Thursday 24 January 2013

0 tertipu



di dalam mencari rahmat dan redha ALLAH aku seringkali tertipu
tertipu apakah yang harus di utamakan dahulu di dalam kehidupan seharian
aku tertipu dengan diri sendiri sebenarnya
kerana aku seringkali mengutamakan hak-hak diri aku dahulu
kemudian barulah aku laksanakan hak-hak ALLAH SWT

dan kerana itulah pentingnya taat dan patuh kepada segala perintah ALLAH dan RASUL
kesan daripada mentaati dan mematuhi segala perintah ALLAH dan RASUL
akan membuatkan kita sentiasa ingin selaraskan kehandak diri kita mengikut kehendak ALLAH SWT di dalam kehidupan seharian
taat dan patuh juga bererti
kita tunduk atau merendah diri
dalam kata lain tidak sombong
sombong bukan hanya kepada makhluk
ini sombong kepada (khaliq)pencipta kita sendiri

itulah juga kesannya
apabila aku sendiri tidak mahu tunduk sepenuhnya kepada segala perintah ALLAH dan RASUL
walaupun aku mengetahui akan kesalahan yang aku akan buat
atau perkara yang aku lakukan itu tidak selaras dengan kehendak ALLAH SWT
aku tetap lakukan juga
aku tiada kekuatan hendak menepis bisikkan-bisikkan syaitan
padahal hanya bisikkan ,bukannya ancaman bunuh

betapa pentingnya mentauhidkan ALLAH SWT dengan penuh keikhlasan
kerana hanya dengan ikhlas kita akan ada kekuatan
apabila ikhlas juga barulah kita akan bersungguh-sungguh
semoga kita terpelihara daripada tipudaya syaitan
dengan mengikhlaskan segala ibadah atau perbuatan kerana ALLAH SWT

dan keikhlasan itu juga  dapat dirasakan dari seketul daging di dalam tubuh jasad anak Adam dan itu adalah qalbu (hati)

”Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” maksud Hadis.

 “Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya.”
(surah Al Bayyinah 5)

firman ALLAH dalam hadis qudsi

“Bermula ikhlas itu satu rahsia daripada rahsia aku, aku taruhkan ia dihati hamba yang aku kasihi daripada hamba-hamba ku.”
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

"Melainkan hambu-hambuMu yang ikhlas dari antara mereka".
(Al-Hijr 15:39-40)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang merendah diri;
(Al-Baqarah 2:45)

aku berpesan kepada diri aku sendiri terutamanya dan kepada pembaca-pembaca blog MK
marilah kita perbaharui niat mentauhidkan ALLAH SWT di dalam hati kita tanpa menduakanNya 
dan marilah kita memperbanyakkan mengingati ALLAH SWT di dalam hati dengan solat atau zikrullah

wallahhualam 

in sya allah ...

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates