Tuesday, 7 February 2012

1 kehendak

anak anak bila demam biasanya tidak mahu makan
nak minum dan susu ja
akhirnya muntah kerana perut masuk angin

sama juga dengan anak aku
aku akan mula naik marah apabila anak aku tak mahu makan

sedangkan aku dah terlupa bahawa itu adalah kehendak aku
kehendak aku ialah aku nak anak aku supaya makan
tapi bagaimana pula dengan kehendak ALLAH swt
adakah begitu caranya aku memberikan anak aku makan ...

anak aku tak mahu ikut kehendak aku pun aku dah mula naik marah
bagaimana pula jika kita tak ikut  kehendak ALLAH swt ya
pasti kemurkaan daripada ALLAH swt terhadap kita kan
kerana kehidupan seharian kita ,kita mesti sentiasa selaraskan semampu yang mungkin
kehendak kita dengan kehendak ALLAH swt

pekara ini termaktub dalam rukun iman
iaitu percaya kepada qada qadar

qada ialah kehendak

qadar pula ketentuan

contoh :
jika minum racun itu pasti akan mati dari segi logik akal
akan tetapi adakah itu kehendak ALLAH swt terhadap kita
pasti tidak ,kita sendiri yang hendak meminumnya dan ketentuannya kita pasti mati

cuba kita selaraskan kehendak kita dengan kehendak ALLAH swt ketika kita hendak minum racun
cuba kita fikir dengan akal yang waras dan beriman
apakah aku patut buat untuk selesaikan masalah ,dan bukannya dengan meminum racun
pasti ketentuannya ialah masalah kita akan selesai (inshaallah)
atau kita tak mati dalam keadaan minum racun

bagaimana hendak mencari kehendak ALLAH
selalulah membaca al quran dan bacalah terjemahannya
mohonlah pada ALLAH swt apakah kehendakNYA dalam ayat yang kita baca terhadap diri kita
inshaallah ...

1 comments:

  1. salam...dalam hidup kita mencari cahaya kita teruji dengan ujian yang tanpa kita sedari ada dihadapan kita ...saat kita hampir lemas hanya kalimah yang terpancul di benak hati kita "Allah Oh akbar" ingatlah dunia ini hanya pinjaman marilah kita berhati-hati berada didalamnya...

    ReplyDelete

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates