Tuesday 27 November 2012

0 mesti dibendung agar tidak terus malap



MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia. 

Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman. 

Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.” 

Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair; Saya mengadu pada guru Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, “Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat.” 

Rezeki tidak lancar 
Dalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.” 

Seperti ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan kekafiran. 

Keterasingan antara Allah 
Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing antara dirinya dan Allah dalam hatinya. Keterasingan ini tidak boleh diganti dan dinilai dengan kenikmatan apa pun. Andainya semua kelazatan di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati perasaan keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, sementara hati mati tidak mempunyai perasaan itu. 

Ada seorang lelaki mengadu perasaan keterasingan pada dirinya kepada ahli makrifat lalu dijawab: “Jika kamu menemukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati dalam berbuat taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang rasakan keterasingan kecuali kerana dosa.” 

Keterasingan antara manusia 
 Perasaan terasing bukan hanya terjadi dengan Allah tetapi juga manusia terutama dengan mereka yang melakukan kebaikan. 

Allah akan menyulitkan urusannya 
Orang yang melakukan maksiat akan selalu menemui jalan buntu pada setiap urusannya. Orang yang bertakwa kepada Allah akan menemui kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh daripada takwa disulitkan urusannya. 

Kegelapan dalam hati 
Kegelapan itu nyata dalam hatinya seperti melihat dan berasakan gelapnya malam. Ini kerana ketaatan adalah cahaya sementara maksiat adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati maka seseorang itu terus dalam kebingungan. Akibatnya ia terjatuh dalam kesesatan dan hal yang menghancurkan tanpa disedari. 

Maksiat melemahkan kekuatan hati 
Maksiat melemahkan hati dan kelemahan fizikal disebabkan lemahnya hati. Semakin kuat hatinya, semakin kuat fizikalnya. Ahli maksiat, meskipun fizikalnya kuat tetapi apabila diperlukan dan dalam keadaan terdesak, kekuatan fizikal mereka tidak berdaya. 

Renungkan bagaimana kekuatan fizikal kaum Rom dan Parsi yang mengkhianati mereka ketika memerlukannya hingga dengan mudah orang beriman menakluki kekuatan fizikal dan hati mereka. 

Malas mengerjakan ibadat 
Orang yang melakukan maksiat akan malas melaksanakan amal ibadat. Sedangkan setiap bentuk ketaatan kepada Allah nilainya melebihi dunia dan segala isinya. 

Terbiasa berbuat dosa 
Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan berasa bahawa dosa yang dilakukan adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian daripada kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri. 

Walaupun dilihat dan dicerca, dia tidak rasakan dirinya terhina. Perasaan seperti itu adalah kesenangan dan kenikmatan daripada pelaku maksiat. Bahkan, ada yang bangga menceritakan maksiat yang dilakukan. 

Rasulullah SAW bersabda: “Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat. Termasuk mujaharah adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman, semalam aku melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri ketika Allah menutupnya.” 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

marilah kita sama-sama perbanyakkan mengingati ALLAH SWT di dalam hati 
dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas 
semoga kita diberi kekuatan dapat mentaati dan mematuhi segala perintah ALLAH dan RASUL 
inshaallah ...

sumber

Saturday 24 November 2012

0 aku dan gaza



kahidupan aku hari ini 
di kelilingi oleh segala kemudahan 
kemudahan asas ,perhubungan dan sebagainya 
nak beribadah juga tiada masalah 
cuma terpulang atas aku nak buat atau tidak 
segala perintah ALLAH dan RASUL

dan sepatutnya akulah yang lebih bersyukur 
bersungguh-sungguh merialisasikan di dalam kehidupan 
tanda kebergantungan aku kepada ALLAH SWT 
tanda yakinnya aku kepada kekuasaan ALLAH SWT 
tanda ikhlasnya aku kepada ALLAH SWT 
kerana mengurniakan aku segala kemudahan 

Hadis Aisyah katanya :Apabila Rasullallah SAW mendirikan sembahyang baginda bedriri hingga pecah-pecah telapak kakinya .Aisyah berkata :Wahai Rasullallah mengapa engkau lakukan ini semua ? Sedangkan ALLAH telah mengampunkan segala kesalahanmu samada yang telah lalu ataupun yang akan datang ,Baginda menjawab :Wahai Aisyah ,tidak bolehkan aku ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur ! .
(sahih Muslim)

malangnya kehidupan aku masih terbelenggu 
aku masih gagal nak melawan dorongan nafsu umarah yang sentiasa mendorong supaya ingkar kepada segala perintah ALLAH dan RASUL 
aku masih gagal meyakini secara 'total' bahawa ALLAH SWT lah yang berkuasa ke atas sesuatu 
aku masih gagal mengikhlaskan segala amal perbuatan aku hanya kerana ALLAH SWT ,tidak mengharapkan apa-apa balasan

kerana aku masih lagi mengikuti ajakan-ajakan nafsu umarah walaupun aku menyedari bahawa ajakan itu bertentangan dengan al quran dan hadis 
jika benar aku menyakini akan kekuasaan ALLAH SWT ,pasti aku akan solat dengan bersungguh-sungguh dan ketika itulah aku akan memohon doa segala pertolongan yang aku harapkan daripada ALLAH SWT
begitu juga dengan keikhlasan aku masih ada sedikit pengharapan balasan daripada apa yang aku usahakan samada ketika ibadah atau pekerjaan 

itulah bezanya aku dan gaza
kerana umat islam di gaza hidup dalam serba kekurangan 
bila-bila masa akan dihujani dengan peluru
dan selalu bermandikan darah 

akan tetapi bagaimanakah agaknya tauhid mereka kepada ALLAH SWT 
di tahap manakah kebergantungan mereka kepada ALLAH SWT 
bagaimanakah ikhlas mereka 
sehingga mereka peroleh kemenaangan 
walaupun dengan genjatan senjata 

Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.
(An-Nisaa' 4:76)

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): "Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu", nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
(An-Nisaa' 4:66)

aku pula masih tidak menang-menang lagi menentang hawa nafsu di dalam diri aku sendiri 
oleh itu aku ingin mengajak diri aku sendiri dan semua pembaca blog MK 
marilah kita perbanyakkan mengingati ALLAH SWT di dalam hati 
dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas 
moga kita dibebaskan dari belenggu nafsu umarah 

wallahhualam 

inshaallah ... 

Thursday 22 November 2012

0 hidupkan semula ...



Pentingnya Sunnah Rasulullah SAW

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!

Tuesday 20 November 2012

0 bersatu+bangkit+gaza



persamaan pendapat kami hanyalah atas dasar kekasih ,tidak lebih dari itu 
aku akan bersetuju dengan pendapat kekasih aku 
begitu juga dengan kekasih aku akan menyetujui segala pendapat aku 
padahal ada kalanya kami tidak menyukai pun pada pendapat masing-masing pada satu-satu ketika 
ketika itu setuju kerana terpaksa 
sebenarnya kami masing-masing dengan pendapat sendiri kerana berlainan haluan 
dan selalu membuat keputusan berlandaskan nafsu dan akal logik

itulah aku dan isteri aku suatu masa dahulu 



Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
(A-li'Imraan 3:103)

dan inilah kesudahannya sekarang 
alhamdulilah syukur kepada ALLAH SWT yang teramat sangat 
kerana dengan mentauhidkan ALLAH SWT di dalam hati masing-masing 
kami kini selalu setuju dengan pendapat masing-masing atas dasar kerana ALLAH 
kami pasti bersetuju jika sesuatu perkara yang diputuskan itu berlandaskan al quran dan hadis
tiada lagi kerana terpaksa 
kerana masing-masing sudah berpegang kepada tali agama ALLAH 

Dari Yazid bin Asad ,katanya :Telah bersabda Rasullallah SAW 
"Cintailah sesama manusia sebagaimana kamu mencintai dirimu sendiri ."
(sahih Bukhari) 

dan inilah yang aku kesalkan sekarang 
sedang saudara islam kita di Gaza dibedil bertubi-tubi oleh rejim zionis yang tidak berhati perut 
masih ada masyarakat di malaysia khususnya yang berbalah tentang baikot memboikot 
ada yang menganjurkan supaya memboikot barangan israel kerana tidak dapat membantu dari segi fizikal
yang sedihnya pula ada yang membahaskan atas pandangannya sendiri supaya tidak perlu boikot barangan israel 

di sini jelas 
sepertimana firman ALLAH SWT di atas 
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali agama Allah (agama islam)

apabila kita tidak mentauhidkan ALLAH SWT di dalam hati dan tidak berpegang kepada tali agama ALLAH dengan mentaai dan mematuhi segala perintah ALLAH  
serta tidak mengamalkan sunah-sunah junjungan besar kita nabi Muhammad SAW 
pasti susah untuk kita menyetujui pendapat orang lain 
terutamanya yang berlandaskan al quran dan hadis 


(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
(Al-Baqarah 2:7)

kita akan lebih gemar berbahas memberi pendapat kita sendiri yang berlandaskan nafsu akal fikiran logik sahaja ,bukannya berpandukan al quran dan hadis 
kita juga hendak menyatukan sesama manusia mengikut perancangan kita sendiri
sedangkan kita dah terlupa bahawa 
ALLAH lah yang akan menyatukan hati-hati kita 
...dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) ,lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam)

aku menyeru kepada diri aku sendiri terutamanya  dan kepada pembaca-pembaca blog MK marilah kita mulakan walaupun dengan paksaan mentauhidkan ALLAH SWT di dalam hati masing-masing dengan berpegang teguh kepada tali agama ALLAH dan sunah-sunah Rasullallah SAW 
marilah kita perbanyakkan mengingati ALLAH SWT di dalam hati kita 
dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas 
mudah-mudahan islam akan lebih cepat bangkit 
dan bersama-sama kita hapuskan rejim zionis 
inshaallah ..

wallahhualam 


Saturday 17 November 2012

0 janji ditepati yang sebenarnya



HAK ALLAH

ALLAH SWT berfirman dalam hadis qudsi :

"Tidaklah Aku akan memperhatikan hak hambaKu ,sebelum ia menunaikan hakKu ."

(Hadis qudsi riwayat Tabrani dalam kitabnya "Al-Kabir" dari Ibnu Abbas r.a)

ALLAH SWT menegaskan kepada kita ,bahawa Dia tidak akan memberikan perhatian kepada hak-hak hambaNya serta kemaslahatan dan keinginannya ,sebelum hamba itu memberikan perhatian dan memenuhi hak-hakNya serta menunaikan kewajipan-kewajipan yang dipikulkan kepadanya .

Adapun hak ALLAH SWT itu terbahagi kepada dua :

1-Hak yang berhubungan dengan amalan dan perbuatan zahir ,misalnya :
Menunaikan sembahyang ,puasa Ramadhan ,mengeluarkan zakat ,melakukan ibadah haji bagi yang mampu dan memenuhi syarat ,menjauhi dosa-dosa besar ,menghindari dan tidak mengekalkan dosa-dosa kecil ,memberikan pertolongan kepada hamba-hamba ALLAH dan perbuatan-perbuatan lain yang sudah ada perinciannya dalam syariat islam yang mulia .

2-Hak yang berhubung dengan iktikad (keimanan) dan amalan batin .
Setiap orang ,wajib beriktikad dan menyakini bahawa ALLAH SWT Maha Esa dalam ZatNya dan perbuatanNya ,satu-satunya tempat berlindung ,serta bersifat dengan segala sifat kesempurnaan tidak melahirkan ,tidak dilahirkan ,dan tidak ada bandinganNya dengan sesuatu pun .

Setiap orang wajib beriman bahawa ALLAH SWT telah mengutuskan dua puluh lima orang RasulNya untuk memberikan bimbingan dan contoh teladan kepada semua makhluk ,menerangkan tentang halal dan haram ,menggariskan cara-cara mencapai kebahgian dunia dan akhirat ,mengajak mereka melakukan kebaikkan ,menegakkan amar makruf nahi mungkar  .

Setiap orang wajib taat dan patuh kepada para Rasul ,beriman kepada mereka ,beriman kepada apa yang telah disampaikan oleh mereka dari Tuhannya ,beriman kepada kitab-kitab suciNya yang telah diturunkan .(Sebagaimana telah diturunkan kepada mereka ,bukan yang telah dipalsukan) ,dan wajib pula beriman pada qada' dan qadar ,yang baik dan yang buruk dari ALLAH SWT .

Setiap orang wajib beriman ,dan beribadat kepada ALLAH SWT di atas segala-galanya dan menunaikan segala hakNya di atas ssegala hak ALLAH telah berfirman  :


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.



Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.



Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
(Adz-Dzaariyaat 51:56-58)


Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; 
(An-Nisaa' 4:36)


Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.
(Al-Bayyinah 98:5

Demikianlah hak-hak ALLAH SWT secara ringkas yang menjadi kewajipan atas hamba-hambaNya 

Adapun yang menjadi hak hambaNya atas ALLAH dapat kita terangkan sebagai berikut .

ALLAH SWT dengan rahmat dan kemuliaanNya ,akan mengambil berat tentang hambaNya ,menjaganya menutupi aurat kecelaannya ,menjamin rezekinya ,memberi taufik untuk beramal saleh ,menjadikannya dicintai makhlukNya ,memudahkan segala urusannya ,memperbanyakkan kebaikkan baginya ,menghapuskan keburukkan dan dosa ,memaafkan kekeliruannya ,meninggikan kedudukkannya di dunia dan di akhirat ,memberinya berbagai kurnia ,dan menghalangi daya upaya penyesatan syaitan ,sesuai dengan firmanNya :


Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
(Al-Israa' 17:65)

Setelah manusia diciptakan ALLAH SWT ,tidaklah dibiarkanNya begitu sahaja ,tetapi untuk kepentingan dan keperluannya ,disediakan dan diserahkanNya seluruh alam semesta ini kepada mereka .

Nikmat yang diberikan ALLAH begitu banyak hingga tidak terhitung dan tidak terhingga ,sebahagian disebutkan dalam ayat-ayat sebagai berikut :


Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid).



Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.



Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).



Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya.



Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar ".
(An-Naml 27:60-64)

Demikianlah ALLAH SWT telah memberikan kepada kita sebahagian nikmatNya .Barang siapa yang telah dapat memenuhi hak-hakNya dengan mengerjakan dan melaksanakan kewajipan-kewajipannya ,sudah pasti ALLAH menyiramkan nikmat-nikmat kebaikan dan ihsanNya kepadanya dan memberinya taufik kepada yang disukai dan diredhaiNya .

Oleh kerana itu manusia wajib tekun dan tidak lalai ataupun alpa dari amal-amal yang saleh ,dan tidak membuang masa pada perkara-perkara yang tidak ada manafaatnya ,sehingga ia berhasil mencapai keredhaan dan taufik ALLAH .


Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
(Al-A'raaf 7:56)

Marilah kita tetap memohon taufik dan hidayatNya supaya kita sentiasa taat dan dapat menunaikan ibadat kepadaNya ,Amin 

sumber
hadis qudsi keluaran Victory Angecy
bab 56 hak allah 
ms441-447

Friday 16 November 2012

0 renungan bersama di awal tahun 1434



Ibnu Abbas memberitahu, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan manusia yang berwajah manusia berhati syaitan. Mereka diibaratkan seperti serigala buas, hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan. Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan pertumpahan darah. Kalau engkau ikut mereka, mereka akan mendekati kamu, kalau engkau jauhi mereka, maka mereka akan mengumpat kamu. Kalau engkau memberi amanat kepada mereka, mereka akan melakukan khianat padamu".

"Kalau meminta sesuatu dari mereka adalah kemiskinan. Hukum di kalangan mereka adalah bid"ah dan bid"ah di kalangan mereka adalah sunnah dan tatkala itu orang menganggap sunnahku sudah usang dan memperbaharui bid"ah. Maka barangsiapa mengikut sunnahku pada waktu itu, dia akan menjadi asing dan tinggal seorang diri dan barangsiapa mengikut bid"ah, dia akan mendapat lima puluh orang teman atau lebih".

Para sahabat bertanya, "Apakah mereka melihatmu Jawab Nabi, "Tidak"

Para sahabat bertanya lagi, "Apakah turun wahyu kepada mereka?" Nabi menjawab, "Tidak"

Para sahabat bertanya lagi, "Bagaimana keadaan mereka?" Jawab Nabi, "Seperti ulat dalam cuka".

Para sahabat bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimana mereka menjaga agama?"

Jawab Nabi, "Seperti bara api di tangan. Kalau diletak dia akan padam dan kalau diambil dengan tangan dia akan terbakar".

marilah kita perbanyakkan mengingati ALLAH SWT di dalam hati 
dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas 
mudah-mudahan kita dapat sentiasa selaraskan kehendak kita 
mengikut kehendak ALLAH SWT dan RASUL
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates