English Version

Saturday, 24 December 2011

santai di hujung minggu

tips supaya sentiasa mengingati ALLAH swt

zikir itu ada dua cara

-zikir dengan hati
-zikir dengan lisan

setiap satu dari keduanya  terbahagi kepada dua iaitu

-zikir yang bererti ingat setelah lupa
-zikir yang bererti kekal ingatanya

zikir (ingat) kepada ALLAH boleh di lakukan dengan lisan dan hati

-zikir dengan lisan bererti menyebut namanya ,sifat sifatnya  atau pujian kepadanya  dengan berulang ulang
 .untuk kekal dan sentiasa melakukanya ,hendaklah di biasakan atau di laksanakan berkali kali dan
berulang ulang

pernah ada orang melakukan berbagai cara untuk mengingatkan diri agar teguh memegang disiplin ,dengan cara selalu berzikir (ingat) kepada ALLAH .dengan melatih dan membiasakan lidah untuk tetap mengucapkan zikir dan di harapkan akan terus ke hati .

-zikir kepada ALLAH dengan hati ,ialah menghadirkan kebesaran dan keagunganya di dalam diri dan
 jiwa ,sehingga menjadi darah daging

tidak ada yang di ingatinya kecuali ALLAH ,tidak ada nafas yang di hembuskan kecuali dengan lafaz ALLAH serta mengingati akan kebesaran dan keagunganya ,tidak ada nafas yang di sedut kecuali dengan lafaz ALLAH serta mengingati akan kebesaran dan keagunganya dalam hati .
demikianlah di lakukanya hingga hembusan nafas yang terakhir dan ia meninggal dunia dalam keadaan 'husnul khatimah' .zikir sebegini di sebut sebagai zikir nafas .

kerjasama antara lisan (lidah) dan qalb (hati) dalam zikir ini sangatlah baik ,sebab apabila seseorang telah berdisiplin mengamalkan dan melakukanya ,dengan sendirinya ia akan meningkat menjadi zikir a'dla'a ,ertinya seluruh anggota badanya akan terpelihara dari melakukan maksiat kerana zikir kepada ALLAH .
bagi seseorang yang hatinya telah tenang dan jernih akan dapat mengawal anggota badanya untuk tetap berdisiplin ,ucapanya akan sesuai dengan perbuatanya ,zahirnya sesuai dengan batinya .
akan tetapi seringkali orang tertipu ,terjebak masuk kedalam lingkungan kebatinan yang bukan bukan atau tidak sesuai dengan syariat islam ,di sebabkan mereka tidak mengetahui hukum hukum fekah ,tidak tahu halal haram ,tidak mengetahui mana yang hak dan yang batil ,ataupun sesat .

(rujukan hadis qudsi bab 12 mengingati ALLAH ms95 96)

dan ini yang aku tambah
kita tak berhenti bernafas jadi ketika kita bernafas cuba ingat apa harus kita buat
inshaallah pasti akan kekal berterusan mengingati ALLAH swt di dalam hati setiap masa

wallahhualam

inshaallah ...

jika ada yang nak beri pendapat silakan komen ...


No comments:

Post a Comment