Showing posts with label al quran. Show all posts
Showing posts with label al quran. Show all posts

Friday, 8 November 2013

0 Menyayat Hati




Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit. 

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan
sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.
Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap
masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...
Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar
masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid...  "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.

Monday, 10 December 2012

0 Pengabaian



23 Ramadhan 1431H. Masjid Rawwas, Kaherah. Solat Tahajjud. Imam Dr. Khaled Abu Shady khusyuk membacakan ayat-ayat suci al-Quran.  Pada suatu ketika tiba pada ayat 27-30, surah al-Furqan, yang bermaksud:

27. dan (ingatlah) pada hari orang-orang zalim menggigit kedua-dua tangannya (menyesali dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama Rasul.
28. "Wahai celakanya aku! Alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu (syaitan atau orang yang menyesatkannya di dunia) menjadi sahabat karib.
29. "Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan syaitan itu sentiasa mengecewakan (pengkhianat) manusia".
30. Dan berkatalah Rasul (Nabi Muhammad s.a.w): "Wahai Tuhanku. Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini diabaikan (satu panduan hidup yang ditinggalkan)".
(Al-Furqan: 27-30)


Ayat ke-30 diulang-ulang bacaannya oleh imam. Suara imam mula bercampur tangisan, menggambarkan hati yang khusyuk, faham dan sedar akan mesej ayat tersebut. Baginda Rasulullah s.a.w. mengadu kepada Allah s.w.t. tentang pengabaian terhadap Al-Quran. Suasana malam yang hening disapa angin keinsafan.

Peringatan yang menusuk jiwa. Tajam.   

‘Ibrah

Sesungguhnya ‘ibrah (pengajaran) pada ayat-ayat Allah turut diambil pada umum lafaz.
العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب
Pengajaran (diambil) pada umum lafaz, bukan sekadar khususnya sebab (penurunan ayat)

Pengabaian Terhadap Al-Quran

Al-Quran dan As-Sunnah itu menerangkan deen Islam. Prinsip-prinsip Islam.
As-Syahid Imam Hasan al-Banna menyatakan usul(prinsip) pertama dalam rukun bai’ah al-Fahmu :

Quote
Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek kehidupan.
Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat.
Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan.
Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman.
Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan.
Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah.
Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.


Sejauh mana pengamalan al-Quran dalam kehidupan? Sejauh mana pengamalan prinsip-prinsip Islam dalam kehidupan?
Kita amati diri, keluarga, masyarakat dan ummah. Masih ada pengabaian.

Allah s.w.t memberi perintah dan amaran:
"Dan ikutlah sebaik-baik apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai pedoman hidup) dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.”
(Az-Zumar: 55)

Masih ada pengabaian. Buktinya, apa yang kita lihat pada hari ini. Pelanggaran larangan Allah, maksiat kepadaNya. Pengabaian solat, zakat dan puasa. Pakaian tidak menutup aurat dan tidak menepati syara'. Ikhtilat tidak syar’ie, khalwat, zina, rogol, rempit, curi, arak, judi, rokok, dadah, bunuh, homoseksual, murtad, pecah amanah, rasuah dan Al-Quran tidak diambil sebagai perlembagaan.

Allah s.w.t memberi perintah dan amaran:
Dan peliharalah diri kamu daripada bala bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah sangat berat azab seksaNya.
(Al-Anfaal: 25)

Tindakan Kita

Kita beramal, mengambil pelajaran daripada Al-Quran, merawat jiwa.
Kita sebarkan peringatan, dakwah ilAllah.
Kita berjuang! Moga masyarakat dan tanahair kita, aman damai di bawah panji Islam dan Iman, dinaungi hidayah dan rahmah Allah s.w.t.

Firman Allah Ta’ala:
Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Yunus: 57)


Rintihan


Dan berkatalah Rasul (Nabi Muhammad s.a.w): "Wahai Tuhanku. Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini diabaikan (satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai)".
(Al-Furqan: 30)

Ayat ke-30 diulang-ulang bacaannya oleh imam. Suara imam mula bercampur tangisan, menggambarkan hati yang khusyuk, faham dan sedar akan mesej ayat tersebut. Baginda Rasulullah s.a.w. mengadu kepada Allah s.w.t. tentang pengabaian terhadap Al-Quran. Suasana malam yang hening disapa angin keinsafan.

sumber

jadi marilah kita sama sama mulakan sedikit demi sedikit menjinakkan diri kita dengan al quran 
membaca al quran dan terjemahannya 
menghayati makna makna ayat yang kita baca 
cuba mengamalkan di dalam kehidupan semampu yang mungkin daripada apa yang kita faham pada ayat yang dibaca 


Wednesday, 10 October 2012

0 sombong yang dikekalkan



Para pemimpin kafir Quraisy mahupun orang bawahannya telah menyedari, punca utama orang ramai memasuki serta tertarik kepada Islam setelah mereka mendengar bacaan al-Quran.  Oleh itu mereka berusaha menghalang orang ramai dari mendengarkannya.  Secara diam-diam, dalam fikiran orang-orang kafir Quraisy sendiri tertanya-tanya, "Apakah yang menyebabkan al-Quran itu hebat?. 

 Perasaan ingin tahu memberontak dalam jiwa mereka.  Atas desakan inilah maka terjadinya peristiwa yang melucukan.  Pada suatu malam yang sunyi sepi dan gelap gelita, kelihatan tiga bayang-bayang hitam sedang menuju kerumah Muhammad.

Mereka itu ialah Abu Jahal, Abu Sufian dan Al Akhnas B. Syarik.  Ketiga-tiganya adalah pemimpin kaum kafir Quraisy.  Tujuannya hanya untuk mendengar alunan suara bacaan al-Quran oleh Muhammad.  Mereka menyangkakan tiada siapa yang tahu akan perbuatan itu dan mereka sendiri tahu perbuatan ini adalah menyalahi etika mereka sendiri.  Setelah masing-masing merasa puas mendengar bacaan oleh Muhammad, mereka pun beredar.  Dengan takdir Allah Ta'ala ketiga-tiga pemimpin ini bertemu di suatu persimpangan dan masing-masing tercengang kehairanan.

Apakah yang telah dilakukan oleh sahabat mereka dalam kegelapan malam yang sebegini?.  Setelah dapat menyelami perasaan sesama sendiri, mereka pun tertawa dan menyesali perbuatan sendiri.  Mereka pun berjanji, apa yang terjadi sebentar tadi tidak akan diulangi lagi.  Janji tinggal janji, malam kedua dan ketiga hingga seterusnya mereka tetap mengulangi secara diam-diam.  Begitulah sikap orang-orang kafir dari dulu hingga kesaat ini, hati mereka mengakui akan kebenaran Islam tetapi sikap sombong serta angkuh telah mengatasi segalanya.

Al-Quran adalah panduan kehidupan kita dan merupakan salah satu rukun iman yang wajib kita imani.
bagi mereka yang mengikut dan memahami isi al-quran akan berbahagialah hidup di dunia dan di akhirat...

Friday, 10 August 2012

0 adakah kehidupan kita berlandaskan al Quran ?



Wahyu pertama kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s disempurnakan pada malam ke-6 bulan Ramadhan, 
manakala kitab Zabur kepada Nabi Daud a.s pada malam 21 Ramadhan yang jaraknya antara satu kitab itu 500 tahun. 
Kemudian Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s pula diturunkan pada malam ke-12 bulan Ramadhan yang jaraknya 1200 tahun.

Al-Quran diwahyukan pada malam 27 Ramadhan kepada Nabi Muhamad SAW di gua Hiraq yang jarak dengan Injil selama 600 tahun. 

Persoalan di sini 
Adakah kita terfikir jarak antara kitab Taurat dan kitab Zabur diturunkan oleh ALLAH SWT hanya sekitar 500 tahun 
ertinya dalam jangkamasa 500 tahun itu sebelum turunnya kitab Zabur 
manusia pada zaman Nabi Musa a.s telah melakukan keingkaran terhadap segala perintah-perintah ALLAH SWT yang terkandung di dalam kitab Taurat 

Maka ALLAH SWT turunkan pula kitab Zabur kepada Nabi Daud a.s 
untuk menambah baik akhlak manusia pada zaman Nabi Daud supaya dapat mentaati dan mematuhi segala perintah-perintah ALLAH SWT yang terkandung di dalam kitab Zabur 

Malangnya memang jelas sifat manusia itu suka mengingkari dan amat tidak suka mematuhi dan mentaati segala perintah-perintah ALLAH SWT 
dek kerana lebih suka melayan nafsu diri sendiri 

Tidak hairanlah ALLAH SWT menurunkan pula kitab Injil kepada Nabi Isa a.s selang 1200 tahun  
agak malang juga dan semakin jelas bahawa sifat manusia itu memang suka menurut nafsu daripada menurut perintah-perintah ALLAH SWT yang terkandung di dalam kitab-kitab ALLAH SWT 

Dan yang lebih malang 
jika kita amati sungguh-sungguh 
jarak  kitab Injil dan al Quran hanya sekitar 600 tahun diturun oleh ALLAH SWT kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW 

Kesimpulannya 
turunnya satu kitab ke satu kitab itu kerana manusia pada satu-satu zaman itu telah mengingkari segala perintah-perintah ALLAH SWT dengan begitu 'ekstrim' sekali 

jadi bagaimana dengan kita 
umat Nabi Muhammad SAW yang dibekalkan dengan al Quran yang dah turun sejak 1500 tahun dahulu dan tidak ada lagi kitab selepas al Quran .

Adakah itu bererti kita tidak mengingkari segala perintah-perintah ALLAH SWTdan menjalani kehidupan seharian berlandaskan segala perintah-perintah ALLAH SWT dan RASULNYA ?

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing 
hanya kita yang mampu menjawab 

Oleh itu marilah kita semua kembali kepada agama ALLAH yang sebenar-benar di sisi ALLAH SWT yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW 
dengan menjadikan al Quran dan Hadis sebagai panduan di dalam kehidupan seharian 


Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

(A-li'Imraan 3:103)


... Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

(Al-Hasy-r 59:7)

Dari Zaid bin Arqam ra, katanya: Bahawa Rasulullah saw bersabda: "Kitab Allah Azza wa Jalla ialah tali Allah (sebab yang membawa kepada rahmat Allah), sesiapa yang menurutnya: beradalah ia dalam hidayat petunjuk yang sebenar-benarnya, dan (sebaliknya) sesiapa yang meninggalkannya: beradalah ia dalam kesesatan..

(Muslim)

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw." 

(Imam Malik)

Dari Al-'Irbaadh bin Sariyah ra, katanya Rasulullah telah menasihati dan mengingati kami, pada suatu hari lepas sembahyang Subuh dengan satu nasihat dan peringatan yang sangat-sangat mendalam dan berkesan, yang menjadikan (pendengar-pendengarnya) menitiskan air mata dan menjadikan hati (mereka) gerun gementar. Lalu berkatalah salah seorang lelaki (di antara kami) "Sesungguhnya nasihat ini nasihat orang yang memberi selamat tinggal, maka apakah pesanan yang tuan hendak pesankan kepada kami ya Rasulullah?" baginda menjawab: "Aku berpesan kepada kamu dengan takwa kepada Allah, dan mendengar serta taat kepada (pemerintah kamu) sekalipun dia seorang hamba bangsa Habsyi, kerana sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup (selepas ku) akan melihat perselisihan yang banyak, dan (dengan yang demikian) berjaga-jagalah kamu, jauhkanlah diri dari perkara-perkara yang baharu (yang diada-adakan dalam agama), kerana sesungguhnya perkara-perkara itu adalah sesat; oleh itu sesiapa di antara kamu yang berada di zaman berlakunya yang demikian, maka hendaklah ia menurut jalanku dan jalan khalifah-khalifah (ku) yang mendapat pimpinan lagi beroleh hidayat petunjuk; berpegang teguhlah kamu kepadanya dengan seteguh-teguhnya." 

(Tirmizi)

Dari Abdullah bin 'Amr, ra katanya: Rasulullah saw bersabda: "Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga ada di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah kepada tujuh puluh dua puak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga puak, semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja". Sahabat-sahabat bertanya: "Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah?" baginda menjawab: "Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku." 

(Tirmizi)



Wednesday, 8 August 2012

0 kehidupan berlandaskan al quran




Betapa dahulu jahilnya diri aku mengenai Al Quran sedangkan ALLAH SWT  telah hadirkan ia sebagai petunjuk jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya. Dahulunya hanya sekadar mengaji Al Quran tanpa memahami maksud terjemahan ayat Al Quran itu sendiri. Mungkin ada ramai di kalangan kita tidak peka akan hal ini. 
Soalan mudah untuk kita semua sekiranya kita ini benar–benar menghayati Al Quran itu. Jika sukar untuk kita menjawabnya, maka sama–samalah kita muhasabah diri kita kembali. Bagi mereka yang dapat menjawabnya, sama–samalah kita saling ingat mengingati.
1.    Surah yang ke 11 ?
2.    Dalil kenapa kita diciptakan@ matlamat kita dijadikan ?
3.    Surah Yusuf surah yang keberapa ?
4.    Surah Al – insyirah surah ke berapa ?
5.    Dalil 2:44 mengenai apa ?
“ … Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. 
(QS An Nahl, 16:89)
Di dalam Al Quran tiada keraguannya. Segala persoalan yang perlukan ada jawapan, Al quran adalah rujukan yang pertama buat kita. 
Aku mengingatkan diri aku supaya mengaplikasikan ayat–ayat yang dibaca setiap hari seiring dengan perjalanan harian dalam seharian. Tetapi sejauh mana kita bersungguh–sungguh untuk menghayatinya ? . 
Alangkah indahnya kehidupan kita sekiranya kita berupaya menzahirkan perbuatan kita sejak dari bangun di pagi hari sampailah tidur di malam hari, kita perbaharui niat untuk berfikir, berbicara, dan bertindak berlandaskan ajaran Al Quran dan Hadis . InsyaAllah, jika kita bertekad dan berusaha pasti ALLAH SWT permudahkan niat baik kita ini.
Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. 
(QS An Nahl, 16: 97)
Mari kita sama–sama bina hari kita agar kehidupan seharian kita dalam lingkungan damai yang jauh dari tekanan, keresahan, dan kekhawatiran di dunia ini berpandukan dengan Al Quran. 
InsyaAllah, dengan kehendak ALLAH SWT, perjalanan hidup kita sesuai dengan ajaran Al Quran dan Sunnah akan membuat kita mampu mengembangkan sebuah pemahaman yang luas, kecerdasan yang unggul, kemampuan untuk membezakan antara yang benar dan yang salah (hak dan batil), dan kemampuan untuk mempertimbangkan sebuah urusan secara mendalam. 
Dan menjalani kehidupan dengan berserah diri kepada ALLAH SWT sesuai dengan ajaran Al Quran akan sepenuhnya berbeza dengan orang lain dalam hal cara bertindak, duduk dan berjalan, dalam sudut pandangnya dan dalam cara menjelaskan serta menafsirkan sesuatu, juga dalam pemecahan yang ia temukan atas persoalan yang dihadapinya..

Monday, 6 August 2012

0 sebab musabab al quran diturunkan




Al Qur'anul Karim diturunkan oleh Allah swt. kepada Nabi Besar Muhammad saw. adalah untuk menyempurnakan petunjuk-petunjukNya kepada manusia agar dapat mencapai kebahagiaan hidup di dunia maupun di akhirat.
Sebelum Al Qur'an diturunkan, manusia telah mendapat tiga macam petunjuk dari Allah swt., yaitu:

Ilham Fithri

Ilham Fithri adalah petunjuk yang diberikan oleh Allah swt. pada saat manusia baru saja lahir di dunia ini. Dengan ilham fithri ini bayi yang baru lahir sudah dapat merasakan lapar, kenyang, haus, puas, panas, dingin dan lain sebagainya; dapat menyatakan perasaannya yang tak enak dengan bahasa yang sama di seluruh dunia, yaitu menangis; dan memiliki kemampuan untuk menetek serta menelan makanan yang disuapkan kepadanya. Petunjuk ini dimaksudkan agar sang bayi dapat melangsungkan hidupnya di dunia ini. Sebab andaikata bayi yang baru lahir itu tidak diberi kemampuan seperti tersebut di atas oleh Penciptanya, yaitu Allah swt., maka pada waktu yang relatif pendek bayi tersebut pasti mati. Jadi petunjuk pertama yang diberikan dengan gratis oleh Sang Pencipta ini adalah untuk kepentingan manusia itu sendiri, dan sama sekali bukan untuk kepentingan Allah swt. yang memberikan petunjuk tersebut. Dalam surat Asy Syams ayat 7, Allah berfirman:
وَنفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا
Demi jiwa dan apa saja yang menyempurnakannya.

اَلْحَوَاسُ الْخَمْسُ atau Panca Indera

Bagi binatang bersel satu, dengan satu petunjuk saja dari Penciptanya, dia sudah dapat hidup dan berkembang biak dengan baik. Akan tetapi bagi manusia, dia tidak mungkin dapat hidup dengan petunjuk yang pertama saja. Sebab kalau sampai dewasa manusia hanya dapat menangis dan menetek saja, maka siapakah yang akan meneteki? Oleh karena itu kita wajib bersyukur kepada Allah swt. yang dengan kasih sayang-Nya, tanpa diminta dan tanpa dibeli, telah berkenan memberikan petunjukNya yang kedua yang berupa:
  • Pendengaran, dengan telinga sebagai alatnya.
  • Penglihatan, dengan mata sebagai alatnya.
  • Pencium, dengan hidung sebagai alatnya.
  • Pengecap, dengan lidah sebagai alatnya.
  • Peraba, dengan kulit sebagai alatnya.

Af'idah atau rasio atau akal pikiran

Bagi binatang ternak seperti kerbau, sapi, kambing dan lain sebagainya, dengan dua petunjuk dari Penciptanya, sudah dapat hidup dan berkembang biak dengan baik. Akan tetapi manusia tidak mungkin dapat hidup dengan dua macam petunjuk di atas. Lebih-lebih panca indera yang diberikan oleh Allah swt. kepada manusia memiliki banyak kekurangan dibandingkan dengan binatang-binatang tertentu. Disamping itu, Allah swt. memberikan kelebihan-kelebihan tertentu, seperti: terbang, lari kencang, kekuatan, kepandaian memanjat dan lain sebagainya kepada binatang-binatang yang tidak diberikan kepada manusia.
Oleh karena itu kita wajib bersyukur kepada Allah swt. yang dengan kasih sayang dan karunia-Nya, tanpa kita minta dan tanpa kita beli, telah berkenan memberikan petunjukNya yang ketiga berupa af'idah atau ratio atau akal pikiran. Dalam Al Qur'an surat An Nahlu ayat 78 Allah swt. telah berfirman:
وَاللّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُوْنِ اُمَّهاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَمْعَ وَالاَبْصَارَ وَالاَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ.
Artinya: "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati (akal pikiran), agar kamu bersyukur".
Dengan akal pikiran ini, manusia tidak hanya dapat membedakan dirinya dengan binatang, akan tetapi dengan akal pikiran yang dimiliki, manusia telah mampu menciptakan alat-alat tehnologi yang sangat canggih dan sangat mengagumkan. Bahkan jika hasil penemuan akan pikiran sekarang ini diceriterakan pada zaman Majapahit, kemungkinan besar orang yang berceritera tidak dipercaya orang dan bahkan dianggap gila. Dapat kita bayangkan tanggapan dan sikap orang, jika pada zaman itu ada orang yang berceritera bahwa segala kejadian yang terjadi di dunia dapat kita lihat dan kita saksikan, meskipun jaraknya sangat jauh atau ribuan kilometer; dan kitapun dapat berwawancara dan berkomunikasi dengan orang lain di seluruh dunia tanpa harus dibatasi oleh jarak. Apa saja yang rasanya tidak mungkin terjadi pada zaman itu, sekarang ini sudah dapat kita saksikan dengan mata kepala kita, sehingga tidak mengherankan jika ada sementara orang yang karena silau menyaksikan kecerdasan akal pikiran dan otak manusia yang luar biasa, telah beranggapan bahwa untuk mencapai kebahagiaan hidup yang sejati, manusia cukup mengandalkan kemampuan akal pikiran saja dan tidak perlu agama yang mereka anggap menghambat kemajuan akal pikiran manusia; sehingga agama itu harus disingkirkan jauh-jauh dari kehidupan manusia. Demikianlah pendapat dan faham dari golongan sekuler.
Akan tetapi, betapapun cerdas, jenius dan brilian akal pikiran seseorang, ternyata akal dikiran itu memiliki kelemahan pokok yang tidak akan pernah dapat diatasi oleh akal pikiran itu sendiri. Tiga kelemahan pokok tersebut adalah:
Akal pikiran manusia meskipun cerdas, ternyata tidak dapat mengetahui hakekat kebenaran. Buktinya adalah banyaknya teori kebenaran yang telah dikemukakan oleh para ahli filsafat. Padahal kita tahu bahwa kebenaran yang sejati itu hanyalah satu. Disamping itu, setiap percekcokan, pertengkaran, perkelahian dan peperangan yang terjadi di seluruh dunia ini, sumbernya pastilah karena masing-masing pihak berebut benar.
Akal pikiran manusia meskipun cerdas, ternyata tidak dapat mengetahui hakekat dan letak kebahagiaan hidup. Apa yang dibayangkan oleh seseorang akan membahagiakan hidupnya, ternyata setelah apa yang dibayangkan tersebut tercapai, justeru seringkali mengantarkannya kepada kesengsaraan hidup yang berkepanjangan.
Akal pikiran manusia meskipun cerdas, ternyata tidak mampu menjawab tujuh macam pertanyaan yang diajukan kepadanya, yaitu:
  • Dari mana asal manusia ini sebelum hidup di dunia?
  • Mengapa manusia harus hidup di dunia ini?
  • Siapa gerangan yang menghendaki kehidupan manusia di dunia ini?
  • Untuk apa sebenarnya manusia hidup di dunia ini?
  • Mengapa setelah manusia terlanjur senang hidup di dunia ini dia harus mati, pada hal tidak ada orang yang menginginkan kematian?
  • Siapa sebenarnya yang menghendaki kematian manusia itu?
  • Setelah manusia mati, ruhnya berpisah dengan raganya, kemana ruh manusia itu pergi?
Ketiga macam kelemahan akal pikiran manusia tersebut di atas adalah suatu bukti yang nyata bahwa manusia mutlak memerlukan petunjuk dari Sang Pencipta akal pikiran manusia itu sendiri, dan bukan petunjuk dari selain-Nya.
Oleh karena itu kita wajib bersyukur kepada Allah swt., Pencipta manusia dan alam semesta, yang telah berkenan memberikan petunjuk yang keempat yang dipergunakan untuk menyempurnakan petunjuknya yang ketiga. Petunjuk yang keempat inilah yang dikenal dengan nama "Ad Dien" (agama), yang diberikan oleh Allah swt. kepada manusia melalui para nabi yang diangkat sebagai rasul atau utusan Allah, sejak rasul yang pertama yaitu nabi Adam as. sampai dengan yang terakhir, yaitu Nabi Besar Muhammad saw. Sedangkan petunjuk keempat yang diberikan kepada Nabi Besar Muhammad saw. semuanya telah terkumpul dalam sebuah kitab suci, yaitu Al Qur'anul Karim yang diberikan secara gratis oleh Allah swt. tanpa diminta dan dibeli. Dan sebagaimana petunjuk yang pertama sampai dengan yang ketiga, maka petunjuk yang keempat inipun diberikan oleh Allah swt. untuk kepentingan manusia dalam usaha mencapai kebahagiaan hidup. Disamping sebagai petunjuk, Al Qur'anul Karim juga berfungsi sebagai penjelasan tentang cara melaksanakan petunjuk dan sebagai pemisah antara yang hak dan yang bathil, sebagaimana firman Allah dalam surat Al Baqarah ayat 185 yang antara lain berbunyi:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِى اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًا لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ ... الآية
Artinya: "Bulan Ramadlan ialah bulan yang diturunkan pada bulan tersebut Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan sebagai penjelasan tentang petunjuk tersebut dan pemisah (antara yang hak dan yang bathil) ... dst".
Jika petunjuk yang pertama sampai dengan yang keempat diberikan oleh Allah swt. secara gratis tanpa diminta, maka masih ada lagi satu petunjuk yang tidak diberikan secara gratis, tetapi harus diminta, yaitu: "Kasyful Quluub" (tersingkapnya tabir hati). Petunjuk ini adalah petunjuk yang kelima atau yang terakhir yang diberikan oleh Allah swt. kepada manusia.
Orang yang telah mendapatkan petunjuk yang kelima ini, dia tidak hanya mengetahui akan kebenaran agama Islam, akan tetapi dia dapat merasakan betapa nikmat rasanya menjadi orang yang memeluk agama Islam, menjadi orang yang beriman dan melakukan ibadah, khususnya melakukan shalat, karena shalat itu pada hakekatnya adalah menghadap Allah swt. sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw. yang antara lain berbunyi:
وَجُعِلَتْ قُرَّةُ عَيْنِى فِى الصَّلاَةِ
... dan telah dijadikan kesenangan hatiku dalam shalat.
Akan tetapi petunjuk ini harus diminta, paling sedikit 17 (tujuh belas) kali sehari semalam, yaitu pada setiap raka'at shalat, pada waktu kita membaca surat Al Fatihah, pada ayat yang berbunyi:
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ
Berilah kami petunjuk jalan yang lurus yang dapat mendekatkan diri kepada-Mu.
Apabila permohonan ini disertai dengan usaha membersihkan hati dari sifat-si-fat yang tercela yang induknya disebutkan oleh Imam Al Ghozali sebanyak sepuluh, yaitu:
  1. Tamak makan
  2. Tamak bicara
  3. Suka marah
  4. Hasud
  5. Bakhil dan senang harta
  6. Ambisi dan gila hormat
  7. Senang dunia
  8. Membanggakan diri
  9. Takabbur
  10. Riya' (mencari simpati manusia dengan amal ibadah)
Kemudian hati yang telah bersih dari sifat-sifat yang tercela itu dihiasi dengan sifat-sifat yang terpuji yang induknya oleh Imam Al Ghozali juga disebutkan sebanyak sepuluh, yaitu:
  1. Taubat
  2. Khouf (khawatir) dan raja' (berharap)
  3. Zuhud
  4. Sabar
  5. SyukurIkhlas dan jujur
  6. Tawakkal
  7. Mencintai Allah
  8. Rela terhadap ketetapan Allah
  9. Selalu mengingat mati dan hakekatnya
Dan dalam setiap ibadah selalu berusaha memusatkan seluruh perhatian jiwa untuk menghadap kepada Allah swt. Maka pada saat Allah swt. berkenan memberikan petunjukNya yang kelima kepada seseorang yang telah melakukan usaha seperti tersebut di atas, Allah swt. memasukkan nur atau cahaya ke dalam hatinya yang akan menerangi seluruh hati dan tubuhnya ... dan di saat inilah orang tersebut merasakan kelezatan iman dan kelezatan ibadah.

Kapankah Al Qur'an itu diturunkan?

Al Qur'an itu diturunkan dua kali, yaitu yang pertama diturunkan sekaligus sebanyak 30 juz dari tempatnya yang asli (lauh makhfudh) ke langit dunia, ditempatkan di suatu tempat yang dinamakan "Baitul 'Izzah" pada suatu malam yang terkenal dengan nama "Lailatul Qadar", sebagaimana firman Allah swt. dalam surat Al Qadar ayat 1 yang berbunyi:
إِنَّا اَنْزَلْنَاهُ فِى لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Sesungguhnya Kami menurunkan Al Qur'an pada malam qadar.
Yang kedua adalah Al Qur'an diturunkan sedikit demi sedikit kepada Nabi Besar Muhammad saw. dalam masa 22 tahun, 2 bulan, dan 22 hari. Ayat yang pertama kali turun pada tanggal 17 Ramadlan pada waktu berada di gua Hira' setelah beliau genap berumur 40 tahun, adalah lima ayat dalam surat Al 'Alaq yang berbunyi:
إِقْرَأْ بِاسْمْ رَبِّكَ الَّذِىْ خَلَقَ * خَلَقَ الإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ * إِقْرَأْ وَرَبُّكَ الاَكْرَمُ * الَّذِىْ عَلَّمَ بِالْقَلَمِ * عَلَّمَ الإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ *
Artinya: "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya".
Sedang ayat yang terakhir kali turun sewaktu Nabi Besar Muhammad saw. berada di Mina melakukan haji wada' (haji Nabi saw. yang terakhir kalinya), adalah yang tersebut dalam surat Al Ma'idah ayat 3 yang berbunyi:
... اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ وَاَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِىْ وَرَضِيْتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيْنًا ...الآية
Artinya: "Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni'mat-Ku, dan telah Ku-ridlai Islam itu jadi agama bagimu...."
Jadi ayat-ayat Al Qur'an yang turun kepada Nabi Besar Muhammad saw. adalah berangsur-angsur dan tidak sekaligus. Hal ini mengandung hikmah yang antara lain:
  • Agar lebih mudah dimengerti dan dilaksanakan. Orang akan enggan melaksanakan perintah dan larangan, sekiranya perintah dan larangan itu diturunkan sekaligus banyak. Hal ini disebutkan oleh Bukhari dari riwayat 'A'isyah ra.
  • Di antara ayat-ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kemaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya Al Qur'an diturunkan sekaligus.
  • Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi akan lebih mengesankan dan lebih berpengaruh di hati.
  • Memudahkan penghafalan. Orang-orang musyrik yang telah menanyakan mengapa Al Qur'an tidak diturunkan sekaligus, sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an surat Al Furqan ayat 32 yang berbunyi sebagai berikut:
  • وَقَالَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا لَوْلاَ نُزِّلَ عَلَيْهِ الْقُرْآنُ جُمْلَةً وَاحِدَةً ، كَذلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤَادَكَ وَرَتَّلْــنَاهُ تَرْتِيْلاً.
    Artinya: "Berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa Al Qur'an itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?. Demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya kelompok demi kelompok".
  • Di antara ayat-ayat ada yang merupakan jawaban dari pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan, sebagaimana dikatakan oleh Ibnu 'Abbas ra. Hal ini tidak dapat terlaksana kalau Al Qur'an diturunkan sekaligus.

Cara Al Qur'an diwahyukan

Nabi Muhammad saw. dalam hal menerima wahyu, mengalami bermacam-macam cara dan keadaan, di antaranya:
  1. Malaikat itu memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini Nabi saw. tidak melihat sesuatu apapun, hanya beliau merasa bahwa wahyu itu sudah berada saja dalam kalbunya. Mengenai hal ini Nabi saw. mengatakan: "Ruhul Qudus mewahyukan ke dalam kalbuku", sebagaimana disebutkan dalam surat Asy Syuura ayat 51 yang berbunyi:
  2. وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ اَنْ يُكَلِّمَهُ اللّهُ اِلاَّ وَحْيًا اَوْ مِنْ وَرَآءِ حِجَابٍ اَوْ يُرْسِلَ رَسُوْلاً فَيُوْحِيَ بِإِذْنِهِ
    مَا يَشَآءُ ، إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيْمٌ.
    Artinya: "Dan tidak mungkin bagi seorang manusia bahwa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau di belakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu diwahyukan kepadanya dengan seizinNya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana".
  3. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi saw. berupa seorang laki-laki yang mengucapkan kata-kata kepadanya, sehingga beliau mengetahui dan hafal benar akan kata-kata itu.
  4. Wahyu datang kepadanya seperti gemerincingnya lonceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan oleh Nabi saw. Kadang-kadang pada keningnya berpancaran keringat, meskipun turunnya wahyu itu di musim dingin yang sangat. Kadang-kadang unta beliau terpaksa berhenti dan duduk karena merasa amat berat, bila wahyu itu turun ketika beliau sedang mengendarai unta. Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit, "Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika wahyu turun seakan-akan diserang  oleh demam yang keras dan keringatnya bercucuran seperti permata. Kemudi an setelah selesai wahyu turun, barulah beliau kembali seperti biasa".
  5. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi saw., tidak berupa seorang laki-laki seperti keadaan nomor 2, tetapi benar-benar seperti rupanya yang asli.
  6. Hal ini tersebut dalam Al Qur'an surat An Najmu ayat 13 - 14 sebagai berikut:
    وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً اُخْرَى ، عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى.
    Artinya: "Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, yaitu di Sidratil Muntaha."
*Disusun oleh:* Drs. KH. Achmad Masduqi

Saturday, 4 August 2012

1 fahamilah sungguh-sungguh




Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan keizinanNya jua dapat kita berjumpa di alam siber - satu alam zahir yang hanya transparent (zahir) bagi pemilik internet. Rencana atau koleksi tazkirah ini insyallah boleh dijadikan sumber rawatan di tengah-tengah kesakitan rohani yang dialami oleh umat dewasa ini.

Isi kandungan tazkirah ini bukanlah berdasarkan pendapat sendiri malahan saya petik dari pelbagai sumber termasuk Al-Quran, Hadith serta kita-kitab ulamak serta petikan kuliyah yang dihadiri. Dalam Islam sebenarnya sudah tercerna lengkap dengan pelbagai rumusan dan cara rawatan bagi mengatasi masalah kegawatan jiwa dan sebagainya. Ini tidak didapati dalam agama-agama lain yang sibuk bertungkus lumus mencipta teori dan ism untuk mengubat jiwa seperti kaedah yoga, menelan pil, dadah, menonton wayang/tv/video, berkreasi di hutan lipur, memanjat gunung, mengadakan konsert dan pelbagai aktiviti rakan dan sebagainya; padahal itu hanya menyesat dan menambahkan kerosakan jiwa yang lebih gawat. 

Jalan keluar bagi semua kekalutan ini ialah melalui Islam yang syumul dan lengkap dari awal hingga akhir dunia. Nabi Muhammad saw sudah menggariskan mereka yang berpegang dengan 2 pusaka yang ditinggalkannya tidak akan sesat selama-lamanya. Kedua-dua sumber itu ialah Al-Quran dan Hadith. 

Jelas, bahawa Al-Quranulkarim adalah alat penyembuh dan pencuci roh teragung yang mampu menggilap semula jiwa manusia untuk kembali ke jalan lurus yang diredhai Allah. Inilah ubat yang hampir pupus dan dilupakan oleh masyarakat modern hari ini sehingga mereka mencari ubat-ubat lain yang bukan menjadi penawar malah menghancurkan kemanusiaan itu sendiri. Ubat yang dijumpai adalah racun pada hakikatnya. 

Tazkirah kali ini akan memfokuskan tentang perlunya kita (terutama diri saya sendiri) supaya bermuzakarah dengan Al-Quran sehingga tilawah Al-Quran menjadi budaya yang mampu merubah atau meruntun perjalanan hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya. 

Kepentingan Al-Quran: 

"Sesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya bagaimana untuk mensucikannya, ya Rasulullah? Baginda menjawab, dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati." - Hadith 

"Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith 
"Ahli Quran ialah Ahlullah" 

"Bacalah Al-Quran. Kamu diberi pahala dengan setiap bilangan huruf yang dibaca." - Ibnu Mas'ud 

"Tiap-tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As 

"Rumah yang dibacakan Al-Quran nescaya lapanglah penghuninya, luas kebajikan, masuklah malaikat dan keluarlah syaitan. Rumah yang tidak dibacakan Al-Quran, sempitlah penghuninya, sedikitlah kebajikan, keluarlah malaikat dan masuklah syaitan" - Abu Hurairah 

Zaman ini, hati manusia sentiasa terdedah dengan kekotoran disebabkan maksiat yang dilakukan. Setiap maksiat membawa kepada dosa dan setiap dosa akan menambah setompok titik hitam di dalam hati nurani dan menjadikan ia gelap hingga sukar melihat jalan kebenaran. Apabila tompok-tompok hitam sudah memenuhi sebahagian besar hati, maka yang benar (haq) dilihat sebagai salah (batil) dan yang salah (bathil) dipandang sebagai benar (haq). 
Maka ketika itu kompas hidup sudah tidak berfungsi lagi. Syaitan bermaharajalela menunggang diri membawa ke mana saja yang dihajatinya. Hati kita juga tidak terlepas daripada kekotoran ini dan memerlukan penyucian sebagai persiapan untuk berdepan dengan malaikat Munkar-Nakir dan lebih-lebih lagi hebat semasa berdepan dengan Allah Rabbul-Jalil di hari kiamat nanti. 
Salah satu cara menyuci hati ialah dengan membaca Al-Quran. 

Islam dari dulu lagi menganjurkan umatnya supaya membaca Al-Quran, menganalisa atau meneliti kandungannya serta mengamalkan apa yang dibaca. Generasi awal sungguh gemar dan giat membaca, malah ada yang mengkhatamkan 30 hanya Al-Quran setiap hari, seminggu sekali atau sebulan 2 atau 3 kali. Sungguhpun begitu mereka tetap bergiat dengan kerja-kerja dunia serta maju di dalam pelbagai bidang kehidupan. Musuh Islam memandang potensi yang ada di dalam Al-Quran dan cuba menghalang umat Islam daripada membacanya. 
Lantas direka pelbagai cara media massa (audio dan video) untuk melalaikan mereka. Akhbar, majalah hiburan, radio, televisyen, video, filem, komputer dan akhir-akhir ini internet direka dan dieksploit untuk merosakkan budaya Islamik yang diterapkan oleh Al-Quran. 
Ternyata strategi mereka mengena. Akhir-akhir ini kita lihat umat Islam dilekakan dengan TV, radio, komputer, tayangan gambar, majalah hiburan dan sebagainya. Umat Islam semakin renggang dengan Al-Quran. Akhbar harian menjadi ketagihan. Mereka mampu membaca akhbar dari kulit ke kulit dua hingga tiga kali sehari tapi tidak mampu membaca walaupun sehelai atau satu ayat daripada Al-Quran. Mereka mampu duduk berjam-jam di depan set TV tapi tak mampu menghadap tok guru mengajar Al-Quran. Inilah penyakit masyarakat Islam hari ini. 

Kita perlu kembali kepada Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan hidup. Kalau tidak mampu membaca huruf Jawi, perlulah terlebih dulu mempelajarinya. Amat malang generasi kini yang bukan saja buta Al-Quran tetapi buta huruf Jawi yang menjadi perantaraan Al-Quran. Anak-anak murid dulu memang diasuh dan diajar dengan tulisan Jawi tapi malangnya sejak di'haram'kan pendidikan jawi di sekolah oleh seorang 'talibarut' musuh, ramai di antara kita sekarang tidak dapat membaca kita-kitab lama yang bertulisan Jawi. Malang sekali disebabkan tidak mengenal huruf Jawi, lantas Al-Quran diperjauhi dan dipermusuhi. 

Ada beberapa perkara yang harus diperhati semasa membaca Al-Quran. Di antaranya: 

suci dari hadas (besar atau kecil) 
duduk menghadap kiblat 
dibaca dengan tertib, tartil dan bertajwid 
memelihara hak-hak ayat 
disunatkan menangis semasa membaca terutama apabila sampai ayat ancaman dan amaran 
dinyaringkan supaya sekurang-kurangnya kedengaran oleh dirinya sendiri 
Antara amalan-amalan batin yang perlu diperhatikan: 
merasakan keagungan Al-Quran dan memikirkan maknanya satu persatu 
menghadirkan kebesaran Allah di dalam hati 
khusyuk semasa membaca 
fahamkan makna yang dibaca 
berfikiran tenang 
Di samping itu, jika dapat jadikan wirid harian/mingguan membaca surah-surah utama seperti Surah Yasin, Al-Mulk, Al-Waqiah, Ad-Dukhan dan sebagainya. 
Apa yang istimewa dalam tilawah ialah sungguhpun berulang-ulang kali dibaca ayat-ayatnya, seseorang tidak berasa jemu malahan semakin terasa akan kehebatan dan kelazatannya seolah-olah sedang berkomunikasi dengan Allah. Amat benarlah firman Allah "Sesungguhnya orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah hatinya menjadi takut gementar dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Allah, bertambahlah keimanannya dan mereka bertawakkal kepada Allah." 

Pada peringkat permulaan mungkin agaknya sukar untuk membaca dan mengkhatamkan Al-Quran. Sungguhpun begitu jangan pula tinggalkan langsung sesuai dengan kata orang tua-tua 'kalau tak mampu buat semua, jangan pula tinggalkan semua'. Mulakanlah sedikit demi sedikit. Insyaallah apabila kelazatan membaca sudah menebal, kemampuan untuk membacanya akan bertambah. Insyallah doa dan hajat kita akan dimakbulkan Allah. Hati akan berjinak-jinak dengan kalimah Allah dan berusaha mendengarnya melalui kaset-kaset atau CD Al-Quran yang terdapat di pasaran. Malahan dalam internet terdapat banyak tapak yang menyediakan ruangan Al-Quran secara audio. Mendengar Al-Quran juga diberikan pahala kerana Nabi saw pernah bersabda "Barangsiapa mendengar suatu ayat dari Kitab Allah (Al-Quran), nescaya ayat itu menjadi nur baginya pada hari kiamat." 

Marilah sama-sama kita mengubah cara hidup kita yang berhobikan hiburan dan material semata-mata kepada hobi mendengar dan membaca Al-Quran. Kurangkan masa membaca akhbar dan gantikan masa tersebut dengan membaca Al-Quran. Semoga hendaknya Allah matikan kita di dalam iman dan menghembuskan nafas terakhir dengan bibir yang masih basah berkumat-kamit melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran. Amin. 


* dipetik dari al azhar webnet
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates