Wednesday 19 October 2016

0 ulang semula



tauhidkanlah ALLAH
jangan menduakanNya
jangan menyekutukaNya

perbanyakanlah mengingati ALLAH
dengan perkara sunat dan wajib
perbanyakkanlah mengingati ALLAH didalam hati
dengan kalimah tauhid
selawat
dan istigfar
penuh keihlasan mengharapkan rahmat dan redha ALLAH

peliharalah niat lil'lah hi'taala didalam setiap perkara
yakinlah hanya ALLAH yang berkuasa keatas setiap sesuatu
dan ikhlaslah tidak mengharapkan ganjaran kecuali rahmat dan redha ALLAH semata-mata


Tuesday 4 October 2016

0 Sedar atau tidak



Tegakkanlah tauhid
Tingkatkanlah tauhid
kenapa ...adakah aku masih tidak tauhidkan ALLAH ?

Jadi persoalannya ...
sudah berapa banyak kita mentauhidkan ALLAH SWT didalam kehidupan seharian

Setakat mana kita mengutamakan kehendak ALLAH
agar selaras dengan kehendak kita

Perbanyakkanlah mengingati ALLAH SWT di dalam hati dengan kalimah tauhid
لا إله إلا الله محمدا رسول الله

apabila rasa gundah gulana ,perbanyakanlah selawat

jika terkenang mungkar yang lalu maka perbanyakkan istigfar

dan jika dilanda muisbah ,ucaplah
انا لله وانا اليه راجعون.

Mengingati ALLAH terbahagi kepada dua iaitu perkara sunat dan wajib

Ikhlaslah didalam setiap perkara
In syaa Alllah





Sunday 20 March 2016

0 jangan buat-buat tak tahu



Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". 
(Al-A'raaf 7:172)

tahukah kita bahawa semasa alam roh ,roh kita telah membuat perjanjian dengan ALLAH SWT 
ayat diataslah nasnya ...
tadaburlah Al Quran baru kita dapat maklumat ini ...
roh kita mengakui bahawa ALLAH tuhan
kerana ketika itu tiada ganguan atau bisikkan syaitan

akan tetapi apabila kita besar dewasa akil balikh
kita berani meningkari perintah ALLAH dan RASULNYA 
malah kita menyekutukan ALLAH 
syirik kepada ALLAH 
menduakan ALLAH
meletakkan selain ALLAH yang paling tinggi di dalam hati 
bahkan banyak sembahan-sembahan lain yang paling tinggi di dalam hati kita 

jagalah amanah kita yang ALLAH beri pinjam 
iaitu hati
kerana hati itulah yang akan dinilai kelak oleh ALLAH SWT di akhirat 
jangan biarkan nafsu umarah menguasai hati
jangan biarkan bisikan yang tidak berlandakan Al Quran dan Hadis membisik di dalam hati 

jadikan ikhlas sebagai kunci 
zikrullah sebagai makanan hati
solat fardu tiangnya 
dan amalan sunat untuk menutupi yang kurang 
pastikan ALLAH SWT yang paling tinggi di dalam hati kita 
dengan melazaimkan hati sentiasa berzikir la'illa ha'illallah muhammada rasullallah
di selangi dengan selawat ke atas Muhammad SAW apabila hati gudah gulana 
dan istigfar 

sentiasalah memelihara niat di dalam setiap perkara 
hanya kerana ALLAH lilah'hi ta'alaa
mengharapkan rahmat dan redha ALLAH semata

yakin bahawa hanya ALLAH yang berkuasa keatas sesuatu 
tiada kuasa selain ALLAH

dan ikhlas 


tauhid kepada ALLAH SWT itu mesti dicari 



Saturday 12 March 2016

0 tabiat



mohonlah pertolongan ALLAH
dalam perkara kecil ataupun besar

yakinlah akan bantuan pertolongan daripada ALLAH
banyakkan berserah diri kepada ALLAH
tingkatkan bergantung harap kepada ALLAH
sentiasalah mohon kepada ALLAH sebelum mulakan sesuatu perkara

jadikanlah amal ibadah sebagai tabiat
jadikanlah ikhlas sebagai tabiat
jadikanlah mengharapkan rahmat dan redha ALLAH sebagai tabiat
jadikanlah doa agar dapat ikhlas sebagai tabiat

kerana nak menuju ALLAH mesti dengan ALLAH

Monday 1 February 2016

0 Perancangan dan persediaan



Agak-agak ,musuh jika nak menyerang
adakah terus serang membuta tuli
atau mereka mengkaji secara terperinci dari segenap sudut pihak lawan

dan jika kita yang mempunyai musuh
mestilah pula peka akan setiap gerakkan mereka
jangan mudah terpengaruh dengan sesuatu yang nampak baik

jika dilihat pada zaman Nabi SAW
setiap petunjuk atau wahyu yang turun
Nabi SAW akan memanggil sahabat untuk mencari kehendak ALLAH yang sebenar pada petunjuk atau wahyu itu

dan itulah konsep usrah yang harus kita amalkan ,terapkan di dalam kehidupan kita hari ini

Kerana musuh islam licik
mereka mengkaji Al Quran dan Hadis soheh

bagaimana dengan kita ...

setiap ayat Quran mesti dihayati ,difahami
kemudian amalkanlah di dalam kehidupan

begitu juga dengan Hadis soheh
mesti dihayati ,bukanya baca sepintas lalu tanpa mencari maksud yang dikiaskan

Hari ini umat manusia sedang menunggu dajal yang bermata satu
Dajal yang mereka faham ialah raksasa bersembunyi di dalam gua

Sedangkan dajal itu sebenarnya ialah kuasa
Kuasa yang selangkahnya separuh dunia ...
negara manakah yang kuasanya mempengaruhi dunia sekarang ini
bermata satu bererti melihat sesuatu perkara hanya sebelah pihak sahaja

Dan dajal mempengaruhi dengan memberikan rahmatnya
iaitu rahmat duniawi
bererti barang siapa yang mengikutinya
akan diberi kesenangan dunia

Jika kita perasan ...
itulah perjanjian yang pemimpin kita telah buat
perhatikanlah ,selepas ini ekonomi negara kita akan mula pulih
akan tetapi malangnya jika ekonomi terus berkembang dengan pesat
aqidah umat islam akan semakin rosak serosak-rosaknya

Kerana dalam masa yang sama
Yakjut dan makjut juga turut menular di dalam arus kehidupan
yakjut dan makjut pula bukanlah ulat
Ia adalah kiasan ,bererti seperti ulat yang makan daun
Jika dilihat keadaan ulat memakan daun
bentuk daun itu masih ada ,tetapi habis berlubang-lubang

Itulah menunjukan bahawa aqidah dan tauhid
umat islam akan terus hancur dan runtuh
hanya tinggal nama dan agama islam di kad pengenalan sahaja
mengamalkan  al quran dan hadis didalam kehidupan
tidak ujud lagi pada diri dan keluarga masing-masing

Janganlah kita lalai daripada mentauhidkan ALLAH
didalam kehidupan sekarang ini
istiqomahlah mengingati ALLAH dengan perkara sunat dan wajib penuh keikhlasan
sentiasalah didalam hati berzikir kalimah tauhid
la'illa ha'illallah muhammada rasullallah
Diselangi dengan selawat kepada Muhammad SAW
Dan istigfar

Jadikanlah ikhlas kunci setiap perbuatan
mengharapkan hanya rahmat dan redha ALLAH
Al quran dan Hadis sebagai pegangan dan panduan dalam kehidupan

In sya ALLAH

Wednesday 20 January 2016

0 Adakah kita yakin




Surah Al-Fatiha, Verse 5:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.



Surah Al-Anbiya, Verse 71:
وَنَجَّيْنَاهُ وَلُوطًا إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا لِلْعَالَمِينَ

Dan Kami seIamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia.

*jika rujuk terjemahan al quran yang lain ada dinyatakan nama negeri yang diberkahi itu ,syam dan palastine

Aku nak berkongsi di sini ...
adakah kita yakin pada firman dan janji ALLAH SWT
pada ayat di atas

Kerana dulu aku melalui zaman remaja yang mencari personaliti
aku tidak ada arah tuju ,mengikut mana yang sedap dengan kehendak nafsu semata-mata
Kehidupan cenderung kepada duniawi
gelisah kurang kacak ,berpendapatan kecil tiada kenderaan dan tiada teman wanita
Hobi juga ikut-ikutan kawan-kawan yang lebih berpengaruh dan berpendidikan tinggi serta kawan-kawan yang banyak merantau ke merata negara

Hingga aku tertarik dengan amalan seorang kawan karib aku
lalu meminta dia mengajar sedikit sebanyak apa yang diamalkannya

Alhamdulilah mujurlah kawan aku tidak sudi kongsi amalannya
dan aku bersyukur kepada ALLAH kerana masih dipeliharaNya
kerana amalan kawan itu banyak menyongsang daripada Al Quran dan Hadis

Jadi carilah ALLAH dan RASUL
Carilah Al Quran dan Hadis
Carilah keikhlasan
Carilah rahmat dan redha ALLAH

kerana semua itu sudah meliputi sekelian alam daripada personaliti di sisi makhluk
yang tidak menjanjikan apa-apa ,hanya sementara sahaja

Tauhidkan lah ALLAH SWT
Tauhidkan lah ALLAH dengan sebenar-benar tauhid

Tiada yang paling tinggi di dalam hati kita
Hanya ALLAH SWT
janganlah masukan kedalam hati kita
berhala-berhala yang kita sembah
seperti rumah kita ,kereta kita ,motosikal besar kita dan lain-lain tanpa kita sedari

Kerana itu akan mengundang kemurkaan ALLAH
tak salah nak mencari harta tetapi biarlah ukhrawi di utamakan terlebih dahulu dan sentiasa diberi keutamaan

Jika sudah solat belum tentu tauhid kepada ALLAH
Jika sudah zakat belum tentu tauhid kepada ALLAH
Jika sudah puasa belum tentu sudah tauhid
Jika sudah mengerjakan ibadah haji belum tentu sudah tauhid kepada Allah

Berbalik kepada ayat diatas ...
yakinkah kita kepada janji ALLAH
sekiranya belum pasti adakah kita sudah mentauhidkan ALLAH

Marilah mentauhidkan ALLAH dengan sebenar-benar tauhid tanpa menyekutukanNya dengan apa sekali pun
perbanyakan lah kalimah tauhid di dalam hati
La'illa ha'illallah muhammada rasullallah
diselangi dengan selawat ketika hati gundah gulana resah gelisah
dan istigfar apabila terbuat atau terkenang perkara maksiat

Perbanyakkan lah mengingati ALLAH SWT penuh keikhlasan dengan perkara sunat ataupun wajib
mengharapkan hanya rahmat dan redhaNya semata-mata

ALLAH itu penunai janji
Yakinlah

In sya ALLAH 

Sunday 10 January 2016

0 Bilakah berlakunya




Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halya; Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu; maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya). Al-Anbiyaa' 21:37

ALLAH berfirman bahawa kita manusia bersifat terburu-buru 
-maka hendaklah kita mohon kepadanya semoga dapat bersabar dalam segala hal
dan ALLAH  memberi amaran supaya jangan minta disegerakan (kedatangannya)
-tindak tanduk kitalah yang mengundang kemurkaan ALLAH SWT kerana banyak mengikut nafsu daripada mengikut kehendak ALLAH dan RASUL 



Dan (kerana tabiat terburu-burunya) mereka berkata: "Bilakah berlakunya janji azab itu, jika betul kamu orang-orang yang berkata benar?". Al-Anbiyaa' 21:38

-dangkalnya manusia ,terang-terangan ALLAH memberitahu bahawa kita ini bersifat terburu-buru
tidak mahu pula selaraskan kehendak diri mengikut kehendak ALLAH
-malah sampai peringkat mencabar ALLAH SWT dengan bertanya 'bilakah berlakunya janji azzab itu'


Kalaulah orang-orang kafir itu mengetahui apa yang akan menimpa mereka ketika mereka tidak dapat menahan atau mengelakkan api neraka dari muka dan belakang mereka, dan mereka pula tidak diberi pertolongan, (tentulah mereka segera beriman, dan tidak berkata demikian). Al-Anbiyaa' 21:39

-maka orang-orang kafir itu ialah golongan muslimin dan muslimat yang ingkar akan perintah ALLAH dan RASUL sebenarnya 
dan jika kita inginkan pertolongan seperti firman ALLAH pada ayat 39 diatas 
ikhlaslah dalam setiap perkara hanya mengharapkan rahmat dan redha ALLAH semata-mata 
pasti akan ada pertolongan daripada ALLAH SWT
samada kita sedar ataupun tidak 

tingkatkanlah tauhid kita kepada ALLAH dengan sebenar-benar tauhid
tanpa menyekutukan ALLAH dengan apa sekali pun hatta dengan diri kita sendiri 

perbanyakkanlah mengingati ALLAH dengan perkara sunat atau wajib
dan zikrullah kalimah tauhid di dalam hati
selawat ke atas MUHAMMAD SAW 
dan juga istigfar 

in sya ALLAH 



Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates