Sunday, 5 February 2012

3 zikir + nafas + kesihatan




supaya kita tetap dan tidak terlupa zikir dalam hati atau mengingati ALLAH swt setiap masa
ingatlah nafas ketika berzikir
kerana kita tak pernah berhenti bernafas

semasa menarik nafas sebutlah LA ILLAH HAILLALLAH
dan semasa menghembus nafas sebut pula MUHAMMADA RASULLALLAH

memang agak kurang selasa pada permulaan
tetapi inshaallah akan lancar dan teratur setelah kita mendapat rentaknya inshaallah

aku copy paste satu entri pasal kesihatan di bawah


Ilmu Nafas memang tidak asing di kalangan pengikut-pengikut Yoga, Tai Chi, Qi Gong dan Sufi Islam. Orang-orang tua Melayu dahulukala yang mahir ilmu tenaga dalam, menekankan corak pernafasan yang betul, guna meningkatkan ‘tenaga dalam’, yang dikenali juga dengan nama chi, qi, prana atau qudrah (tenaga kosmik yang wujud di sekeliling kita)



Malangnya dengan gaya hidup kita sekarang yang serba-serbi nak cepat ditambah dengan persekitaran yang sentiasa STRESS, kita terdorong untuk bernafas secara ‘cetek’ (shallow breathing) dan cepat. Mengikut kajian, ini akan menyebabkan kita kurang menyedut chi (tenaga kosmik) dan ini akan mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, jantung, kanser dll.

Kajian moden di negara barat telah membuktikan, dengan bernafas secara perlahan dan dalam, ianya dapat menurunkan tekanan darah, mengurangkan stress dan membantu aliran darah ke seluruh tubuh. http://www.naturalnews.com/023327_breathing_blood_blood_pressure.html

Ada dua jenis pernafasan ie pernafasan dada (chest breathing) dan pernafasan perut (abdominal breathing).
—–Cuba anda tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan.
Apakah yang mengembang? bahagian dada atau perut?
Corak pernafasan yang baik ialah bila bahagian dada mengembang bila anda menarik nafas.Ini kerana pusat tenaga dalam bukan terletak di dada tetapi di perut, yang digelar ‘solar plexus’.
Jika anda jenis yang bernafas melalui dada, dengan latihan rutin, sebenarnya anda boleh
mengubah kepada jenis pernafasan melalui perut.
Latihan Pernafasan 4-4-4.
Ini adalah teknik asas latihan pernafasan yang boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja, dan dengan kebiasaan, ianya dapat meningkatkan tenaga dalam atau chi kita.
1) Duduk bersila dengan tegak dan rileks
2) Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dan pastikan bahagian perut mengembang (bukan dada!) dengan kiraan 1,2,3,4.Tahan nafas di perut.
3) Tahan nafas di perut dalam kiraan 1,2,3,4
4) Hembus nafas melalui hidung dalam kiraan 1,2,3,4 perlahan-lahan.
Lakukan dalam 5-10 cycle mengikut kesesuaian masa anda, tapi sekurang-kurangnya 5-10 minit sehari pun dah cukup! ataupun bila anda dalam keadaan STRESS!

p/s: Anda boleh tukar kiraan 1,2,3,4 kpd lafaz ‘lailahaillallah muhammada rasullallah’ dalam hati-maka ini jadi zikir-insya-Allah.(Credit kepada Cikgu Lothfi,Pyracosmic yang mengajar saya ilmu ini)



wallah hualam

inshaallah ...

3 comments:

  1. Info yang ringkas tapi padat. Amat sesuai untuk saya yang baru mula berusaha mendekati Pencipta saya.
    Mohon tuan kongsikan tips untuk terus kekal zikir dalam hati ni tanpa terlupa atau lalai. Jazakallah khairan.

    ReplyDelete

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates