English Version

Friday, 3 February 2012

tips kusyuk dalam solat




A103
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(An-Nisaa' 4:103)


daripada firman ALLAH swt dalam surah di atas 
jelas menerangkan bahawa kita harus mengingati ALLAH swt setiap masa di dalam hati 
dan dengan banyak mengingati ALLAH swt dengan ikhlas 
akan membuatkan kita dapat memberikan tumpuan pada bacaan di hati ketika solat 
kerana kita selalu melatih memberi tumpuan pada hati supaya berzikir mengingati ALLAH swt setiap masa 


A025
Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;
(Al-Insaan 76:25)

akan tetapi pekara ini tidak semudah yang kita sangkakan 
ia memerlukan latihan yang berterusan atau istiqomah dan ikhlas yang paling penting 
lama kelamaan inshaallah kita akan mula timbul rasa seronok hendak menunaikan solat 
kerana kita dah mula dapat memberikan tumpuan pada bacaan di hati 
tanpa fikiran memikirkan yang bukan bukan

akan tetapi kita sendiri juga dapat mengesan jika kita kurang mengingati ALLAH swt 
apabila ketika solat pada hari itu fikiran kita melayang layang entah kemana 
itulah tandanya apabila kita lalai daripada mengingati ALLAH swt di dalam hati  


wallah hualam 


inshaallah ...

No comments:

Post a Comment