English Version

Wednesday, 22 February 2012

meminta ...bagaimana ?




A060
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
(Ghaafir 40:60)


hadis dari Nu'man bin Basyir, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Sesungguhnya doa itu adalah ibadah"kemudian baginda bacakan ayat diatas (Tirmizi menyatakan hasan sahih, Sahih: lihat Shaahihul Jami'). Berkenaan orang-orang yang sombong itu, Ibnu Katsir menyatakan bahawa mereka adalah orang yang tidak mahu berdoa dan mengesakan Allah.


dalam keadaan serba kekurangan aku masih tidak bersungguh sungguh memohon doa kepada ALLAH swt 
aku hanya mohon doa yang aku agak aku perlukan sahaja serta aku ringkaskan
itu pun sebab nak cukupkan syarat selepas solat 


padahal ALLAH swt hendakkan kita memohon bantuan atau berdoa padaNya 
kita sendiri yang berdoa terus kepada ALLAH swt
tiada perantara 

di situlah akan dapat dilihat setakat mana kebersungguhan kita mengharapkan bantuan daripada ALLAH swt 
kerana jika kita benar benar meyakini bahawa hanya ALLAH swt yang dapat membantu kita dalam setiap permasalahan 
pasti kita akan berdoa dengan bersungguh sungguh 
pasti kita akan bersolat sunat hajat pada malam hari
bermunajat kepada ALLAH swt secara khusus untuk pekara yang kita inginkan 


A055

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
(Al-A'raaf 7:55


aku menyedari tentang pekara ini 
akan tetapi aku tetap tidak melaksanakannya
dek kerana aku tetap melayan nafsu umarah yang menebal di dalam diri aku 
yang tidak mahu benar benar tunduk kepada ALLAH swt yang maha kuasa 
kerana ketika menyembah ALLAH swt aku masih menyembah selain daripada ALLAH swt 
iaitu ...
diri aku sendiri 




A043

Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.
(Al-An'aam 6:43)


bagaimana aku hendak timbul rasa insaf dan bertaubat kepada ALLAH swt 
jika aku tidak pernah beristigfar 
jauh lagilah kekal istigfar di dalam hati setiap masa 


solat taubat pula 
aku hanya solat sebagai rutin tiap tiap malam 
tapi tidak menginsafi pun akan kesalahan yang dilakukan  




A186

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoakepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Al-Baqarah 2:186)


oleh itu janganlah kita lalai daripada mengingati ALLAH swt di dalam hati dengan zikrullah atau solat 
serta semampu yang mungkin cuba selaraskan kehendak kita dengan kehendak ALLAH swt 


wallah hualam 


inshaallah ...

No comments:

Post a Comment