Tuesday 30 December 2014

0 mohonlah taubat bukanya solat hajat



Dalam surah Al-Ankabut ayat ke-40, ALLAH SWT menjelaskan bahawa bala bencana yang ditimpakan ke atas manusia adalah disebabkan oleh dosa-dosa yang manusia lakukan sendiri. Allah tidak sesekali menzalimi mereka, tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan.
Maka apa jua bala bencana yang berlaku, sama ada kemarau, runtuhan, taufan, tsunami, penyakit dan sebagainya, manusia pertama sekali wajib beriman kepada perkara-perkara ghaib yang Allah tetapkan ini dan bermuhasabah bahawa ia terhasil dari dosa-dosa manusia. Di antara cara untuk mengangkat musibah yang ditimpakan ke atas manusia sama ada secara khusus atau umum adalah dengan beristighar dan bertaubat, yakni memohon keampunan daripada Allah serta kembali kepadaNya.
Rasulullah SAW adalah orang yang telah dijamin oleh ALLAH bahawa diampunkan dosa-dosa Baginda yang telah lalu dan akan datang melalui firmanNya, “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi ampunan bagimu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang, serta menyempurnakan nikmatNya ke atasmu dan menunjukkan kamu kepada jalan yang lurus.” (Surh Al-Fath: 1-2)
Imam Ibnu Katsir rahimahullah dalam kitab Tafsir Al-Quran Al-Adzim mengatakan, “Inilah kekhususan Nabi SAW yang tidak ada seorang pun yang menyamainya. Tidak ada dalam satu hadis sahih pun yang menceritakan tentang balasan amalan kepada selain Baginda SAW yang menyatakan bahawa dosanya yang telah lalu dan yang akan datang akan diampuni.
Inilah yang menunjukkan kemuliaan Baginda SAW dalam segala perkara ketaatan, kebaikan dan keistiqamahan yang tidak didapati oleh manusia selain Baginda, baik dari orang yang terdahulu mahupun orang yang kemudian. Bagindalah manusia yang paling sempurna secara mutlak dan Bagindalah pemimpin seluruh manusia di dunia dan Akhirat.”
Pun begitu, walaupun dosa-dosa Baginda semuanya telah dijamin diampuni oleh ALLAH, Baginda SAW adalah orang yang paling banyak beristighfar dan bertaubat kepada ALLAH pada setiap masa dan keadaan. Baginda bersabda, “Wahai sekalian manusia. Bertaubatlah (beristighfar) kepada Allah kerana aku selalu bertaubat kepadaNya dalam sehari sebanyak 100 kali.” (Riwayat Muslim)
Dari Ibnu Omar radhiyallahu ‘anhu, dia mengatakan bahawa jika kami menghitung zikir Rasulullah SAW dalam satu majlis, Baginda mengucapkan “Rabbighfirli wa tub ‘alayya innaka Anta Al-Tawwabu Al-Rahim” (Ertinya: Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sebanyak 100 kali. (Sahih, Riwayat Abu Daud, Silsilah Al-Sahihah)
ISTIGHFAR SEBAB DITURUNKAN HUJAN
Diriwayatkan dari Al-Sya’bi, dia berkata, “Omar bin Al Khatthab radhiyallahu ‘anhu suatu masa meminta diturunkan hujan, namun dia tidak membaca lebih dari sekadar istighfar sehingga dia kembali. Lalu ada yang berkata kepadanya, ”Kami tidak melihatmu meminta hujan.” Saidina Omar pun mengatakan, “Aku sudah meminta diturunkan hujan dari langit”.
Kemudian Omar membaca ayat, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat” (Surah Nuh: 10-11)
Omar lantas berkata, “Wahai kaumku, mintalah ampunan daripada Rabb kalian. Kemudian bertaubatlah kepadaNya, nescaya Dia akan menurunkan pada kalian hujan lebat dari langit.” (Riwayat Al Baihaqi 3/352)
Para Ulama Tafsir, antaranya Imam Ibnu Katsir rahimahullah ketika mentafsirkan ayat firman Allah “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan Dia akan membanyakkanmu dengan harta dan anak-anak, dan menjadikan bagimu kebun-kebun dan menjadikan bagimu sungai-sungai.”” (Nuh: 10-12) mengatakan bahawa di dalam ayat ini Allah memerintahkan manusia supaya kembali kepada Allah dan tinggalkanlah apa yang selama ini mereka lakukan serta bertaubatlah kepadaNya dengan segera, kerana sesungguhnya barang siapa bertaubat kepadaNya, pasti Allah akan menerimanya, walau sebanyak mana dan sebesar apa pun kekufuran dan kemusyrikan yang telah dikerjakannya.
Maksudnya, Allah akan menurunkan hujan lebat dan terus menerus dengan sebab istighfar tersebut. Oleh kerana itu juga, disunnahkan untuk membaca surah Nuh ini di dalam solat istisqa’ (solat meminta hujan).
Dan jika manusia kembali kepada Allah dan memohon ampunan kepadaNya serta mentaatiNya, nescaya Dia akan memperbanyakkan rezeki dan mencurahkan hujan dari langit untuk menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dari bumi, juga menumbuhkan pelbagai jenis tanaman, melipatgandakan susu ternak, serta melimpahkan harta dan juga anak.
Dalam ertikata lain, Allah akan memberikan harta kekayaan dan juga anak serta menjadikan kebun-kebun yang di dalamnya terdapat berbagai-bagai jenis buah-buahan, dialiri pula oleh sungai-sungai yang mengalir. (Tafsir Al-Quran Al-Adzim, Imam Ibnu Kathir)
ISTIGHFAR JALAN KELUAR PADA SETIAP KESUSAHAN
Adapun dalil dari Sunnah Rasul SAW yang menunjukkan keutamaan istighfar dalam mengeluarkan seseorang daripada kesusahan adalah sebuah hadis di mana Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”  (Sahih, Riwayat Ahmad)
Terdapat juga sebuah atsar dari Imam Al-Hasan Al-Basri, seorang tabiin, tentang keutamaan istighfar yang luar biasa. Diriwayatkan bahawa pernah seseorang mengadu kepada Al-Hasan Al-Basri tentang musim kemarau yang terjadi. Imam Al-Hasan menasihatkan, “Beristighfarlah kepada Allah.” Kemudian orang lain mengadu lagi kepadanya tentang kemiskinannya. Lalu Al-Hasan menasihatkan, “Beristighfarlah kepada Allah.”
Kemudian orang lain mengeluh lagi kepadanya tentang kekeringan pada kebunnya. Lalu al-Hasan menasihatkan, “Beristighfarlah kepada Allah.” Kemudian datang lagi orang lain mengadu kepadanya kerana belum mempunyai anak. Al-Hasan menasihatkan, “Beristighfarlah kepada Allah.”
Kemudian Al-Hasan membaca ayat dalam surat Nuh, ayat 10-12, “Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan lebat kepadamu, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan menjadikan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula untukmu sungai-sungai.” (Fath Al-Baari, 11/98, Ibnu Hajr Al-Asqalani)
CARA ISTIGHFAR
Istighfar adalah doa dan doa adalah ibadah. Maka cara dan lafaz dalam beristighfar hendaklah sesuai dengan petunjuk sunnah Nabi SAW, iaitu yang ada contohnya dari Al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW. Antara lafaz istighfar yang datang dari Nabi SAW adalah, 1. Astaghfirullaah (Riwayat Muslim); 2. Astaghfirullaha Al-‘Azhim alladzi Laa ilaaha illa huwa Al-Hayyu Al-Qayyuum wa atuubu ilaih. (Sahih, Riwayat Al-Tirmizi)
Secara umumnya tidak ada hadis yang menghadkan atau menetapkan jumlah tertentu dalam mengucapkan istighfar, misalnya beberapa ribu atau puluh ribu. Yang ada, perbanyakkanlah istighfar pada bila-bila masa dan di mana kita berada tanpa dibatasi jumlah tertentu, kecuali jika memang ada hadis sahih dari Nabi SAW yang menetapkan sebegitu.
Marilah kita memperbanyakkan mengingati ALLAH SWT dengan kalimah tauhid ,selawat keatas Baginda Nabi SAW dan istigfar dengan penuh keikhlasan 

Thursday 27 November 2014

0 di dalam hati penuh keikhlasan



Sentiasalah mengingati ALLAH SWT 
di dalam hati dengan penuh keikhlasan

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. 
(Al-Israa' 17:44)

Kerana itu, ingatlah (berzikirlah) kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku. 
(Al-Baqarah 2:152)

Kembalilah mentauhidkan ALLAH SWT 
dengan memperbanyakkan kalimah tauhid 

Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : 
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” 
(Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)

Jagalah keikhlasan 
setiap amal buatlah hanya kerana ALLAH SWT semata-mata

Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar. 
(Al-Bayyinah 98:5)

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah). 
(Al-An`Am 6:162:162 )

Jangan lupa selawat ke atas Baginda Junjungan besar 
Nabi Muhammad SAW 

Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya. 
(Al-Ahzab 33: 56)

Istigfar kepada ALLAH jangan sesekali lupa 
mohonlah keampunan dengan memperbanyakkan istigfar

Dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata: 
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda, “Barangsiapa yang senantiasa beristighfar niscaya Allah akan menjadikan baginya kelapangan dari segala kegundahan yang menderanya, jalan keluar dari segala kesempitan yang dihadapinya dan Allah memberinya rizki dari arah yang tidak ia sangka-sangka.” 
(HR. Abu Daud no. 1518, Ibnu Majah no. 3819)  

Tuesday 16 September 2014

0 pengaruh keadaan sekeliling



asalamualaikum ...
maaf kerana lama tidak kemaskini
di atas kesibukan berpindah rumah dan ketiadaan internet di rumah baru

hanya sedikit yang ingin dikongsikan di sini
 ikhlaslah
ikhlaslah di dalam setiap perkara
ikhlaslah mengingati ALLAH SWT di dalam hati
ikhlaslah beribadah liilah'hi ta'alaa
mengharapkan hanya rahmat dan redha ALLAH semata-mata

kerana pengaruh keadaan sekeliling terlalu kuat mempengaruhi kita
persekitaran tempat kerja ,permasalahan di rumah bersama isteri dan anak-anak
kewangan kita juga mungkin turut mempengaruhi rutin harian kita hendak beribadah kepada ALLAH

tanpa keikhlas mustahil kita akan lepas
lepas bererti ...
walaupun menghadapi masalah ,kita tetap boleh menunaikan tanggungjawab kepada ALLAH SWT
hati tetap akan mengutamakan kehendak ALLAH dahulu daripada melayan runtutan nafsu umarah
hingga terabai atau mengingkari akan perintah-perintah ALLAH SWT


"Berkata iblis: Ya Tuhanku, oleh karena Engkau telah menetapkanku sesat, sungguh akan aku usahakan agar anak manusia memandang indah segala yang ada di bumi dan aku akan sesatkan mereka semua....Kecuali hamba-hambaMu dari antara mereka yang ikhlas.........
(Al-Hijr: 39-40).

Sabda Rasulullah saw lagi: "Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dlaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan karena mengharap redha Allah semata". 
(HR. an-Nasai,dan Abu Dawud)


ikhlaslah mengingati ALLAH SWT di dalam hati kita 
dengan kalimah tauhid ,selawat dan istigfar 

Monday 25 August 2014

0 niat yang bagaimana ,bukanya asal baik sahaja



Niat tidak menghalalkan cara
di mata kita mungkin nampak elok dan baik
tetapi adakah perkara yang kita hendak lakukan itu berlandaskan al quran dan hadis

dan apabila kita hendak mempertahankan hujah-hujah kita mestilah juga ada nas dan dalil
bukanya mengikut kehendak nafsu akal logik "yang penting baik ,takkan salah"
Mana boleh jawab begitu

Nabi Shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wasallam:
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ
Siapa saja yang mengadakan perkara baru dalam urusan kami ini apa-apa yang bukan darinya maka dia tertolak”. (HSR. Bukhary-Muslim dari ‘A`isyah)

Inilah persoalanya ....
jika tidak ada keterangan dari Nabi SAW atau dari al quran 
janganlah kita mengikut membuta tuli walaupun nampak baik 
jika bertelagah atau berselisih pendapat hendaklah kita masing-masing kembali merujuk al quran dan hadis

Surah An-Nisa, Verse 59:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Marilah kembalikan tauhid kita kepada ALLAH SWT dengan sebenar-benar tauhid 
tidak menyekutukan ALLAH hatta dengan diri kita sendiri 
perbanyakkanlah mengingati ALLAH SWT di dalam hati dengan kalimah tauhid ,selawat dan istigfar penuh keikhlasan 
mengharapkan hanya rahmat dan redha ALLAH semata-mata




Saturday 9 August 2014

0 Demi Masa !



Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Demi Masa!
A002
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

A003
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-'Asr 103:1-3)

in sya Allah marilah kita mohon kepada ALLAH SWT dengan penuh keikhlasan moga diberi kefahaman mengenai firman ALLAH pada ayat ini  
pendek hanya tiga ayat 
akan tetapi sebenarnya terlalu besar kehendak ALLAH di dalam ayat ini 
bersungguh-sungguhlah kita mentauhidkan ALLAH SWT bukan sekadar sebutan dan ingatan sahaja tetapi berpeganglah dengan hati dan tunaikan dengan amalan 
berpeganglah kepada al quran dan sunah (hadis) jangan berganjak ,bukan sekadar ilmu pengetahuan tetapi amalan .sedikit amalan kita ikhlas kerana ALLAH ianya besar di sisi ALLAH dan apa sahaja yang kita lakukan in sya Allah pasti berjaya .tetapi mesti dilaksanakan diamalkan ikhlas mengikut al quran dan sunnah ,bukanya sekadar ilmu pengetahuan dan tidak dilaksanakan diamalkan di dalam kehidupan 
jangan sesekali menyekutukan ALLAH SWT hatta dengan diri kita sendiri dan tinggalkan segala khurafat , peliharalah solat fardhu dengan ikhlas ,perbanyakkanlah mengingati ALLAH dengan kalimah tauhid ,selawat dan istigfar 
pastikan amalan kita mesti ikhlas selari dengan al quran dan hadis dan hendaklah kita menyampaikan pula kepada orang lain supaya mereka juga kembali mentauhidkan ALLAH SWT 


Monday 28 July 2014

0 teruskanlah



TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM...

teruskanlah mentauhidkan ALLAH SWT walau dalam apa jua keadaan
dengan memperbanyakan kalimah tauhid LA'ILLA HA'ILLALLAH MUHAMMADA RASULLALLAH
di dalam hati setiap masa penuh keikhlasan

Friday 25 July 2014

0 kesinambungan



fitrah ...
kita tidak boleh makan sahaja mesti minum juga
kita juga tidak boleh minum sahaja mesti makan bila lapar

begitu juga dengan buang air
kita tidak boleh buang air kecil sahaja
dan kita tidak boleh buang air besar sahaja

itulah fitrah kehidupan
bererti di dalam kehidupan seharian
kita tidak boleh beribadah sepanjang masa
hingga terabai amanah yang kita pikul
dan kita juga tidak boleh bekerja
hingga mengabaikan perintah ALLAH SWT  iaitu solat fardhu

jadi
mesti selaraskan kehendak kita mengikut kehendak ALLAH dan RASUL
dan seimbangkan antara dunia dan akhirat
dengan penuh keikhlasan mengharapkan rahmat dan redha ALLAH SWT semata-mata

di penghujung ramadhan ini
marilah kita pertingkatkan tauhid kepada ALLAH SWT
dengan memperbanyakkan zikrullah kalimah tauhid di dalam hati
semoga kita dapat mengekalkan kesinambungan beribadah di sepanjang bulan ramadhan pada bulan-bulan yang akan datang

in sya ALLAH 

Wednesday 16 July 2014

0 bangkitlah wahai saudaraku



aku tak pernah tahu pasal tauhid 
aku tak pernah tahu pasal kalimah tauhid 
aku juga tak pernah tahu pasal mesti mentauhidkan ALLAH SWT 

hidup aku semberono
aku buat apa sahaja yang sesuai dengan kehendak nafsu 
dan yang baik mengikut akal logik fikiran 
asalkan tidak menggangu orang lain 

segala galanya berpusing tiga ratus enam puluh darjah
apabila aku mula mengingati ALLAH SWT di dalam hati dengan kalimah tauhid
LA'ILLAH HA'ILLALLAH MUHAMMADA RASULLALLAH 
apabila diteruskan di dalam hati 
aku menjadi semakin seronok 

di tambah pula dengan kelas usrah(tadabur al quran) seminggu sekali 
aku semakin memahami agama ALLAH

insaflah kita bahawa 
setiap kali berlakunya konflik ,akhirnya yang menjadi mangsa adalah umat islam .
tiap kali berlaku pertembungan akhirnya umat islam lah yang akan menanggung derita dan sengsara

manusia hari ini melindungi dan mengasihi haiwan 
tapi umat islam diperlakukan seperti objek yang langsung tidak ada nilai 
lebih hina dari haiwan  

ingatkan kembali musibah yang menimpa umat islam
sekarang ini di palestine gaza
dan di kemboja ,bosnia herzegovina ,chechenya,kashmir ,iraq ,mesir dan syria


umat inilah hari ini 
yang ditimpa kebuluran yang miskin yang merempat yang jadi pelarian yang diperangi dan dibunuh sesuka hati
bermusuhan sesama sendiri hanya kerana berbeza fahaman dan mazhab

wahai saudara saudarakku
hari ini dunia yang penuh dengan fitnah dan kejahatan ini menjadikan islam dan umat ini sebagai mangsa .
lebih malang lagi di kalangan sesama islam tidak wujud lagi ukhwah islamiyah 
hilang sudah semangat untuk berkorban dan membela sesama islam 
inilah saat saat akhir zaman 
di mana kuasa Dajjal Yakjut dan Makjut mencengkam dan menguasai dunia 
dan alam ini di penuhi dengan kejahatan

justeru itu wahai saudara saudaraku
aku dengan rendah hati mengajak kita semua untuk mengangkat tangan
bukan mengangkat senjata 
bermohon doa dan bermunajat kehaderat ALLAH SWT 
moga di datangkan Pemimpin Agong Umat Islam DI Akhir Zaman 
iaitu tidak lain dan tidak bukan Muhammad Abdullah Imam Al Mahdi a.s 
sebagai janji ALLAH SWT yang telah disebut oleh Baginda Nabi SAW 
sebagai penyelamat umat ini yang akan datang membawa keadilan 
keamanan dan kesejahteraan di bawah pimpinannya setelah dunia di penuhi dengan kejahatan 

beriman kepada hari kiamat itu wajib dan ia rukun iman 
maka semestinya beriman dengan Al Mahdi  as itu juga wajib kerana kemunculannya adalah tanda besar kiamat

marilah kita berhajat dengan ikhlas kehadrat ALLAH SWT 
di samping mengukuhkan tauhid kepada ALLAH SWT  
dengan memperbanyakkan zikrullah di dalam hati dengan kalimah la’illah ha’illallah muhammada rasullallah

ingatlah 
bahawa sesungguhnya tidak sempurna iman 
sehingga saudara seislam itu dikasihi sebagaimana kasihnya kita kepada diri kita sendiri

mohon di sebarkan

Tuesday 15 July 2014

0 rahsia ramadhan



“Barangsiapa yang bergembira datangnya bulan Ramadhan, diharamkan Allah jasadnya menyentuh api neraka”. 
(An-Nasa’i).

Dan pada hadits lain juga disebutkan:

"Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: 'Jika sekiranya umatku mengetahui segala (kebaikan) di bulan Ramadhan, nescaya mereka menginginkan supaya sepanjang tahun itu menjadi Ramadhan, kerana semua kebaikan berkumpul di bulan Ramadhan, ketaatan mudah diterima, semua doa dikabulkan, semua dosa diampuni dan syurga rindu kepada mereka'". 

“Seandainya umatku tahu keutamaan bulan puasa, tentu mereka akan meminta supaya bulan yang ada dijadikan puasa selamanya… 
(Ibnu Majah).

tahukah kita kenapa para sahabat baginda rasullallah SAW meminta supaya bulan ramadhan itu berterusan sepanjang tahun ?

samada kita perasan atau tidak ...
-adakah kita ada kekuatan untuk solat sunat 8rakaat selepas solat isya pada bulan bulan lain
-adakah kita ada kekuatan untuk solat malam (tahajud) pada malam hari selain di bulan ramadhan 
-adakah kita ada kekuatan untuk membaca al quran walaupun hanya satu muka surat pada bulan lain 

dan samada kita lebih perasan atau pun tidak ...
setiap ibadah yang kita niatkan lebih mudah dilaksanakan berbanding pada bulan bulan lain

dan semua itu sebenarnya tidak akan mudah kita perasan ...
jika kita tidak pernah mentauhidkan ALLAH SWT di dalam hati kita dengan memperbanyakkan kalimah tauhid LA'ILLAH HA'ILLALLAH MUHAMMADA RASULLALLAH 
dengan penuh keikhlasan mengharapkan hanya rahmat dan redha dari ALLAH semata mata 

sebab itulah para sahabat baginda rasullallah SAW  
meminta supaya bulan ramadhan itu berterusan sepanjang tahun

kerana mereka dapat merasai kekuatan yang luar biasa yang ALLAH SWT kurniakan hanya pada bulan ramadhan 
kerana para sahabat baginda SAW amat kuat mentauhidkan ALLAH SWT serta tidak langsung menyekutukan ALLAH SWT hatta dengan diri mereka sendiri

dan hanya itulah juga risalah dari ALLAH SWT kepada junjungan besar kita nabi MUHAMMAD SAW serta para nabi nabi terdahulu untuk disampaikan kepada semua umat manusia dan jin di muka bumi iaitu mentauhidkan ALLAH SWT dan tidak menyekutukanNya walau dengan apa sekali jua pun

oleh itu marilah sama sama kita tanamkan kalimah tauhid di hati kita dengan memperbanyakkan zikrullah kalimah tauhid penuh keikhlasan 
dan mengambil kesempatan baki ramadhan yang ada untuk kita tingkatkan amal ibadah dengan penuh keikhlasan kepada ALLAH SWT 

wallah hualam ...

*maaf kerana lama tidak kemaskini 

Wednesday 18 June 2014

0 aku dilahirkan dalam keluarga islam




aku dilahirkan dalam keluarga islam
aku dibesarkan dalam suasana di kelilingi islam

menjadi kezaliman pada diri aku
untuk melafazkan syahadah
pada aku itu perkara yang sangat kecil

solat tidak menjadi masalah pada diri aku
maksud aku ...
aku tahu cara menunaikan solat

aku tahu ...
bahawa aku mesti berpuasa setibanya bulan Ramadhan

zakat ...
tidak menjadi masalah untuk aku hendak mengeluarkan zakat ....

ibadah haji ....
aku bercadang pada lanjut usia

persoalannya ...
adakah hanya ketika solat aku mengucapkan syahadah ?

untuk apa pula aku solat ...
bagaimana keadaan aku ketika solat ...
adakah aku benar-benar menghadapkan hati tunduk kepada ALLAH SWT ketika sedang solat ?
ikhlaskah solat aku ?
atau ada mengharapkan selain daripada ALLAH ketika menunaikan solat

aku hanya mengeluarkan zakat pada musim perayaan sahaja
ertinya zakat fitrah pada bulan Ramadhan sebelum menyambut 1Syawal
aku tidak pernah tahu perlunya mengeluarkan infaq sedikit daripada pendapatan jika mampu
kerana kesan daripada itu akan mengikis sifat kekikiran pada diri kita
aku tidak pernah terasa ingin mengeluarkan sedikit infaq kerana mengenangkan nasib orang lain yang tidak sebaik aku kerana yang aku tahu zakat hanya pada bulan Ramadhan
jadi apakah kesanya pada diri aku sekadar mengeluarkan rm5.70 lebih kurang setahun

menunaikan haji pula yang aku paham ...
jika berkemampuan ...
terus terang aku meletakkan diri aku masih tidak mampu dari segi kewangngan
pastilah pada usia muda ini aku tidak akan menjejakkan kaki di bumi Makkah kerana aku sudah berniat bahawa aku tidak mampu ...

di manakah rasa kecintaan aku hendak mengadap Baitullah
adakah ujud di dalam hati aku rasa bertuhan
sedarkah aku bahawa aku terdedah dengan dosa dan maksiat sepanjang masa
tahukah aku betapa ALLAH SWT sentiasa menerima taubat selagi pintu taubat belum ditutup
bagaimana pula ikutan yang harus aku pilih semasa menjalani kehidupan seharian ,adakah ikut sesuka hati aku atau perlu berlandas al quran dan sunah yang ditunjukkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

jika itu yang aku faham mengenai islam ...
ternyatalah ...
solat aku sekadar solat rutin harian
jika tidak solat tiadaklah syahadah akan dilafazkan

dan sebenarnya itulah yang aku lalui suatu masa dahulu

kerana
tadi aku terbaca satu artikel mengenai seorang muslim yang menukar agama kepada kristian
katanya pihak gereja membuat kajian mengapa orang yang beragama islam malas solat

seperti yang aku huraikan di atas

bagaimana hendak solat jika hati tidak pernah mentauhidkan ALLAH
bagaimana hendak solat jika hati masih kuat menyembah selain daripada ALLAH SWT
bagaimana hendak solat jika hati tidak pernah mengingati ALLAH SWT
bagaimana hendak solat jika masih mengharap selain daripada rahmat dan redha ALLAH SWT

dan setelah aku diberitakan bahawa
mesti mentauhidkan ALLAH SWT di dalam hati dengan kalimah tauhid
mesti juga berselawat ke atas Baginda Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW
tidak ketinggalan dengan istigfar

perlu di ketahui bahwa
sentiasalah memelihara niat di dalam setiap perkara hanya kerana ALLAH
mesti malah harus menyakini bahawa ALLAH yang berkuasa ke atas tiap sesuatu
dan di dalam apa jua keadaan dan teramat penting
keikhlasan perlulah dipelihara
mengharap hanya rahmat dan redha ALLAH semata-mata

perbanyakkanlah mengingati ALLAH SWT di dalam hati dengan penuh keikhlasan
sentiasalah mentauhidkan ALLAH dengan kalimah tauhid
dan cubalah semampu yang mungkin memelihara solat fardu
in sya allah ...lama kelamaan rasa kemanisan beriman dan rasa bertuhan akan mula timbul



wallah hu alam

in sya allah

Tuesday 27 May 2014

0 amanah yang terabai





UCAPAN TERAKHIR RASULULLAH SAW.
Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. 
Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)




bagaimana pula dengan kita 
bagaimanakah persaksian kita kepada pesan(amanah) Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW 
jelas Rasullallah SAW menyatakan bahawasanya kita umat islam wajib menyampaikan apa yang kita faham mengenai islam agama ALLAH kepada orang lain


Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!"
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)


persoalanya ...
bagaimana kita hendak menyampaikan 
jika kita sendiri tidak mengamalkan al quran dan sunnah di dalam kehidupan seharian 
kerana jika berkata-kata akan tetapi kita tidak melaksanakanya ,itu sudah tergolong orang-orang munafik
dan tempat orang-orang munafik itu adalah di neraka paling bawah 

Telah menceritakan kepada kami Qabishah bin ‘Uqbah berkata : telah menceritakan kepada kami Sofyan dari al-‘Amsy dari Abdullah bin Murrah dari Masruq dari Abdullah bin Amr ra. berkata Rasulullah saw. bersabda : ada empat perkara yang barangsiapa (empat perkara ini) terdapat pada dirinya secara lengkap, maka dia itulah orang munafik yang sesungguhnya. Dan barangsiapa yang terdapat padanya satu perkara sifat saja, maka ia termasuk munafik juga, hingga ditinggalkan sifat yang satu ini. (empat perkara itu) ialah : (1) apabila ia dipercaya ia berkhianat, (2) apabila berkata ia berdusta, (3) apabila berjanji ia ingkar, (4) apabila berdebat ia melampaui batas 
(HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmudzi dan al-Nasa’i). 

firman ALLAH SWT mengenai tempat orang-orang munafik 

"SESUNGGUHNYA ORANG2 MUNAFIK ITU DITEMPATKAN pada tingkat yang paling bawah dari neraka... Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.." 
(Surah An Nisaa' ayat 145)


marilah kita kembali mentauhidkan ALLAH SWT di dalam diri-diri kita dahulu
tauhidlah dengan sebenar-benar tauhid 
sepertimana yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW 
iaitu tidak menyekutukan ALLAH SWT dengan apa sahaja hatta dengan diri kita sendiri 
tinggikan kedudukan ALLAH di dalam hati kita 
dengan memperbanyakan kalimah tauhid 
LAA ILLAHA ILL LALLAH MUHAMMADA RASULLALAH 

setiap ketika setiap saat ...
gemakanlah hati kita dengan kalimah tauhid 
in sya ALLAH sedikit demi sedikit kedudukan ALLAH SWT di dalam hati kita akan terlonjak naik keatas 
mengatasi segalanya apa sahaja yang kita cintai selama ini yang selalu kita agung-agungkan di dalam hati kita 


dan jangan di tinggalkan selawat keatas Baginda Nabi Muhammad SAW 
kerana ALLAH dan para malaikat juga berselawat keatas Baginda Nabi SAW 


“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” 
(Surah al-Ahzab: ayat 56).










Rasulullah SAW bersabda; “Tidakkah engkau beristighfar?
Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dalam sehari semalam seratus kali.” 

(Ahmad, Ibn Majah, 
Al-Darimi, Hakim, Ibn Hibban, al-Nasa’i)

Di dalam sebuah hadis sahih yang lain, Rasulullah SAW bersabda;
“Wahai manusia, taubatlah kalian kepada Allah kerana aku bertaubat setiap hari
seratus kali.” 
 (Muslim, Ahmad, Ibn Hibban)  




tidakah menjadi kehairanan kepada kita ?

Baginda Rasullallah SAW ialah kekasih ALLAH manusia maksom bererti bebas dari neraka 
tetapi ....
Baginda Nabi SAW tetap istigfar kepada ALLAH memohon keampunan

kedudukan kita pula bagaimana 
siapakah kita di sisi ALLAH SWT ?
jadi marilah kita pecahkan dinding kesombongan di dalam diri yang tidak mahu memohon ampun kepada ALLAH SWT 
dengan perbanyakkan istigfar di dalam hati 
semoga hati kita akan condong kepada ALLAH dan lebih bergantung harap hanya  kepada ALLAH SWT
dan dapatlah kita menyampaikan pula kepada orang tersayang 
isteri kita anak-anak kita emak ayah kita saudara mara kita 
jiran tetangga kita dan seluruh masyarakat 
 in sya ALLAH  




Saturday 24 May 2014

0 inginkan ampunan dari ALLAH ?



ikhlaslah
ikhlaslah di dalam setiap perkara
ikhlaslah memberi sedekah
ikhlaslah memberi infak
ikhlaslah mengeluarkan zakat
dan ikhlaslah menunaikat solat

cubalah semampu yang mungkin istiqomah melakukan solat malam
cukuplah sekadar sunat witir 1rakaat

tetapi adakah kita hendak menolak tawaran daripada ALLAH SWT
yang hendak mengampunkan dosa-dosa kita
jika kita mengeluarkan zakat ,sedekah atau infak di siang harinya
dengan penuh keikhlasan mengharapkan hanya rahmat dan redha ALLAH semata-mata
dan di malam hari pula tunaikan lah solat sunat taubat 2rakaat
in sya ALLAH pasti taubat kita diterima oleh ALLAH SWT
kerana sifat ALLAH itu penunai janji

Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?
(At-Taubah 9:104)



dan untuk memastikan bahawa taubat kita itu diterima oleh ALLAH atau tidak
lihatlah perilaku kita
jika kita masih mengulangi kesalahan yang sama
bererti taubat kita masih belum diterima ALLAH

bersungguh-sungguhlah kita mengejar taubat dari ALLAH SWT

dan marilah kita jadikan solat malam sebagai amalan tambahan
memadai dengan solat sunat taubat 2rakaat dan di sudahi dengan witir 1rakaat

untuk mendapat kekuatan melaksanakan solat malam
mulakanlah dengan memperbanyakan mengingati ALLAH SWT di dalam hati penuh keikhlasan
dengan kalimah tauhid ,selawat dan istigfar
in sya ALLAH ...


Thursday 15 May 2014

0 Doa Imam Al Mahdi



Dalam perjalanan ke Klang
aku singgah di sebuah surau stesen minyak untuk solat zohor
ketika memasuki surau
aku dapati sudah ada seseorang yang lebih awal daripada aku sedang menunggu masuknya waktu solat

jadi apabila sudah masuk waktu solat zohor
kami solat jemaah berdua dan aku menjadi makmum
selesai solat dan ketika dia berdoa
yang membuatkan aku kagum
kerana di dalam doanya berbunyi lebih kurang begini
'Demi kasih Mu kepada kami ya ALLAH ,kami yang lemah bermohon kepada Mu ya ALLAH ...Kau datangkanlah pembangkit akhir zaman Imam Al Mahdi untuk menyelamatkan umat ini kerana keadaan dunia amat huru hara sekarang ini'

terdetik di hati kecil aku
kenapa aku sendiri tidak berdoa begitu
sedangkan memang terdapat di dalam hadis bahawa Imam Al Mahdi akan membawa semula islam sepertimana yang Rasullallah SAW bawa 1400 dahulu
dan Imam Al Mahdi akan memenuhi seluruh alam ini dengan keadilan

jadi aku menyeru supaya kita semua bermunajat kepada ALLAH SWT
adakah Imam Al Mahdi sudah ujud
dan juga mula berdoa semoga Imam Al Mahdi diketengahkan dengan segera


Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a. katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Mahdi itu dari keturunanku, dahinya luas,  hidungnya mancung; ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan,  sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; ia memerintah selama tujuh tahun."
(Abu Daud)


Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah menyebut satu bala bencana akan menimpa umat ini sehingga seseorang tak dapat tempat untuk berlindung daripada kezaliman;  maka Allah Taala lahirkan seorang dari keturunanku dan ahli rumahku, serta Tuhan penuhkan bumi dengan kejujuran dan keadilan disebabkan pemerintahannya sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; penduduk langit dan bumi puas hati dengan pemerintahannya; langit pula tidak meninggalkan sedikit pun dari hujannya melainkan dicurahkannya dengan lebat dan bumi juga tidak meninggalkan dari tumbuh-tumbuhannya melainkan dikeluarkannya dengan sebanyak-banyaknya sehingga orang yang hidup suka kalau orang-orang matinya hidup semula (supaya mereka dapat menikmati kemakmuran itu bersama); Mahadi itu akan hidup dalam keadaan yang tersebut selama tujuh atau lapang atau pun sembilan tahun."

Jika tidak tinggal dari dunia hanya sehari sahaja nescaya Allah S.W.T memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya menyerupai namaku, dan nama bapanya menyerupai nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadiian dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaiiman dan kekejaman. 
(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).


Tuesday 13 May 2014

0 ilmu yang merosakan



Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(Al-'Ankabuut 29:45)



Aku minat bidang permotoran
aku minat motorsikal aku minat kereta
terutamanya motorsikal yang berkuasa tinggi dan juga 'sports car'
selok belok modifikasi untuk menambah kelajuan aku tidaklah tahu sangat
sehingglah aku memiliki sendiri sebuah kereta yang berkemampuan untuk dimodifikasi
dan aku diperkenalkan pula kepada seorang yang mahir dan arif dalam modifikasi kenderaan yang aku miliki

Aku menjinak-jinakan diri dan cuba mendalami ilmu kereta yang hendak ditambah kuasa kudanya
sedikit demi sedikit pengetahuan aku bertambah mengenai apa yang harus ditukar dan dipasang
dan aku secara tidak langsung mula memasang niat hendak jadikan kereta aku bertambah laju

Hari demi hari aku semakin banyak mengetahui cara-cara bagaimana hendak modifikasi enjin kereta supaya dapat ditingkatkan kuasa kudanya
angan-angan aku semakin panjang ,itu aku hendak buat ,ini aku hendak buat pada enjin kereta aku
sedangkan pendapatan aku tidaklah seberapa
jadi segala-galanya aku pendamkan

Tanpa disedari rupanya
zikir aku sudah bertukar ,bertukar daripada mengingati ALLAH
menjadi zikir mengingati enjin kereta
didalam hati aku mula liar beriktiar bagaimana hendak mendapatkan duit
supaya aku dapat apa yang dihajatkan iaitu menaiktaraf kuasa kuda enjin kereta aku

Rezeki yang sebelum ini walaupun sedikit yang ALLAH kurnikan
sentiasa cukup untuk makan dan minum kami anak beranak
tetapi sejak aku mula lari daripada paksi ikhlas mengingati ALLAH di dalam hati
segala-galanya mula celaru

Perbelanjaan bulanan kami anak beranak mula tidak cukup
hati sentiasa rasa tidak kena kerana asyik memikirkan bagaimana hendak tambah pendapatan supaya dapat apa yang di inginkan
solat pula semakin kuat ingat kepada dunia daripada kusyuk mengingati ALLAH
hati rasa seperti berzikir kerana sudah terbiasa berzikir di dalam hati
tetapi banyak beragan sebenarnya daripada mengingati ALLAH
hak-hak ALLAH semakin dipinggirkan
lebih mengutamakan kehendak diri di dalam setiap perkara

Akhirnya aku tersedar
bahawa niat asal aku hendak mencari rahmat dan redha ALLAH mula tersasar
kesanya amat ketara
hati jadi gundah gulana kerana duit tidak pernah cukup dan tidak dapat apa yang di inginkan
padahal jika benar-benar bergantung harap kepada ALLAH
pasti ALLAH akan cukupkan rezeki kita walaupun sedikit
duit sudah jadi keutamaan yang paling tinggi di dalam kehidupan
atau mula menyembah duit

Jelas pada firman ALLAH surah Al Ankabut 45
ALLAH SWT menerangkan bahawa betapa pentingnya menjaga solat
dan mengingati ALLAH ketika sedang bersolat
hanya ALLAH SWT yang paling layak kedudukan tertinggi di dalam hati kita
dan apabila hati sudah mula beralih arah mengangkat nafsu atau duit atau dunia atau apa sahaja selain ALLAH
pasti akan terjadi perkara yang keji dan mungkar di dalam kehidupan seharian kita

Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberi mudarat kepada kamu dan tidak juga berkuasa memberi manfaat? Padahal Allah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
(Al-Maaidah 5:76)

kembalilah bertaubat kepada ALLAH SWT
kerana ALLAH itu maha pengampun lagi maha penyanyang


Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Maaidah 5:74)


Ayuhlah kita tingkatkan tauhid kita kepada ALLAH SWT dengan memperbanyakkan zikir kalimah tauhid di dalam hati penuh keikhlasan
begitu juga selawat keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW
serta istigfar



















Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates