Friday 7 February 2014

0 rahsia yang tak boleh disembunyikan




Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.
(Al-Maaidah 5:15)

terbaca surah dan ayat di atas ...
teringat keadaan aku dahulu sebelum mengenal agama ALLAH iaitu agama islam yang haq 
sememangnya aku beragama islam ,tapi hanya islam keturunan 
tidak pernah mengamalkan al quran dan hadis di dalam kehidupan seharian
kehidupan aku hanya berlandaskan akal logik dan nafsu sahaja 
akan tetapi setelah aku disarankan oleh seorang kawan 
supaya banyak mengingati ALLAH SWT di dalam hati dengan kalimah tauhid dan penuh keikhlasan mengharapkan hanya rahmat dan redha ALLAH semata-mata di samping menjaga solat fardhu ...
aku mula dapat merasai kemanisan beragama ...
aku mula dapat memahami isi-isi al quran ,walaupun sedikit 
aku dapat mengamalkan sunah-sunah Baginda Rasullallah SAW 
seperti solat sunat dhuha ,puasa isnin dan khamis dan juga solat malam 
ketenangan di hati semakin dirasai walaupun berhadapan pelbagai dengan masalah di dalam kehidupan 
hidup semakin terarah kepada al quran dan hadis apabila mengalami masalah ...

jika dahulu aku di landa masalah ,aku akan cari jalan penyelesaian dengan cara aku sendiri 
tidak pernah hendak melakukan solat sunat mohon penyelesaian dari ALLAH SWT 
tidak pernah juga membuka al quran untuk membaca dan mencari apakah kehendak ALLAH kepada aku dalam permasalahan yang aku lalui 

itulah yang aku ingin berkongsi di sini 
kerana pada ayat di atas jelas menerangkan ...
bahawa sesiapa sahaja yang semakin memahami dan merasai kenikmatan beragama 
harus berkongsi dan menyampaikan pula kepada orang lain 
kerana agama islam itu untuk seluruh jin dan manusia 
bukanya untuk kita seorang sahaja 
tetapi haruslah kita berhati-hati akan sumbernya ,adakah dari al quran dan hadis 

inilah yang aku amalkan klik  sini 
dan sentiasalah kita menjaga ...
-niat 
-yakin dan 
-ikhlas 

-Setiap perkara bermula daripada niat ,samada ibadah ataupun pekerjaan .Jadi kita harus menjaga niat supaya ianya bulat hanya kerana ALLAH ta'ala 

” Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin ‘Uzza bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin ‘Adiyya bin Ka’aab bin Luaai bin Ghalib al-quraisy al-’adawiy redha Allah keatas nya berkata : 
aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : ” Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

-Menyakini bahawa hanya  ALLAH SWT yang berkuasa keatas setiap sesuatu ,tiada kuasa selain ALLAH 

Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.
(At-Talaaq 65:12)


-Ikhlaslah dalam setiap amal perbuatan tidak mengharapkan ganjaran kecuali rahmat dan redha ALLAH SWT semata mata 

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.
(Al-Bayyinah 98:5)

dan adalah lebih bermanafaat jika kesinambungan itu disertakan pula dengan mengingati ALLAH SWT di dalam hati setiap masa dengan 
kalimah tauhid  
(LAA ILAAHA ILLALLAAH MUHAMMADA RASULLALLAH)

selawat  
(allahhum masollia'la muhammad)istigfar 
(astagfirulllah hal azim)

hanya kerana ALLAH lil'lah hi'ta'ala 
di samping menjaga solat fardhu  
kerana solat itu tiang agama 

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates