Covid tidak diangkat tapi semakin parah
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Jelas perintah Allah SWT supaya kita tadabur/menghayati Al Quran
Surah An-Nisa, 82:
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.
Terlalu banyak suruhan dan larangan dari Allah
Malangnya kita terlepas pandang
Maka Allah datangkan dalam bentuk yang nyata melalui wabak covid
Antara perkara yang dapat membendung penularan antaranya
Harus menjaga faktor kebersihan, jika di teliti bagaimana kita menjaga dengan bersungguh² kebersihan
Begitulah seharusnya kita menjaga amanah dari Allah iaitu hati supaya kekal bersih/baik
Daripada Nu’man bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati .”
[Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim (1599)]
Begitu juga dengan SOP yang menjadi rutin baharu tetap dalam kehidupan seharian kita sekarang ini
Itulah kepatuhan seharusnya kita kepada Allah
Amat jelas masej dari Allah
Kerana kitalah ummah akhir zaman
Terlalu jauh tauhid kita kepada Allah SWT
Terlalu ikut ikutan
Surah Al-Baqara, 170:
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?".
Jika dipandang tinggi ilmu itu sudah beriman kepada Allah, segolongan jin telah dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah kerana tinggi ilmunya,keikhlasannya dan kuatnya dia beribadat
Malangnya dia suka membantah² kebenaran dari Allah malah menjadi riak dan takbur
Maka Allah melaknat dia hingga ke hari kiamat
Ikhlas yang di pandang oleh Allah, biarlah sedikit ilmu yang kita tahu
Ianya diamalkan dalam kehidupan seharian
Tidak bermanafaat jika tinggi ilmu tetapi tidak mengamalkannya
Bagaimana keadaan kita hari ini apabila mendepani wabak covid atau masalah² besar
Adakah kembali kepada Allah dahulu atau makhluk
Jika makhluk itulah betapa nipisnya iman
Tak hairanlah Allah murka
Redha Allah sentiasa mendahului maka dikirimkan bencana
Kerana sifat manusia, apabila terantuk baru tengadah
Statistik menunjukkan hanya 20% umat islam di malaysia solat, berapa peratus pulak yang solat 5 waktu penuh, berapa peratus pulak yang solat benar² ikhlas
Kembalilah kita mentauhidkan Allah SWT dengan sebenar² TAUHID
Mengingati Allah terbahagi kepada dua yang wajib dan yang sunat
Yang wajib ialah segala perintah Allah dan Rasul
Dan yang sunat ialah puasa sunat, solat sunat duha, solat malam, membaca Al Quran dsb
Kuncinya IKHLAS
Sentiasa berzikir di dalam hati dan menjaga solat fardhu, terdapat banyak zikir untuk mengingati Allah
Jangan sesekali menyekutukan Allah
Walaupun dengan diri sendiri, naluri sendiri perasaan sendiri
Setiap amal perbuatan mestilah ikhlas
Cuma apabila terasa susah hati
Perbanyakkan selawat
Hingga hati terasa tenang, apabila tenang zikirlah
Kalimah tauhid
Apabila teringat dosa
Istighfarlah
Hingga hati terasa tenang, apabila tenang zikirlah
Kalimah tauhid
Apabila ditimpa musibah ucaplah
Innalillahiwainailairojiun
Hingga hati terasa tenang, apabila tenang zikirlah
Kalimah tauhid
In sya Allah
#allahmurka
#tauhid
#jagahati
#wabakdiangkat
Nice post thank you Cheryl
ReplyDelete