Thursday, 2 February 2012

0 pekara asas pun masih tak lepas lepas

'first' sekali maaflah kerana dah terlalu lama aku tak manaip dan asyik 'copy paste' ja entri
sebenarnya aku sendiri pun masih tunggang langgang di dalam hendak mengabdikan diri kepada ALLAH swt
terutamanya mengenai ISTIQAMAH
cakap memang senang tetapi bila tiba masa nak laksanakan ...mashaallah ...(terlungkup)
tetapi selagi ada NIAT kita hendak mendekatkan diri kepada ALLAH swt dan kekasihnya
inshaallah pasti ada jalan
dan kita mestilah bermujahadah dengan
berjihad melawan hawa nafsu sendiri iaitu jihad akhbar
inshaallah ....

solat
semua umat islam wajib solat
rasanya semua di antara kita tahu tentang solat dan hukum hukumnya
tetapi bagaimanakah kualiti solat kita
adakah kita menunaikan solat di awal waktu
adakah kita benar benar merasa yang kita sedang berdiri di hadapan khaliq (pencipta) kita ALLAH swt
adakah kita mengetahui yang kita mesti merendahkan diri kepada ALLAH swt
adakah kita dapat memberikan tumpuan kepada bacaan bacaan ketika solat dan mengetahui maknanya
pernahkah kita fikirkan bagaimana hendak memberikan tumpuan kepada bacaan di hati tanpa akal melayang entah kemana

solat kerana perintah ALLAH swt dan solat kerana mencari rahmat dan redha ALLAH swt
adalah dua pekara yang sangat berbeza jika kita memahaminya

aku sendiri solat sesuka hati aku yang penting tidak terlepas waktu
dan ketika solat aku suka ringkaskan
terutamanya di dalam bacaan surah aku akan baca surah yang pendek pendek
dan bila dah selesai solat aku  berdoa pun buat syarat ja dan
terus cabut

tiba solat sunat pulak seperti solat malam dan dhuha
aku mampu solat banyak rakaat dan lama dengan memanjangkan  bacaan surah surah
senang dan aku ada kekuatan untuk memperbanyakkan solat sunat
tetapi sebenarnya niat aku dah lari dalam beribadah
aku dah mula timbul perasaan riak kerana menyangka dah menjadi ahli abid (ahli ibadah) kununnya

dan apabila aku hendak membetulkan semula niat beribadah kerana mencari rahmat dan redha ALLAH swt
subhanallah ...
segala-galanya berubah
aku menjadi semakin malas dan tiada kekuatan hendak beribadah
aku mesti memaksa diri untuk solat apabila masuk waktu
solat malam aku hanya mampu solat taubat dengan bacaan surah yang ringkas dan solat witir ja satu rakaat
itu pun banyak terbabas daripada buat

pesan dari ustaz aku tunaikanlah solat di awal waktu dan kembali betulkan niat IKHLAS kerana ALLAH swt  didalam setiap pekara
di samping sentiasa menjaga zikrullah di dalam hati dengan kalimah
LA ILLAH HA'ILLALLAH MUHAMMADA RASULLALLAH

wallah hualam

inshaallah ...

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates