Saturday, 28 September 2013

2 jangan tolak mentah mentah



Penulisan yg benar-benar mengusik minda ...!!

Soalan :

1. Bagaimana Al-Mahdi dapat dikenal pasti ?
2. Mengapa dari timur jauh ?


PeaceNoWar....

JANGAN SUKA MENOLAK PETUNJUK!

KONSEP KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN ADALAH SEBUAH KONSEP ‘PETUNJUK’ ATAU DALAM BAHASA ARABNYA IALAH ‘HIDAYAH’.
JADI SESIPA YANG TIDAK MEMPEDULIKAN PETUNJUK,
ADALAH MEREKA YANG TIDAK MEMERLUKAN ORANG YANG DIBERIKAN PETUNJUK (AL-MAHDI)
YAKNI PETUNJUK KEPADA SETIAP KEBENARAN TERMASUK KEBENARAN WAHYU YANG HAK (QS).

Kerana Al-mahdi bukanlah ‘NAMA INDIVIDU’, tetapi ‘Gelaran’ kepada seseorang yang diberikan petunjuk untuk membimbing Umat akhir Zaman.
Nama sebenarnya ialah “Muhammad”. (riwayat saheh) Muhammad Bin Abdullah (riwayat dhaif).

Beliau juga tidak menerima wahyu atau Mukjizat baru. (melainkan diberi Hidayah oleh Allah yang akan membuka segala tabir Wahyu atau kehendak wahyu yang sebenar). Daripada Al-Qoran dan Sunnah yang sama.
Selepas beliau melakukan keadilan dan hirarki terhadap sejarah Wahyu ini.

Tatkala ALLAH SWT telah memaklumkan bahawa “Hari ini aku sempurnakan agamaKu”.
Maka wahyu yang sama juga yang akan diperjuangkan oleh Al-Mahdi.

Sebelum kemunculan Al-Mahdi, marilah kita sama-sama mengubah citarasa kita kepada gemarkan kepada petunjuk.

Sedangkan ramai dikalangan Umat di luar sana yang sedang cuba memberi petunjuk kepada Umat termasuk ‘orang baru’ (mat saleh) dan sebagainya. Sehingga Umat yang telah menerima konsep petunjuk akan menerima Al-Mahdi.

Kita tidak tahu siapakah gerangan Al-mahdi dan Bilakah kemunculan Beliau. (itu adalah perkara Allah swt)
Namun yang nyata.. inilah zamannya.
KITA JANGAN PANDANG KEPADA ‘ORANG YANG MEMBERI PETUNJUK’ (kerana Beliau bukannya Rasulullah saw)
TETAPI PANDANGLAH KEPADA “APA YANG DITUNJUKKAN OLEH BELIAU” !.

P/s: Sedangkan kita memohon berpuluh kali sehari di dalam solat kita " Ihdina " Jangan pula apabila munculnya 'hidayah' kita pandang sebelah mata dan lebih berselera dengan keadaan fitnah akhir zaman.







Adalah tidak hairan kiranya
Umat islam akhir Zaman Yang menantikan
Individu yang diberikan Hidayah (Al-Mahdi)
Akan menjadi penentang beliau, akan memperli dan menghina-hina beliau,
tatkala kemunculannya atau tatkala diberikan satu-satu petunjuk.

Angkara berlainan dengan amalan, konsep dan ramalan mereka.

(biasanya manusia akan melihat kepada title, pengaruh, taraf pendidikan serta jumlah kitab-kitab yang banyak yang dimiliki oleh seseorang yang akan menjadi hebat).

Walhal telah termaktub bahawa individu tersebut akan bangkit
sebagai Al-Ghurabak (ganjil),

Ataupun secara Matrix, bukan semestinya diajar, bukan ditauliah, bukan di title dsbgnya…

Namun pembawaannya bukan lagi Wahyu baru. (kerana beliau Bukan Nabi atau Rasul).

Dia juga bukan manusia bersunnah (cara hidupnya bukan dimodelkan untuk ibadat).
Walau beliau seorang pendokong sunnah Muhammad SAW.
(mungkin beliau atau sejarah hidupnya sama seperti Umat Islam biasa yang lain).


Melainkan ia Juga bersamaan dengan Ajaran Muhammad SAW yang asal.
Agama yang Asal juga akan membuktikan kebenarannya.
iaitu Al-Qoran dan Sunnah.

(kerana apa yang ditunjuk olehnya adalah tidak bersalahan dengan Al-Qoran dan Sunnah), Walau mungkin berlainan dengan takwil manusia dan kitab-kitab yang tidak maksum.


Ingat!
DIA AKAN MENUNJUKKAN SESUATU !!!!

Beruntunglah mereka yang akan bersamanya.

Sabda: " Islam itu datang dalam keadaan dagang (asing), maka ia akan kembali menjadi dagang, maka beruntunglah mereka yang dagang"

Namun, telah juga termaktub bahawa, hanya segelintir Umat yang akan bersama-samanya.


NANTIKANLAH KEMUNCULANNYA DENGAN TAUHID YANG MANTAP DAN IKHLAS
JANGAN LAGI KITA AKAN MENJADI SEPERTI KAUM YAHUDI yang lalu.

TIDAK SESEKALI BELIAU AKAN MENGAKU BAHAWA DIRINYA ADALAH IMAM AL-MAHDI AL-MUNTADZAR SEBELUM IA DIPERKENALKAN OLEH ALLAH SWT SENDIRI.

(Kerana nama asalnya nya hanyalah Muhammad)


DALAM KEADAAN ISLAM HANYA TINGGAL NAMA SAHAJA
PADA GELARAN UMAT AKHIR ZAMAN.
KERANA MEREKA SEBENARNYA TELAH DIYAHUDI DAN DINASRANIKAN
OLEH BERBAGAI FITNAH AKHIR ZAMAN. TERUTAMA OLEH KESESATAN DAN KEJAHATAN ULAMAK SENDIRI.

"Wallahu khairul maakiriin"
Allah sebaik-baik perancang.

Walaupun sehebat mana manusia, walau seorang Allamah, Imam Mujtahid, Mujaddid, Mufti Ulamak, Tok Guru, Ustaz-Ustaz Multi PHD dan sebagainya.....
Yang nyata MEREKA MASIH GAGAL untuk mengembalikan Islam kepada tempatnya.
Menegakkan Kitabullah memimpin Dunia. Menentang segala kemungkaran dan kesyirikan dunia.

Yang mana semakin terhumban tatkala hadirnya ilmu pengetahuan, yang telah menjadikan konsep WAHYU "sebagai Ilmu pengetahuan". Lantas Revolusi Ilmu telah menjadikan Al-Qoran hanya tinggal ayat-ayatnya sahaja yang ditarannumkan.

Berlakunya takwil dan khilafiah serta perpecahan dalam Agama islam.
Namun semuanya menjadi asbab kepada sampainya Islam kepada Umat akhir Zaman dalam keadaan Pukal, bercampur aduk dengan takwil makhluk terhadap wahyu.

Lantas akan ditampi kembali oleh Al-Muntadzar akhir zaman. Yang akan membangkitkan Muhammad bersama Wahyu (umat islam yang berpegang dan berjuang menggunakan Wahyu yang Mutlak),

Sebagaimana ia bermula dengan Muhammad SAW yang bangkit
Setelah datangnya Wahyu 1400 tahun lebih dahulu.

Begitu juga para sahabat, tabien dan mereka yang masih menggengam Wahyu dalam badan mereka, sebelum ia tumpah menjadi lidah dan juga kitab. Yang akhirnya mengahpuskan Sistem Khalifah dalam islam.

Sabda:
"Islam datang dalam keadaan asing, kemudian ia akan kembali asing, beruntunglah mereka-mereka yang asing"

sumber


p/s
sama samalah kita mempertingkatkan TAUHID kepada ALLAH SWT dengan memperbanyakkan kalimah tauhid LA'IL LAH HA'ILLALLAH MUHAMMADA RASULLALLAH
dan bermunajat dengan IKHLAS
moga dipertunjukkan oleh ALLAH bahawa AL MAHADI sudah wujud 

2 comments:

  1. kadang kala ia benar..kadang kala ia tidak... kuasa Allah itu pasti pada jalan yg disusuri.. selautan kebenaran hilang dgn setitik kesilapan.. setitik kesilapan..terpejam sekalian..hanya pada haq ianya terbit..insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. Saya sokong 100% apa yang anda sampaikan ini. Saya nak tambah sedikit mengenai kemunculan Khalifah Akhir Zaman yang akan dimulai dengan Kemunculan Pemuda Bani Tamim atau Putra Tamim sebagi pembuka laluan atau perintis untuk kemunculan Al Mahdi ini. Adakah umat Islam percaya akan cerita ini ? Email saya : kamarul1814@yahoo.com

    ReplyDelete

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates