Sunday 30 April 2023

0 Kembali Kepada Tauhid

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Dan (lbrahim a. s.) menjadikan kalimat tauhid itu kalimat yang kekal pada keturunannya supaya mereka kembali kepada kalimat tauhid itu.

Surah Az-Zukhruf, 28


Dari Abu Hurairah r .a., katanya: "Sahabatku (iaitu Rasulullah saw.) berwasiat kepada ku tiga perkara: (a) puasa tiga hari setiap bulan. (b) solat dhuha dua rakaat. (e) solat witir sebelum tidur."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0688.


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir



Tuesday 25 April 2023

0 Tiga Hari

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.

Surah Al-Anbiya, 92


Dari Anas bin Siriin katanya: "Aku pernah mendengar dari Abdul Malik bin Abil Minhal diberitahu oleh ayahnya bahawasanya Nabi saw pernah menyuruh orang untuk melakukan puasa tiga hari dalam sebulan, iaitu di hari-hari putih. Sabda beliau: "Berpuasa di hari-hari putih pahalanya sama dengan berpuasa satu bulan penuh".

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2390.


Kata Anas ibnu Siriin: "Aku pernah diberitahu oleh Abdul Malik ibnu Qudaamah ibnu Milhan dari ayahnya: "Rasulullah saw menyuruh kami untuk melakukan puasa di hari-hari putih, iaitu pada hari-hari ketiga belas, keempat belas dan kelima belas."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2391


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir

Sunday 23 April 2023

0 Tidak Solat Sebelum Dan Selepas

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


... Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Surah An-Noor, 31


Diceritakan dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Nabi saw. melakukan solat 'Idul Fitri, dua rakaat. Beliau tidak solat sebelum atau sesudahnya. Kemudian beliau pergi ke tempat para wanita bersama Bilal. Beliau menyuruh mereka bersedekah. Maka mereka bersedekah, ada yang menyedekahkan antingnya, dan ada pula yang menyedekahkan kalungnya."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0517.


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir



Saturday 22 April 2023

0 Syawal

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji; Dan bukanlah kebajikan memasuki rumah-rumah dari belakangnya, akan tetapi kebajikan itu ialah kebajikan orang yang bertakwa. Dan masuklah ke rumah-rumah itu dari pintu-pintunya; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.
Surah Al-Baqara, 189

Dari Anas r.a. katanya: "Biasanya Rasulullah saw. sebelum pergi solat idul fitri, lebih dahulu beliau memakan buah kurma beberapa butir."
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0512.

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir

Wednesday 19 April 2023

0 Puasa & Carilah

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa.

Surah Al-Baqara, 187


Dari Ibnu Abbas r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Carilah malam Qadar itu pada sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan. Malam Qadar ia berada pada hari kesembilan, tujuh atau lima yang akhir (dari bulan itu)'"

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0995.


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates