Sunday 16 June 2013

0 faktor faktor yang membuatkan kita tewas




Sembilan Faktor Tanda Iman Lemah


 Sahabat yang dirahmati Allah,
Iman seorang muslim adakala kuat dan adakalanya lemah. Ianya turun naik setiap masa bergantung pada kehidupan dan keadaan seseorang itu. Ketika seseorang  ditimpa dengan berbagai masaalah kehidupan dan diuji dengan berbagai musibah maka ketika ini biasanya iman akan menjadi lemah kerana timbul rasa gelisah dan keluh kesah.

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Iman itu naik dan turun, maka sentiasa perbaharui iman kamu".
Tetapi, kebanyakan daripada kita mentafsirkan hadis tersebut bahawa sekiranya berlaku kelemahan diri kita, kita mengatakan sememangnya iman itu ada masa naik dan ada masa turun. Sepatutnya kita merasakan bahawa sekiranya tahap iman kita rendah kita berusaha untuk meningkatkannya.
Tapi kita lupa hal terpenting yang harus kita ambil dari hadis itu, iaitu apakah tindakan selanjutnya apabila mendapati iman kita semakin turun, maka tidak seharusnya kita membiarkannya turun. Kita harus memperbaharuinya dan ini boleh dilakukan dengan banyak cara.

Sahabat yang dimuliakan,
Istilah futur adalah merujuk kepada kemerosotan atau kemalapan yang berlaku pada keimanan atau keislaman seseorang.
Futur adalah satu penyakit. Seseorang yang dihinggapi penyakit ini akan lemah dalam melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah S.W.T.
Terdapat 9 faktor jika wujud dalan diri seseorang sebenarnya dia sedang mengalami futur, ketika inilah perlu kita bertindak segera untuk meningkatkan semula iman kita ketahap yang biasa atau lebih tinggi lagi. Perkara-perkara tesebut adalah seperti berikut :

1. Malas beribadah.
Sering melewat-lewatkan waktu solat. Kadangkala sehingga terlepas waktunya tanpa disedari. Malas solat sunat , berzikir dan membaca al-Quran . Menghabiskan banyak masa untuk tidur, berbual kosong atau melayan hobi yang kurang manfaatnya.
Betapa besarnya dosa orang yang meninggalkan solat atau melalaikan solat hingga luput waktunya. Renungkan hadis Rasulullah S.A.W. di bawah yang menghalang perbuatan tersebut .
Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah S.A.W. mengenai orang yang melalaikan solat maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu solatnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu solat lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu solatnya, maka mereka diancam dengan Neraka Wail".

2. Tidak ada perasaan takut mengenai kematian. 
Apabila hati tidak langsung mengingati kematian ini bermakna iman sedang ditahap yang lemah. Oleh itu kita digalakkan menziarahi orang mati  dan menziarahi kubur sebagai ubat agar hati dapat mengambil pengajaran daripada kematian. Hati orang mukmin sentiasa mengingati kematian sebagai satu cara untuk membersihkan hatinya.
Daripada Abu Hurairah r.a , Rasulullah S.A.W.  bersabda yang bermaksud :
"Perbanyakkanlah olehmu mengingati sesuatu yang memutuskan segala kelazatan (mati)." (Hadis Riwayat Tirmizi)

3. Melakukan maksiat samaada kecil atau besar
Lebih teruk lagi apabila maksiat sudah menjadi kebiasaan dan bergembira dengan maksiat.

Sabda Nabi S.A.W maksudnya : " Barang siapa di antaramu melihat kemungkaran hendaklah ia merubahnya (mencegah) dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak sanggup, maka dengan  lisannya (nasihat), dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya (merasa tak senang dan tak setuju, tinggalkan !) dan itu adalah selemah-lemahnya Iman. "  (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Berdasarkan hadis di atas jika seseorang itu tidak rasa bersalah dengan maksiat yang dilakukan dan gembira pula maka sebenarnya sedikit pun iman tidak ada didalam hatinya.

 4. Suka melihat atau menyaksikan maksiat.
Zina mata adalah mata suka melihat maksiat dilakukan oleh orang lain. Memerhatikan aurat wanita yang bukan mahram dan juga melihat filem-filem lucah atau gambar-gambar seksi adalah maksiat yang dibuat oleh mata .kerana setiap perkara bermula dari niat ,apabila kita cenderung untuk melihat perkara perkara seperti itu bererti hati kita sudah ada kerosakkan   

5. Ukhwah menjadi longgar. 
Sifat orang mukmin adalah sentiasa baik sangka kepada saudaranya yang lain. Dia cinta dan kasih pada saudaranya semata-mata kerana Allah. Dia datang berziarah adalah semata-mata kerana Allah dan bukan diatas sebab-sebab ada kepentingan duniawi kerana harta atau kerana hubungan keluarga.
Dari Muaz bin Jabal meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah S.A.W.  meriwayatkan hadis qudsi : Allah Azzawa Jalla berfirman yang bermaksud : " Orang-orang yang mencintai satu sama lain kerana kebesaran dan kemuliaan-Ku akan duduk diatas mimbar-mimbar nur pada hari Qiyamat, (bahkan) nabi-nabi dan para syuhada akan beriri hati kepada mereka." (Hadis Riwayat Tirmizi)
Orang mukmin akan mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Jika perasaan kasih sayang dan ukhwah menjadi longgar ini petanda imannya sedang lemah.

6. Ghairah kepada dunia. 

Sebuk dengan dunia hingga membuang masa dengan kerja-kerja yang tak berfaedah. Firman Allah s.w.t bermaksud :“Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah Al-A’laa: 16-17)
Apabila seseorang sibuk dengan hal-hal dunia seperti hiburan yang melalaikan , hanya memikirkan nak besarkan rumah, perabut yang mahal-mahal, kereta mewah, untuk mengaut keuntungan dan bekerja siang malam , jika kesemua ini menjejaskan berhubungannya dengan Allah, dan membuat seseorang merasa jauh dari kedudukan yang tinggi di akhirat kelak, sebenarnya dia sedang ghairah dan mabuk dengan dunia.

Firman Allah maksudnya :“Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).” (Surah At-Takaatsur ayat  6)

7. Berbangga dengan kemajuan duniawi.
Islam tidak menghalang kemajuan duniawi dengan bangunan yang mencakar langit, kemajuan sains dan teknologi. Tetapi Islam amat menitik beratkan nilai-nilai rohani dan jika nilai rohani dan akhlak yang mulia diabaikan dan lebih mengutamakan kemajuan duniawi maka ianya dilarang. Dibarat dan Jepun terlalu mengutamakan kemajuan tetapi mengabaikan nilai-nilai moral manusia akibatnya mereka menuju kepada kehancuran.
Qarun, kaum 'Ad, kaum Samud dan kaum Luth semua mereka maju dengan pembangunan material tetapi mereka engkar dengan perintah Allah S.W.T. yang di bawa oleh para Rasul maka mereka dibinasakan oleh Allah S.W.T.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (Surah at-Taubah ayat 24)

8. Lemah atau tidak bersedia dengan kerja-kerja amal Islam.
Jika timbul perasaan malas bekerja untuk amal Islam dan sanggup membiarkan kerosakkan masyarakat berlaku tanpa di jalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah maka ini adalah petanda futur sedang melanda seorang da'i atau  seorang pekerja Islam. Kerja-kerja amal makruf nahi mungkar perlu dijalankan tanda kita menyahut seruan Allah S.W.T.

9. Menangguh-nangguhkan kerja.
Apa sahaja kerja yang membawa kebaikan dan amal soleh tidak boleh ditangguh-tangguhkan.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia." (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi, 
Marilah sama-sama kita tingkatkan iman kita kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan semua suruhanNya dan meninggalkan semua larangan-Nya memperbanyakkan juga kalimah tauhid di dalam hati dengan keikhlasan. Jika salah satu sifat diatas wujud pada diri kita sebenarnya kita sedang futur atau lemah iman maka perlulah kita perbaiki segera. Peruntukkanlah masa kita untuk berjumpa orang-orang soleh untuk menimba ilmu pengetahuan dan tarbiyah. Perbanyakkanlah membaca al-Quran, berzikir dan solat tahajud supaya kita dapat perbaiki iman dan jiwa kita yang lemah menuju kepada kecintaan kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya Muhammad S.A.W.

Saturday 8 June 2013

0 ringkas tapi padat



Jom kita tanamkn pokok tauhid "lailaha illallah muhammadurrasullullah" dlm diri masing2 dn berusaha mengukuhkannya.


*p/s marilah kita menyahut seruan ini dengan keikhlasan 

Friday 7 June 2013

0 kita ahli apa ,boleh periksa di sini



AHLI WARAK

"Wahai Musa ! Sesunggunya hambaKu tidak akan menemuiKu di medan pengadilan hari kiamat kelak ,kecuali pada saat Aku periksa apa yang ada padanya dan kecuali orang orang yang warak .Aku segan kepada mereka dan Aku  hormati mereka dan Aku masukkan ke dalam syurga tanpa hisab ."

(Hadis qudsi riwayat Al-Hakim ,at-Tarmizi dalam kitabnya "Nawadirul Usul" dari Abdullah ibnu Abbas r.a)

ALLAH SWT memberitahu kepada kita bahawa Dia berkata kepada Nabi Musa a.s  tentang hisab di hari akhir .Setiap hamba pasti diperiksa dan diselidiki apa yang ada padanya ,baik kebajikan mahupun kejahatan .
Pemeriksaan dilakukan dengan amat teliti ,sehingga perkara yang sekecil kecilnya .
JIka seseorang didapati telah melakukan kebaikkan dan kebajikan ,ALLAH akan membalasnya dengan yang lebih baik kerana ALLAH Maha Kaya ,Maha Pemurah lagi Maha Pengasih .

Bila seseorang didapati telah melakukan kejahatan dan kederhakaan ,ALLAH akan membalasnya dengan yang setimpal dengan dosanya : 

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Az-Zalzalah 99:7-8)

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.
(Al-Baqarah 2:81-82


Didalam hadis di atas disebutkan "pemeriksaan" padahal ALLAH SWT Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dalam lubuk hati setiap seorang hambaNya .
Perkataan itu memperlihatkan betapa telitinya ALLAH SWT memeriksa hambaNya sehingga benar benar adil dalam memutuskannya .

Selanjutnya dalam pemeriksaan dan penyelidikkan pada hari kiamat itu ada yang mendapat pengecualian dari ALLAH SWT  ,iaitu orang orang yang warak .
Mereka ini adalah orang orang yang bertakwa kepada ALLAH SWT tanpa mencampur adukkan amalan yang baik dengan amalan yang jahat ,menjauhi perbuatan yang syubhat ,apa lagi yang terang terang haram .
Mereka dapat menahan diri dari perkara perkara yang merosakkan ,dan benar benar memilih kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia .Mereka itulah orang orang yang tidak mendapat pemeriksaan ,kerana ALLAH SWT tidak merasa perlu memeriksanya lagi ,mereka ditempatkan pada tempat kehormatan dan kebesaran dan lebih dari itu ,mereka dimasukkan kedalam syurgaNya tanpa melalui hisab .

Dalam sejarah diungkapkan bahawa Abu Bakar  as Siddiq terkenal sebagai ahli warak .
Beliau seorang yang amat teliti mengenai soal pakaain dan makanan .
Apabila dihidangkan makanan ,beliau tidak memakannya begitu sahaja ,tetapi diselidikinya terlebih dahulu apakah betul betul halal .
Beliau suka bertanya dari mana atau dari siapa ,dan bagaimana makanan itu didapati .Setelah beliau yakin bahawa makanan itu halal ,barulah dimakannya .
Tetapi kalau tidak atau beliau masih ragu ragu ,beliau tidak segan minta maaf untuk tidak memakannya atau mengucapkan terima kasih dan menahan diri daripadanya .

Pada suatu hari seorang hamba datang membawa dan menghidangkan makanan ke hadapan beliau .Kebetulan sekali pada saat itu beliau sedang dalam keadaan sangat lapar ,sebab memang benar benar tidak ada makanan di rumahnya .

Dengan pandangan seorang yang lapar melihat makanan yang kelihatan begitu enak ,beliau mulai makan ,tanpa bertanya dan menyelidik seperti biasa .
Setelah beberapa suap ,beliau teringat dan berhenti makan .Beliau terus memanggil hamba yang membawa dan menghidangkan makanan tadi dan bertanya tentang sumber makanan itu .
Dengan jujur hamba itu menceritakan perihal makanan itu .Ternyata menurut pendapat beliau ,makanan itu mengandungi sedikit syubhat (syubhat yang ringan) .
Dengan segera beliau lari keluar sambil menjolokkan telunjuknya kedalam kerongkong  untuk memuntahkannya kembali .Beliau mengusahakannya dengan bantuan air panas ,sehingga bersih .

Ketika beliau memuntahkan dan membersihkan mulutnya ,ada orang yang melihat dan bertanya :

"Apakah tuan lakukan semua ini disebabkan hanya satu suapan sahaja ?"
Beliau menjawab : "Demi ALLAH ,jika makanan itu tidak mahu keluar melainkan dengan nafasku ,nescaya aku akan keluarkan juga .Aku telah mendengar Nabi SAW berasbda ".

"Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram ,api neraka lebih berhak baginya ."
(Al -Hadis)

Mengenai "syubhat"  ini Rasullallah SAW bersabda :

"Sesunggunya yang halal itu jelas dan yang haram jelas .
Di antara keduanya terdapat beberapa hal yang syubhat ,yang tidak di ketahui oleh kebanyakkan orang .Barang siapa  yang menjaga dirinya dari perkara perkara yang syubhat ,sesungguhnya ia telah berjaya mencari kebersihan bagi agamanya dan nama baiknya sendiri .
Barang siapa yang terjatuh kepada perkara perkara syubhat ,sesungguhnya ia telah terjatuh kepada hal yang haram ,laksana seorang pengembala yang mengembalakan (binatang ternaknya) di sekitar tempat yang terlarang ,(sesekali) akan termasuk ke dalamnya .
Ketahuilah bahawa bagi setiap raja mempunyai tempat tempat larangan .
Ketahuilah ! Bahawa larangan ALLAH ialah segala yang diharamkanNya .
Ketahuilah ! Bahawa di dalam tubuh tiap orang terdapat segumpal daging yang apabila baik ,maka baiklah tubuh itu seluruhnya dan apabila rosak ,maka rosaklah tubuh itu seluruhnya .
Ketahuilah itu adalah hati."

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Nu'man bin Basyir)


Semoga ALLAH memberi taufik kepada kita untuk bertakwa kepadaNya dengan sebenar benarnya dan menjadi orang yang warak .Amin 


tidak lupa juga kita tingkatkan dan perbanyakkan kalimah tauhid di dalam hati dengan penuh keikhlasan mengharap rahmat dan redha hanya dari ALLAH SWT



sumber hadis qudsi 
Victory Agencie
bab 51 ahli warak ms409-413

Saturday 1 June 2013

0 santai hujung minggu



Daripada  Abu Sufian ya`ni Sahri ibni Harbin RA dalam ceritanya yang panjang lebar berhubung dengan kisah Hirqal (Raja Rom). Tanya Hirqal, “Apa yang diperintahkan kepada kamu (ya`ni Nabi SAW)?” Jawab Abu Sufian : Dia (ya`ni Nabi) berkata “Sembahlah Allah Yang Esa dan jangan menyekutukannya (Allah) dengan sesuatu apa pun. Tinggalkan semua ajaran nenek moyang kamu dan dia (Nabi) menyuruh kami bersembahyang, bercakap benar, memelihara diri daripada kemungkaran dan menghubungkan silatul rahim.”
Huraian Hadith: 
  1. Rasulullah sentiasa bersikap benar sehingga diakui oleh musuh, kerana Abu Sufian, pada masa pertemuan dengan Hirqal masih merupakan seorang kafir dan memusuhi Rasulullah SAW.
  2. Tunjang Islam adalah mengesakan Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.
  3. Berpegang dengan kepercayaan jahiliah  dalam masalah agama adalah dilarang.
  4. Seruan Islam itu adalah untuk seluruh manusia.
  5. Tauhid (beriman) kepada Allah adalah perkara pokok dalam akidah Islam.
  6. Menyekutukan Allah dengan sesuatu adalah terkeluar daripada akidah Islam. 

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates