English Version

Wednesday, 8 May 2024

Pentingnya Muhasabah Diri

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah At-Talaq, 2-3:

Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.


Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2515.

Maksudnya :Suwaid menceritakan kepada kami, Ibnu Mubarak memberitahukan kepada kami, Yahya bin Ubaidullah memberitahukan kepada kami, ia berkata ;"Aku mendengar Abu Hurairah berkata :"Rasulullah SAW bersabda :"Muncul pada akhir zaman orang-orang yang menipu dunia dengan agama, mereka memakai kulit kambing agar tampak lemah lembut kepada manusia, dan mulutnya lebih manis daripada gula, tetapi hati mereka bagaikan hati serigala". Allah berfirman :"Apakah kerana Aku kamu terpedaya atau terhadap Aku kamu berani, maka demi Aku, Aku bersumpah sungguh Aku mengirimkan atas mereka dari mereka akan cubaan yang membiarkan orang-orang yang santun itu menjadi bingung".Hadis ini adalah hadis gharib dari Ibnu Umar yang aku tidak mengetahui selain dari sanad ini.


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir


No comments:

Post a Comment