Thursday, 23 February 2012

0 mencari dan pegangan

pendapatan aku agak mewah untuk seorang yang masih bujang
tetapi ianya tidak pernah mencukupi perbelanjaan aku tiap tiap bulan
hanya cukup cukup makan sahaja
simpanan ...
tiada

aku akan terus membeli apa sahaja yang aku inginkan pada ketika itu
sememangnya aku menurut bulat bulat nafsu umarah
yang selalu membisik di dalam diri aku tanpa menilainya baik atau pun buruk
jadi bagaimana aku hendak menyimpan duit atau berjimat cermat

dalam masa yang sama aku mencari cari di manakah jalan yang sebenar untuk sampai kepada ALLAH swt dan kekasihNya iaitu junjungan besar kita nabi muhammad saw

setelah aku bertemu dengan seorang kawan yang berpesan kepada aku supaya perbanyakkan mengingati ALLAH swt di dalam hati dengan ikhlas dan menjga solat fardu
akhirnya aku ditawarkan untuk bekerja di sebuah syarikat bumiputra yang baru ditubuhkan
tetapi pendapatan agak kurang banyak berbanding sebelumnya
biasalah syarikat baru ,'income' belum stabil
aku ditawarkan jawatan sebagai 'marketing'

setelah difikirkan masak masak dan sedalam dalamnya
aku menerima tawaran tersebut

pada permulaan kerja aku agak tidak dapat menyesuaikan diri
kerana pendapatan aku yang banyak berkurangan
jadi aku cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang kurang
aku cuba menggantikan barang barang keperluan aku yang berjenama kepada barangan yang berjenama juga tapi gred kedua atau ketiga
ianya tetap masih boleh digunakan
cuma nafsu kita sendiri ja yang memberontak kerana dah terlalu lama kita manjakan dia (nafsu)

dan apabila syarikat bertambah maju
permintaan pun makin bertambah
maka aku terpaksalah berkerja lebih masa dan keluar 'outstation'

di sinilah masalah makin runcing di dalam diri aku
aku berkerja dah sekian lama tetapi pendapatan tak seberapa
kawan kawan sebaya aku pulak makin ramai yang dah berjaya dan berpendapatan besar
jadi mula timbul perasaan tidak puas hati di dalam diri aku
aku mula mempertikaikan dan mencari alasan untuk mempertahankan hak diri aku

sebenarnya semasa di syarikat sekaranglah aku bebas beribadah
aku banyak menimba ilmu agama di dalam syarikat ini
daripada aku seorang yang amat jahil agama
alhamdulilah kini aku dah semakin nampak bayangan agama ALLAH iaitu islam

apabila diamati lebih halus
aku sebenarnya sedang dimainkan oleh nafsu aku sendiri
supaya aku menjadi fitnah kepada agama islam
mana tak fitnahnya
asalnya aku seorang yang tidak beragama kaki khayal tidak solat
kemudian aku berubah
menjadi alim (kununnya) bercerita agama dengan kawan kawan
tup tup tak lama lepas tu aku berhenti kerja dan kembali ke pangkal jalan lama (mungkar)

pasti kawan kawan dan masyarakat sekeliling yang mengenali diri aku akan  mengatakan
ah setakat tu ja lah yang dia boleh buat
itu untuk diri aku tetapi impak sebenarnya jika diteliti ialah pada agama islam
maka di sini akan menunjukkan bahawa imej islam itu tidak kuat
tidak mampu untuk mengekalkan seseorang untuk terus di dalam islam dalam erti kata yang sebenar
jadi
aku mempertahankan bisikan bisikan yang jahat yang selalu mengajak aku berhenti kerja
dengan alasan ini

kerana yang tidak kekal di dalam islam itu adalah mereka sendiri yang tidak elok bukannya islam itu tidak elok
kita sendiri yang memilih untuk tidak mahu selaraskan kehendak kita dengan kehendak ALLAH swt dan nabi muhammad saw
maka kita sendirilah yang terpinggir daripada islam
cuma di kad pengenalan yang bertulis islam

oleh itu tidak lain dan tidak bukan
marilah kita teruskan mengingati ALLAH swt di dalam hati kita setiap masa dengan zikrullah atau solat

wallah hualam

inshaallah ...




0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates