Showing posts with label asbabun nuzul. Show all posts
Showing posts with label asbabun nuzul. Show all posts

Thursday, 2 August 2012

0 marilah




Surah Al-Muzzammil

Wahai orang yang berselimut!.
Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. 
(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;
Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang,
Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah.
Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul.
Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya.
(Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu - kalau kamu kufur ingkar - (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?
Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya.
Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Muzzammil 73:1-20)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ketika kaum Quraisy berkumpul Darul Nadwah ,mereka berkata sesama mereka :"Mari kita carikan nama bagi Muhammad yang cepat dan mudah dikenali oleh orang ramai ." Mereka berkata :"Kahin (dukun) ." Sebahagian daripada mereka menjawab :"Dia bukan dukun ." Sebahagian lagi berkata :"Majnun (orang gila) ." Sebahagian daripada mereka menjawab pula :"Dia bukan gila ." Terdapat sebahagian mengatakan :"Sahir (tukang sihir)." Kemudian sebahagian daripada mereka menjawab pula :"Dia bukan tukang sihir ." 

Kejadian ini akhirnya sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda menyembunyikan diri dengan berselimut dan berkurung .

Maka datanglah Jibril menyampaikan wahyu kepada baginda : "Ya ayyuhal muzzammil ." (Surah al Muzzammil :73:1) dan "Ya ayyuhal muddassir ." (Surah al Muddassir : 74:1)

(Diriwayatkan oleh al Bazzar dan at Thabarani dengan sanad yang lemah dari Jabir)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ayat ini .(Surah al Muzzammil :73:1 turun di saat Nabi SAW berselimut dengan lihaf .

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abii Hatim dari Ibrahim an Nakhai)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa setelah turunya ayat ini (Surah Muzzammil :73:1-4) yang memerintahkan kepada kaum Muslimin agar bangun pada sepertiga malam untuk mengerjakan amal ibadat pada setiap malam .Maka mereka melaksanakannya dengan tekun sehingga perkara ini berterusan dan mengakibatkan kaki mereka bengkak-bengkak 

Maka turunlah ayat yang berikutnya (Surah al Muzzammil :73:20) yang memberi keringanan untuk bangun malam dan memendekkan bacaan .

(K.Diriwayatkan oleh al Hakim dari Aisyah)

(Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari Ibnu Abbas dan perawi lain seperti itu)

sumber rujukkan Asbabun Nuzul 
keluaran victory agency m/s 841-844

Sunday, 22 July 2012

0 puasa dan keringanannya



A184
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
(Al-Baqarah 2:184)


Ayat ini turun disebabkan kejadian seorang maulana [ahli abid yang telah dimerdekakan] yang bernama Qais bin Assaib yang telah memaksa dirinya untuk berpuasa sedangkan dia sudah tua sekali 


Maka dengan turunnya ayat ini dia telah berbuka dan membayar fidyah dengan memberi makan orang miskin selama mana dia tidak berpuasa .


(Diriwayatkan oleh Ibnu Sa'd di dalam kitab at Thabaqat dari Mujahid)


sumber rujukkan Asbabun Nuzul 
keluaran victory agencie m/s 74-75

Thursday, 1 March 2012

0 bukti




Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa Umar bin Al Khattab berjalan menyusuri makam nabi Ibrahim bersama Rasullallah saw ,lalu dia bertanya : "Wahai Rasullallah ,apakah kita tidak mendirikan solat di tempat solatnya kekasih ALLAH swt ?"
Rasullallah menjawab : "Benar." Kemudian  Umar berkata lagi : "Apakah kita tidak jadikan ia sebagai tempat solat."

Tidak lama selepas peristiwa itu turunlah ayat ini (Surah al Baqarah 2:125)

A125
Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".
(Al-Baqarah 2:125)

(Diriwayatkan oleh Ibnu Marduwaih dari 'Amr bin Maimun dari Umar bin Khattab)

 A130
Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).
(Al-Baqarah 2:130)

Dalam satu riwayat  ada dikemukakan bahawa Abdullah bin Salam telah mengajak anak saudaranya ,Salamah dan Muhajir untuk memeluk islam  dengan berkata : "Sesungguhnya kamu berdua telah mengetahui  bahawa ALLAH swt telah berfirman di dalam Taurat ,bahawa DIa akan mengutus seorang Nabi dari keturunan Ismail  yang bernama Ahmad .Barangsiapa yang beriman kepadanya ,maka dia t elah mendapat petunjuk dan bimbingan dan barangsiapa yang tidak beriman kepadanya ,maka dia akan dilaknat ." 
Oleh itu Salamah telah memeluk Islam ,akan tetapi Muhajir telah menolak ajakan tersebut .

Maka turunlah ayat di atas (Surah al Baqarah 2:130) yang menegaskan bahawa hanya orang orang bodoh sahaja yang tidak beriman dengan agama Ibrahim .

(Diriwayatkan oleh Ibnu Uyainah)


A135
Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik".
(Al-Baqarah 2:135

Dalam satu riwayat ada dikemukakan baawa Ibnu Syuria berkata kepad Nabi saw :"Petunjuk ini tidak lain kecuali apa yang kami anuti ,maka turutlah kami hai Muhammad supaya tuan mendapat petunjuk."
Di samping itu kaum Nasara berkata seperti itu juga .

Maka ALLAH swt menurunkan ayat ini (Surah al Baqarah 2:135) untuk menegaskan bahawa Agama Ibrahim adalah agama yang bersih daripada perubahan yang boleh menimbulkan syirik.

(Diriwayatkan oleh Abi Hatim dari Said atau Ikrimah dari Ibnu Abbas) 

sumber rujukkan Asbabun Nuzul terbitan Victor Agencie
ms 57-59 


Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates