Showing posts with label tauhid. Show all posts
Showing posts with label tauhid. Show all posts

Tuesday, 29 October 2013

0 saya keliru





kerosakkan ummah bermula dari rosaknya ulama
'ulama pewaris nabi'

apakah sebenarnya yang di wariskan oleh Baginda Nabi SAW kepada ulama dan ummah ?
Baginda Nabi SAW tidak tinggalkan harta benda ,wang ringgit dan perhiasan kepada ulama 
Baginda Nabi SAW tidak tinggalkan pangkat ,status ,kedudukkan ,kemegahan dan kebanggaan diri untuk para ulama untuk mewarisinya 

yang mulia Baginda Nabi SAW hanya meninggalkan risalahnya 
iaitu 
Tauhid kepada ALLAH SWT 
Al Quran dan sunnah Baginda 

kata kata 'ulama pewaris nabi' 
tidak menjamin seseorang ulama itu akan terus berada di jalan yang lurus 
mereka juga tertipu dan terpedaya dengan perhiasan dunia 

justeru itu disebutkan di dalam hadis tentang akhir zaman 
bahawa akan datang masanya di mana waktu itu sejahat jahat manusia di bawah kolong langit ini adalah ulama 
itulah salah satu tanda tanda kiamat kecil


عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ  قَالَ ;  قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ; يُوْشِكُ أَنْ يَأْتِيَ عَلىَ النَّاسِ زَماَنٌ لاَ يَبْقَى مِنَ الْاِسلاَمِ إِلاَّ اِسْمُهُ وَلاَ يَبْقَى مِنَ الْقُرْآنِ إِلاَّ رَسْمُهُ مَساَجِدُهُمْ عاَمِرَةٌ وَهِىَ خَرَابٌ مِنَ الْهُدَى. عُلَماَؤُهُمُ شَرُّ مَنْ تَحْتَ أَدِيْمِ السَّماَءِ مِنْ عِنْدِهِمْ تَخْرُجُ الْفِتْنَةُ وَفِيهِمْ تَعُوْدُ 
"Sudah hampir tiba satu zaman kala itu tiada lagi Islam kecuali  hanya nama, tidak ada Al Quran kecuali hanya tulisan, masjid mereka indah tapi kosong dari hidayah, ulama' mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong langit dari merekalah keluar fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali".    

                                                     (HR Al Baihaqi)


perkataan ulama seperti yang kita faham ialah orang yang berpengetahuan agama ,berkhidmat  dengan pemerintah dan menjawat sesuatu jawatan agama dengan autoriti atau
orang berpengetahuan agama yang bergabung dengan parti berlabelkan politik

ulama yang berjawatan dengan pemerintah ,riak dan takabur dengan kuasa duniawi mereka 
ulama parti islam pula ,riak dan takabur kerana parti mereka disokong ,dipuja dan dikagumi manusia 
kedua duanya ada persamaan iaitu 'kami ahli syurga'

bagaimana pula dengan ahli agama yang berdakwah dan berpegangan demi islam agama ALLAH tanpa jawatan ,tanpa autoriti ,tanpa berpihak pada mana mana parti
mereka ini bukan ulama kah ?



Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)". Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).

 
bukankah sangat jelas pada ayat di atas 
bahawa ulama itu mewarisi tugas dan amanah para nabi dan rasul iaitu 
memperingatkan manusia dengan titah perintah dan larangan ALLAH SWT melalui al quran dan sunnah 
dan demi sesungguhnya di kemuncak hidup ini mereka pasti akan disoal ,ditanya dan dihisab di mahkamah agong ALLAH SWT 
yang akhirnya mereka pasti akan mendapat penyesalan dan kerugian yang berkekalan atau kejayaan dan keuntungan yang kekal abadi 

adakah ulama hanya memperingatkan manusia kerana mereka ada jawatan ,ada habuan dan autoriti 
bila semua itu sudah tiada maka mereka hanyalah orang orang yang bisu 

adakah ulama memperingatkan manusia selama mana peringatan itu tidak menjejas tembolok ,kantong dan periuk nasi mereka 
kalau terjejas mereka akan memilih sikap berkecuali dan berlepas diri 

bagaimana pula dengan keadaan ulama yang bermati matian percaya bahawa dajjal itu adalah raksaksa bermata satu 
benda yang paling mengarut dan tidak logik untuk di percayai 

bagaimana pula keadaan ulama yang hidup dengan limpahan rahmat dajjal ?

bagaimana pula keadaan ulama yang mendakwa tauhid kepada ALLAH SWT 
akan tetapi menolak al quran dan hadis 

tidakah ulama itu semestinya orang yang takwa dan ikhlas kepada ALLAH SWT 
dan menjadi contoh tauladan dalam perkara mentaati perintah ALLAH serta menjauhi laranganNya 

di manakah mereka hari ini 
sedang ummah menanti nanti untuk mengambil suri tauladan dari mereka 
kerana mereka mendakwa mereka 'pewaris para nabi'

Baginda Nabi SAW mengajak manusia mentauhidkan ALLAH SWT dan mengajak manusia mengabdikan diri kepada ALLAH SWT 
ulama hari ini mengajak manusia kepada apa ?

ajak manusia sokong pemerintah mereka atau parti mereka 
berparti itu tidak salah ,asalkan kembali kepada al quran dan hadis 
persoalannya 
adakah mereka ini berpegang kepada al quran dan hadis 

tak hairanlah ummah semakin rosak 


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
(A-li'Imraan 3:102)


Sabda Rasulullah        صلى الله عليه وسلم   :                  : 

Wasiat Nabi صلى الله عليه وسلم   kepada Muadz bin Jabal رضي الله عنه , “Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana pun kamu berada, tampallah  keburukan dengan kebaikan niscaya akan dapat menghapusnya dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” 
(Ahmad, At-Tirmidzi) 




Thursday, 7 March 2013

0 mengikut fatwa ?





الْبِرُّ حُسْنُ الخُلُقِ، وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِي نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ رَوَاهُ مُسْلِمٌ أَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صلی الله عليه و سلم فَقَالَ: جِئْتَ تَسْأَلُ عَنِ الْبِرِّ؟ قُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: اسْتَفْتِ قَلْبَكَ، الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ، وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ وَإِنْ أَفْتَاكَ النَّاسُ وَأَفْتَوْكَ حَدِيثٌ حَسَنٌ رَوَيْنَاهُ فِي مُسْنَدَي الإِمَامَيْنِ أَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ وَالدَّارِمِيِّ بِإِسْنَادٍ حَسَنٍ

Daripada al-Nawwas ibn Sam’aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim.)

Dan daripada Waabisoh ibn Ma’bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda:

Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
 (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.)


Di antara kandungan hadits Arba’in Nawawiyyah yang ke-27 ini, adalah penjelasan Rasulullah bahwa seorang sahabatnya, Wabishah bin Ma’bad ra,  diperintahkan beliau saw untuk berfatwa kepada hatinya,iaitu mengikuti “suara” hatinya tersebut dan meninggalkan fatwa-fatwa yang diberikan oleh orang lain. Dan bahawasanya “suara” hatinya itu merupakan kayu ukur baginya untuk menilai apakah sesuatu itu merupakan kebajikan atau merupakan dosa.

Jika hatinya merasa tenang, nyaman, tenteram dan mantap, tidak ada keraguan, tidak ada bolak balik dan tidak ada kekhawatiran atau ketakutan bila terlihat oleh orang lain, maka hal itu merupakan kebajikan. Sementara, jika terjadi sebaliknya, maka itu pertanda bahwa perkara yang akan dia lakukan itu adalah dosa.

Hal ini didasarkan kepada sabda Rasulullah: Dan dari Wabishah bin Ma'bad ra, ia berkata, "Saya mendatangi Rasulullah saw, lalu beliau bertanya, 'Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?' Saya menjawab, ‘Ya.’ Beliau bersabda, 'Mintalah fatwa kepada hatimu; kebajikan adalah sesuatu yang jiwamu tenteram kepadanya dan hatimu menjadi tenang, dan dosa adalah sesuatu yang mengganjal di dalam jiwa dan ragu di dada, meski manusia memberi fatwa kepadamu.” (Imam Nawawi berkata, "Hadits hasan, kami meriwayatkannya dalam dua kitab Musnad; Ahmad bin Hanbal dan Ad-Darimi dengan isnad hasan.")

 

Tiga Macam Hati


 

Hadits Wabishah bin Ma’bad ra secara lahiriah dipahami bahwa fatwa “suara” hati lebih dikedepankan daripada fatwa mufti.

Lantas, perlu diketahui pula bahawa berdasarkan kajian terhadap Al-Qur’an ataupun hadits Rasulullah, dapat disimpulkan ada tiga macam hati, iaitu:

 

1.     Al-Qalbu Al-Salim (hati yang sehat)

 

Secara harfiyah (lateral) istilah qalbun salim disebut dua kali dalam Al-Qur’an, dan keduanya terkait dengan cerita Nabi Ibrahim as, yaitu pada QS Asy-Syu’ara (26): 89 dan QS Ash-Shaffat (37): 84.

Ibnul Qayyim rahimahullah mendefinisikannya sebagai berikut, “Iaitu hati yang selamat dari segala syahwat yang menyalahi perintah dan larangan Allah swt, yang selamat dari segala bentuk syubhat yang menjadikannya menentang segala berita dan informasi yang datang dari Allah, sehingga hati tersebut selamat dari penghambaan kepada selain Allah, juga selamat dari bertahkim kepada selain Rasulullah.”

Masih menurut Ibnu Qayyim, “Secara global, hati yang salim yang shahih adalah hati yang selamat dari segala bentuk penyekutuan (syirik) dalam bentuk apa pun kepada selain Allah serta tulus murni semata-mata menghambakan diri kepada Allah, baik dalam hal kehendak, tawakal, cinta, kembali, tunduk, khusyu, takut dan harap.”

Hati yang seperti ini disebutkan Rasulullah sebagai hati yang putih, bersih, bening nan jernih. Sebentuk hati yang jika berhadapan dengan fitnah, ujian, cobaan dan godaan apa pun—baik fitnah yang berupa ancaman, siksaan, penderitaan dan semacamnya, maupun fitnah dalam bentuk godaan, iming-iming, harta, wanita dan tahta—ia tidak akan bergeming, tergoda maupun goyah atau limbung. Ia tetap dalam keimanan, keislaman dan keistiqamahannya.

Rasulullah bersabda, “Berbagai macam fitnah akan dihadapkan kepada hati, seperti tikar, anyamannya satu satu. Maka, hati yang menyerap fitnah itu akan ternoda hitam dan hati yang menolak fitnah itu akan ditambah sinar kecemerlangannya. Sehingga jadilah hati itu dua macam; ada yang putih seperti batu pualam yang tidak ternoda oleh fitnah apa pun selama masih ada langit dan bumi. Sedangkan lainnya adalah hati yang hitam legam, mirip teko yang tertelungkup, yang tidak lagi mengenal yang ma’ruf dan tidak lagi mengingkari yang munkar selain yang sesuai dengan hawa nafsunya” (Hadits shahih, diriwayatkan oleh Muslim, hadits no. 207).

 

2.     Al-Qalbu Al-Qasi (hati yang keras atau mati)

 

Maksudnya adalah hati yang keras atau mengeras. Istilahnya dalam Al-Qur’an qasat qulubuhum, sebagaimana terdapat dalam QS Al-An’am (6): 43, atau QS Al-Hadid (57): 16. Hati yang seperti ini juga disebut oleh Al-Qur’an sebagai Al-Qalbu Al-Mayyit (hati yang mati), sebagaimana diisyaratkan dalam QS Al-An’am: 122.

Ibnul Qayyim rahimahullah mendefinisikannya, “Hati yang menghambakan diri kepada selain Allah swt, baik dari sisi cinta, takut, harap, ridha dan benci; jika ia membenci sesuatu, ia membencinya karena hawa nafsunya, jika ia mencintai sesuatu, ia mencintainya karena hawa nafsunya, jika ia memberikan sesuatu karena hal itu sesuai dengan hawa nafsunya, jika ia menahan sesuatu dan tidak memberikannya, hal itu ia lakukan karena hawa nafsunya.”

Ibnul Qayyim melanjutkan, “Jadi, hawa nafsu adalah imamnya, dan syahwat adalah komandannya, kebodohan merupakan sopirnya, dan ghaflah (lalai dari Allah swt) adalah kendaraannya.”

Hati yang seperti ini, oleh hadits Rasulullah saw, seperti tersebut tadi, dinyatakan sebagai  hati yang hitam legam, tidak lagi mengenal al-ma’ruf sebagai ma’ruf dan tidak lagi mengingkari yang munkar. Ia hanya mengikuti hawa nafsunya.

 

3.      Al-Qalbu Al-Maridh (hati yang sakit)

Pada dasarnya, hati yang sakit adalah hati yang masih memiliki kehidupan, hanya saja ia terhinggapi penyakit. Parah atau tidaknya kondisi hati ini bergantung kepada tingkat penyakit yang menghinggapinya.

Hati yang seperti ini oleh Al-Qur’an diistilahkan dengan fi qulubihim maradhun (di dalam hatinya terdapat penyakit), sebagaimana disebut dalam QS Al-Baqarah (2): 10, QS Al-Maidah (5): 52, QS Al-Anfal (8): 49 dan sebagainya.

Terkait dengan hal ini, Ibnul Qayyim menjelaskan, “Pada dasarnya, di dalam hati yang sakit ini terdapat cinta kepada Allah swt dan keimanan kepada-Nya, dan hal ini merupakan daya hidupnya. Namun, di dalam hati ini pun terdapat kecintaan terhadap segala bentuk syahwat dan ambisi untuk memperolehnya, padahal hal ini merupakan rahasia kehancuran dan kebinasaannya.”

sumber halaqah.net

kembalilah kita menyembah ,meminta ,mengharap ,bergantung hanya kepada ALLAH SWT semata mata 
janganlah kita menyekutukanNya  walau dengan apa sekali pun hatta dengan diri kita sendiri 
dan tingkatkanlah tauhid kita kepada ALLAH SWT 
dengan memperbanyakkan mengingati ALLAH SWT samada dengan zikrullah ,menunaikan perkara perkara sunat atau solat dengan ikhlas 

wallahhualam

in sya allah ...

Sunday, 16 December 2012

0 periksa semula



hari ini 2 safar
bererti sudah masuk bulan dua dalam tahun hijrah
bagaimanakah pula dengan hijrah kita
adakah masih dengan perangai lama ?
yang banyak mengingkari perintah ALLAH dan RASUL
atau kita sudah mula berubah sedikit demi sedikit
untuk mentaati dan mematuhi segala perintah ALLAH dan RASUL dengan semampu yang mungkin

terus membaca
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates