Monday, 15 September 2025

0 Rahmat Allah

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Allah s.w.t. berfirman dalam hadis qudsi:


Maksudnya :


"Apabila seorang hamba-Ku merancang melakukan suatu kejahatan, tetapi tidak dilaksanakannya, tulis baginya satu kebajikan. Tetapi jika dilaksanakannya, maka tulis baginya satu kejahatan. Jika ia bertaubat, hapuskan ia daripadanya. Dan apabila seorang hamba-Ku merancang melakukan suatu kebajikan, lalu tidak dilaksanakannya, maka tulis baginya satu kebajikan. Tetapi jika dilaksanakannya, tulis baginya sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda."


(Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Abu Darda' r.a.)


"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui."

(Al-Baqarah 2, 261)


#rahmatallah #infak #taubat #tauhid #ikhlas


-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir


Blog

https://mencariygbenar.blogspot.com


Tik Tok

https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman


Teguran pendapat

mencariygbenar@gmail.com

Sunday, 14 September 2025

0 Umarah Dan Petunjuk

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Perbezaan antara umarah dan petunjuk dari Allah


dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka meubahnya". Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.

(Surah An-Nisa 4, 119)


Saidina Ali bin Abi Talib RA berkata:


Maksudnya: “Sesungguhnya yang aku takutkan dari kamu ada dua perkara: perasaan masih jauh daripada ajal dan tunduk turut kepada nafsu. Sesungguhnya, Tul al-Amal melupakan akhirat, dan tunduk kepada nafsu akan menyesatkan orang dari kebenaran.


(Ibn Abi Syaibah di dalam al-Musannaf (8/155), al-Baihaqi di dalam Syu‘ab al-Iman (10129) dan al-Zuhd al-Kabir (463) menerusi perkataan Ali bin Abu Talib RA.)


Umarah sentiasa mengajak kita kufur kepada Allah

Dan 

Petunjuk Allah sentiasa selaras dengan Al Quran dan Hadis Saheh. 


#janjikosong #anganangan #petunjukallah #ikhlas #tauhid


-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir


Blog

https://mencariygbenar.blogspot.com


Tik Tok

https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman


Teguran pendapat

mencariygbenar@gmail.com

Friday, 12 September 2025

0 Sedarlah

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Allah hanya nak kita sentiasa kembali kepadaNya.
Lumrahnya manusia sukar menerima kesalahan
Dan "play victim"

Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.
(Surah Yunus 10, 44)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.”
Riwayat Ibn Majah (4251 dan al-Tirmizi 2499)

Sentiasa muhasabah diri, berusaha bersungguh-sungguh mengubah diri agar lebih baik dari hari ini.

#zalim #taubat #kembalikepadaallah #ikhlas #tauhid

-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir

Blog
https://mencariygbenar.blogspot.com

Tik Tok
https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman

Teguran pendapat
mencariygbenar@gmail.com

Sunday, 7 September 2025

0 Sedarkah Kita Syirikkan Allah ?

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari Kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini,""

(Al-A'raf 7, 172)


Rasulullah SAW bersabda:


Maksudnya: Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah. Kedua ibu bapanya lah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.

(Riwayat al-Bukhari: 1385)


Kita telah buat perjanjian dengan Allah sebenarnya di alam roh ,ketika itu kita dalam keadaan fitrah suci daripada pengaruh umarah .

Malangnya setelah kita di lahirkan ke dunia ,kita mengikut umarah dan terus lupa akan janji kita dengan Allah .

Jadilah kita pemula kepada keturunan kita yang kembali benar-benar mentauhidkan Allah dalam erti kata sebenar mengikut Al Quran dan Hadis Saheh penuh keihlasan ,hanya mengharapkan Rahmat dan Redha Allah semata-mata .

In Syaa Allah 


#roh #perjanjian #fitrah #ikhlas #tauhid


-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir


Blog

https://mencariygbenar.blogspot.com


Tik Tok

https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman


Teguran pendapat

mencariygbenar@gmail.com

Saturday, 6 September 2025

0 Tunaikan Niat

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
(Surah al-A’raf 7, 96)

Hadith Nabi SAW:

Maksudnya: “Dan sesungguhnya setiap orang memperolehi apa yang diniatkan.”
(Riwayat al-Bukhari 1)

Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut apa yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang ingin diperolehi atau kerana seorang wanita yang ingin dinikahi, maka hijrahnya adalah berdasarkan kepada apa yang diniatkan.”
(Riwayat al-Bukhari 1 dan Muslim 1907)

Tunaikanlah semampu mungkin apa yang telah di niatkan dalam seharian
Lahaulawala'kuwatailla'billah
Ucaplah jika terasa berat nak laksanakan haq-haq Allah.
Lawan diri sendiri dan mintalah pertolongan dari Allah.
Diri sendirilah yang banyak menggagalkan kita sebenarnya.
In Syaa Allah

#niat #tunaikan #haqallah #ikhlas #tauhid

-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir

Blog
https://mencariygbenar.blogspot.com

Tik Tok
https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman

Teguran pendapat
mencariygbenar@gmail.com

Friday, 5 September 2025

0 Beramal Dengan Ikhlas Pasti Merasainya

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Cubalah Dengan Ikhlas, Pasti Merasainya

Semua sedia maklum tentang firman Allah dalam ayat di bawah dan sabda Nabi saw mengenai perkara ini.
Akan tetapi tahukah kita ketika hati gundah gulana, ianya akan kembali tenang
Jika kita perbanyakkan selawat dengan penuh ikhlas.
Islam itu agama amal, sesiapa yang mengamalkan nya pasti akan merasai
Kerana itu janji Allah, bukan janji dari sesiapa, rujuk (Surah Ar Rad 13, 28)

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya."
(Al-Ahzab 33, 56)

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat.”
(Riwayat al-Baihaqi 5995)

#selawat #islamagamaamal #cuba #ikhlas #tauhid

-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir

Blog
https://mencariygbenar.blogspot.com

Tik Tok
https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman

Teguran pendapat
mencariygbenar@gmail.com

Wednesday, 3 September 2025

0 Agar Tidak Lalai Dengan Akhirat

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم




“Dan sakaratul maut datang dengan sebenar-benarnya. Itulah perkara yang kamu selalu lari daripadanya.”

(Surah Qaf 50, 19)


Rasulullah SAW menyuruh memperbanyakkan mengingati kematian kerana ia boleh menghilangkan sifat alpa yang disebabkan oleh kelazatan dunia. Sabda Rasulullah SAW:


Maksudnya: “Perbanyakkanlah mengingati pemutus kelazatan.” Iaitu kematian.

(Riwayat Ibn Majah 4258)


Hidupkanlah amanah dari Allah iaitu hati kita agar bebas dari penjara kegelapan umarah.

Pelihara solat fardhu walau apa cara sekali pun, berdoa sungguh-sungguh agar Allah beri kekuatan dapat sentiasa mengingati Allah di dalam hati dan jangan pernah syirikkan Allah hatta dengan diri sendiri.


#ingatmati #nafsupemutus #janganlalai #ikhlas #akhirzaman


-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir


Blog

https://mencariygbenar.blogspot.com


Tik Tok

https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman


Teguran pendapat

mencariygbenar@gmail.com

Monday, 1 September 2025

0 Doa Boleh Ubah Takdir

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

(Surah Ghafir 40, 60)


"Sesungguhnya takdir itu tidaklah berubah kecuali dengan doa.

Sesungguhnya doa dan takdir saling berusaha untuk mendahului, hingga hari kiamat. Dan sesungguhnya perbuatan baik (kepada orang tua) itu memperpanjangkan umur."

(HR. Ahmad 22438)


Tahukah Kita Takdir Boleh Berubah


"Sesungguhnya takdir itu tidaklah berubah kecuali dengan doa.

Sesungguhnya doa dan takdir saling berusaha untuk mendahului, hingga hari kiamat. Dan sesungguhnya perbuatan baik (kepada orang tua) itu memperpanjangkan umur."

(HR. Ahmad 22438)


Keyakinan kpd Allah tidak boleh di buat buat

Cinta kpd haq haq Allah dan benci kpd yang batil, juga tidak boleh di buat buat

Ianya secara semulajadi terzahir daripada apa yg kita amalkan selama ini. 

Maka semailah keimanan berlandaskan Al Quran dan Hadis Saheh, mengikut kehendak Allah dalam kehidupan seharian kita

Dengan penuh ikhlas, hanya kerana Allah 

Jangan syirik kpd Allah 

Lazimkan mengingati Allah pd pkra wajib/sunat

Apabila hati resah, perbanyakkan di dalam hati dengan selawat

Apabila kufur atau terkenang dosa silam, maka istigfar lah

Apabila hati merasai ketenangan, perbanyakkan kalimah tauhid

Dan apabila di timpa musibah, perbanyakkan innalillahiwainailairojiun 

In syaa Allah


(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

(Surah Ar-Rad, 28)


#takdir #doa #yakin #ikhlas #akhirzaman


-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir


Blog

https://mencariygbenar.blogspot.com


Tik Tok

https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman


Teguran pendapat

mencariygbenar@gmail.com

Sunday, 31 August 2025

0 Berilmu Mesti Beramal

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


“Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.”

(Surah al-Naml 27, 40)


Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat.

Riwayat Imam al-Bukhari (3461)


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW:


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa dan harta kamu. Akan tetapi Allah SWT melihat kepada hati dan amalan kamu.” 

Riwayat Muslim (2564)






-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir


Blog

https://mencariygbenar.blogspot.com


Tik Tok

https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman


Teguran pendapat

mencariygbenar@gmail.com

Friday, 29 August 2025

0 Istiqomah Beribadah

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya),

(Surah Al-Muzzammil, 2)


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :


Maksudnya: “Dan solat yang afdhal selepas solat fardhu adalah solat malam.” (Riwayat Muslim 1163)


-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir


Blog

https://mencariygbenar.blogspot.com


Tik Tok

https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman


Teguran pendapat

mencariygbenar@gmail.com

Saturday, 23 August 2025

0 Sedekah

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


"Ketika Allah memberikan kepada mereka sebagian dari karunia-Nya, mereka menjadi kikir(kedekut) dan berpaling, dan selalu menentang (kebenaran)."

(At-Taubah 9: 76)


"Dan infakkanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesali), "Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang saleh.""

(Al-Munafiqun 63: 10)


Hadis riwayat Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:


Maksudnya: 

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." 

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)


-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir


Blog

https://mencariygbenar.blogspot.com


Tik Tok

https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman


Teguran pendapat

mencariygbenar@gmail.com

Friday, 15 August 2025

0 Tetaplah Di Jalan Yang Lurus

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


"Orang-orang Arab Badui berkata, "Kami telah beriman." Katakanlah (kepada mereka), "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah "Kami telah tunduk (Islam)," karena iman belum masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalmu. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.""

(Al-Hujurat 49: 14)


Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali asing sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing.”

Riwayat Muslim (145)


-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir


Blog

https://mencariygbenar.blogspot.com


Tik Tok

https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman


Teguran pendapat

mencariygbenar@gmail.com

Wednesday, 13 August 2025

0 Kembali Kepada Allah

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (karena kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik."

(Ali 'Imran 3: 110)


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda :


“Sebaik-baik manusia bagi manusia adalah kalian membawa mereka dalam keadaan leher mereka dirantai sehingga mereka memasuki Islam”.

Hadis riwayat al-Bukhari (4191)


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir


Blog

https://mencariygbenar.blogspot.com



Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates