English Version

Wednesday, 7 September 2011

balik kampung






balik kampung adalah sebahagian daripada aktiviti ketika musim perayaan
tidak menjadi masalah untuk menghadapi keadaan jalan yang sesak dengan kenderaan
kerana itu semua dah jadi pekara biasa bagi orang yang berada diperantauan
tak terasa suasana raya pulak jika tidak melaluinya

tak ketinggalan aku juga balik kampung untuk beraya
atau untuk menjenguk orang tua
selalu nya aku suka memandu kereta atau menunggang motorsikal untuk pulang ke kampung
aku tunggang motorsikal besar mestilah memerlukan lebih perhatian sebab lebih laju daripada motorsikal biasa

dan aku akan berdoa sakan kepada ALLAH swt sebelum memulakan perjalanan
sebab aku takut ditimpa kemalangan atau perjalanan menjadi sukar
seperti kenderaan rosak dan lain2
aku juga tidak akan berhenti berzikir didalam hati kerana aku takut mengantuk atau hilang tumpuan ketika sedang memandu atau menunggang
padahal ketika tu aku tak lagi mendalami agama

disini lah salah nya
aku lakukan zikir
aku berdoa bukan kerana ikhlas mengharapkan rahmat dan redha dari ALLAH swt
tetapi aku bersandarkan sesuatu daripada ALLAH swt
dan aku hanya buat ketika dalam kesusahan atau ketika aku amat memerlukan pertolongan daripada ALLAH swt dan apabila aku dah tak perlukan pertolongan daripada ALLAH swt aku tak berdoa lagi dan aku tak berzikir lagi didalam hati

maka benarlah firman ALLAH swt didalam surah al ankabut 65

Maka apabila mereka naik kapal mereka mendoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya; maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka (kembali) mempersekutukan (Allah)

jika kita sedar kita sebagai hamba ALLAH swt yang sangat daif
kita mesti mengharapkan rahmat dan redha dari ALLAH swt setiap masa
oleh itu kita mestilah sentiasa mengingati ALLAH swt dan sentiasa berdoa mohon pertolongan daripada ALLAH swt
wallahualam
inshaallah ...

No comments:

Post a Comment