Tuesday 29 October 2013

0 saya keliru





kerosakkan ummah bermula dari rosaknya ulama
'ulama pewaris nabi'

apakah sebenarnya yang di wariskan oleh Baginda Nabi SAW kepada ulama dan ummah ?
Baginda Nabi SAW tidak tinggalkan harta benda ,wang ringgit dan perhiasan kepada ulama 
Baginda Nabi SAW tidak tinggalkan pangkat ,status ,kedudukkan ,kemegahan dan kebanggaan diri untuk para ulama untuk mewarisinya 

yang mulia Baginda Nabi SAW hanya meninggalkan risalahnya 
iaitu 
Tauhid kepada ALLAH SWT 
Al Quran dan sunnah Baginda 

kata kata 'ulama pewaris nabi' 
tidak menjamin seseorang ulama itu akan terus berada di jalan yang lurus 
mereka juga tertipu dan terpedaya dengan perhiasan dunia 

justeru itu disebutkan di dalam hadis tentang akhir zaman 
bahawa akan datang masanya di mana waktu itu sejahat jahat manusia di bawah kolong langit ini adalah ulama 
itulah salah satu tanda tanda kiamat kecil


عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ  قَالَ ;  قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ; يُوْشِكُ أَنْ يَأْتِيَ عَلىَ النَّاسِ زَماَنٌ لاَ يَبْقَى مِنَ الْاِسلاَمِ إِلاَّ اِسْمُهُ وَلاَ يَبْقَى مِنَ الْقُرْآنِ إِلاَّ رَسْمُهُ مَساَجِدُهُمْ عاَمِرَةٌ وَهِىَ خَرَابٌ مِنَ الْهُدَى. عُلَماَؤُهُمُ شَرُّ مَنْ تَحْتَ أَدِيْمِ السَّماَءِ مِنْ عِنْدِهِمْ تَخْرُجُ الْفِتْنَةُ وَفِيهِمْ تَعُوْدُ 
"Sudah hampir tiba satu zaman kala itu tiada lagi Islam kecuali  hanya nama, tidak ada Al Quran kecuali hanya tulisan, masjid mereka indah tapi kosong dari hidayah, ulama' mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong langit dari merekalah keluar fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali".    

                                                     (HR Al Baihaqi)


perkataan ulama seperti yang kita faham ialah orang yang berpengetahuan agama ,berkhidmat  dengan pemerintah dan menjawat sesuatu jawatan agama dengan autoriti atau
orang berpengetahuan agama yang bergabung dengan parti berlabelkan politik

ulama yang berjawatan dengan pemerintah ,riak dan takabur dengan kuasa duniawi mereka 
ulama parti islam pula ,riak dan takabur kerana parti mereka disokong ,dipuja dan dikagumi manusia 
kedua duanya ada persamaan iaitu 'kami ahli syurga'

bagaimana pula dengan ahli agama yang berdakwah dan berpegangan demi islam agama ALLAH tanpa jawatan ,tanpa autoriti ,tanpa berpihak pada mana mana parti
mereka ini bukan ulama kah ?



Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)". Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).

 
bukankah sangat jelas pada ayat di atas 
bahawa ulama itu mewarisi tugas dan amanah para nabi dan rasul iaitu 
memperingatkan manusia dengan titah perintah dan larangan ALLAH SWT melalui al quran dan sunnah 
dan demi sesungguhnya di kemuncak hidup ini mereka pasti akan disoal ,ditanya dan dihisab di mahkamah agong ALLAH SWT 
yang akhirnya mereka pasti akan mendapat penyesalan dan kerugian yang berkekalan atau kejayaan dan keuntungan yang kekal abadi 

adakah ulama hanya memperingatkan manusia kerana mereka ada jawatan ,ada habuan dan autoriti 
bila semua itu sudah tiada maka mereka hanyalah orang orang yang bisu 

adakah ulama memperingatkan manusia selama mana peringatan itu tidak menjejas tembolok ,kantong dan periuk nasi mereka 
kalau terjejas mereka akan memilih sikap berkecuali dan berlepas diri 

bagaimana pula dengan keadaan ulama yang bermati matian percaya bahawa dajjal itu adalah raksaksa bermata satu 
benda yang paling mengarut dan tidak logik untuk di percayai 

bagaimana pula keadaan ulama yang hidup dengan limpahan rahmat dajjal ?

bagaimana pula keadaan ulama yang mendakwa tauhid kepada ALLAH SWT 
akan tetapi menolak al quran dan hadis 

tidakah ulama itu semestinya orang yang takwa dan ikhlas kepada ALLAH SWT 
dan menjadi contoh tauladan dalam perkara mentaati perintah ALLAH serta menjauhi laranganNya 

di manakah mereka hari ini 
sedang ummah menanti nanti untuk mengambil suri tauladan dari mereka 
kerana mereka mendakwa mereka 'pewaris para nabi'

Baginda Nabi SAW mengajak manusia mentauhidkan ALLAH SWT dan mengajak manusia mengabdikan diri kepada ALLAH SWT 
ulama hari ini mengajak manusia kepada apa ?

ajak manusia sokong pemerintah mereka atau parti mereka 
berparti itu tidak salah ,asalkan kembali kepada al quran dan hadis 
persoalannya 
adakah mereka ini berpegang kepada al quran dan hadis 

tak hairanlah ummah semakin rosak 


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
(A-li'Imraan 3:102)


Sabda Rasulullah        صلى الله عليه وسلم   :                  : 

Wasiat Nabi صلى الله عليه وسلم   kepada Muadz bin Jabal رضي الله عنه , “Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada, tampallah  keburukan dengan kebaikan niscaya akan dapat menghapusnya dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” 
(Ahmad, At-Tirmidzi) 




0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates