English Version

Saturday, 11 February 2012

runtuh ?


praktikalnya hendak membina sesuatu memerlukan masa yang panjang
mungkin sehari seminggu sebulan setahun lima tahun sepuluh tahun ....
tidak pula untuk meruntuhkannya
hanya dalam masa yang singkat atau hanya sekelip mata sahaja  boleh musnah




samalah juga dengan iman kita atau tauhid  kita kepada ALLAH swt
untuk mengukuhkan iman di dada bukanlah satu pekara yang mudah tanpa usaha
begitu juga dengan tauhid kita kepada ALLAH swt
bukannya dalam masa sehari dua atau sebulan dua atau setahun dua kita hendak mementapkannya
ia memerlukan usaha yang istiqamah berserta sabar

akan tetapi usaha syaitan hendak menggelincirkan akidah kita daripada landasan yang hak
tidak pernah berhenti jika kita tidak warak (berhati hati) dalam setiap tipudayanya
dan hanya kerana terpedaya satu hasutannya supaya kita engkar kepada ALLAH swt
semuanya usaha yang kita bina sekian lama akan musnah dalam sekelip mata
untuk membinanya semula bukanlah satu pekara yang mudah


A002

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Al-'Ankabuut 29:2)


oleh itu kita seharusnya sentiasa meminta kekuatan daripada ALLAH swt supaya 
dapat sentiasa selaraskan kehendak kita dengan kehendak ALAH swt dan kekasihNYA 



A056
Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang.
(Al-Maaidah 5:56)

dan sentiasa jugalah meminta pertolongan daripada ALLAH swt supaya dapat mengingati ALLAH swt
setiap masa
kerana hanya dengan mengingati ALLAH swt sahaja kita akan ada kekuatan untuk mengekang
bisikan bisikan syaitan


A076
Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.
(An-Nisaa' 4:76)


solatlah dengan penuh keikhlasan mengharapkan pertolongan daripada ALLAH swt
dengan cuba mengadu sungguh sungguh mengharapkan rahmat dan redha dari ALLAH swt


   A153

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
(Al-Baqarah 2:153)


wallahhualam 


inshaallah ...

No comments:

Post a Comment