Wednesday 24 April 2024

0 Sentiasalah Mengharapkan Rahmat & Redha Allah

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Fatir,15:
Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.

Riwayat Muslim (2956), Ibn Majah (4113), dan al-Tirmizi (2324)
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Dunia adalah penjara orang beriman, dan syurga buat orang kafir”

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir

Wednesday 17 April 2024

0 Putus Asa ?

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Aal-e-Imran, 10:
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Riwayat al-Tirmizi 2186
Hadith ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW:
Maksudnya: “Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api”.

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir


Friday 1 March 2024

1 Putus Asa ?

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Az-Zumar, Verse 53:

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Riwayat al-Bukhari 6069

” Setiap daripada umatku diampunkan melainkan golongan mujahirin. Antara perbuatan mujaharah ialah di mana seorang lelaki melakukan satu amalan pada waktu malam kemudian dia bangun pada waktu pagi dalam keadaan Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada waktu malam. Lalu dia berkata : Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan ini dan perbuatan itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang telah dia lakukan lalu dia bangun pagi dan mendedahkan apa yang Allah tutup darinya.”


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir



Thursday 22 February 2024

0 Sentiasa Bersyukur Dan Zahirkan Kesyukuran

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Ibrahim, 7:

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".


Riwayat Ahmad 18006

Maksudnya: Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu.


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir


Thursday 15 February 2024

0 Cakap Senang, Cuba Buat

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Aal-e-Imran, 191:
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Riwayat Ahmad (3/438) dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (407)
Dalam sebuah hadis daripada Mu’az bin Anas al-Juhani R.A, katanya:
Maksudnya: Seseorang bertanya kepada Baginda SAW: “Orang berjihad mana yang paling besar pahalanya wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Yang paling banyak zikirnya.” Dia bertanya lagi: “Orang berpuasa mana yang paling banyak pahalanya?” Baginda SAW menjawab: “Yang paling banyak zikirnya.” Kemudian orang tersebut menyebut tentang solat, zakat, haji dan sedekah kepada Baginda dan Baginda SAW menjawab semuanya dengan sabdanya: “Yang paling banyak zikirnya. Maka Abu Bakar R.A berkata kepada Umar R.A : “Orang-orang yang selalu mengingati Allah membawa semua kebaikan.” Lalu Rasulullah SAW menjawab: “Ya.”

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir


Tuesday 13 February 2024

0 Sentiasa Mohon Petunjuk

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah An-Naml, 19:
maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh".

Riwayat Ahmad 27102 [Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah sahih]
Daripada Abu al-Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidakkah kamu ingin aku tunjukkan kepada kamu akan sebaik-baik amalan? Kata Makki: Ia adalah sebaik-baik penyucian di sisi Tuhan kamu dan yang mengangkat darjat kamu dengan begitu tinggi. Dan ia lebih baik daripada kamu memberikan emas dan duit. Ia juga jauh lebih baik daripada kamu apabila berhadapan dengan musuh kamu dengan kamu memancung leher-leher mereka dan mereka memancung lehermu. Para sahabat berkata: Apakah perkara itu (kami ingin mengetahuinya) wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Zikir kepada Allah Azza Wa Jalla.”

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir

Sunday 11 February 2024

0 Jangan Tangguh

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Hadid, 21
"Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar."

Riwayat Muslim 118
Sebuah hadith daripada Abu Hurairah R.A, di mana Rasulullah SAW dengan tegas menyebut:
Maksudnya: Hendaklah kamu bersegera melakukan amalan-amalan sebelum datangnya fitnah-fitnah ibarat kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Hal ini menjadikan seseorang lelaki beriman pada waktu pagi dan kufur pada waktu petang, atau beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi. Ini kerana dia menjual agamanya dengan sedikit mata benda dunia.

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir


Tuesday 6 February 2024

2 Ketahuilah Bagaimana Kita Di Jauhkan

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Baqara, 257:
Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

Rujuk kitab Fath al-Bari oleh Imam Ibn al-Hajar al-Asqalani 8/614
Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Syaitan itu duduk bercangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut nama Allah, dia (syaitan) akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai, dia (syaitan) akan membisikkan kejahatan.”

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir


Saturday 3 February 2024

0 Berani Kerana Allah

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Baqara, 42:
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.

Riwayat Abu Daud 4338
[Syeikh Syu’aib al-Arnaouth menilai sanad hadith ini adalah sahih]
“Tidaklah kemaksiatan yang dilakukan oleh sesuatu kaum, kemudian mereka (sebahagian daripada mereka) mampu untuk mengubahnya tetapi mereka tidak berbuat sedemikian, melainkan Allah SWT akan timpakan keseluruhan kaum tersebut dengan azab.”

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir


Wednesday 31 January 2024

0 Taatilah Dan Patuhilah Penuh Keikhlasan

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah An-Nisa, 59:

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.


Riwayat al-Bukhari 7144 dan Muslim 1839

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar RA:

“Wajib bagi setiap Muslim patuh dan taat (kepada pemimpin) pada apa yang dia suka dan dia benci, selagi mana dia tidak diperintah melakukan maksiat. Justeru apabila dia diperintah melakukan maksiat, maka tiada lagi kewajipan untuk patuh dan taat.


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir



Monday 29 January 2024

0 Pokok Tauhid

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Surah Ibrahim, 24,25:
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,
pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.

Riwayat Muslim 1632
Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar kemudian dia datang menghadap Nabi S.A.W untuk meminta pendapat berkenaan cara menguruskannya, katanya: Wahai Rasulullah! Saya telah mendapat sebidang tanah di Khaibar.  Saya belum pernah memperolehi harta yang lebih baik daripada ini. Baginda bersabda: Jika kamu suka, tahanlah tanah itu (wakafkanlah tanah itu) dan kamu sedekahkan manfaatnya. Lalu Umar mengeluarkan sedekah dari hasil tanah itu dengan syarat tanahnya tidak boleh dijual dan dibeli serta diwarisi atau dihadiahkan. Umar mengeluarkan sedekah hasilnya kepada fakir miskin, kaum kerabat dan untuk memerdekakan hamba juga untuk orang yang berjihad di jalan Allah serta untuk bekal orang yang sedang dalam perjalanan dan menjadi hidangan untuk tetamu. Orang yang mengurusnya boleh makan sebahagian hasilnya dengan cara yang baik dan boleh memberi makan kepada temannya dengan sekadarnya.

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir


Thursday 25 January 2024

0 Ianya Mesti Di Tuai Dan Di Usahakan

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Anfal, 2:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0081.
Mewartakan kepada kami 'Abdullah bin 'Amir bin Zurarah; mewartakan kepada kami Syarik, dari Manshur, dari Ribiiy, dari 'Ali, dia berkata: Rasulullah Saw. bersabda: "Seorang hamba belum dikatakan beriman sehingga beriman dengan empat perkara: Kepada Allah sahaja, tiada sekutu baginya; dan sesungguhnya aku adalah Rasulullah; beriman kepada kebangkitan setelah mati dan beriman kepada kadar."

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir

Blog
https://mencariygbenar.blogspot.com

Friday 19 January 2024

0 Jangan Pernah Lupa Kepada Perkara Asas

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Anaam, 122:
Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan.

Riwayat Imam Ahmad 8710
“Perbaharuilah iman kamu. Dikatakan: Wahai Rasulullah, bagaimana kami mahu memperbaharui keimanan kami? Baginda menjawab: Perbanyakkan mengucap La Ilaaha Illallah.”

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir


Tuesday 16 January 2024

0 Jangan Pernah Lupa Minta Pertolongan PadaNya

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Baqara, 153
Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Jami’ Tirmizi 3604
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
Maksudnya: Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada Allah SWT segala hajatnya, hatta jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terputus.

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir


Tuesday 9 January 2024

0 Makin Jelas Siapa Yang Harus Kita Ikuti

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Al-‘Araf:158
“Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimah-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia (Rasulullah SAW) supaya kamu beroleh hidayah petunjuk.”

Riwayat Malik (1594)
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).”

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir


Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates