Showing posts with label pesan. Show all posts
Showing posts with label pesan. Show all posts

Thursday, 17 October 2013

0 ulangan tanpa jemu



Daripada  Abu Sufian ya`ni Sahri ibni Harbin RA 

dalam ceritanya yang panjang lebar berhubung dengan kisah Hirqal (Raja Rom). 

Tanya Hirqal, “Apa yang diperintahkan kepada kamu (ya`ni Nabi SAW) ?

” Jawab Abu Sufian : Dia (ya`ni Nabi) berkata 

“Sembahlah Allah Yang Esa dan jangan menyekutukannya (Allah) dengan sesuatu apa pun. Tinggalkan semua ajaran nenek moyang kamu dan dia (Nabi) menyuruh kami bersembahyang, bercakap benar, memelihara diri daripada kemungkaran dan menghubungkan silatul rahim.”

Serta marilah kita bersungguh sungguh mentauhidkan ALLAH SWT 
dengan penuh keikhlasan memperbanyakkan kalimah tauhid di dalam hati
la'illah ha'illallah muhammada rasullallah
dan berdoa agar ALLAH SWT mendatangkan pembangkit akhir zaman (Imam Mahdi) dalam membantu seluruh umat islam menangani apa yang terjadi sekarang agar sama sama dapat mengembalikan kegemilangan islam. Iaitu agama ALLAH  di muka bumi.
in sya allah ...

Wednesday, 28 August 2013

0 berbaki lebih kurang sepuluh hari lagi



berbaki lebih kurang sepuluh hari lagi
untuk habiskan puasa enam
kita hanya sedia maklum tentang fadilatnya
iaitu umpama berpuasa setahun

"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)

tetapi kita tak pernah tahu
bahawa itulah antara penyumbang kekuatan
untuk terus beribadah selepas bulan ramadhan

bagi yang bersungguh sungguh beribadah dengan keikhlasan
pada malam malam ramadhan yang lalu
pasti akan terasa kehilangan
kehilangan kekuatan untuk beribadah selepas habisnya ramadhan

dan kita tak pernah tahu
bahawa dengan berpuasa sunat puasa enam dan diteruskan dengan puasa isnin dan khamis
itu dapat memberikan kekuatan kepada kita untuk terus beribadah selepas habisnya ramadhan
tapi ingat
kuncinya tetap ikhlas

jika dah tahu
marilah kita sama sama tingkatkan tauhid kita kepada ALLAH SWT
dengan memperbanyakkan mengingati ALLAH samada dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas
dan janganlah kita tinggalkan kalimah tauhid
teruskanlah di dalam hati dengan zikir kalimah tauhid
la'illah ha'illallah muhammada rasullallah

kerana islam pasti bangkit
kebangkitan islam di akhir zaman itu pasti berlaku
cuma atas kitalah hendak memilih
samada
hanya hendak melihat sahaja kebangkitan islam
atau kita ingin bersama sama
lagi sekali ingat
ikhlaslah dalam setiap perbuatan dan sentiasa menjaga niat

wallahhualam ...

in sya allah ...



Thursday, 11 July 2013

0 rahsia yang kita tak endahkan




Moshe Dayan, seorang penulis Yahudi pernah menggariskan tiga kelemahan utama umat Islam dalam satu artikelnya..

Pertama : umat Islam tak pernah belajar dari sejarah lampau... 
Kedua : umat Islam tak merancang dengan teliti..
Ketiga : umat Islam terdiri daripada orang-orang yang malas membaca..

Sebaik sahaja artikel ini diterbitkan, ramai orang Yahudi marah kerana mereka berfikir orang Islam akan mengubah kelemah-kelemahan ini selepas mereka tahu.. Namun apa yang dijawab Moshe Dayan ?

"Tak payah risau, orang-orang Islam takkan tau...Diorang bukannya baca pun.. "

P/s Ya Allah, pilihlah kami menjadi orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh memenuhi kehendak agamaMu..
Dalam Dekapan Ukhuwah..


tanamkanlah kalimah tauhid di dalam hati kita dengan kelikhlasan mudah mudahan kita dapat berubah kepada yang lebih baik

Friday, 31 May 2013

0 hakikatnya apa ?




SOALAN

Bagaimana pandangan Imam al-Ghazali berkenaan dengan hakikat tauhid?

JAWAPAN

Dalam kitab al-Ihya’, Imam al-Ghazali telah menghuraikan hakikat tauhid (Ibid. Jil. 4, hal. 212) dan telah mengemukakan pendapatnya dalam masalah ini. Beliau telah membahagikan tauhid kepada empat peringkat: 

1. Mengucapkan “Lailahaillallah” dengan lidahnya, tetapi hatinya lalai daripada memahami maknanya. Ini adalah tauhid orang munafik.
2. Ia mempercayai makna lafaz seperti yang dipercayai oleh orang Islam. Ini adalah kepercayaan orang awam.
3. Menyaksikan yang demikian itu dengan cara kasyaf dengan perantaraan cahaya kebenaran. Ini adalah maqam orang yang hampir (muqarrabun), iaitu ia melihat perkara yang banyak itu adalah lahir daripada yang satu.
4. Ia tidak melihat yang wujud ini kecuali satu sahaja. Ini adalah penyaksian siddiqin yang dinamakan oleh ahli tasawwuf dengan fana dalam tauhid.
Imam al-Ghazali berpendapat bahawa martabat yang keempat ini adalah yang paling tinggi, kerana orang itu tidak melihat dalam syuhudnya kecuali satu, ia tidak melihat semua yang wujud itu banyak bahkan ia adalah satu. Ini adalah martabat yang paling tinggi dalam tauhid.

SOALAN    
                                                                                            
Apakah yang dimaksudkan dengan mujahadah? 

JAWAPAN 

Mujahadah adalah saluran terpenting bagi seorang untuk mencapai tujuannya yang suci. Dengan kekuatan mujahadah ini, akan dapat menghancurkan runtunan dan pujukan nafsu dan lintasan-lintasan jahat di hati. Ibrahim bin Adham berkata: 

Seseorang itu tidak akan dapat mencapai darjat solihin melainkan ia terlebih dahulu mestilah melepasi enam halangan. 
Halangan pertama ialah pintu nikmat akan terkunci dan pintu kesusahan akan dibuka. 
Kedua, pintu kerehatan akan ditutup dan pintu usaha keras akan dibuka. 
Ketiga, pintu kebanggaan akan ditutup dan pintu kehinaan akan dibuka. 
Keempat, pintu tidur akan ditutup dan pintu berjaga malam akan dibuka. 
Kelima, pintu kekayaan akan ditutup dan pintu kefakiran akan dibuka. 
Keenam, pintu angan-angan akan ditutup dan pintu persediaan menghadapi maut akan dibuka. 

Gambaran perjalan yang dijelaskan sebentar tadi adalah merupakan satu jihad yang sukar. Bahkan ia juga adalah satu langkah untuk mencapai kerehatan yang sebenar dengan ma’rifatullah. Hakikat ma’rifatullah inilah yang menjadi matlamat yang diburu oleh mukmin yang berakal di dunia ini. Tidak ada di sana yang paling tinggi, cantik, indah, bahagia dan kekal selain daripada seorang insan itu dapat mengenal Pencipta alam semesta yakni Allah. Adakah seorang insan itu akan kehilangan sesuatu lagi jika ia telah sampai ke matlamat tertinggi itu? 

Sesungguhnya bermujahadah melawan godaan nafsu adalah satu-satunya jalan bagi seorang insan itu untuk menang mengawal hawa nafsunya. 
Hakikat ini dijelaskan oleh firman Allah s.w.t dalam surah al-Ankabut, ayat 69 yang bermaksud:  

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”  
Seorang murid itu boleh dikatakan kuat dan mantap ma’rifahnya kepada Allah selagi dia belum dapat membebaskan dirinya daripada godaan nafsu syahwat dan keinginan nafsu jahatnya. Para sufi mengatakan bahawa jihad melawan nafsu adalah jihad akbar, kerana jihad menentang hawa nafsu ini samalah ertinya memerangi musuh yang tidak kelihatan. Ia juga dianggap satu peperangan yang sangat sukar kerana terpaksa menggunakan senjata-senjata yang luar biasa.

aku menyeru diri aku sendiri dan pembaca pembaca blog MK 
marilah kita mentauhidkan ALLAH SWT dengan sebenar benar tauhid 
tidak menyekutukan ALLAH walau dengan diri kita sendiri 
perbanyakkanlah kalimah tauhid di dalam hati kita dengan keikhlasan mencari rahmat dan redha ALLAH semata mata 

wallahhualam

in syaa allah ...

Sunday, 26 May 2013

0 siapa yang kuat ni



الحمد لله الذي خلقنا وجعلنا من المسلمين. وجعل لنا الإيمان وزينها فى قلوبنا كره إلينا الكفر والعصيان . والصلاة والسلام على سيد الأنبياء والمرسلين وخاتمهم عليهم الصلاة والسلام وأصحابه اللذين جاءوا معه بالإسلام والإيمان منتشرين إلى العالم وتابعيهم وتابع التابعين بإحسان إلى يوم الدين . أما بعد : 

 Bahawa manusia telah diciptakan lemah dan pelupa. Akan tetapi ramai manusia menyangka diri mereka kuat dan berkuasa. Oleh kerana manusia adalah ciptaan Allah yang paling lemah, maka Allah sendiri suka untuk membantu mereka yang merasai lemah dan memang manusia itu makhluk yang paling lemah pada hakikatnya.

Firman Allah Taala,

أَأَنتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاءُ بَنَاهَا .النازعات: ٢٧

Adakah kamu paling kuat ciptaan ataukah langit yang kami bina?

Namun dari itu, manusia diberi suatu kekuatan yang mendorong dan mengalahkan makhluk ciptaan yang lain. Ia bukan kekuatan dari luaran(jasmani) tetapi ia kekuatan dari dalaman (akal fikiran, ruh dan seumpamanya) yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kekuatan dalaman itu pula hakikatnya didorong oleh kudrat Allah yang maha berkuasa.

Kekuatan dalaman itu ialah dinamakan Iman. Semakin nyata sifat hamba yang lemah, maka semakin nyata sifat kudrah Allah yang maha berkuasa. Semakin nyata sifat hamba yang miskin, maka semakin nyata sifat Allah yang maha kaya. Semakin nyata sifat hamba yang hina, maka semakin nyata sifat Allah yang maha mulia. Maka hendaklah kau nyatakan sifat-sifatmu yang sebenar nescaya Allah akan menyatakan sifat-sifatNya yang sebenar lalu menyelebungimu dengan sifat-sifatNya sehingga kau kuat dengan kudrat Allah, kau kaya dengan kekayaan Allah dan kau mulia dengan kemuliaan Allah.

Iman adalah urusan Allah dan tugas kita memohon dan berusaha untuk memupuk Iman selepas itu bertawakal bahawa Allah sahaja yang memberi taufik hidayat untuk kita beriman dan untuk memelihara iman kita.Nyatakan kelemahanmu nescaya kau akan menyaksikan Maha Berkuasa. Nyatakan kebodohanmu, nescaya kau akan menyaksikan Maha Pemberi Petunjuk.

Firman Allah Taala

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ .القصص: ٥٦

Sesungguhnya engkau (hai Muhammad) tidak boleh memberi hidayat kepada orang yang engkau cintai tetapi Allah yang memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang telah diberi petunjuk.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”
Riwayat Muslim

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

ALLAH SWT lah yang paling kuat jadi kenapa kita hendak mengikut selain daripada ALLAH kenapa kita senang senang mengikut bisikan syaitan yang selalu mengajak kita supaya ingkar akan segala perintah ALLAH dan RASUL sedangkan syaitan tidak kuat 
jadi kita tidak perlu takut 
taat dan patuhlah semampu yang mungkin kepada segala perintah ALLAH dan RASUL 
dengan menafikan bahawa tiada yang lebih berkuasa selain ALLAH di dalam hati kita dengan kalimah tauhid sebanyak banyaknya dan jangan sekali kali kita menyekutukanNya
mudah mudahan kita diberi kekuatan dari ALLAH dapat tunduk hanya kepadaNya dan mencari hanya rahmat redhaNya dengan ikhlas

wallahhualam 

in syaa allah ...

Wednesday, 1 May 2013

0 berhati hati jangan sampai kita terjerumus




Islam - sebagaimana yang telah dijelaskan- adalah agama Tauhid yakni agama yang berasaskan iman kepada keEsaan Allah Yang Maha Kuasa.  Maka ukuran sempurna atau tidaknya Islam seseorang adalah bergantung kesempurnaan Tauhidnya.
Tauhid yang sempurna itu apabila ke dalam hati nurani seseorang akan melahirkan kesan-kesannya kepada seluruh tingkah laku dan bawaan hidupnya, dan akan memberi kesedaran kepadanya untuk sentiasa waspada terhadap godaan syaitan dalam setiap amalannya supaya ia tidak diselewengkan kepada yang lain dari Azza wa Jalla. 
Boleh dikatakan sebahagian besar dari orang-orang yang mengaku dirinya beriman dan bertauhid kepada Allah dan mengakui bahawa Allah jualah yang mencipta mereka dan menciptakan langit dan bumi tetapi tauhid mereka tidak penuh membulat kepada Allah Yang Maha Esa kerana ada di antaranya -semasa mengerjakan ibadat- tujuan ibadat itu tidak bersih kepada Allah semata-mata.
Ada pula yang menumpukan taat setia kepada Allah dengan menjalankan hukum-hukum syariat-Nya tetapi serentak dengan itu mereka mengubah hukum syarak itu dengan menokok tambah atau menguranginya menurut hawa nafsunya. Semuanya itu adalah merupakan syirik.
Bagi menjelaskan setakat mana buruknya akibat syirik itu, maka di bawah ini diturunkan beberapa ayat suci dan hadis Nabi mengenainya.
Di antara ayat-ayat itu:
Firman Allah Taala ertinya: "Katakanlah (wahai Muhammad): 'Marilah supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Dia sesuatu pun ...'(151 Surah al-Maidah)
"... Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain) maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka ...." (72 Surah al-Maidah)
" ... Dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan lain Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh rombongan burung (sehingga ia hancur berkecai-kecai) atau dihumban oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan)" (31, Surah al-Hajj)
"Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang salih dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." (110 Surah al-Kahfi).
Ayat yang pertama: Menyatakan hukum melakukan syirik,  iaitu Allah s.w.t. mengharamkan manusia melakukan sebarang rupa syirik, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi. 
Ayat yang kedua: Menyatakan balasan buruk yang dijanjikan kepada orang yang melakukan syirik.
Ayat yang ketiga: Menggambarkan bagaimana dahsyatnya keadaan dan balasan orang yang melakukan syirik.
Ayat yang keempat: Menyatakan bahawa dengan amalan salih serta ketiadaan syirik sahajalah yang membolehkan seseorang berharap mendapat nikmat mengadap Tuhannya.
Perkara : Akibat Buruk Yang Akan Menimpa Orang Yang Melakukan Syirik
Dan di antara hadis-hadis pula:
5- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا دَخَلَ النَّارَ. (البخاري ومسلم )
5- Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w, bersabda: "Sesiapa mati dalam keadaan melakukan sebarang syirik terhadap Allah,  masuklah dia ke dalam neraka. "
(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang kelima ini. menerangkan: 
Akibat buruk yang akan menimpa orang yang melakukan syirik. 
Huraiannya
Syirik ialah mempersekutukan sesuatu dengan Allah Taala pada sifat "Uluhiyah"Nya atau sifat "Rububiyyah"Nya.
Sifat "Uluhiyah" Allah `Azza wa Jalla ialah sifatNya berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintahNya, ditumpui dan dipohonkan untuk mendapat segala kebaikan dan menolak sebarang mala petaka dan perkara-perkara yang tidak diingini.
Sifat "Rububiyyah"Nya pula ialah sifat mentadbir dan menguruskan cara menjaga dan memelihara, mengasuh dan mendidik sekalian alam yang telah diciptakan-Nya, iaitu dengan mengadakan segala keperluan yang dihajati oleh wujud tiap-tiap satunya, mengatur dan menyusun undang-undang dan peraturan bagi kesuburan, perkembangan dan kesempurnaan masing-masing, serta menyatakan dan menunjukkan hukum-hukum halal haram dan sah batal untuk kebaikan jasmani dan kebahagiaan rohani manusia. 
Maka sesiapa yang menganggap bahawa mana-mana satu dari sifat-sifat itu ada pada sesuatu yang lain daripada Allah Taala nescaya ia telah melakukan syirik dengan Allah,  walaupun ia pada masa itu masih beriman kepada Allah.  Tentang ini Allah Taala berfirman dalam Surah Yusof, ayat 106. maksudnya: Meskipun kebanyakan mereka beriman kepada Allah dalam pada itu mereka tidak sunyi dari perbuatan syirik.
Dengan itu nyatalah amat buruknya seseorang mendewa-dewakan sebarang makhluk dengan mengasihinya dan menurut perintahnya sebagaimana ia mencintai dan mentaati Allah,  atau meminta dan mengharapkan hasil sesuatu hajat dari sesuatu makhluk atau dengan sesuatu cara,  kecuali setelah diketahui bahawa makhluk atau cara yang tersebut diharuskan oleh Allah bagi seseorang menggunakannya sebagai jalan,  sebab, atau alat untuk menjayakan maksudnya.
Demikian juga amatlah salahnya menerima sebarang undang-undang dan peraturan,  atau hukum-hakam yang diadakan oleh yang lain daripada Allah, kecuali sekadar yang berdasarkan aturan, kenyataan, atau pengajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Kesimpulan hadis ini, mengingatkan manusia daripada terjerumus ke dalam sebarang i'tiqad atau perbuatan syirik supaya terselamat daripada balasan buruk yang dijanjikan.

6- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ ... . ( البخاري ومسلم )
6- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan. " Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah? " Baginda s.a.w.menjawab:  "(Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah .
(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang keenam ini memerintahkan supaya:
Menjauhi syirik dalam segala bentuknya.
Setelah kita mengetahui setakat mana buruknya akibat syirik,  maka dengan ini kita diperintahkan supaya menjauhi dan menyingkirkan segala jenis syirik terhadap Allah, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi. 
Syirik yang besar atau yang nyata itu ialah: mempercayai adanya sesuatu yang setara dan sebanding dengan Allah s.w.t., yang ditujukan kepadanya doa permohonan,  yang diuntukkan kepadanya satu-satu cara ibadat,  dan yang ditakuti bala bencananya.
Dengan adanya syirik yang demikian, maka akidah Tauhid orang yang melakukannya telah berbelah bagi, dan orang Musyrik inilah yang dijanjikan Allah dengan neraka. 
Syirik yang kecil atau yang tersembunyi itu pula ialah kepercayaan perkataan atau perbuatan yang menyebabkan berlakunya syirik terhadap kekuasaan atau undang-undang peraturan Allah. 
Syirik yang tersembunyi itu amat banyak,  di antaranya:
(1) Membesarkan diri sendiri ,yakin kepada diri tidak yakin kepada ALLAH dahulu ,merujuk segala hal kepada diri bukannya bermohon kepada ALLAH mencari penyelesaian
(2) Mempercayai sesuatu yang menjadi sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan baik atau buruk. 
(3) Menaruh perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu yang lain dari Allah.
(4) Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain dari Allah.
(5) Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada menyebut nama atausifat Allah.
(6) Mengatakan: Kalaulah tidak kerana pertolongan Allah dan pertolongan Si anu,  tentulah aku tidak berjaya. 
(7) Mengatakan: Kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis meronda atau sebagainya, tentulah rumahku dimasuki pencuri. 
(8) Melakukan sesuatu ibadat,  atau daya usaha pengorbanan, atau perjuangan bukan kerana menjunjung perintah Allah semata-mata, tetapi juga untuk tujuan-tujuan yang lain.

7- عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِيَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً. ( الإمام أحمد )
7- Dari Mahmud bin Labid r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah? " Baginda s.a.w., menjawab:  "(Syirik yang kecil itu) ialah ria' - Allah Taala akan berfirman pada hari Qiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing "Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan ria' di dunia dahulu (untuk menunjukkan kepada mereka), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?"
(Imam Ahmad)
8- عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُما، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ حَلَفَ بِغَيْرِ اللَّهِ فَقَدْ أَشْرَكَ. ( الترمذي )
8- Dari Ibn Umar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada nama atau sifat Allah maka sesungguhnya ia telah melakukan syirik terhadap Allah. "
(Tirmizi)
9- عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ. ( أبو داود والإمام أحمد)
9- Dari Ibn Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik"
( Abu Daud dan Imam Ahmad)
Hadis yang kesembilan ini menunjukkan bahawa tiga perkara yang tersebut adalah dari perkara-perkara syirik kecil atau syirik yang tersembunyi yang wajib dijauhi oleh tiap-tiap seorang. 
Pendeknya, tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram kiranya mengandungi perkataan yang tidak difaham maknanya, atau yang berdasarkan sihir,  atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis,  atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor. 
Dengan penjelasan ini, selesailah perselisihan yang nampak pada zahirnya berlaku di antara dalil-dalil yang melarang dan dalil-dalil yang membenarkan perkara-perkara yang tersebut.
Kesimpulannya, bagi menyelamatkan seseorang daripada syirik yang tersembunyi ini hendaklah:
(1) Jangan menggunakan sesuatu benda,  atau perkataan,  ataupun sesuatu cara sebagai sebab bagi mendapat kebaikan atau menolak perkara-perkara yang tidak diingini, kecuali setelah diketahui bahawa sesuatu itu telah berlaku adat Tuhan menjadikannya sebab bagi musabab yang tertentu, serta diketahui pula bahawa menggunakan sesuatu itu tidak dilarang oleh hukum Allah. 
(2) Jangan i'tiqadkan sesuatu sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan menghasilkan musababnya, bahkan memberi kesannya itu bergantung kepada takdir dan izin Allah Yang Maha Kuasa. 
(3) Jangan melakukan sesuatu amal ibadat dengan tujuan mendapat penghargaan atau balasan daripada yang lain dari Allah Azza wa Jalla
Perkara : Baginda S.A.W. Menjadi Tumpuan Pertanyaan Sahabat Sahabatnya
10- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الذَّنْبِ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ قَالَ أَنْ تَجْعَلَ لِلَّهِ نِدًّا وَهُوَ خَلَقَكَ … . ( البخاري ومسلم )
10- Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: Aku telah bertanya kepadaNabi Muhammad s.a.w.,: "Apakah satu-satunya dosa yang terbesar di sisi Allah.?" Baginda s.a.w., menjawab:  "(Dosa yang terbesar di sisi Allah itu) ialah: Engkau mengada-adakan bagi Allah sesuatu yang menyamaiNya pada hal Dia menciptakanmu..."
(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang kesepuluh ini mengandungi:
(1) Rasulullah s.a.w. menjadi tumpuan pertanyaan sahabat-sahabat Baginda.
(2) Syirik adalah satu-satunya dosa yang terbesar.
Huraiannya:
Baginda s.a.w. menjadi tumpuan pertanyaan sahabat sahabatnya.
Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.  dalam masa menjalankan tugasnya membuka dengan seluas-luasnya pintu pertemuan dengannya kepada segalalapisan masyarakat untuk mereka menanyakan apa yang mereka musykilkan berhubung dengan soal-soal agama. 
Dalam hadis ini, Abdullah bin Mas'ud seorang sahabat Nabi yang terkenal bertanya kepada Baginda s.a.w. tentang dosa yang terbesar di sisi Allah,  iaitu satu perkara yang sangat mustahak diketahui oleh setiap orang
Islam dalam setiap masa,  lebih-lebih lagi dalam masa - yang boleh dikatakan-manusia leka dengan soal-soal hidup semata-mata, tidak mahu mengambil berat mempersoalkan perkara-perkara dosa dan pahala. 
Soal syirik. 
Bagi menjawab pertanyaan sahabat Baginda yang tersebut, Baginda s.a.w. menegaskan bahawa di antara dosa-dosa yang terbesar ialah melakukan syirik terhadap Allah s.w.t. serta Baginda s.a.w. menerangkan bahawa amatlah tidak patut seseorang itu mempersekutukan atau menyamakan Allah Taala dengan sesuatu yang lain, sedang Allah yang menciptakannya dari tiada kepada ada.
Orang Musyrik yang demikian bukan sahaja tidak patut menurut timbangan akal yang siuman,  bahkan telah berlaku zalim terhadap dirinya sendiri kerana dengan bawaan syiriknya ia telah mendedahkan dirinya kepada azab seksa yang tidak terperi yang akan diterimanya kelak.

Tuesday, 19 March 2013

0 ingatlah sentiasa ...



Keutamaan zikir
       
      Di antara ayat-ayat al-Quran, firman Allah Ta’ala
       
       
      “Maka berzikirlah (ingatlah) kepadaKu, niscaya Aku akan mengingati kamu  sekalian…..”                                                      
            (al-Baqarah: 152)
       
      Berzikirlah (ingatlah) kepada Allah dengan zikir yang banyak.”
      (al-Ahzab: 41)
       
      “Mereka yang berzikir kepada Allah dalam keadaan berdiri duduk dan sedang berbaring.”                                                             
      (al-Imran: 191)
       
      “Dan apabila kamu telah selesai menunaikan sembahyang maka berzikirlah kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan sedang berbaring.”  
      (an-Nisa’: 103)
       
      Berkata Ibnu Abbas: Maksud ayat di atas, hendaklah seseorang itu berzikir kepada Allah pada malam hari dan siangnya, di daratan dan di lautan ketika dalam pelayaran dan di dalam  keadaan kaya dan miskin, sakit dan sihat, sama ada dengan suara rendah (dalam hati) mahupun dengan suara keras yang didengar oleh ramai.

      Allah berfirman:
       
      “Berzikirlah pada Tuhanmu dalam dirimu (hatimu) dengan penuh perasaan rendah hati dan  takut dan bukan dengan suara keras di waktu pagi dan  petang dan janganlah engkau sampai dikira orang-orang yang lalai.”
      (al-A’raf: 205)
       
      Allah berfirman lagi pada mencela orang-orang munafikin:
       
                  “Mereka itu tiada mengingati Allah melainkan sedikit sakali.”                                                                                
        (an-Nisa: 142) 
        
      Di antara Hadis-hadis yang membicarakan hal-hal ini ialah:
       
      “Berfirman Allah azzawajalla: Aku sentiasa bersama hambaKu selagi ia mengingatiKu, dan selagi kedua belah bibirnya bergerak-gerak (kerana       berzikir kepadaKu).” 
        
       Sabda Rasulullah s.a.w.:
       
                “Barangsiapa yang ingin bersenang-senang di dalam taman-taman syurga maka hendaklah ia memperbanyakkan zikir Allah azzawajalla.”
       
                Apabila Rasulullah s.a.w ditanya: Mana satu amalan yang paling utama sekali, baginda lalu menjawab:
       
                “Iaitu apabila engkau menghadap maut sedangkan  lidahmu lembut berzikir kepada Allah azzawajalla. 
        
      Sabda Rasulullah s.a.w.:
       
                “Telah berfirman Allah Tabaraka Ta’ala. Andaikata hambaKu mengingatiKU dalam dirinya, niscaya Aku akan mengingatinya di dalam       diriKu. Andaikata dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, niscaya Aku akan mengingatinya di hadapan orang ramai yang lebih baik dari       kumpulannya. Andaikata dia mendekatiKu sejengkal, niscaya Aku akan mendekatinya sehasta.”

marilah sama sama kita memperbanyakkan mengingati ALLAH SWT dengan ikhlas dan tidak mensyirikkanNya dengan apa sekali pun 

Friday, 24 August 2012

0 masalah untuk diselesaikan ...




Sabar dan redha mudah diucap, tetapi sukar untuk dilaksanakan.
Menzahirkan sabar dan redha tidaklah semudah memetik ranting kering.
Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…
Sebaliknya kita sering merungut kesusahan, kepayahan hidup, kesedihan dan sebagainya.
Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…
Kita mula meninggalkan perkara yang baik yang telah menjadi kebiasaan yang dahulunya kita suka lakukan.
Tiada bergaul mesra, bergurau senda dengan keluarga, sahabat dan sebagainya.
Seolah – olah kebahagiaan dunia hilang punah semuanya.
Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Kita mula menjauhkan diri, rasa terpencil dan rendah diri.
Kita sering menyepikan .
Kita mula memikirkan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, yang kita jangka, perkara itu dapat menghilangkan kesedihan dan kesusahan kita.
Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Kualiti ibadah kita tidak meningkat.
Malah semakin pudar dengan bayang – bayang kesedihan atau kesusahan kita.
Tiada lagi bait- bait doa memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah.
Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…
Jiwa kita kacau, tidak tenteram.
Ke hulu ke hilir memikirkan kesusahan dan kesedihan.
Mengadu kepada manusia tetapi terlupa untuk mengadu kepada Illahi.
Jagalah Iman Kita Ketika diuji.
Berhati – hatilah kita apabila berhadapan dengan ujian, bimbang terikut – ikut virus munafik.
Firman Allah Taala :-
Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu dan masa itu ialah masa pemandangan
mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut) dan kamu masing-masing pula menyangka
terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.(10)
Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.(11)
Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: Allah dan RasulNya tidak
menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja.(12)
(Surah Al Ahzab : 10 – 12)
Justeru itu, saudara – saudaraku
Bersabar dan redhalah dengan sebenar-benarnya.
Ikhlas di dalam menghadapinya berlandaskan al quran dan hadis
InsyaAllah, mebuah ketenangan pada akhirnya.

Saturday, 19 May 2012

0 pesan saidina ali k.w



1. Barang siapa yang mengetahui hakikat dirinya maka telah mengenal Tuhannya ( Rabnya )

2. Sesungguhnya Allah swt mengutus Muhammad saw dengan membawa kebenaran guna mengeluarkan hamba-Nya dari penyembahan sesamanya kepada penyembahan Alllah swt ,dari perjanjian dengan hamba-Nya menuju kesetiaan pada-Nya dan dari ketatan terhadap sesamanya menuju ketaatan kepada Tuhannya serta dari kepemimpinan sesamanya kepada kepemimpinan Allah swt.

3. Tidaklah seseorang bersimpuh di hadapan Al-Quran, melainkan ia mendapatkan tambahan dan pengurangan, Tambahan kedalam petunjuk dan pengurangan dari kebutaan ( kegelapan ). Ketahuilah tiada seseorang yang akan merasakan kekurangan jika bersama AL-Quran dan tidak akan ada yang merasa berkecukupan dari selain Al-Quran.

4. Orang yang rela atas ( ketika melihat ) perbuatan suatu kaum, seperti orang yang ikut serta bersama mereka. Dan atas setiap orang yang ikut serta dalam kebathilan akan mendapatkan dua dosa, dosa karena perbuatannya dan dosa karena kerelaannya atas perbuatan tersebut.

5. Imam Ali as. Ditanya tentang keimanan, Lalu beliau menjawab : Iman itu berdiri diatas empat pondasi : kesabaran ,keyakinan ,keadilan , dan jihad. Sedangkan kesabaran mempunyai empat sendi : kerinduan, kehawatiran, kezuhudan dan kesiapan ( waspada ). Barang siapa yang rindu akan syurga, dia akan berpaling dari tuntutan hawa nafsunya. Barang siapa yang takut akan api neraka, maka dia akan menjauhi hal-hal yang terlarang. Barang siapa yang zuhud ( tidak rakus ) terhadap dunia, akan menganggap ringan segala musibah. Dan barang siapa yang bersiap-siap menghadapi kematian, dia akan bersegera mengerjakan kebaikan. Jihad juga mempunyai empat asas : Memerintah kepada kebaikan dan menegah hal yang munkar, jujur ( tetap tangguh ) di setiap tempat ( medan laga ) dan benci kepada orang fasik.. Barang siapa yang menyuruh kepada kebaikan, maka dia telah memperkokoh kekuatan kaum muslimin, dan barang siapa yang mencegah kemunkaran maka telah membuat terhinanya kaum kafirin, Dan barang siapa yang jujur ( tangguh ) di setiap keadaan, maka ia telah melaksanakan kewajibannya. Dan barang siapa yang benci kepada kaum fasik dan marah karena Allah, maka Allah juga akan marah untuknya ( karena membelanya ) dan akan merelakannya itu di hari kiamat.

6. Sesungguhnya jihad itu adalah salah satu pintu menuju surga yang Allah khususkan bagi para wali-Nya. Dan Jihad adalah pakaian ketakwaan serta baju besi yang kokoh dan merupakan benteng pertahanan yang kuat.. Barang siapa yang meninggalkan jihad karena benci kepadanya, maka pastilah Allah pakaikan kepadanya baju kehinaan.

7. Sesungguhnya awal terjadinya fitnah adalah hawa nafsu yang dituruti dan hukum ( yang diada-adakan ) yang bertentangan dengan kitab Allah.Sedang pelaksana hukumnya adalah seorang yang tidak berlandaskan kepada aturannya Allah swt. Seandainya kebathilan itu tidak bercampur dengan kebenaran, maka tidak akan samar lagi bagi orang yang mendatanginya. Dan seandainya kebenaran itu murni dari samarnya kebathilan, maka bungkamlah mulut-mulut penantangannya. Namun diambil sebagian dari kebenaran dan sebagian dari kebathilan , kemudian dicampur aduk antara keduanya dan disitulah syetan mulai memperdaya para pengikutnya. Dan hanya orang-orang yang mendapatkan petunjuk kearah kebaikan dari Allah swt yang akan selamat dari tipu dayanya.

8. Sesungguhnya agama Allah tidak akan dikenali dari pribadi-pribadi, tetapi akan dapat dikenali dari tanda-tanda kebenarannya. Kenalilah kebenaran maka engkau akan mengetahui siapa penganutnya.

9. Jangalah sekali-kali engkau menjadi budak orang lain, sebab Allah telah menciptakanmu dalam keadaan merdeka.

10. Sesungguhnya memerintah kepada kebaikan serta mencegah kemunkaran tidak akan mendekatkan seseorang kepada ajalnya, dan tidak akan mengurangi rezekinya, Namun akan melipatgandakan pahala serta membesarkan kebaikannya. Dan yang lebih afdhal dari keduanya yaitu kalimat keadilan yang diserukan di hadapan seorang pemimpin yang zalim.

11. Barang siapa yang keadaannya tidak bias diperbaiki dengan pergaulan yang baik, maka ia akan diperbaiki dengan cara timbal balik ( memberi sesuatu ) yang baik.

12. Penghancur punggungku di dunia ini ada dua orang yaitu orang yang pandai berbicara namun dirinya seorang yang fasik. Dan seorang yang bodoh, namun selalu tekun beribadah. Yang satu akan membela kefasikannya dengan lidahnya sedang yang lain akan membela kebodohannya dengan ibadahnya. Hati-hatilah dari para cerdik pandai ( ulama ) yang fasik dan para ahli ibadah yang bodoh. Karena mereka adalah sebesar-besar fitnah bagi setipa orang yang mudah terpedaya. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw bersabda : “ Wahai Ali ! Hancurnya umatku adalah ditangan orang-orang munafik yang pandai berbicara.

13. Janganlah engkau menganggap sama antara pelaku kebaikan dan pelaku kejahatan. Ketahuilah sikap yang demikian ini akan menumbuhkan semangat bagi pelaku kebaikan untuk berbuat kebaikan dan akan menjadi pelajaran bagi yang melakukan kejahatan atas kejahatannya.

14. Tidaklah manusia meninggalkan perkara agamanya demi kepentingan dunianya, kecuali Allah akan membukakan baginya hal-hal yang lebih buruk.

15. Dunia ini tidak lebih hanya batas terakhir penglihatan orang buta, dia tidak akan melihat sesuatu dibaliknya. Sedangkan orang yang bashir dapat melihat serta mengetahui sesuatu yang ada di sebalik dunia ini. Dia ( bashir ) akan memalingkan pandangannya dari dunia, sedangkan si buta akan membidikan pandangannya ke arah dunia. Orang yang bashir akan berbekal dari dunia, sedangkan yang buta akan berbekal untuk dunia.

16. Jadikanlah dirimu sebagai tolok ukur dengan selainmu. Berbuatlah sesuatu yang menggembirakan orang lain sebagaimana yang engkau harapkan untukmu. Janganlah berbuat sesuatu yang engkau tidak inginkan orang lain berbuat hal itu kepadamu. Janganlah berlaku aniaya sebagaimana engkau tidak suka dianiaya. Berbuatlah baik kepada selainmu, sebagaimana engkau ingin orang lain berbuat baik kepadamu. Cegahlah dirimu dari perbuatan munkar, sebagaimana engkau tidak ingin orang lain berbuat itu kepadamu. Perbuatlah sesuatu yang merelakan manusia agar ia juga berbuat sesuatu yang merelakan dirimu. Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak engkau ketahui, bahkan janganlah engkau utarakan segala sesuatu yang engkau ketahui dan jangalah engkau berbicara sesuatu pembicaraan yang tidak engkau inginkan orang lain berkata itu kepadamu

17. Temanmu ada tiga dan musuhmu juga ada tiga, temanmu yaitu: temanmu, dan teman dari temanmu, serta musuh dari musuhmu. Sedangkan musuhmu yaitu : musuhmu sendiri, serta musuh dari temanmu, dan teman dari musuhmu.
18. Yang banyak bicara akan banyak salahnya. Yang banyak kesalahannya akan sedikit malunya. Yang tidak merasa malu hilang wara’nya. Dan yang hilang wara’nya akan mati hatinya serta nerakalah tempat kembalinya.

19. Janganlah kalian menilai siapa pembicaranya, tetapi nilailah sesuatu yang dibicarakannya.

20. Kebaikan ada pada tiga perkara : penglihatan, diam dan pembicaraan. Setiap penglihatan yang tidak ditunjukan untuk mengambil ibrah ( pelajaran ) adalah kesia-siaan. Diam yang tidak disertai pemikiran adalah kelalaian. Sedangkan pembicaraan yang bukan zikir itu juga merupakan kesia-siaan. Maka beruntunglah orang yang pandangannya ditunjukkan untuk mengambil ibrah, diamnya karena berpikir dan pembicaraannya berisikan zikir sembari menangisi dan menyesali kesalahannya serta enggan mengganggu orang lain.

21. Seorang anak mempunyai hak dihadapan orang tuanya, demikian pula sebaliknya. Hak orang tua agar ditaati dalam segala hal kecuali dalam maksiat kepada Allah swt .Sedangkan hak anak dihadapan orang tuanya, agar memberinya nama yang baik dan mendidik ( mengajarkan ) akhlak yang baik serta mengajarkan Al-Quran kepadanya.

22. Dunia adalah tempat kebenaran bagi yang membenarkannya, tempat keselamatan bagi yang memahaminya, tempat kekayaan bagi yang berbekal darinya. Juga tempat ibadahnya para Nabi Allah dan tempat turunnya wahyu serta tempat shalatnya para malaikat, juga tempat berdagangnya para wali Allah. Maka carilah rahmat didalamnya dan keuntungan ( surga) sebagai balasannya. Lalu siapakah yang akan mencelanya ? . Dia telah mengumumkan kedekatan ajalnya dan datangnya masa perpisahan. Dia telah merelakan dirinya untuk kalian. Serta menghantarkan kalian dari satu kebahagian kepada kebahagian yang lainnya. Juga memberi peringatan akan cubaan-cubaannya, agar kamu takut dan lebih berhati-hati dari bencana. Wahai para pencela dunia, bilakah dunia memperdayamu dengan segala tipu dayanya ?. Apakah karena banyaknya musibah yang menimpa para orang tuamu ? atau karena adanya kematian yang diderita oleh para ibumu di bawah tumpukan tanah kubur ?

23. Wahai manusia ! Dua perkara yang sangat aku takutkan menimpa kamu. Hawa nafsu yang dituruti serta panjangnya angan-angan. Orang yang menuruti kemahuan hawa nafsunya akan menghalanginya dari kebenaran. Panjangnya angan-angan akan melalaikan kamu akan kehidupan akhirat.

24. Barang siapa yang memperbaiki bathinya, Allah akan memperbaiki lahirnya . Dan barang siapa yang berbuat demi kemaslahatan agamanya, Allah akan mempermudah baginya urusan dunianya.Dan barang siapa yang menjaga hubungan dirinya dengan Allah, maka Allah akan memudahkan urusannya dengan orang lain.

25. Jangan kamu terlalu menyibukkan diri dengan urusan keluarga serta anak-anak kamu. Andai anak dan keluarga kamu termasuk orang-orang yang dicintai Allah, maka tentu Allah tidak akan membiarkan dan menelantarkan kekasih-kekasih-Nya. Namun apabila mereka termasuk musuh-musuh Allah swt, mengapakah kamu harus menyibukkan diri dengan mengurus para musuh-musuh Allah ?

26. Nilai setiap orang ( pribadi ) adalah perbuatan baik yang dilakukannya.

27. Harga dirimu akan tetap terpelihara, sedang yang akan merosaknya adalah permintaan ( mengemis ) , oleh karena itu perhatikan kepada siapa akan kamu cucurkan air mukamu ini.

28. Mengapakah anak Adam harus berlaku sombong, padahal awalnya tercipta dari air sperma yang hina dan akan berakhir dengan menjadi bangkai.

29. Maukah kamu kuberi tahu tentang siapa yang benar-benar faqih ( pandai agama ) ? Yaitu orang yang tidak memberi kelonggaran kepada orang lain untuk berbuat maksiat, yang tidak membuat manusia berputus asa dari rahmat Allah. Tidak membuat mereka merasa aman dari ancaman Allah swt. Juga tidak meninggalkan Al-Quran ( karena tidak suka dengannya ), lalu mencari selainnya. Dan tidak ada kebaikan dari suatu ibadah yang pelakunya belum mengerti aturan agama ( fiqih ). Dan ilmu yang baik adalah yang bisa membuat seseorang berfikir akan Tuhannya dan tidak ada baiknya bagi bacaan yang tidak disertai dengan renungan ( tadabur ).

30. Tidak akan melakukan perbuatan zina seseorang yang mempunyai harga diri.

31. Sesungguhnya orang yang bertakwa itu akan merasakan kenikmatan dunia dan nikmat di akhirat nanti.. Mereka juga menikmati dunia bersama pencinta dunia, sedang para pencinta dunia tidak akan bersama-sama mereka untuk merasakan kenikmatan akhirat.

32. Seorang hamba tidak akan merasakan nikmatnya keimanan, sehingga meninggalkan kebohongan baik hanya sekedar senda gurau mahupun sungguh-sungguh.

33. Jika engkau menjadikan agamamu mengikuti kemahuan duniamu, maka engkau telah menghancurkan agama dan duniamu dan termasuk di antara orang-orang yang merugi di akhirat.Dan jika engkau menjadikan duniamu mengikuti ( tunduk ) kepada aturan agamamu , berarti engkau telah menjaga dunia dan agamamu dan engkau akan tergolong sebagai orang yang beruntung di akhirat.

34. Dunia ini laksana ular yang berbisa, yang licin dan lembut sentuhannya, namun bisanya ( racunnya ) dapat mematikan. Orang yang yang bodoh akan terpesona dengannya sedangkan orang yang berakal akan berhati-hati darinya.

35. Wahai Kumail bin Ziyad !
Sesungguhnya hati itu bagaikan bejana ( wadah ). Bejana yang baik akan bisa menampung dan menjaga isinya. Maka perhatikanlah hal-hal yang aku ucapkan kepadamu. Manusia ini ada tiga macam :Orang yang alim dan teguh akan agamanya, Orang yang belajar dalam hal-hal yang dapat menguntungkan, Orang yang dungu dan tidak berharga adalah manusia yang selalu menuruti kejahatannya, dia tidak mempunyai pendirian serta tidak mengambil cahaya ilmu dan tidak bersandar pada tiang yang kuat.

36. Aku berwasiat kepada kamu tentang lima perkara, yang seandainya kamu kerahkan unta-unta kamu untuk mendapatkan wasiat-wasiat itu niscaya usaha itu pantas sekali. Yaitu : Janganlah seseorang dari kamu mengharapkan suatu kecuali kepada Tuhannya, dan jangan merasa takut atau menyesal, kecuali terhadap dosanya. Janganlah merasa malu untuk mengatakan tidak boleh, jika ditanya tentang hal-hal yang belum kalian ketahui. Dan jangan pula merasa malu untuk belajar hal-hal yang belum kamu ketahui. Kamu harus sabar, karena kesabaran terhadap keimanan laksana kepala bagi badannya, maka tidak akan ada kebaikan bagi badan yang tidak ada kepalanya. Demikian pula keimanan yang tidak disertai kesabaran.

37. Bergaulah dengan manusia dengan pergaulan yang jika kamu meninggal, maka mereka akan menangisimu, sedang jika kamu ada di tengah-tengah mereka, mereka akan selalu merindukanmu.

38. Orang yang berdoa tanpa disertai perbuatan ( amal ), bagaikan orang yang memanah tanpa busur.

39. Surga hanya boleh didapatkan dengan amal dan bukan dengan angan-angan.

40. Alangkah banyaknya ibrah ( pelajaran ) , namun sangat sedikit sekali yang boleh mengambil pelajaran darinya.

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates