Tuesday 13 November 2018

0 Pilih bulu



Surah Abasa, Verse 1-3
عَبَسَ وَتَوَلَّىٰ

Ia memasamkan muka dan berpaling,

أَن جَاءَهُ الْأَعْمَىٰ

Kerana ia didatangi orang buta.

وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّىٰ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -

'Relex la bro ,mati kubur masing masing'
'Elleh nanti umur 40 aku berubah la'
'Dah pencen nanti aku pergi la ke surau'
'hidup mesti enjoy'
'ini antara aku debgan Allah'

Itulah antara ungkapan ungkapan aku dahulu pada zaman bodoh dan jahiliah
Sebenarnya tanpa kita sedari
Inilah ayat ayat manusia yang menolak kebenaran hari berbangkit pada zaman sekarang akhir zaman
Orang sekarang tidak menolak hari berbangkit seperti orang zaman dahulu
Yang menyatakan dengan terang terangngan
Menolak islam agama Allah dengan terang terangan

Berhati hatilah dengan apa yang kita tuturkan
Kerana itulah yang menzahirkan peribadi tauhid kita kepada Allah

Berbalik kepada ayat surah abasa di atas
Berda'ilah sampaikanlah hak Allah
Kepada sesiapa pun tanpa mengira kedudukan rupa paras warna kulit
Kuncinya ikhlas

Hidayah itu milik Allah
Kerja kita hanya menyampaikan

In syaa Allah

Penuhkan dihati kita dengan kalimah tauhid
Selawat dan istigfar
Setiap masa
Apabila ditimpa musibah
Penuhkan didalam hati dengan
Innalilahhiwainnaillahirojiun

Sama juga kuncinya
Ikhlas

Jangan syirik
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates