Agak-agak ,musuh jika nak menyerang
adakah terus serang membuta tuli
atau mereka mengkaji secara terperinci dari segenap sudut pihak lawan
dan jika kita yang mempunyai musuh
mestilah pula peka akan setiap gerakkan mereka
jangan mudah terpengaruh dengan sesuatu yang nampak baik
jika dilihat pada zaman Nabi SAW
setiap petunjuk atau wahyu yang turun
Nabi SAW akan memanggil sahabat untuk mencari kehendak ALLAH yang sebenar pada petunjuk atau wahyu itu
dan itulah konsep usrah yang harus kita amalkan ,terapkan di dalam kehidupan kita hari ini
Kerana musuh islam licik
mereka mengkaji Al Quran dan Hadis soheh
bagaimana dengan kita ...
setiap ayat Quran mesti dihayati ,difahami
kemudian amalkanlah di dalam kehidupan
begitu juga dengan Hadis soheh
mesti dihayati ,bukanya baca sepintas lalu tanpa mencari maksud yang dikiaskan
Hari ini umat manusia sedang menunggu dajal yang bermata satu
Dajal yang mereka faham ialah raksasa bersembunyi di dalam gua
Sedangkan dajal itu sebenarnya ialah kuasa
Kuasa yang selangkahnya separuh dunia ...
negara manakah yang kuasanya mempengaruhi dunia sekarang ini
bermata satu bererti melihat sesuatu perkara hanya sebelah pihak sahaja
Dan dajal mempengaruhi dengan memberikan rahmatnya
iaitu rahmat duniawi
bererti barang siapa yang mengikutinya
akan diberi kesenangan dunia
Jika kita perasan ...
itulah perjanjian yang pemimpin kita telah buat
perhatikanlah ,selepas ini ekonomi negara kita akan mula pulih
akan tetapi malangnya jika ekonomi terus berkembang dengan pesat
aqidah umat islam akan semakin rosak serosak-rosaknya
Kerana dalam masa yang sama
Yakjut dan makjut juga turut menular di dalam arus kehidupan
yakjut dan makjut pula bukanlah ulat
Ia adalah kiasan ,bererti seperti ulat yang makan daun
Jika dilihat keadaan ulat memakan daun
bentuk daun itu masih ada ,tetapi habis berlubang-lubang
Itulah menunjukan bahawa aqidah dan tauhid
umat islam akan terus hancur dan runtuh
hanya tinggal nama dan agama islam di kad pengenalan sahaja
mengamalkan al quran dan hadis didalam kehidupan
tidak ujud lagi pada diri dan keluarga masing-masing
Janganlah kita lalai daripada mentauhidkan ALLAH
didalam kehidupan sekarang ini
istiqomahlah mengingati ALLAH dengan perkara sunat dan wajib penuh keikhlasan
sentiasalah didalam hati berzikir kalimah tauhid
la'illa ha'illallah muhammada rasullallah
Diselangi dengan selawat kepada Muhammad SAW
Dan istigfar
Jadikanlah ikhlas kunci setiap perbuatan
mengharapkan hanya rahmat dan redha ALLAH
Al quran dan Hadis sebagai pegangan dan panduan dalam kehidupan
In sya ALLAH
0 comments:
Post a Comment