Tuesday, 29 October 2013

0 saya keliru





kerosakkan ummah bermula dari rosaknya ulama
'ulama pewaris nabi'

apakah sebenarnya yang di wariskan oleh Baginda Nabi SAW kepada ulama dan ummah ?
Baginda Nabi SAW tidak tinggalkan harta benda ,wang ringgit dan perhiasan kepada ulama 
Baginda Nabi SAW tidak tinggalkan pangkat ,status ,kedudukkan ,kemegahan dan kebanggaan diri untuk para ulama untuk mewarisinya 

yang mulia Baginda Nabi SAW hanya meninggalkan risalahnya 
iaitu 
Tauhid kepada ALLAH SWT 
Al Quran dan sunnah Baginda 

kata kata 'ulama pewaris nabi' 
tidak menjamin seseorang ulama itu akan terus berada di jalan yang lurus 
mereka juga tertipu dan terpedaya dengan perhiasan dunia 

justeru itu disebutkan di dalam hadis tentang akhir zaman 
bahawa akan datang masanya di mana waktu itu sejahat jahat manusia di bawah kolong langit ini adalah ulama 
itulah salah satu tanda tanda kiamat kecil


عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ  قَالَ ;  قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ; يُوْشِكُ أَنْ يَأْتِيَ عَلىَ النَّاسِ زَماَنٌ لاَ يَبْقَى مِنَ الْاِسلاَمِ إِلاَّ اِسْمُهُ وَلاَ يَبْقَى مِنَ الْقُرْآنِ إِلاَّ رَسْمُهُ مَساَجِدُهُمْ عاَمِرَةٌ وَهِىَ خَرَابٌ مِنَ الْهُدَى. عُلَماَؤُهُمُ شَرُّ مَنْ تَحْتَ أَدِيْمِ السَّماَءِ مِنْ عِنْدِهِمْ تَخْرُجُ الْفِتْنَةُ وَفِيهِمْ تَعُوْدُ 
"Sudah hampir tiba satu zaman kala itu tiada lagi Islam kecuali  hanya nama, tidak ada Al Quran kecuali hanya tulisan, masjid mereka indah tapi kosong dari hidayah, ulama' mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong langit dari merekalah keluar fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali".    

                                                     (HR Al Baihaqi)


perkataan ulama seperti yang kita faham ialah orang yang berpengetahuan agama ,berkhidmat  dengan pemerintah dan menjawat sesuatu jawatan agama dengan autoriti atau
orang berpengetahuan agama yang bergabung dengan parti berlabelkan politik

ulama yang berjawatan dengan pemerintah ,riak dan takabur dengan kuasa duniawi mereka 
ulama parti islam pula ,riak dan takabur kerana parti mereka disokong ,dipuja dan dikagumi manusia 
kedua duanya ada persamaan iaitu 'kami ahli syurga'

bagaimana pula dengan ahli agama yang berdakwah dan berpegangan demi islam agama ALLAH tanpa jawatan ,tanpa autoriti ,tanpa berpihak pada mana mana parti
mereka ini bukan ulama kah ?



Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)". Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).

 
bukankah sangat jelas pada ayat di atas 
bahawa ulama itu mewarisi tugas dan amanah para nabi dan rasul iaitu 
memperingatkan manusia dengan titah perintah dan larangan ALLAH SWT melalui al quran dan sunnah 
dan demi sesungguhnya di kemuncak hidup ini mereka pasti akan disoal ,ditanya dan dihisab di mahkamah agong ALLAH SWT 
yang akhirnya mereka pasti akan mendapat penyesalan dan kerugian yang berkekalan atau kejayaan dan keuntungan yang kekal abadi 

adakah ulama hanya memperingatkan manusia kerana mereka ada jawatan ,ada habuan dan autoriti 
bila semua itu sudah tiada maka mereka hanyalah orang orang yang bisu 

adakah ulama memperingatkan manusia selama mana peringatan itu tidak menjejas tembolok ,kantong dan periuk nasi mereka 
kalau terjejas mereka akan memilih sikap berkecuali dan berlepas diri 

bagaimana pula dengan keadaan ulama yang bermati matian percaya bahawa dajjal itu adalah raksaksa bermata satu 
benda yang paling mengarut dan tidak logik untuk di percayai 

bagaimana pula keadaan ulama yang hidup dengan limpahan rahmat dajjal ?

bagaimana pula keadaan ulama yang mendakwa tauhid kepada ALLAH SWT 
akan tetapi menolak al quran dan hadis 

tidakah ulama itu semestinya orang yang takwa dan ikhlas kepada ALLAH SWT 
dan menjadi contoh tauladan dalam perkara mentaati perintah ALLAH serta menjauhi laranganNya 

di manakah mereka hari ini 
sedang ummah menanti nanti untuk mengambil suri tauladan dari mereka 
kerana mereka mendakwa mereka 'pewaris para nabi'

Baginda Nabi SAW mengajak manusia mentauhidkan ALLAH SWT dan mengajak manusia mengabdikan diri kepada ALLAH SWT 
ulama hari ini mengajak manusia kepada apa ?

ajak manusia sokong pemerintah mereka atau parti mereka 
berparti itu tidak salah ,asalkan kembali kepada al quran dan hadis 
persoalannya 
adakah mereka ini berpegang kepada al quran dan hadis 

tak hairanlah ummah semakin rosak 


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
(A-li'Imraan 3:102)


Sabda Rasulullah        صلى الله عليه وسلم   :                  : 

Wasiat Nabi صلى الله عليه وسلم   kepada Muadz bin Jabal رضي الله عنه , “Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada, tampallah  keburukan dengan kebaikan niscaya akan dapat menghapusnya dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” 
(Ahmad, At-Tirmidzi) 




Sunday, 20 October 2013

0 setiap kali menonton setiap kali itulah aku sebak




setiap kali menonton video ini setiap kali itulah aku sebak ...
agaknya bagaimanakah junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW
menyampaikan risalah tauhid kepada para sahabat 1500 tahun dahulu
dan bagaimana pula para sahabat baginda SAW mengamalkan dengan bergsungguh sungguh
apa yang disampaikan kepada mereka
hinggakan tauhid mereka kepada ALLAH SWT begitu utuh
tidak ada apa yang dapat mengubah pegangan mereka kepada al quran dan hadis
walaupun diletakkan batu besar di atas dada

kita hari ini ...
agaknya bagaimana pula tauhid kita kepada ALLAH SWT dan kepada baginda Rasullallah SAW
adakah kehidupan seharian kita selalu kita pastikan berlandaskan al quran dan hadis
adakah selalu kita utamakan kehendak ALLAH SWT dahulu
atau kita selalu mendahulukan kehendak diri kita sendiri
adakah kita selalu memeriksa setiap niat apa yang kita lakukan
dan adakah kita sentiasa menjaga keikhlasan lillah hi'taala di dalam setiap perkara

jadi aku mengingatkan diri aku sendiri dan kepada semua pengunjung blog MK
marilah kita sama sama kembali mentauhidkan ALLAH SWT dengan keikhlasan
dan memastikan supaya ianya makin mantap
dengan memperbanyakkan mengingati ALLAH SWT di dalam hati
perbanyakkanlah kalimah tauhid
LA'ILLAH HA'ILLALLAH MUHAMMADA RASULLALLAH




Thursday, 17 October 2013

0 ulangan tanpa jemu



Daripada  Abu Sufian ya`ni Sahri ibni Harbin RA 

dalam ceritanya yang panjang lebar berhubung dengan kisah Hirqal (Raja Rom). 

Tanya Hirqal, “Apa yang diperintahkan kepada kamu (ya`ni Nabi SAW) ?

” Jawab Abu Sufian : Dia (ya`ni Nabi) berkata 

“Sembahlah Allah Yang Esa dan jangan menyekutukannya (Allah) dengan sesuatu apa pun. Tinggalkan semua ajaran nenek moyang kamu dan dia (Nabi) menyuruh kami bersembahyang, bercakap benar, memelihara diri daripada kemungkaran dan menghubungkan silatul rahim.”

Serta marilah kita bersungguh sungguh mentauhidkan ALLAH SWT 
dengan penuh keikhlasan memperbanyakkan kalimah tauhid di dalam hati
la'illah ha'illallah muhammada rasullallah
dan berdoa agar ALLAH SWT mendatangkan pembangkit akhir zaman (Imam Mahdi) dalam membantu seluruh umat islam menangani apa yang terjadi sekarang agar sama sama dapat mengembalikan kegemilangan islam. Iaitu agama ALLAH  di muka bumi.
in sya allah ...

Sunday, 13 October 2013

0 RENUNGKAN [wajib baca]



Assalamuailaikum. ..
Sama samalah kita hayati dan renungkan akan kejadian yang berlaku di arafah baru baru ini akan kejadian hujan. Ribut taufan yang rasanya julung kalinya berlaku terutama di padang arafah. 
WUKUF di arafah adalah merupakan RUKUN haji yang penting dalam ibadah haji bagi seorang yang melaksanakan ibadah haji. Tiada WUKUF maka tiadalah haji bagi diri kita. 
Berada di sana Allah tidak menilai kita siapa kita di sisi manusia sama ada Pangkat ,Darjat ,Keturunan Kekayaan  dan sebaliknya. 

Allah menilai kita akan keiklasan. 
Tauhid kita padanya. 
Amalan kita yang dilakukan mengikut akan Al Quran dan Sunah.  
Keyakinan kita kepadanya. 

Kenapa Allah turunkan hujan serta ribut sedemikian rupa yang rata rata kita ada melihatnya di mana hanya tingal beberapa hari lagi hari yang terpenting untuk jemaah haji akan tiba..
sedangkan Allah tahu WUKUF merupakan hari yang penting untuk semua umat islam yang menunaikan ibadah haji.

bukankah itu satu petanda atau peringatan untuk kita semua. 
Cuba kita bayangkan sekiranya kejadian itu berterusan apa akan jadi pada jemaah haji tahun ini...
bukannya kita minta  akan berlaku berterusan tetapi pada saya ada sesuatu yang Allah hendak memperingatkan kita semua. 
Hanya sedikit hujan dan ribut yang melanda kita lihat ramai di antara kita panik dan risau. 

Di dalam masa yang sama cuba kita hayati kejadian yang berlaku kepada saudara kita yang berada di Mesir Syria.  Dimana mereka menghadapi peperangan umat islam di bunuh di mana mana dengan amat kejam sekali. Sedangkan mereka beragama islam seperti kita. 
Kenapa Allah tidak  menghantar tenteraNya untuk membantu 
atau menghantar sesorang pembangkit akhir zaman untuk sama sama berjuang dalam mempertahankan umat islam di sana atau di tempat lain yang menghadapi peperangan. 

Adakah apa yang berlaku di sana juga satu musibah dari Allah dan peringatan untuk kita semua dan seluruh umat islam di seluruh dunia atas sikap kelalaian umat islam yang rasanya sudah jauh lari dari mengikut landasan Al Quran dan Sunnah. 

Marilah kita sama sama kekukuhan tauhid kita keluarga serta masyarakat dan pada semua umat dengan bersungguh sunguh memperbanyakkan mengingat Allah dengan mengamalkan zikir lailahaillallah humuhammadarasulla..istifar serta selawat. 
Disamping mengamalkan apa yang terkandung di dalam al Quran dan hadith sebagai panduan hidup kita seharian. 
Agar dengan cara ini hati kita serta  penyatuan ummah dapat dibentuk.  

Bukan dengan cara politik dan sebagainya. 
Sebagai orang awam apa yang boleh kita bantu untuk saudara kita di mesir dan Syria ialah 
nak berperang belum tentu kita berkemampuan .... 
Kekuatan yang berada di jiwa jiwa rakyat  Malaysia tidak sama seperti penduduk di sana  yang mempunyai kekuatan luar biasa dalam berjuang untuk mengembalikan kegemilangan islam  di muka bumi..
dengan kemudahan yang ada seperti internet dan sebagainya marilah kita sama sama dalam menyebarkan serta memperingatkan semua umat manusia. 

Serta marilah kita bersunguh sunguh berdoa agar kita mempunyai kekuatan dan  Allah mendatangkan sesorang pembangkit akhir zaman dalam membantu seluruh umat islam  dalam menangani apa yang terjadi sekarang agar sama sama dapat mengembalikan kegemilangan islam. Iaitu agama ALLAH  di muka bumi.

-perkongsian dari seorang sheikh-

Wednesday, 9 October 2013

1 santai santai



Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu,
dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu.
Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama.
Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat.

Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat.
Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat.
Anggotamu menyerumu berbuat dosa.

Allah menyerumu ke Syurga dan keampunanNya.
Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya.
Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan).

Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya.
Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya.
Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan..

~ Sayidina Abu Bakar As-Siddiq ~
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates