar kita mengenai rahsia ketundukan dan kesabaran di atas perintah-Nya.
Bukan senang mendapat pahala puasa yang dijanjikan Allah. Entah-entah ibadat puasa itu mungkin rosak oleh pengaruh persekitaran dipenuhi gangguan hawa nafsu yang bersekutu.
Ada beberapa tanda menunjukkan puasa seseorang itu cacat seperti dijelaskan melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan dusta maka Allah tidak berhajat kepada usahanya meninggalkan makan dan minum (puasanya).” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Mengapakah Allah amat membenci lidah yang suka bermaksiat sehingga memberi amaran kepada orang yang berpuasa dengan amaran begitu keras? Tidak dinafikan jenayah lisan bukan hanya menjadi penyebab rosaknya puasa, tetapi ia juga menjadi sumber kerosakan segala ibadat.
Jenayah lisan juga menjadi racun yang mematikan kasih sayang dalam pergaulan sesama insan, menyuburkan benih dendam dan kebencian dalam persaudaraan. Apabila manusia terdedah kepada bahaya fitnah, saling mencela, berprasangka buruk atau menghina secara terang-terangan maka akan rosaklah kehidupan yang asalnya aman dan damai.
Justeru, strategi paling berkesan bagi menghindari maksiat lisan sudah diajar Baginda SAW melalui penyaksian Ummul Mukminin Aisyah yang berkata:
“Sesungguhnya Rasulullah sentiasa berzikir kepada Allah setiap saat.” (Hadis riwayat Muslim)
Alangkah eloknya apabila kita boleh memujuk diri dan membulatkan tekad untuk sentiasa berzikir seperti mana amalan Baginda SAW.
Walaupun tujuan sebenarnya ialah untuk menghadirkan Allah pada setiap perbuatan, supaya lurus segala amal zahir dan batin, amalan zikrullah juga diyakini boleh menyibukkan lidah dan hati sehingga keduanya tidak berpeluang melakukan maksiat.
Zikrullah menjamin puasa yang sempurna, hati hidup dan jasad sentiasa bergerak untuk kebaikan.
Selepas memahami tanda puasa yang cacat dan ubat mujarab untuk mengubatinya, seharusnya kita juga menggali kefahaman mengenai tanda puasa yang sempurna iaitu:
Ikhlas beramal secara sembunyi dan terang-terangan.
Setiap mukmin yang beramal ada kalanya terpaksa menghadapi bisikan hati yang ragu-ragu terhadap amalannya itu. Bisikan itu memujuk supaya menyembunyikan amal daripada pandangan manusia sebagai syarat keikhlasan.
Padahal fitrah manusia suka kepada pergaulan, saling mempengaruhi dan berhubungan satu sama lain.
Maka tidak menjadi kesalahan melakukan amal secara terang yang dilakukan berjemaah atau di hadapan khalayak ramai. Amal yang terang di hadapan orang lain tidaklah kecil kedudukannya di samping amalan tersembunyi.
Kesan dari melakukan amal secara terang amatlah baik untuk persekitaran kita. Bukankah amal itu boleh menjadi teladan untuk diambil peringatan?
Nyata silapnya pandangan mengenai amal yang dilakukan dengan terang-terangan kononnya dapat merosakkan niat. Sedangkan hadis Rasulullah SAW menjelaskan yang mafhumnya:
“Sesiapa yang menunjukkan kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
Tetapi hasutan syaitan tidak akan pernah menyerah untuk memperdaya manusia, dibisikkan ke dalam hati orang yang beramal secara terang-terangan itu mengenai bahaya riak supaya orang itu mengalami keraguan dan akhirnya langsung meninggalkan amal.
Cara ubati was-was yang dihembus syaitan seperti diterangkan al-Imam Fudail bin ‘Iyyad katanya: “Meninggalkan amal kerana manusia itu adalah riak. Beramal kerana manusia itu adalah syirik. Adapun ikhlas ialah Allah menyelamatkan kamu daripada keduanya.”
Reda dan gembira
Tanda puasa yang sempurna selain ikhlas kepada Allah ialah reda dan gembira. Tidak merasa berat melakukan ibadat bahkan merasa gembira dengan mengingat janji Allah kepada orang yang berpuasa.
Janji-janji Allah itu dikhabarkan Rasulullah SAW dalam hadis Baginda antaranya:
Pertama ialah pahala istimewa yang menjadi rahsia Allah disimpan untuk orang yang berpuasa. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Allah berfirman:
Puasa itu untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Janji Allah yang kedua, diampun segala dosa seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang berpuasa dengan keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ketiga, dijauhkan dari api neraka. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidaklah seorang hamba yang mengerjakan puasa satu hari kerana Allah, melainkan Allah menjaga dirinya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun kerana puasanya yang sehari itu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keempat, imbalan tunai dan kesihatan jasmani. Sebelum pakar kesihatan mengkaji dan menemukan manfaat puasa,
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Berpuasalah nescaya kamu akan sihat.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kelima, doa yang tidak akan ditolak. Rasulullah SAW menegaskan dengan sabdanya yang bermaksud:
“Tiga orang yang doanya tidak akan ditolak; pemimpin adil, orang berpuasa sehingga dia berbuka dan orang yang teraniaya.” (Riwayat Ahmad, al-Nasai, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Keenam ialah masuk syurga melalui Bab al-Rayyan. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang termasuk golongan orang mengerjakan sembahyang maka ia akan dipanggil dari pintu solat.
Barang siapa termasuk golongan orang melakukan jihad, maka ia akan dipanggil dari pintu jihad. Barang siapa termasuk golongan orang yang berpuasa maka dia akan dipanggil dari pintu al-Rayyan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Enam ganjaran tadi boleh menjadi pemacu ke arah kesempurnaan puasa. Saat menahan lapar dan dahaga, ketika menghidupkan malam dengan ibadat, membaca al-Quran pada siang hari, bersedekah, bekerja dan menuntut ilmu, ketika zikrullah tidak terlucut dari hati dan lisan, ingatlah enam ganjaran ini.
Puasa itu memberi kesan kepada keperibadian.
Selepas seseorang itu bersusah payah mengawal hawa nafsunya sepanjang Ramadan, tetapi ketika berakhirnya Ramadan dia kembali menjadi orang panas baran, tamak, rakus dan gelojoh maknanya puasanya itu tidak memberi kesan kepada keperibadiannya. Dia tidak mencapai matlamat ditetapkan al-Quran.
Hal ini dijelaskan firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti diwajibkan atas orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa.”
(Surah al-Baqarah, ayat 183)
Matlamat akhir ibadat puasa ialah mendapatkan bekalan takwa yang cukup untuk menjalani hari-hari seterusnya. Maknanya pada Syawal pun kita masih merasai nikmat beribadah seperti dirasai pada bulan Ramadan.
Tetapi ramai melepaskan pakaian takwanya ketika memasuki Syawal dan seterusnya tenggelam mengikut arus kecuali orang yang diberi cahaya petunjuk Allah.
Berhasilkah puasa membentuk keperibadian? Hal ini bergantung kepada sejauh mana kesungguhan seseorang menghiasi diri dengan pakaian takwanya atau dia mengganti pakaiannya itu dengan fesyen tidak diredai Tuhannya. Aduhai, alangkah ruginya manusia itu di dunia dan akhirat.
Amalan zikir jamin puasa sempurna, dorong diri sentiasa berusaha untuk kebaikan


Friday 27 July 2012

0 kini baru aku tahu



dulu setibanya ramadhan aku berkobar-kobar hendak tunaikan semua amal ibadah yang digalakkan
tapi malangnya semangat aku hanya 'hangat-hangat taik ayam'
cuma dua minggu pertama sahaja aku dapat menunaikan solat sunat tarawih
yang selebihnya aku 'melepak' dengan kawan-kawan
alhamdulilah puasa aku dapat sempurnakan sebulan

kini baru aku tahu
kenapa aku tidak dapat istiqomah beribadah walaupun pada bulan ramadhan yang ALLAH SWT janjikan berlipat kali ganda ganjaran .
pada bulan-bulan lain lagilah berterabur jawabnya

pertamanya niat aku beribadah entah apa-apa pada ketika itu
masih bercampur baur antara ikhlas dan kerana ALLAH SWT
dan ibadah ikut-ikutan
erti ikhlas yang sebenar pun aku tak tahu
yang jelasnya mengharapkan ganjaran atau ikut-ikutan daripada mencari rahmat dan redha ALLAH SWT

rupa-rupanya
dalam kita hendak menunaikan ibadah atau melaksanakan sesuatu
perkara yang paling penting ialah NIAT
kerana pada niat terdapat kekuatan untuk kita melaksankan
yaitu kita mestilah menafikan selain daripada ALLAH SWT apa yang diniatkan

ertinya
bukan kerana hendakkan sesuatu ,hanya mengharap rahmat dan redha dari ALLAH SWT semata-mata
kita mesti menafikan nafsu yang membisik-bisik dalam diri kita yang sentiasa hendak gagalkan apa yang kita niatkan dari terlaksana
apa yang kita niatkan ,selagi selaras dengan al quran dan hadis
tunaikanlah segera dan kita mestilah istiqomah  kerana pada istiqomah ada sabar .
kita juga harus berhati-hati dengan was-was
kerana dalam perlaksanaan jika ada was-was ianya tidak sempurna dan bererti gagal .

Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya),
(At-Taariq 86:9)


Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu, dan supaya disetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu.
(Al-An'aam 6:113)


Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr r.a katanya :


Rasullallah SAW bersabda :

"Sesungguhnya ALLAH SWT tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu ,tetapi ALLAH SWT melihat hati (niat) kamu."

Sabda Rasullallah SAW yang bermaksud :

"Sesiapa mencintai kerana ALLAH ,membenci kerana ALLAH ,memberi kerana ALLAH dan menahan diri pun kerana ALLAH ,maka sesungguhnya dia mencapai kesempurnaan iman ."

(hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi)


إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى

( Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka )
Di dalam kitab Arbain Nawawiyyah ( Hadis 40 ) dimulakan hadis pertama didalam kitab tersebut dengan hadis yang berkaitan dengan niat ini.. jadi disini dapatlah kita lihat bahawa betapa pentingnya kita berniat dengan niat yang betul dan ikhlas ketika melakukan sesuatu pekerjaan agar kita mendapat rahmat dan redha daripada Allah subhanahuwata’ala. Niat itu tempatnya dalah dalam hati iaitu dengan kata lain kita tidak perlu menzahirkan niat kita kerana niat pada asalnya tempatnya adalah didalam hati kita.. Tetapi disana ada yang mengatakan bahawa niat itu perlulah kita zahirkan atau ucapkan melalui lisan seperti niat solat, puasa dan sebagainya..tetapi kata-kata seperti ini adalah tidak tepat..kita tidak perlu untuk melafazkan niat itu dengan kuat sedangkan tempat asalnya niat tersebut adalah dalam hati kita..hanya kita dan Allah yang mengetahuinya..

Oleh itu marilah sama-sama kita perbanyakkan mengingati ALLAH SWT di dalam hati dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas
Semoga kita diberi kekuatan dapat melaksanakan apa yang diniatkan berlandaskan al quran dan hadis

wallahhualam

inshaallah ...












Wednesday 25 July 2012

0 takut yang bagaimana



"ALLAH SWT berfirman pada hari kiamat :

"Keluarkanlah dari neraka orang yang pernah ingat kepadaKu pada suatu hari atau orang yang pernah merasa takut kepada kedudukkanKu."

(hadis qudsi riwayat Tarmizi dari Anas r.a)

Pada hari kiamat orang-orang akan ditempatkan sesuai dengan amalannya masing-masing ,di syurga atau di neraka .

ALLAH memerintahkan pada melaikat Zabaniah untuk mengeluarkan dari neraka hambaNya yang pernah beriman dan percaya kepada ALLAH sebagai Tuhan Yang Maha Esa ,atau mentauhidkanNya ,tetapi mereka mencampurkan amal soleh dengan perbuatan maksiat .Mereka berhak dimasukkan kedalam neraka terlebih dahulu sebagai hukuman kepada mereka dari kekotoran dosa .Setelah mereka suci bersih ,barulah mereka dikeluarkan dari neraka dan kemudia dimasukkan kedalam syurga .Dikeluarkan dari api neraka ini dilakukan kerana syafaat  bagi orang yang diizinkan oleh ALLAH SWT atau kerana pengampunan umum daripadaNya .

Inilah yang dimaksudkan dengan perkataan :"Orang yang pernah ingat akan Aku pada suatu hari " iaitu orang mukmin yang pernah mengingati ALLAH SWT pada suatu hari ,pada hari-hari yang dilaluinya ketika hidupnya ,atau pernah merasa takut pada kedudukkan ALLAH SWT .

Yang dimaksudkan dengan ingat (zikir) di sini ,ialah mengingati dengan ikhlas dan dengan niat yang benar dalam mengesakan ALLAH yang dilakukan oleh seorang mukmin .
Sedang ingatan seorang kafir dan kaum musyrikin pada ALLAH dengan lisannya sahaja ,tidak dapat dikatakan zikir dengan hati yang ikhlas dan niat yang benar .

Perhatikan sabda Nabi SAW :

"Barang siapa yang mengucapkan :"la iilaaha illallah" dengan ikhlas dari hatinya ,nescaya ia masuk syurga ."

Ynag dimaksudkan dengan khauf   di sini ialah menahan nafsu dan semua anggota badannya dari melakukan segala perbuatan maksiat dengan penuh ketaatan .

Takut tanpa diiringi dengan menahan hawa nafsu dari segala perbuatan maksiat tidak termasuk dalam pengertian hadis qudsi di atas .

Hadis qudsi di atas menekankan tentang keutamaan dan kelebihan zikir dan khauf kepada ALLAH SWT .

Selanjutnya ayat-ayat al quran yang berhubung dengan "khauf"   kepada ALLAH dan azabNya ,lebih dari dua puluh ayat ,di antaranya :


Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
(An-Naazi'aat 79:40)

Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
(An-Naazi'aat 79:41)



Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.
(A-li'Imraan 3:175)



Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.
(Al-Nahl 16:50)


Semoga ALLAH memberi taufik kepada kita untuk berzikir dan hanya takut kepadaNya sahaja .Amin 

sumber rujukkan hadis qudsi
keluaran victory agency
bab 38 takut kepada ALLAH m/s 317-320

Tuesday 24 July 2012

0 banyak kebaikkannya



ALLAH SWT berfirman dalam hadis qudsi :

"Sesungguhnya hamba-hamba yang paling cinta kepadaKu ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa"

(hadis qudsi riwayat Ahmad dan Tarmizi dari Abu Hurairah r.a)

Hadis ini menganjurkan orang yang berpuasa untuk segera berbuka setelah diketahui matahari benar-benar telah terbenam ,baik puasa wajib iaitu puasa di bulan ramadhan dan puasa nazar ,ataupun puasa sunat .

Berkenaan dnegan ini kita dapati beberapa hadis Nabi SAW antara lain :

"Manusia sentiasa dalam kebaikkan apabila ia segera berbuka puasa"

(hadis riwayat Bukhari Muslim dari Sahl bin Sa'd)

"Umatku akan sentiasa dalam kebaikkan selama melambatkan sahur (hingga dekat waktu imsak) dan menyegerakan berbuka puasa pada waktunya"

(hadis riwayat Ahmad dari Abu Zar)

"Agama akan senitasa nampak syiarnya selama orang islam berbuka puasa dengan segera (tepat pada waktunya) sebab orang-orang yahudi dan nasrani melambatkan-lambatkannya "

(hadis Abu Daud dari Abu Hurairah)

Dalam hadis qudsi yang berkaitan dengan puasa antara lain :

"Kebajikan itu sepuluh kali ganda dan Aku tambahi lagi kejahatan (hanya dihitung) satu sahaja dan Aku akan hapuskan .Puasa itu untukKu dan Akulah yang akan membalasnya .Puasa itu adalah perisai dari siksaan ALLAH ,laksana senjata perisai terhadap pedang"

(hadis qudsi riwayat Baghawi)

"Puasa itu adalah perisai terhadap api neraka dan bagiKulah puasa itu ,akulah yang akan membalasnya .Orang yang meniggalkan nafsunya ,meniggalkan makan dan minum kerana Aku .Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu (kelak di akhirat) lebih wangi di sisi ALLAH daripada bau kasturi"

(hadis qudsi riwayat Baghawi Tabrani dan Ahadan dari Basyir bin Khashashiyah)

Puasa itu perisai yang dengannya hambaKu terhindar dari api neraka .Puasa itu untukKu dan Akulah yang akan membalasnya .Orang yang berpuasa meniggalkan makan dan minum kerana Aku .Dan demi jiwaku dalam kekuasaanNya ,sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi ALLAH daripada bau kasturi"

(riwayat Tabrani dalam al-Kabir ,Basyir bin Khashashiyah dari Abu Hurairah)


"Barang siapa yang menjaga dengan berhati-hati tiga perkara ,pasti dia berada di dalam perlindunganKu .Dan barang siapa yang menyia-nyiakannya ,ia adalah musuhKu .Ketiga perkara itu ialah sembahyang ,puasa dan mandi junub"


(riwayat Baihaqi dari Hasan ,Mursalan dan Ibnu Najjar dari Anas r.a)


Adapun yang dimaksudkan dengan "menjaga ketiga-tiga perkara" tersebut ialah :


-Tekun melakukan sembahyang pada waktunya dengan penuh khusyuk ,sempurna rukun ,syarat dan tata tertibnya

-Berpuasa dengan menjaga makan minum dan menjaga lidah dari dikotori dengan umpat maki ,perkataan-perkataan yang tidak sopan didengar serta menjaga anggota badan dari melakukan maksiat ,dosa dan sebagainya

-Membersihakan badan dengan mandi dari hadas besar ,haid ,nifas ,jimak dan keluar air mani yang menjadi syarat sahnya ibadat .

Semoga kita dapat menunaikan kewajipan kita sebagai hambaNya ,seperti yang dikehendakiNya
Amin

sumber rujukkan hadis qudsi
keluaran victory agancy
bab 60 menyegerakan berbuka puasa m/s 467-470

Sunday 22 July 2012

0 puasa dan keringanannya



A184
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
(Al-Baqarah 2:184)


Ayat ini turun disebabkan kejadian seorang maulana [ahli abid yang telah dimerdekakan] yang bernama Qais bin Assaib yang telah memaksa dirinya untuk berpuasa sedangkan dia sudah tua sekali 


Maka dengan turunnya ayat ini dia telah berbuka dan membayar fidyah dengan memberi makan orang miskin selama mana dia tidak berpuasa .


(Diriwayatkan oleh Ibnu Sa'd di dalam kitab at Thabaqat dari Mujahid)


sumber rujukkan Asbabun Nuzul 
keluaran victory agencie m/s 74-75

Friday 20 July 2012

0 nilainya tinggi



Rasullallah SAW dalam meriwayatkan hadis qudsi menyatakan bahawa ALLAH SWT berfirman :

"Semua amal perbuatan Anak Adam adalah untuk dirinya sendiri ,kecuali puasa .Sesungguhnya puasa itu untukKu ,dan kerana itu Akulah yang akan membelasnya .Puasa itu ibarat perisai .Pada hari seseorang itu berpuasa ,janganlah ia mengucapkan perkataan perkataan kotor ,tidak sopan ,dan tidak enak didengar  ,dan jangan bertengkar .Jika ada seseorang yang memaki atau berkelahi dengannya ,hendaklahia mengatakan kepadanya :"Saya sedang berpuasa." Selanjutnya Nabi SAW bersabda :"Demi ALLAH yang diriku di dalam kekuasaanNya ,sesunguhnya bau busuk mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi ALLAH dari bau kasturi," Dan bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan ,gembira ketika berbuka puasa kerana berbuka dan gembira ketika menemui Tuhannya kerana menerima pahala puasanya ."

(Hadis qudsi riwayat Syaikhan ,Nasa'i dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah)

Semua amal ibadat dan perbuatan taat ,mempunyai pahala dan ganjaran tertentu dan terbalas ,yang akan diterima oleh seseorang sesuai dengan amalannya .

Adapun puasa yang dilakukan dengan ikhlas menurut tuntutan syarak ,pahalanya besar dari kurnia dan rahmatNya ,Yang Maha Pemurah lagi Penyayang .

Puasa ibarat perisai ,dinding dan benteng ,kerana dapat melindungi pelakunya dari kelemahan rohani dan jasmani .Puasa menjadi sumber kekuatan cita cita ,kehendak dan kemahuan .Puasa sebagai sumber yang memancarkan kekuatan agama dan penambahan kekuatan sinar di dalam batin .Selain dari itu ,puasa menjadi sumber kekuatan dan kesihatan jasmani serta menambah lemah lembut dan kehalusan budi pekerti serta akhlak .

Manafaat puasa telah diakui oleh ahli ahli perubatan apabila puasa itu dilakukan menurut ketentuannya dan dengan ikhlas .

Hadis qudsi tersebut memberikan petunjuk dan bimbingan kepada orang yang berpuasa ,untuk melaksanakan adab dan tatacara puasa yang ikhlas dan bernilai tinggi .

a-Memelihara lidah dan anggota lainnya daripada perbuatan dan tindakkan yang tidak semestinya dilakukan oleh orang yang beribadat contohnya :mengucapkan perkataan perkataan kotor ,mencela ,memaki ,memfitnah dan sebagainya .

b-Menjaga diri jangan sampai terlibat dalam pertengkaran apalagi perkelahian .Apabila tanpa disengaja hampir terlibat dalam perkelahian ,hendaklah ia segera ingat dan mengingatkan orang lain dengan baik ,bahawa dirinya sedang berpuasa .Puasa yang baik memerlukan adab sopan dan tatasusila serta kusyuk ,tawaduk ,ketenangan serta ketenteraman batin .

c-Hendaknya orang yang berpuasa menjaga diri dengan sepenuh daya dan upaya agar puasanya sempurna ,bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga ,tapi berpuasa dalam erti menahan diri dari hal hal yang diharamkan ALLAH SWT dan tidak diredhaiNya .

d-Kedudukkan orang yang berpuasa itu itnggi nilainya di sisi ALLAH SWT .Mulut orang yang berpuasa ,akibat perut kosong dan mulut sering tertutup kerana kurang bicara ketika berpuasa ,mempunyai kedudukan yang khusus di sisi ALLAH SWT .Kelak di hari kiamat baunya lebih wangi dari kasturi .Tidak semua  yang tidak disenangi manusia itu tidak berfaedah ,kadang kadang sesuatu yang kita anggap mudah dan remeh ,namun di sisi ALLAH agung dan utama

e-Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan ,kegembiraan di dunia dan kegembiraan di akhirat .

Kegembiraan di dunia adalah ketika berbuka puasa dan ketika selesai ibadah puasa ,di waktu hari raya Aidil Fitri .Pada saat itu ia merasa kerana ALLAH SWT telah memberinya taufik untuk dapat  menunaikan ibadah suci itu kerana telah dapat menyelesaikan ibadat itu dengan sempurna dan kerana telah lulus dari cubaan dan ujian hawa nafsu ,terutama pada siang hari .

Kemudia kegembiraan di dkhirat ,ialah ketika bertemu dengan ALLAH ,ketika ia mengetahui bahawa ketaatan dan ibadahnya diterima dan ketika menerima balasan pahala yang telah dijanjikanNya  .

Demikianlah kesimpulan hadis qudsi di atas
Wallahu A'lam Bissawab

sumber rujukkan hadis qudsi
keluaran victor agancy
bab 27 nilai puasa m/s 233-236

Thursday 19 July 2012

0 ketahuilah bahawa ...




Nabi SAW telah bersabda 


"apabila tibanya bulan ramadhan ,dibuka pintu pintu syurga ,dan ditutup pintu pintu neraka dan dibelenggu syaitan syaitan"
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 


-Ketahuilah bahawa di dalam diri kita ada nafsu umarah 
yang sentiasa mendorong kita supaya kufur dan ingkar kepada segala perintah ALLAH dan RASUL  
jika kita lalai daripada mengingati ALLAH SWT maka nafsu umarah akan terus terusan mengusai hati kita daripada tunduk kepada ALLAH 


Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.Menurut satu pendapat lain daripada Ikrimah ,ALLAH SWT jadikan bagi manusia dan jin itu syaitan syaitan untuk diri masing masing 
(Al-An'aam 6:43

-Menurut satu pendapat lain daripada Ikrimah ,ALLAH SWT jadikan bagi manusia dan jin itu syaitan syaitan untuk diri masing masing 

-Apa yang sahihnya ialah apa yang terdahulu disebut daripada hadis Abi Zar bahawa sesungguhnya bagi manusia terdapat syaitan syaitan terdiri dari kalangan mereka dan begitu juga jin terdapat syaitan syaitan di kalangan mereka .


-Sesungguhnya apa yang dimaksudkan dengan syaitan itu ialah setiap sesuatu yang melakukan kerosakkan di muka bumi dan mendurhakai ALLAH SWT .


-Oleh itu hendaklah kita perbanyakkan  mengingati ALLAH SWT dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas ,supaya hati kita bebas daripada cengkaman nafsu umarah dan bebas daripada sifat syaitan .
-Semoga dapat kita menjalani ibadah pada bulan ramadhan dan seterusnya dengan penuh pengertian kehambaan kepada ALLAH SWT 


Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
(Al-Mulk 67:2)

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
(Al-A'raaf 7:201)

Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.
(Al-Nahl 16:99

-Sesungguhnya ALLAH SWT menyuruh kita supaya beramal dengan ikhlas
ketahuilah bahawa syaitan tidak takut jika kita tinggi ilmu pengetahuan di dalam bidang agama
syaitan hanya benci pada orang yang ikhlas niatnya kerana ALLAH SWT dalam setiap perbuatan
ketahuilah juga bahawa setiap amal perbuatan akan bermula daripada niat

-Innamal A'malu Bin Niyat


إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan 
[HR. Bukhari dan Muslim]



Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."


Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".


Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".


Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)".


Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
(Al-A'raaf 7:12-16)



Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
(Al-Israa' 17:65)



Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
(Al-An'aam 6:162)









Monday 16 July 2012

1 cara hendak dapatkan ikhlas [update]



*update
kedatangan ramadhan hanya beberapa hari sahaja lagi
ingin aku berkongsi di sini
bagaimana hendak dapatkan keikhlasan yang sebenar di sisi ALLAH dan RASUL dalam setiap amal
mudah mudahan ramadhan kali ini menjadi lebih barakah pada diri kita
inshaallah

-janganlah kita syirik kepada ALLAH SWT
  boleh rujuk di sini

-jangan sesekali mengharapkan ganjaran dalam mengerjakan ibadah
  boleh rujuk di sini

-perbanyakkanlah mengingati ALLAH SWT dengan perkara wajib atau sunat
  -perkara wajib iaitu dengan perbanyakkan kalimah syahadah @ kalimah tauhid
   (lailla ha'il lallah  muhammada rasullallah)
  -solat fardhu 5waktu
  -berpuasa di bulan ramadhan
  -berzakat
  -menunaikan haji (jika berkemampuan)

-perkara sunat iaitu perbanyakkanlah zirullallah kerana mengingati ALLAH SWT itu lebih utama
  -tunaikanlah puasa isnin dan kamis atau 13,14,15 setiap bulan hijrah
  -solat sunat dhuha
  -solat malam (qiamulail)

dan janganlah sampai kita tergelincir daripada landasan al quran dan hadis dalam setiap amal perbuatan kita



wallahhualam

inshaallah ...


Saturday 14 July 2012

1 sifat pemimpin yang mesti dicari



Ada Pemimpin Yang Memimpin (Mursyid)

Mesti ada seorang pemimpin yang boleh memimpin di bidang
ilmu, di bidang akal dan hati, sama ada yang lahir mahupun
yang batin dan dalam semua hal hingga hidup kita ini boleh
tertuju kepada Allah.

Dalam Islam, pemimpin yang boleh memimpin hidup kita
itulah yang dikatakan mursyid. Istilah mursyid adalah dari
perkataan mursyidun, maknanya orang yang memimpin. Wajib
bagi setiap orang ada pemimpin yang memimpin dirinya, tidak
kira sama ada dia ulama, ustaz, hafiz, pakar Islam atau muallim.

Lebih-lebih lagilah orang awam yang kurang ilmu dan kurang
faham tentang Islam. Orang yang memimpin (mursyidun), dia
tidak sama dengan muallim. Juga dia tidak sama dengan ustaz
atau guru. Sebab muallim itu hanya memberi ilmu. Mereka
hanya memandang yang luaran. Tetapi mursyid yang boleh
memimpin, Allah memang beri kepadanya ilmu-ilmu yang luar
biasa. Ada ilmu lahir dan batin. Bukan saja dia boleh memimpin
akal orang tetapi hati (roh) orang juga boleh dipimpinnya,
walaupun mursyid itu seorang yang tidak hafal Quran dan tidak
hafal Hadis. Sebab itu sebagaimana alim pun seseorang itu, dia
mesti ada seorang pemimpin atau mursyid.

Kita lihat di mana-mana orang menyebut, “Dia itu muallim
saya”, “Itu guru saya”, tetapi mengapa tidak dikatakan, “Dia itu
pemimpin atau mursyid saya.” Memang pemimpin dan mursyid
itu susah dicari. Apatah lagi di zaman sekarang yang sudah jauh
dari zaman Rasulullah. Orang yang layak menjadi mursyid
hanya bilangan jari sahaja tetapi guru yang memberi ilmu atau
muallim atau ustaz, ini ramai.

Sebab itu mursyid kurang popular dan jarang disebut dalam
kehidupan sehari-hari. Orang selalu sebut muallim, guru atau
cikgu. Imam Ghazali r.a. berkata, “Untuk mencari seorang yang
mursyid macam mencari belerang merah.”

Ini menunjukkan bagaimana susahnya hendak mencari
belerang merah, begitulah susahnya untuk mencari mursyid.
Sebab itu, pemimpin atau mursyid sudah tidak wujud lagi di
kalangan umat Islam hari ini. Maka umat Islam berjuang hanya
main-main akal, beribadah main suka hati, bertindak pula main
sembrono, tidak diukur cara ilmu lagi. Jadi kita perlu ada guru
yang mursyid, yang boleh memimpin ilmu dan amalan kita,
yang memimpin lahir dan batin kita. Guru mursyid ini menjadi
tempat kita merujuk walau dalam perkara kecil sekalipun.

Tetapi di sinilah ramai yang tidak faham termasuk alim ulama.
Sesetengah mereka berkata, “Kalaulah kita sudah berguru
di satu tempat, janganlah lagi kita berguru di tempat lain.”

Ini satu kesilapan dan fahaman yang salah. Sebenarnya guru
mursyid sahaja yang tidak boleh ramai. Guru mursyid mesti
seorang sahaja. Tetapi kalau muallim atau guru sumber ilmu,
lebih ramai lebih baik kerana lebih banyak saluran untuk dapat
ilmu. Kalau ada tiga puluh orang guru, ada tiga puluh saluran.

Imam Ghazali r.h. ada 1000 orang gurunya. Guru pimpinan, guru
mursyid, tempat rujuk dalam semua hal hanya seorang sahaja.
Dalam sebarang hal mesti dirujuk kepadanya termasuklah
dalam perkara yang harus. Walaupun perkara itu harus dalam
syariat, tetapi untuk mendapat berkat mesti bertanya kepadanya.
Lebih-lebih lagi kalaulah ia sudah jadi arahannya maka
wajib ditaati.

Katalah mursyid mengarahkan Si A supaya berpindah. Hukumnya
harus sahaja dalam ajaran Islam. Tetapi apabila diarah
oleh mursyid, berdosa Si A kalau tidak berpindah. Setiap arahannya
menjadi wajib aradhi atau wajib mendatang sebab mentaati
pemimpin adalah wajib. Contoh yang lain ialah arahan menghadiri
majlis usrah, majlis tahlil, tukar kerja dan arahan kahwin.

Walaupun semua ini perkara harus dan sunat tetapi kerana
pemimpin yang suruh, maka wajib ditaati. Di sinilah banyak
silapnya para pejuang sekarang. Mereka sudah ada jemaah
tetapi bila ada masalah dalam jemaah, dia tidak rujuk kepada
mursyid. Malahan dia rujuk kepada ulama di luar jemaah atau
kepada dukun. Akhirnya rosak keyakinannya.

Jadi setiap orang yang ingin membaiki dirinya mesti ada
mursyid yang akan memimpinnya sekalipun dia ulama, ustaz,
orang alim, hafaz Al Quran dan pakar Hadis. Kenapa? Dalam
ajaran Islam ini ada ilmu yang datang dari akal, ada ilmu yang
datang dari hati. Ada yang lahir ada yang batin. Ada yang tersirat
dan ada yang tersurat. Belum tentu seseorang itu diberi ilmu
yang tersirat. Bukan semua orang diberi ilmu-ilmu hati. Oleh
itu, walau ulama pakar macam mana sekali pun kena ada guru
yang memimpinnya.

Di sinilah ramai orang silap faham. Terutamanya para ulama.
Kerana hati mereka berkata, “Saya dah jadi ulama, saya dah jadi
alim, saya dah jadi profesor, dah jadi pensyarah, apa perlu pimpinan?
Saya boleh pimpin diri saya sendiri. Buat apa bersandar
pada orang lain?”

Begitulah tabiat ulama sekarang. Sebab itu mana ada ulama
di akhir zaman ini yang ada kesedaran, bertaqwa dan yang baik
dan menyenangkan hati kita. Kenapa? Sebab mereka fikir mereka
tidak perlu dipimpin lagi. Sebab mereka rasa mereka
banyak ilmu dan boleh pimpin diri mereka sendiri.

Akibatnya, kadang-kadang kita lihat orang awam yang tidak
punya ilmu lebih baik lagi amalan dan akhlaknya manakala
ulama hidup lintang-pukang dan merekalah yang sering
menimbulkan masalah dan huru-hara di tengah masyarakat.

Mereka sudah tidak boleh dipimpin oleh manusia lagi. Lebih-lebih
lagi mereka tidak mahu dipimpin oleh guru mursyid.
Orang yang boleh memimpin atau mursyid hanyalah orang
yang pintu hatinya terbuka iaitu yang mempunyai basirah
(pandangan hati). Bukan sekadar akalnya sahaja yang terbuka.

Ramai orang yang akalnya terbuka maka dia boleh menangkap
ilmu tetapi hatinya tertutup. Dia tidak boleh membaca hal-hal
batin, hal-hal hati dan hal-hal rohani seseorang. Dia tidak dapat
melihat sifat-sifat mazmumah dan sifat-sifat mahmudah
seseorang. Lebih-lebih lagi dia tidak dapat mengubat penyakit
hati seseorang. Mursyid itu ialah orang yang hatinya terbuka
luas dan boleh memimpin orang lain. Dia tidak semestinya lebih
alim daripada orang yang dipimpinnya.

Imam Hambali umpamanya dia tidak disebut sebagai ahli
tasawuf sebab dia tidak mengarang kitab tasawuf sebaliknya
hanya mengarang kitab ilmu-ilmu lahir sahaja. Tetapi yang
sebenarnya dia juga alim dalam ilmu batin (kerana semua imam
mazhab itu adalah mursyid dan pakar tasawuf). Dia tahu dan
mengamalkannya. Imam Hambali dan imam-imam mazhab
yang lain adalah orang-orang yang terpimpin dan mampu
memimpin. Tambahan pada itu, menurut riwayat, Imam
Hambali selalu merujuk kepada ulama-ulama, menziarahi
Bisyru al Hafi, sering menziarahi ahli-ahli sufi di hujung negeri
Baghdad.

Guru mursyid itu mampu memimpin manusia kerana kelebihan
yang ada pada dirinya. Dia lebih tahu tentang kecacatan
dan kelemahan muridnya, tentang lahir dan batin muridnya,
dia nampak dan boleh membaca hal-hal yang halus yang ada
pada hati-hati muridnya. Dia nampak dan boleh tunjuk kelemahan
muridnya dan boleh mendidik dan menunjuk ajar
mereka. Cara ini sangat berkesan malahan lebih berkesan dari
latihan-latihan yang lain dalam usaha untuk membaiki diri.

Mursyid bukan ulama biasa. Setiap mursyid itu ulama tetapi
bukan setiap ulama itu mursyid. Mursyid ialah orang yang di
samping mempunyai ilmu lahir, dia dianugerahkan pula oleh
Tuhan dengan ilmu batin atau ilmu laduni, ilmu ilham, ilmu
hikmah serta ilmu firasat hingga dia sungguh faham tentang soal
perjalanan roh atau hati dan tentang penyakit-penyakit dan
kelebihan-kelebihan hati. Dia mampu untuk memimpin, mendidik
dan menunjuk ajar manusia dalam usaha mereka untuk
memperbaiki diri dan menyucikan hati.

Mursyid adalah guru rohaniah yang telah terlebih dahulu
mengamalkan ilmunya dan menyucikan hatinya. Justeru itu, dia
mempunyai kelebihan-kelebihan rohaniah yang biasa dimiliki
oleh orang-orang yang telah membersihkan dan menyucikan
hati mereka. Disebabkan hatinya bersih, dia boleh menyelami
hati-hati orang lain.

Jadi setiap orang mesti mencari seorang guru mursyid untuk
memimpin dirinya walaupun dia alim. Lahir batinnya perlu
diserah kepada guru mursyid. Ini adalah satu dari syarat untuk
mendapat taqwa.
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates