Tuesday 27 May 2014

0 amanah yang terabai





UCAPAN TERAKHIR RASULULLAH SAW.
Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. 
Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)




bagaimana pula dengan kita 
bagaimanakah persaksian kita kepada pesan(amanah) Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW 
jelas Rasullallah SAW menyatakan bahawasanya kita umat islam wajib menyampaikan apa yang kita faham mengenai islam agama ALLAH kepada orang lain


Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!"
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)


persoalanya ...
bagaimana kita hendak menyampaikan 
jika kita sendiri tidak mengamalkan al quran dan sunnah di dalam kehidupan seharian 
kerana jika berkata-kata akan tetapi kita tidak melaksanakanya ,itu sudah tergolong orang-orang munafik
dan tempat orang-orang munafik itu adalah di neraka paling bawah 

Telah menceritakan kepada kami Qabishah bin ‘Uqbah berkata : telah menceritakan kepada kami Sofyan dari al-‘Amsy dari Abdullah bin Murrah dari Masruq dari Abdullah bin Amr ra. berkata Rasulullah saw. bersabda : ada empat perkara yang barangsiapa (empat perkara ini) terdapat pada dirinya secara lengkap, maka dia itulah orang munafik yang sesungguhnya. Dan barangsiapa yang terdapat padanya satu perkara sifat saja, maka ia termasuk munafik juga, hingga ditinggalkan sifat yang satu ini. (empat perkara itu) ialah : (1) apabila ia dipercaya ia berkhianat, (2) apabila berkata ia berdusta, (3) apabila berjanji ia ingkar, (4) apabila berdebat ia melampaui batas 
(HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmudzi dan al-Nasa’i). 

firman ALLAH SWT mengenai tempat orang-orang munafik 

"SESUNGGUHNYA ORANG2 MUNAFIK ITU DITEMPATKAN pada tingkat yang paling bawah dari neraka... Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.." 
(Surah An Nisaa' ayat 145)


marilah kita kembali mentauhidkan ALLAH SWT di dalam diri-diri kita dahulu
tauhidlah dengan sebenar-benar tauhid 
sepertimana yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW 
iaitu tidak menyekutukan ALLAH SWT dengan apa sahaja hatta dengan diri kita sendiri 
tinggikan kedudukan ALLAH di dalam hati kita 
dengan memperbanyakan kalimah tauhid 
LAA ILLAHA ILL LALLAH MUHAMMADA RASULLALAH 

setiap ketika setiap saat ...
gemakanlah hati kita dengan kalimah tauhid 
in sya ALLAH sedikit demi sedikit kedudukan ALLAH SWT di dalam hati kita akan terlonjak naik keatas 
mengatasi segalanya apa sahaja yang kita cintai selama ini yang selalu kita agung-agungkan di dalam hati kita 


dan jangan di tinggalkan selawat keatas Baginda Nabi Muhammad SAW 
kerana ALLAH dan para malaikat juga berselawat keatas Baginda Nabi SAW 


“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” 
(Surah al-Ahzab: ayat 56).










Rasulullah SAW bersabda; “Tidakkah engkau beristighfar?
Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dalam sehari semalam seratus kali.” 

(Ahmad, Ibn Majah, 
Al-Darimi, Hakim, Ibn Hibban, al-Nasa’i)

Di dalam sebuah hadis sahih yang lain, Rasulullah SAW bersabda;
“Wahai manusia, taubatlah kalian kepada Allah kerana aku bertaubat setiap hari
seratus kali.” 
 (Muslim, Ahmad, Ibn Hibban)  




tidakah menjadi kehairanan kepada kita ?

Baginda Rasullallah SAW ialah kekasih ALLAH manusia maksom bererti bebas dari neraka 
tetapi ....
Baginda Nabi SAW tetap istigfar kepada ALLAH memohon keampunan

kedudukan kita pula bagaimana 
siapakah kita di sisi ALLAH SWT ?
jadi marilah kita pecahkan dinding kesombongan di dalam diri yang tidak mahu memohon ampun kepada ALLAH SWT 
dengan perbanyakkan istigfar di dalam hati 
semoga hati kita akan condong kepada ALLAH dan lebih bergantung harap hanya  kepada ALLAH SWT
dan dapatlah kita menyampaikan pula kepada orang tersayang 
isteri kita anak-anak kita emak ayah kita saudara mara kita 
jiran tetangga kita dan seluruh masyarakat 
 in sya ALLAH  




Saturday 24 May 2014

0 inginkan ampunan dari ALLAH ?



ikhlaslah
ikhlaslah di dalam setiap perkara
ikhlaslah memberi sedekah
ikhlaslah memberi infak
ikhlaslah mengeluarkan zakat
dan ikhlaslah menunaikat solat

cubalah semampu yang mungkin istiqomah melakukan solat malam
cukuplah sekadar sunat witir 1rakaat

tetapi adakah kita hendak menolak tawaran daripada ALLAH SWT
yang hendak mengampunkan dosa-dosa kita
jika kita mengeluarkan zakat ,sedekah atau infak di siang harinya
dengan penuh keikhlasan mengharapkan hanya rahmat dan redha ALLAH semata-mata
dan di malam hari pula tunaikan lah solat sunat taubat 2rakaat
in sya ALLAH pasti taubat kita diterima oleh ALLAH SWT
kerana sifat ALLAH itu penunai janji

Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?
(At-Taubah 9:104)



dan untuk memastikan bahawa taubat kita itu diterima oleh ALLAH atau tidak
lihatlah perilaku kita
jika kita masih mengulangi kesalahan yang sama
bererti taubat kita masih belum diterima ALLAH

bersungguh-sungguhlah kita mengejar taubat dari ALLAH SWT

dan marilah kita jadikan solat malam sebagai amalan tambahan
memadai dengan solat sunat taubat 2rakaat dan di sudahi dengan witir 1rakaat

untuk mendapat kekuatan melaksanakan solat malam
mulakanlah dengan memperbanyakan mengingati ALLAH SWT di dalam hati penuh keikhlasan
dengan kalimah tauhid ,selawat dan istigfar
in sya ALLAH ...


Thursday 15 May 2014

0 Doa Imam Al Mahdi



Dalam perjalanan ke Klang
aku singgah di sebuah surau stesen minyak untuk solat zohor
ketika memasuki surau
aku dapati sudah ada seseorang yang lebih awal daripada aku sedang menunggu masuknya waktu solat

jadi apabila sudah masuk waktu solat zohor
kami solat jemaah berdua dan aku menjadi makmum
selesai solat dan ketika dia berdoa
yang membuatkan aku kagum
kerana di dalam doanya berbunyi lebih kurang begini
'Demi kasih Mu kepada kami ya ALLAH ,kami yang lemah bermohon kepada Mu ya ALLAH ...Kau datangkanlah pembangkit akhir zaman Imam Al Mahdi untuk menyelamatkan umat ini kerana keadaan dunia amat huru hara sekarang ini'

terdetik di hati kecil aku
kenapa aku sendiri tidak berdoa begitu
sedangkan memang terdapat di dalam hadis bahawa Imam Al Mahdi akan membawa semula islam sepertimana yang Rasullallah SAW bawa 1400 dahulu
dan Imam Al Mahdi akan memenuhi seluruh alam ini dengan keadilan

jadi aku menyeru supaya kita semua bermunajat kepada ALLAH SWT
adakah Imam Al Mahdi sudah ujud
dan juga mula berdoa semoga Imam Al Mahdi diketengahkan dengan segera


Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a. katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Mahdi itu dari keturunanku, dahinya luas,  hidungnya mancung; ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan,  sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; ia memerintah selama tujuh tahun."
(Abu Daud)


Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah menyebut satu bala bencana akan menimpa umat ini sehingga seseorang tak dapat tempat untuk berlindung daripada kezaliman;  maka Allah Taala lahirkan seorang dari keturunanku dan ahli rumahku, serta Tuhan penuhkan bumi dengan kejujuran dan keadilan disebabkan pemerintahannya sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; penduduk langit dan bumi puas hati dengan pemerintahannya; langit pula tidak meninggalkan sedikit pun dari hujannya melainkan dicurahkannya dengan lebat dan bumi juga tidak meninggalkan dari tumbuh-tumbuhannya melainkan dikeluarkannya dengan sebanyak-banyaknya sehingga orang yang hidup suka kalau orang-orang matinya hidup semula (supaya mereka dapat menikmati kemakmuran itu bersama); Mahadi itu akan hidup dalam keadaan yang tersebut selama tujuh atau lapang atau pun sembilan tahun."

Jika tidak tinggal dari dunia hanya sehari sahaja nescaya Allah S.W.T memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya menyerupai namaku, dan nama bapanya menyerupai nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadiian dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaiiman dan kekejaman. 
(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).


Tuesday 13 May 2014

0 ilmu yang merosakan



Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(Al-'Ankabuut 29:45)



Aku minat bidang permotoran
aku minat motorsikal aku minat kereta
terutamanya motorsikal yang berkuasa tinggi dan juga 'sports car'
selok belok modifikasi untuk menambah kelajuan aku tidaklah tahu sangat
sehingglah aku memiliki sendiri sebuah kereta yang berkemampuan untuk dimodifikasi
dan aku diperkenalkan pula kepada seorang yang mahir dan arif dalam modifikasi kenderaan yang aku miliki

Aku menjinak-jinakan diri dan cuba mendalami ilmu kereta yang hendak ditambah kuasa kudanya
sedikit demi sedikit pengetahuan aku bertambah mengenai apa yang harus ditukar dan dipasang
dan aku secara tidak langsung mula memasang niat hendak jadikan kereta aku bertambah laju

Hari demi hari aku semakin banyak mengetahui cara-cara bagaimana hendak modifikasi enjin kereta supaya dapat ditingkatkan kuasa kudanya
angan-angan aku semakin panjang ,itu aku hendak buat ,ini aku hendak buat pada enjin kereta aku
sedangkan pendapatan aku tidaklah seberapa
jadi segala-galanya aku pendamkan

Tanpa disedari rupanya
zikir aku sudah bertukar ,bertukar daripada mengingati ALLAH
menjadi zikir mengingati enjin kereta
didalam hati aku mula liar beriktiar bagaimana hendak mendapatkan duit
supaya aku dapat apa yang dihajatkan iaitu menaiktaraf kuasa kuda enjin kereta aku

Rezeki yang sebelum ini walaupun sedikit yang ALLAH kurnikan
sentiasa cukup untuk makan dan minum kami anak beranak
tetapi sejak aku mula lari daripada paksi ikhlas mengingati ALLAH di dalam hati
segala-galanya mula celaru

Perbelanjaan bulanan kami anak beranak mula tidak cukup
hati sentiasa rasa tidak kena kerana asyik memikirkan bagaimana hendak tambah pendapatan supaya dapat apa yang di inginkan
solat pula semakin kuat ingat kepada dunia daripada kusyuk mengingati ALLAH
hati rasa seperti berzikir kerana sudah terbiasa berzikir di dalam hati
tetapi banyak beragan sebenarnya daripada mengingati ALLAH
hak-hak ALLAH semakin dipinggirkan
lebih mengutamakan kehendak diri di dalam setiap perkara

Akhirnya aku tersedar
bahawa niat asal aku hendak mencari rahmat dan redha ALLAH mula tersasar
kesanya amat ketara
hati jadi gundah gulana kerana duit tidak pernah cukup dan tidak dapat apa yang di inginkan
padahal jika benar-benar bergantung harap kepada ALLAH
pasti ALLAH akan cukupkan rezeki kita walaupun sedikit
duit sudah jadi keutamaan yang paling tinggi di dalam kehidupan
atau mula menyembah duit

Jelas pada firman ALLAH surah Al Ankabut 45
ALLAH SWT menerangkan bahawa betapa pentingnya menjaga solat
dan mengingati ALLAH ketika sedang bersolat
hanya ALLAH SWT yang paling layak kedudukan tertinggi di dalam hati kita
dan apabila hati sudah mula beralih arah mengangkat nafsu atau duit atau dunia atau apa sahaja selain ALLAH
pasti akan terjadi perkara yang keji dan mungkar di dalam kehidupan seharian kita

Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberi mudarat kepada kamu dan tidak juga berkuasa memberi manfaat? Padahal Allah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
(Al-Maaidah 5:76)

kembalilah bertaubat kepada ALLAH SWT
kerana ALLAH itu maha pengampun lagi maha penyanyang


Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Maaidah 5:74)


Ayuhlah kita tingkatkan tauhid kita kepada ALLAH SWT dengan memperbanyakkan zikir kalimah tauhid di dalam hati penuh keikhlasan
begitu juga selawat keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW
serta istigfar



















Tuesday 6 May 2014

0 Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu ...



Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
(Al-Maaidah 5:91)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
(Al-Baqarah 2:152)

Jelas pada ayat di atas ...
bahawa kita mesti harus mengingati ALLAH SWT 
samada dengan zikrullah atau solat 

Jelas juga ...
bahawa syaitan sentiasa menipudaya kita dengan pelbagai janji manisnya 
agar kita mengingkari perintah ALLAH dan RASUL 

Jika kita mahukan jalan yang selamat ...
ikutlah apa yang ALLAH SWT firman pada ayat (Al-Baqarah 2:152) di atas 
dan sentiasalah kita menjaga niat di dalam setiap perkara agar terpelihara keikhlasan kerana ALLAH 

p/s 
perbanyakkanlah kalimah tauhid di dalam hati 
begitu juga dengan selawat dan istigfar 

Friday 2 May 2014

0 Kesan akidah yang benar



Ini adalah yang kedua turun kepada Nabi kita yang dicintai Muhammad s.a.w. Ketika mana ayat ini diturunkan, masyarakat pada waktu itu hidup penuh dengan kemungkaran, antaranya terbabit perjudian, arak dan gejala sosial yang jelas bergelumang dengan dosa.

Bahkan mereka terkenal dengan sikap berpuak-puak, pergaduhan sesama mereka menjadi sudah menjadi kebiasaan bahkan perasaan atau sifat malu tidak ada apabila tawaf Kaabah dalam keadaan bertelanjang.

Imam Ibnu Katsir (Wafat 774H) dalam kitab tafsirnya, beliau menjelaskan maksud ayat “Dan pakaianmu bersihkanlah” iaitu sucikanlah jiwamu dan akhlakmu. Allah mewahyukan kepada Nabi untuk membersihkan jiwanya.

Pengutusan Muhammad sebagai utusan Allah, mengembalikan nilai kehidupan yang diredai Allah dapat digambarkan seawal isterinya Siti Khadijah r.h.a membawa Nabi bertemu dengan sepupunya Waraqah bin Naufal.

Lalu Waraqah menceritakan peristiwa yang berlaku kepada Nabi adalah perkara yang sama terjadi kepada Nabi Musa a.s iaitu Namus (atau Malaikat Jibril) diutuskan untuk menyampaikan wahyu daripada Allah kepada Nabi Musa. Mendengar ucapan Waraqah, Nabi menjadi gembira.

Dalam jangka waktu Nabi berada di Makkah selama 13 tahun selepas turunnya ayat al-Muddatstsir, ayat yang turun selanjutnya memerintah Nabi mengajak manusia kepada Allah yakni pembentukan akidah.

Dalam kekancahan dan keruntuhan akhlak masyarakat ketika itu Nabi menyeru akidah sebagai agenda utama dakwah beliau sesuai dengan ayat perintah yang diturunkan.

Kita sedia maklum bahawa masyarakat Arab ketika itu mengamalkan amalan yang bertentangan nilai kemanusiaan, namun Nabi masih meletakkan akidah sebagai ciri dakwah utama.

Tidakkah ini menunjukkan bahawa akidah menjadi keutamaan yang boleh kita ambil sebagai pengajaran daripada sirah Nabi?


Strategi dakwah Nabi

Apa yang kita boleh pelajari di sini antaranya adalah, pertama sebelum keluar berdakwah pastikan penampilan dan jiwa berada di dalam keadaan yang bersih. Rohani atau jiwa yang bersih terbit daripada ilmu wahyu (al-Quran dan as-Sunnah) yang Allah turunkan. Saya bawakan kisah keislaman sahabat Nabi yang bernama Abu Dzar al-Ghifari iaitu sebelum dia memeluk Islam, dia menghantar adiknya untuk menyiasat siapakah Muhammad yang mendakwa sebagai dirinya Rasul, namun sering menjadi buah mulut ramai kerana dicop sebagai penyair gila dan bermacam lagi gelaran.

Hasil siasatannya dia mendapati bahawa Muhammad adalah seorang baik akhlak dan tinggi budi pekertinya yang risalahnya adalah mentauhidkan Allah. Akhirnya Abu Dzar memeluk Islam selepas dia bertemu dengan Nabi.

Inti dakwah Nabi iaitu mengesakan Allah semata-mata diterima oleh masyarakat Makkah kerana tertarik dengan akhlak baginda. Dan selama 13 tahun di Makkah, dakwah akidah masih menjadi keutamaan.

Cuba perhatikan lagi dakwah Nabi, masyarakat Arab Jahiliyah yang sangat hebat dan berbangga dengan syair dan bahasa sastera tidak mampu menandingi keindahan al-Quran yang disampaikan Nabi yang hanya seorang lelaki yang ummi (tidak tahu membaca).

Percaya atau tidak sebenarnya mereka menyedari bahawa al-Quran bukan rekaan Muhammad. Dengan kebijaksanaan yang dikurniakan kepada Nabi, beliau dapat menarik perhatian masyarakat dengan membacakan petikan ayat daripada al-Quran seperti “Alif..Laam..Mim”. Bacaan seperti ini berjaya membuatkan masyarakat Arab teruja dan ingin mendengar apa yang hendak disampaikan oleh Nabi lalu deretan ayat demi ayat yang memperdengarkan keagungan Allah menyusup masuk ke telinga mereka.

Ada yang menerima dan ada juga yang menolak. Bukan itu saja, Allah juga memerintahkan Nabi untuk mencabar Arab Jahiliyah membuat ayat yang sama seperti al-Quran jika mereka di pihak yang benar, namun tidak ada seorang pun yang mampu berkarya walaupun sebaris ayat. Apa yang berlaku pula adalah sebaliknya, keindahan ayat al-Quran iaitu kalamullah memikat hati mereka dan sebahagian mengakuinya dan memeluk Islam.


Dalil dakwah akidah

Sesungguhnya perjuangan menegakkan akidah dibabitkan oleh lebih daripada tiga ratus rasul yang diutuskan. Allah berfirman, “Dan sungguh Kami mengutus seorang rasul pada setiap umat (supaya menyeru): “Sembahlah Allah (saja) dan jauhilah thaghut (berhala dan apa yang disembah).” (Surah an-Nahl:36)

Kalaulah kita faham tujuan sebenar manusia dan jin diciptakan, pasti kita akan akui bahawa memurnikan akidah adalah perkara pertama yang perlu diselesaikan.
Firman Allah, “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan (diri mereka) kepada-Ku.” (Surah adz-Dzariyat:56)


Kesan akidah yang benar

Jika dianalisa, kita mendapati bahawa kejayaan dakwah akidah yang diperjuangkan Nabi memberikan kesan luar biasa. Menurut sejarah dan melalui deretan kisah teladan daripada sahabat Nabi, bahkan didasari oleh firman Allah ta’ala menunjukkan bahawa akidah murni adalah teras kepada kesejahteraan hidup.

Seperti yang berlaku di Madinah apabila turun ayat yang mengharamkan arak, Ibnu Abbas menyatakan Madinah dibanjiri dengan curahan arak yang melimpah kerana semua tempayan arak yang dimiliki dipecahkan oleh sahabat nabi kerana begitu taatnya mereka kepada Allah dan rasul.

Begitu juga peristiwa ayat hijab (perintah bertudung), kaum muslimat serta-merta mengoyakkan cadar dan kain langsir untuk dijadikan tudung bagi menutupi kepala mereka.

Adalah sesuatu yang menakjubkan betapa akidah itu menanam sikap ketaatan dan yakin kepada perintah Allah dan rasul. Ketika peperangan Badar, hanya dengan satu seruan janji daripada Nabi “Bangkitlah kamu menuju ke syurga Allah yang luasnya seperti langit dan bumi”, maka sahabat bangun menyahut seruan tersebut tanpa mengira nyawa dan keluarga.

Nabi hanya menjanjikan sesuatu yang tidak dapat dilihat, apatah lagi digambarkan oleh pancaindera, tetapi diyakini hanya atas dasar akidah. Semua ini kerana keyakinan yang kuat terhadap al-Quran terpasak di dalam hati mereka dan terbina atas didikan akidah yang murni oleh Nabi.

Oleh itu, kepada pendakwah, perhatikanlah apa keutamaan dakwah anda dan apakah ia selari dengan apa yang diperjuangkan oleh Nabi sekiranya anda ingin agar zaman kegemilangan Islam kembali sebagaimana yang dilalui oleh Nabi dan sahabatnya. Wallahu a’lam.


Penulis berkelulusan Sarjana Usuluddin Hadis, Universiti Yarmouk, Jordan

*maaf kerana lama tidak 'update entry'
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates