Monday 30 November 2015

1 garablah



tugas para nabi dan para rasul
ialah menyampaikan seruan tauhid daripada ALLAH
kepada umat manusia dan jin
supaya mentauhidkan ALLAH SWT

apabila ujudnya tauhid maka akan ada ikhlas
lil lah hi ta'ala di dalam setiap perkara
ikhlas adalah kunci segala-galanya

oleh itu pada zaman sekarang
jika masih ada sesiapa yang mengajak
kepada tauhid
yang berlandaskan al quran dan hadis
maka garablah ..
kerana pasti ianya benar

sentiasalah perbaiki niat di dalam setiap perkara
yakinlah hanya ALLAH yang berkuasa ke atas setiap sesuatu
ikhlas yang mengharapkan hanya rahmat dan redha ALLAH SWT semata-mata

mengingat ALLAH itu terbahagi kepada dua
1-dengan melaksanakan perkara yang wajib
2-melakukan perkara-perkara yang sunat

perbanyakkanlah mengingati ALLAH SWT di dalam hati dengan
kalimah tauhid ,selawat dan juga istigfar
dengan penuh keikhlasan

Sunday 15 November 2015

0 walaupun satu ayat



Bacalah al quran ...
Fahamilah ...
Amalkan di dalam kehidupan apa yang kita faham

Tuntutan sebenar di sisi ALLAH SWT

walau pun satu ayat
bacalah al quran
fahamilah maknanya
dan cubalah semampu mungkin
mengamalkannya di dalam kehidupan seharian

Di samping itu
Janganlah kita menyekutukan ALLAH

Perbanyakanlah mengingati dengan perkara wajib atau sunat
dengan zikrullah kalimah tauhid
la'illa ha'illallah muhammada rasullallah
selawat ke atas baginda nabi saw
dan istigfar penuh keikhlasan
mengharapkan hanya rahmat dan redha ALLAH semata mata

Saturday 7 November 2015

0 Kaitkan macam mana




Aku menjaga solat ...
adakah bererti aku sudah mentauhidkan Allah

mentauhidkan Allah bukan sekadar zikrullah kalimah tauhid
ianya mesti di zahirkan dengan perbuatan

Iaitu sentiasa selaraskan kehendak kita mengikut kehendak Allah swt
tidak mengutamakan kehendak nafsu sendiri dahulu sebenarnya

Bererti ....
adakah kita sentiasa mengingati Allah di dalam setiap hal
adakah kita sentiasa mengaitkan setiap kejadian dengan ketentuan Allah

Jerebu ,adakah indonesia yg kita persalahkan
atau kita menjadi gusar kerana Allah tidak mengizinkan kita melihat keindahan langit ciptaanya

Surah Ar-Rad, Verse 2:
اللَّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى يُدَبِّرُ الْأَمْرَ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُم بِلِقَاءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ

Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan Tuhanmu.

Atau kita anggap jerebu itu perkara biasa sahaja ...

Bagaimana pula dengan ayat di bawah


Surah Aal-e-Imran, Verse 191:
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.


Hari ini ...
langit yang biru kelihatan semula dengan keindahanya
apa pula tanggapan kita ...
adakah perkara biasa juga atau terharu dan bertambah
nak mensyukuri kepada Allah swt

In sya Allah ...marilah kita mentauhidkan Allah
dengan sebenar benar tauhid tanpa menyekutukanNya

Ingatlah Allah di dalam perkara wajib ataupun sunat
dan zikrullah kalimah tauhid ,selawat dan istigfar
penuh keikhlasan ,mengharapkan hanya rahmat dan redha Allah semata 

Friday 9 October 2015

0 kunci



sabar ..taat dan patuh
itulah kunci keikhlasan

taat dan patuhlah dengan keikhlasan
didalam mengamalkam al quran dan hadis
didalam kehidupan seharian

perbanyakkanlah mengingati ALLAH dengan solat
atau dengan perkara sunat
dan zikrullah


Tuesday 15 September 2015

0 MasyaAllah



Hanya itu terlintas di hati
Aku tak buat kerja ,tak menyampaikan hak-hak Allah

Bagaimana Nabi SAW dulu dengan para sahabat
bermatian berjuang menyampai risalah Allah

Itulah yang sampai kepada kita hari ini
malangnya ,tersangkut ...

Tak sampai kepada anak-anak kita
padahal generasi mereka terlalu dekat dengan kita

Marilah kita sampaikan hak Allah walaupun satu ayat
sebagaimana hadis Nabi SAW



Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash ra., Rasulullah SAW bersabda:“Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari)


Allah SWT sendiri mengulang-ulangi memperingatkan kita
kenapa kita tidak mahu memperingatkan sesama sendiri
berulangkali

Surah Al-Isra, Verse 41:
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya dalam Al Quran ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan), agar mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran).

Sentiasalah zikir kalimah tauhid di dalam hati
di samping zikir selawat keatas Baginda Nabi Saw
dan juga beristigfar
dengan keihlasan mengharap rahmat dan redha Allah




Wednesday 19 August 2015

0 Segala buktinya di sini





Tanamkan Tauhid dihati dengan keikhlasan

Al Anfaal 2 : Sesungguhnya orang-orang yang beriman [594] ialah mereka yang bila disebut nama Allah [595] gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.

Al A’raaf 2 : Ini adalah sebuah kitab yang diturunkan kepadamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dadamu karenanya, supaya kamu memberi peringatan dengan kitab itu , dan menjadi pelajaran bagi orang-orang yang beriman



Sebutlah Kalimah tauhid didalam hati selalu :

1)      Bukti untuk berzikir ‘LA ILA HA ILALLAH MUHAMADUR RASULULLAH’

Surah Al-Araaf ayat 205 :  Dan sebutlah (nama) Tuhannmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.

-         Maksudny a sentiasa memuji Allah didalam hati dengan kalimah tauhid

Surah Ar-Araad ayat 28 : (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan zikrillah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

-         Mengingati Allah itu bermaksud ‘zikrullah’ dan zikrullah yang paling baik ialah kalimah tauhid

-         Take note pada perkataannya bahawa ‘Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram’


Surah Ibrahim ayat 24 : Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik [786] seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, [786] (Termasuk dalam "kalimat yang baik" ialah kalimat tauhid, segala ucapan yang menyeru kepada kebajikan dan mencegah dari kemungkaran serta perbuatan yang baik. Kalimat tauhid seperti "laa ilaa ha illallaah".)



Surah Ibrahim ayat 25 : . pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.



Surah Ibrahim ayat 26 : Dan perumpamaan kalimat yang buruk[787] seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun. [787] Termasuk dalam "kalimat yang buruk" ialah kalimat kufur, syirik, segala perkataan yang tidak benar dan perbuatan yang tidak baik.



Surah Ibrahim ayat 27 : Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu[788] dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki. [788] Yang dimaksud "ucapan-ucapan yang teguh" di sini ialah kalimatun thayyibah yang disebut dalam ayat 24 di atas.



-         Rugi kalau tidak diamal. Manusia yang lain  dan binatang pun boleh menumpang rahmat Allah yang turun bagi si pengamal yang  ikhlas mengamalkan kalimah tauhid.


2)    Bukti untuk kita disuruh beristhihfar


Surah Al Anfaal : Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka beristigfar  [608]


-         Latihlah hati supaya beristigfar apabila teringat dan melakukan kesalahan. Sedangkan Nabi beristigfar 70 kali sehari.


3)      Bukti menyuruk kita berselawat. (penenang jiwa)

Al-Ahzab 56. Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi [1230]. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya [1231]

Hadits : Artinya: "Bershalawatlah kamu kepadaku, karena sha-lawatmu itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) untukmu." (HR. IbnMurdaweh)

Hadith : "Saya mendengar Nabi Saw. Bersabda janganlah kamu menjadikan rumah-rumahmu sebagai kuburan, dan janganlah kamu menjadikan kuburanku sebagai per-sidangan hari raya. Bershalawatlah kepadaku, karena shalawatmu sampai kepadaku dimana saja kamu berada." (HR. Al-Nasâ'i, Abû Dâud dan dishahihkan oleh Al-Nawâwî).



4)      Bukti untuk menyebut  ’ Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun’   bila ditimpa kesusahan :


Surah Al-Baqrah 155.:  Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Surah Al-Baqarah 156 : (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" [101]

Surah Al-Baqarah 157. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.



-          Menyebut selalu didalam hati/dimulut  bila ditimpa kesusahan atau kesedihan.


Perintah untuk Mengikhlaskan diri kepada Allah


Surah Al-Araaf 29 : "Luruskanlah wajahmu [533] di setiap sembahyang dan sembahlah Allah dengan mengikhlaskan keta'atanmu kepada-Nya. “

Friday 14 August 2015

0 Negara kita sebenarnya



Negara kita
kununnya negara islam yang mengamalkan tauhid
kepada Allah swt

Jika benar kita mentauhidkan Allah dengan sebenar benar tauhid penuh keikhlasan

Kenapa negara kita asyik ditimpa masalah demi masalah tak putus putus

Tidakkah kita mendapat rahmat dan redha dari Allah

Jika kita mengimbau sirah Nabi SAW
satu persatu Allah swt menunjukan kebesaranNya
Apabila semakin ramai umat Muhammad ketika itu mula mentauhidkan Allah dengan ikhlas

Marilah kita mulakan dengan meninggalkan segala jenis syrik
Peliharalah solat fardhu 5waktu sehari semalam
Dan perbanyakkanlah mengingati Allah dengan zikrullah
Selawat ,istigfar dan kalimah tauhid
di samping perkara sunat atau wajib 

Monday 10 August 2015

0 Asyik meminta sahaja



Jangan mengeluh tentang kekurangan
Jangan menjaja tentang apa yang kita tak dapat

Tetapi bersyukurlah
dengan apa yang kita dah dapat
Yang tak cukup itu hanyalah dari nafsu kita

Kuatkanlah lagi dengan keihlasan mentauhidkan Allah
Jangan sesekali pudar semangat hendak mentauhidkan Allah

Kerana aku juga begitu
Sering rasa tidak puashati dengan apa yang dikecapi
Padahal cukup sahaja segalanya
Jika direnung

Hanya nafsu yang selalu menipudaya kita
mengingkari akan perintah Allah dan Rasul


Thursday 6 August 2015

0 batu dan besi




A049
Dan mereka berkata: "Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baharu?"


A050
Katakanlah (wahai Muhammad):" Jadilah kamu batu atau besi - 


mahukah kita menjadi batu atau besi yang tidak ada nilai di sisi ALLAH SWT ?
hanya kerana tidak mentauhidkan ALLAH dengan sebenar benar tauhid 
dan mempertikaikan akan kekuasaanNya 
tidak menjaga kebersihan hati 
lalu hati menjadi keras
keras 
tidak mahu mengikut perintah ALLAH dan RASUL

Bersihkanlah hati dengan mentauhidkan ALLAH SWT
Tanpa menyekutukanNya walau dengan apa sekali pun

Perbanyakkanlah mengingati ALLAH di dalam hati dengan perkara sunat ataupun wajib

La'illahaillalah Muhammada Rasullallah janganlah lekang dihati disamping selawat dan juga istigfar 







Monday 3 August 2015

0 Bahtera



Surah Al-Araf, Verse 64:
فَكَذَّبُوهُ فَأَنجَيْنَاهُ وَالَّذِينَ مَعَهُ فِي الْفُلْكِ وَأَغْرَقْنَا الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا عَمِينَ

Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya).
(Indonesian)

Surah Al-Araf, Verse 65:
وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ أَفَلَا تَتَّقُونَ

Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum 'Aad saudara mereka, Hud. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain dari-Nya. Maka mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya?"
(Indonesian)

Janganlah kita jadi seperti kaum yang Allah maksudkan pada ayat di atas
Terang terang di pelawa untuk naik bahtera dan mentauhidkan Allah SWT
Akan tetapi masih menurut hawa nafsu akal fikiran logik

Kita umat MUHAMMAD SAW ingatlah
bahawa tidak lagi di pelawa naik bahtera
Kita diberi tempoh pilihan terlalu lama
Iaitu dengan tanda tanda awal kiamat dan tanda tanda akhir kiamat

Semua tanda tanda itu telah terjadi dan sedang terjadi sekarang ini
Oleh itu jangan sampai kita tersalah membuat pilihan

Bersihkanlah hati dengan mentauhidkan ALLAH SWT
Tanpa menyekutukanNya walau dengan apa sekali pun

Perbanyakkanlah mengingati ALLAH di dalam hati dengan perkara sunat ataupun wajib

La'illahaillalah Muhammada Rasullallah janganlah lekang dihati disamping selawat dan juga istigfar 

Saturday 1 August 2015

0 kembali



di dalam setiap permasalahan
carilah kebenaranya
barulah yang haq akan bangkit
dan yang batil akan terhapus

janganlah kita lalai daripada mengingati ALLAH SWT
tauhidlah dengan sebenar benar tanpa menyekutukanNya
hattta dengan diri kita sendiri

ikhlaslah dalam setiap perkara
mengharapkan hanya rahmat dan redha ALLAH semata mata

sentiasa memelihara niat di dalam setiap perbuatan
kerana setiap perkara itu bermula daripada niat

dan yakinlah bahawa hanya ALLAH SWT yang berkuasa keatas setiap sesuatu
tidak ada kuasa selain ALLAH

ingatlah kepada ALLAH SWT dengan zikrullah ,solat atau ibadah sunat
perbanyakkanlah kalimah tauhid didalam hati 

Wednesday 3 June 2015

0 tegakkan tauhid



Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun
(Al-Israa' 17:44)


Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri RA dari Rasulullah SAW: Musa pernah berkata, “Wahai Tuhan! Ajarilah aku sesuatu yang dengannya aku senantiasa mengingati dan memohon kepadaMu.” Allah berfirman, “Wahai Musa, ucapkan Laa Ilaaha Illallah (Tiada Tuhan Selain Allah). Musa berkata, “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya seluruh hambaMu mengucapkannya.” Allah berfirman: Wahai Musa! Walau seandainya 7 langit ini dan segala yang ada di dalamnya selain Aku serta 7 lapis bumi dikumpulkan di atas satu sisi timbangan dan Laa Ilaaha Illallah diletakkan di atas sisi timbangan lainnya, maka sesungguhnya kalimat Tauhid tadi akan melebihi berat mereka.
(HR Ibn Hibban dan Al Hakim, dikatakan sahih.)

ayuh sambung dengan mentauhidkan ALLAH di dalam hati dengan penuh keikhlasan
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates