Thursday 12 August 2021

1 Covid tidak di angkat


Covid tidak diangkat tapi semakin parah


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Jelas perintah Allah SWT supaya kita tadabur/menghayati Al Quran


   Surah An-Nisa, 82:

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا


Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.


Terlalu banyak suruhan dan larangan dari Allah

Malangnya kita terlepas pandang


Maka Allah datangkan dalam bentuk yang nyata melalui wabak covid

Antara perkara yang dapat membendung penularan antaranya

Harus menjaga faktor kebersihan, jika di teliti bagaimana kita menjaga dengan bersungguh² kebersihan 

Begitulah seharusnya kita menjaga amanah dari Allah iaitu hati supaya kekal bersih/baik


Daripada Nu’man bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

 

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati .” 

[Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim (1599)]


Begitu juga dengan SOP yang menjadi rutin baharu tetap dalam kehidupan seharian kita sekarang ini 


Itulah kepatuhan seharusnya kita kepada Allah 

Amat  jelas masej dari Allah 


Kerana kitalah ummah akhir zaman

 

Terlalu jauh tauhid kita kepada Allah SWT 

Terlalu ikut ikutan

Surah Al-Baqara, 170:


Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?".


Jika dipandang tinggi ilmu itu sudah beriman kepada Allah, segolongan jin telah dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah kerana tinggi ilmunya,keikhlasannya dan kuatnya dia beribadat 

Malangnya dia suka membantah² kebenaran dari Allah malah menjadi riak dan takbur 

Maka Allah melaknat dia hingga ke hari kiamat


Ikhlas yang di pandang oleh Allah, biarlah sedikit ilmu yang kita tahu 

Ianya diamalkan dalam kehidupan seharian 

Tidak bermanafaat jika tinggi ilmu tetapi tidak mengamalkannya

 

Bagaimana keadaan kita hari ini apabila mendepani wabak covid atau masalah² besar

Adakah kembali kepada Allah dahulu atau makhluk 

Jika makhluk itulah betapa nipisnya iman

Tak hairanlah Allah murka 

Redha Allah sentiasa mendahului maka dikirimkan bencana

Kerana sifat manusia, apabila terantuk baru tengadah


Statistik menunjukkan hanya 20% umat islam di malaysia solat, berapa peratus pulak yang solat 5 waktu penuh, berapa peratus pulak yang solat benar² ikhlas 


Kembalilah kita mentauhidkan Allah SWT dengan sebenar² TAUHID  

Mengingati Allah terbahagi kepada dua yang wajib dan yang sunat

Yang wajib ialah segala perintah Allah dan Rasul

Dan yang sunat ialah puasa sunat, solat sunat duha, solat malam, membaca Al Quran dsb

Kuncinya IKHLAS 


Sentiasa berzikir di dalam hati dan menjaga solat fardhu, terdapat banyak zikir untuk mengingati Allah 

Jangan sesekali menyekutukan Allah 

Walaupun dengan diri sendiri, naluri sendiri perasaan sendiri

Setiap amal perbuatan mestilah ikhlas  


Cuma apabila terasa susah hati 

Perbanyakkan selawat 

Hingga hati terasa tenang, apabila tenang zikirlah 

Kalimah tauhid 

Apabila teringat dosa 

Istighfarlah 

Hingga hati terasa tenang, apabila tenang zikirlah 

Kalimah tauhid 

Apabila ditimpa musibah ucaplah 

Innalillahiwainailairojiun 

Hingga hati terasa tenang, apabila tenang zikirlah 

Kalimah tauhid 


In sya Allah



#allahmurka

#tauhid

#jagahati

#wabakdiangkat

Wednesday 4 August 2021

0 Kejayaan wabak covid diangkat

 Kejayaan Di Angkatnya Wabak Covid



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Lazimnya kita akan ambil paracetamol apabila sakit kepala, betapa yakinnya kita bahawa akan sembuh atau kerana ianya di lakukan oleh masyarakat umum


Begitu juga dalam kita memohon doa bantuan kepada Allah SWT


Surah Ghafir, Verse 60:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ


Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".


setakat mana kita yakin pada Allah, tidak boleh di buat² kerana ia hasil dari amalan dan keIKHLASan


Terfikirkah dibenak kita

Kitab yang pertama Zabur pada Nabi Daud kemudian Taurat dan Injil

Berapa lama agaknya jarak ia di turunkan bermula kitab Zabur pada Nabi Daud kemudian kitab Taurat pada Nabi Musa dan kitab Injil pada Nabi Isa


Bererti kehancuran aqidah dan tauhid pada ummah ketika itu

Maka Allah SWT munurunkan kitab seterusnya untuk dibina semula aqidah dan tauhid melalui RasulNya


Kita hari ini 1500 tahun sudah berlalu

Bagaimana agaknya aqidah dan tauhid kita  ❗❓


Kembalilah kita kepada ajaran Al Quran dan Hadis yang soheh

Tak kira apa fahaman aliran mazhab

Cuba kita yakin seperti paracetamol

Kepada setiap perkara yang benar² bersumber daripada Al Quran dan Hadis soheh



Dari Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi ” (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih

Sekarang zaman fitnah vs bukti

Cubalah berdoa pada Allah penuh keikhlasan, niat sungguh² nak mencari rahmat dan redha Allah

Cuba dulu berlapang dada jangan nak pertahankan pegangan kita

Tinggalkan seketika amalan yang jelas tidak diajarkan oleh Baginda Nabi SAW

Jika Allah tak perkenankan juga, teruskanlah amalan itu


Iman itu ertinya percaya 

Adakah kita benar² percaya kepada rukun iman yang enam 

Ia berkait rapat dengan yakin 

Keduanya tidak boleh dibuat²  begitu juga ikhlas


Allah janjikan perlindungan pada golongan ini 

Bagaimana cara

Jaga solat fardhu

Banyakkan mengingati Allah dengan perkara sunat atau wajib 

Latihkan sentiasa zikrullah didalam hati dengan

laa illallah haillallah muhammada rasullallah

Selawat dan istigfar

innalillahiwainailairojiun

Apabila ditimpa musibah 

Kuncinya IKHLAS


#jagasolat

#alqurandanhadis

#yakinpadaAllah

#coviddiangkat

Tuesday 27 July 2021

0 Ubat Covid 19 Paling Berkesan



UBAT COVID 19 DIJUMPAI

semua kita ketahui tentang musnahnya kaum² terdahulu kerana ingkari Allah & Rasul

Setiap Rasul di utus hanya untuk menyampaikan  TAUHID


Diriwayatkan oleh Abdul Rahman ibn Abd al-Rabb, bahawa Baginda SAW bersabda:


إِنَّهُ لَمْ يَكُنْ نَبِيٌّ قَبْلِي إِلاَّ كَانَ حَقًّا عَلَيْهِ أَنْ يَدُلَّ أُمَّتَهُ عَلَى خَيْرِ مَا يَعْلَمُهُ لَهُمْ وَيُنْذِرَهُمْ شَرَّ مَا يَعْلَمُهُ لَهُمْ


Maksudnya: Tiada seorangpun Nabi sebelumku, kecuali menjadi tanggungjawab ke atasnya untuk menunjukkan jalan yang benar kepada umatnya, dan memperingatkan mereka akan jalan keburukan.

Sahih Muslim (1844)


Dan Al Quran pula hanya memberi khabar gembira atau ancaman


Surah An-Nisa, 165:

رُّسُلًا مُّبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا


(Mereka Kami utus) selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


Ketahuilah keadaan umat ketika itu, jika zaman Junjungan Besar Nabi Muhammad saw adalah zaman jahiliah kerana tidak menyembah Allah SWT

Mereka menyembah berhala secara nyata bererti tiada langsung itiqad mereka ketika itu pada kebesaran kekuasaan Allah


Setelah Rasullallah saw menyampaikan tauhid secara terang ada yang masih tidak terima atau menentang

Maka sedikit demi sedikit mereka ditimpa musibah berbagai bala bencana


Kaitannya pada kita hari ini, sedarkah kita adalah jahiliah moden

Islam ya, solat ya, zakat ya haji ya syahadah ya

Itiqad ?

Setakat mana itiqad kita pada Allah, tinggi mana Allah di dalam hati kita, perlaksanaan setiap perbuatan kerana Allah atau nafsu

Betul kita tidak sembah berhala tetapi kita menyembah nafsu di dalam diri kita sendiri, hanya kita  yang tahu di mana kedudukan Allah di dalam hati kita samada tinggi atau rendah

Adakah tuntutan Allah dan Rasul yang akan kita tunaikan duhulu atau kehendak nafsu yang selalu kita utamakan di dalam kehidupan seharian

  

Tahukah kita yang kita harus selaraskan setiap kehendak kita seharian, mengikut kehendak Allah

Kuncinya ialah IKHLAS


Belum terlambat, mulalah mentauhidkan Allah penuh keikhlasan

Dengan menjaga solat fardhu dan zikrullah 

Iaitu mengingati Allah setiap masa di dalam hati dengan

 Lailaha illallah muhammada rasullallah 

Selawat dan istigfar 

Innalillahiwainailairojiun 

ketika ditimpa musibah


Tegakkanlah sunah di dalam kehidupan 

Amalkan Al Quran dan Hadis soheh 

 

Pasti akan diangkat wabak covid 19 ini

in sya Allah


Tak kira apa pegangan aliran mazhab 

Kembalilah dengan penuh kesungguhan hidupkan semula amalan yang benar² bersumber dari Al Quran dan hadis yang soheh 

Tinggalkanlah amalan² yang jelas tidak diajarkan oleh Baginda Nabi saw 


Bukti dan contoh Allah telah perlihatkan kepada individu² yang mengamalkannya 

Dan pasti Allah akan perlihatkan kebesaranNya

Yakinlah pada Allah 

Bergantunglah hanya kepada Allah SWT 

Bermulalah dari diri kita sendiri dahulu mentauhidkan Allah 

Kemudian ajaklah isteri dan anak² serta keluarga terdekat dan jiran tetangga serta masyarakat


in sya Allah ini lah sebenarnya ubat covid 19


#ikhlas

#tauhid

#itiqad

#alquran

#hadissoheh

#janganriakdantakbur

Monday 12 April 2021

0 Marhaban

 Marhaban ya ramadhan akhi

Thursday 4 March 2021

4 Yang merosakkan megah



Surah At-Takathur, Verse 1-3

Bermegah-megahan telah melalaikan

 kamu,sampai kamu masuk ke dalam kubur.

Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),

Surah Ash-Shura, Verse 20

Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.

Tauhidkan lah Allah penuh keihlasan

Jangan sesekali menyekutukanNya

Dan lazimkan mengingati/zikir kepada Allah setiap masa


Tuesday 2 March 2021

0 Perjanjian yg terlepas pandang




Surah Al-Insan, Verse 1:

Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?

Surah Al-Insan, Verse 2:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

Surah Al-Insan, Verse 3:

Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.

Surah As-Sajda, Verse 9:

Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.

Surah Al-Araf, Verse 172:

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",t

Tiada alasan kita tidak tahu tentang islam, ini lah bukti perjanjian roh kita bersama Allah. 

Tauhidkan lah Allah penuh keikhlasan



Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates