Friday, 24 February 2012

0 'firewall'



cuba amati video ini walaupun tak paham
apakah perbezaan dengan diri kita

bagaimana dengan keadaan kita dengan islam hari ini
setakat mana kita mempraktikkan islam di dalam kehidupan seharian kita
orang di luar sana menangis nangis hanya membaca khutbah
tetapi kita masih tak habis habis  dengan keseronokkan duniawi
termasuk diri aku sendiri
rasanya kalau kita faham pun isi kandungan khutbah tersebut belum tentu kita mampu menangis

aku sendiri masih memdedahkan diri kepada maksiat dan dosa dosa secara sengaja
masih tiada kekuatan dalaman hendak bersungguh sungguh menegakkan hak hak ALLAH swt di dalam diri sendiri
kerana asyik melayan kehendak nafsu dan asyik selaraskan kehendak diri dengan kehendak nafsu(syaitan)
bukannya nak selaraskan kehendak diri dengan kehendak ALLAH swt

selagi kita asyik menurut bisikan nafsu umarah atau asyik selaraskan kehendak diri dengan kehendak syaitan
selagi itulah kita tidak akan ada kekuatan untuk menegakkan hak hak ALLAH swt di dalam kehidupan seharian kita
kita sendiri yang rosakkan  firewall diri kita

aku ingatkan diri aku sendiri dan kepada pembaca pembaca
marilah kita perbanyakkan mengingati ALLAH swt di dalam hati di samping menjaga solat fardu
dan kita cubalah sedaya upaya selaraskan kehendak kita dengan kehendak ALLAH swt dan RASULNya

wallah hualam

inshaallah ...  

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates