Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Tuesday, 18 March 2014

0 menitis air mata aku





bagaimana pula kita mengamalkan sunnah-sunnah Baginda Rasullallah SAW di dalam kehidupan seharian kita hari ini 
kembalilah kita kepada al quran dan hadis mengikut apa yang disampaikan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW 
tingkatkanlah tauhid kita kepada ALLAH SWT dengan memperbanyakkan kalimah tauhid di dalam hati di samping selawat dan istigfar dengan penuh keikhlasan mengharapkan rahmat dan redha ALLAH semata-mata 

Sunday, 20 October 2013

0 setiap kali menonton setiap kali itulah aku sebak




setiap kali menonton video ini setiap kali itulah aku sebak ...
agaknya bagaimanakah junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW
menyampaikan risalah tauhid kepada para sahabat 1500 tahun dahulu
dan bagaimana pula para sahabat baginda SAW mengamalkan dengan bergsungguh sungguh
apa yang disampaikan kepada mereka
hinggakan tauhid mereka kepada ALLAH SWT begitu utuh
tidak ada apa yang dapat mengubah pegangan mereka kepada al quran dan hadis
walaupun diletakkan batu besar di atas dada

kita hari ini ...
agaknya bagaimana pula tauhid kita kepada ALLAH SWT dan kepada baginda Rasullallah SAW
adakah kehidupan seharian kita selalu kita pastikan berlandaskan al quran dan hadis
adakah selalu kita utamakan kehendak ALLAH SWT dahulu
atau kita selalu mendahulukan kehendak diri kita sendiri
adakah kita selalu memeriksa setiap niat apa yang kita lakukan
dan adakah kita sentiasa menjaga keikhlasan lillah hi'taala di dalam setiap perkara

jadi aku mengingatkan diri aku sendiri dan kepada semua pengunjung blog MK
marilah kita sama sama kembali mentauhidkan ALLAH SWT dengan keikhlasan
dan memastikan supaya ianya makin mantap
dengan memperbanyakkan mengingati ALLAH SWT di dalam hati
perbanyakkanlah kalimah tauhid
LA'ILLAH HA'ILLALLAH MUHAMMADA RASULLALLAH




Saturday, 9 June 2012

0 bagaimana hendak mencari kesedaran begini ...



setakat mana kefahaman kita pada rahmat dan redha dari ALLAH SWT 
adakah kita rasa beruntung kerana lahir di dalam keluarga islam
atau kita hanya islam pada kad pengenalan

bagaimana pula keadaan kita hendak mengadap ALLAH SWT ketika solat 
adakah kerana rutin
atau kerana terpaksa 
mungkin hanya kerana nak habiskan solat sahaja 
bukannya kerana hendak mencari rahmat dan redha dari ALLAH SWT 

perasaan ketika solat pula 
adakah kita seronok ketika hendak menunaikan perintah ALLAH SWT  
atau rasa malas yang amat sangat 
atau tidak rasa apa apa 

marilah kita cuba hayati video di bawah ini 
semoga dapat menaikkan semangat atau kesedaran kita di dalam mencari rahmat dan redha ALLAH SWT

wallahhualam 

inshaallah ...




Friday, 24 February 2012

0 'firewall'



cuba amati video ini walaupun tak paham
apakah perbezaan dengan diri kita

bagaimana dengan keadaan kita dengan islam hari ini
setakat mana kita mempraktikkan islam di dalam kehidupan seharian kita
orang di luar sana menangis nangis hanya membaca khutbah
tetapi kita masih tak habis habis  dengan keseronokkan duniawi
termasuk diri aku sendiri
rasanya kalau kita faham pun isi kandungan khutbah tersebut belum tentu kita mampu menangis

aku sendiri masih memdedahkan diri kepada maksiat dan dosa dosa secara sengaja
masih tiada kekuatan dalaman hendak bersungguh sungguh menegakkan hak hak ALLAH swt di dalam diri sendiri
kerana asyik melayan kehendak nafsu dan asyik selaraskan kehendak diri dengan kehendak nafsu(syaitan)
bukannya nak selaraskan kehendak diri dengan kehendak ALLAH swt

selagi kita asyik menurut bisikan nafsu umarah atau asyik selaraskan kehendak diri dengan kehendak syaitan
selagi itulah kita tidak akan ada kekuatan untuk menegakkan hak hak ALLAH swt di dalam kehidupan seharian kita
kita sendiri yang rosakkan  firewall diri kita

aku ingatkan diri aku sendiri dan kepada pembaca pembaca
marilah kita perbanyakkan mengingati ALLAH swt di dalam hati di samping menjaga solat fardu
dan kita cubalah sedaya upaya selaraskan kehendak kita dengan kehendak ALLAH swt dan RASULNya

wallah hualam

inshaallah ...  
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates