Wahyu pertama kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s disempurnakan pada malam ke-6 bulan Ramadhan,
manakala kitab Zabur kepada Nabi Daud a.s pada malam 21 Ramadhan yang jaraknya antara satu kitab itu 500 tahun.
Kemudian Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s pula diturunkan pada malam ke-12 bulan Ramadhan yang jaraknya 1200 tahun.
Al-Quran diwahyukan pada malam 27 Ramadhan kepada Nabi Muhamad SAW di gua Hiraq yang jarak dengan Injil selama 600 tahun.
Persoalan di sini
Adakah kita terfikir jarak antara kitab Taurat dan kitab Zabur diturunkan oleh ALLAH SWT hanya sekitar 500 tahun
ertinya dalam jangkamasa 500 tahun itu sebelum turunnya kitab Zabur
manusia pada zaman Nabi Musa a.s telah melakukan keingkaran terhadap segala perintah-perintah ALLAH SWT yang terkandung di dalam kitab Taurat
Maka ALLAH SWT turunkan pula kitab Zabur kepada Nabi Daud a.s
untuk menambah baik akhlak manusia pada zaman Nabi Daud supaya dapat mentaati dan mematuhi segala perintah-perintah ALLAH SWT yang terkandung di dalam kitab Zabur
Malangnya memang jelas sifat manusia itu suka mengingkari dan amat tidak suka mematuhi dan mentaati segala perintah-perintah ALLAH SWT
dek kerana lebih suka melayan nafsu diri sendiri
Tidak hairanlah ALLAH SWT menurunkan pula kitab Injil kepada Nabi Isa a.s selang 1200 tahun
agak malang juga dan semakin jelas bahawa sifat manusia itu memang suka menurut nafsu daripada menurut perintah-perintah ALLAH SWT yang terkandung di dalam kitab-kitab ALLAH SWT
Dan yang lebih malang
jika kita amati sungguh-sungguh
jarak kitab Injil dan al Quran hanya sekitar 600 tahun diturun oleh ALLAH SWT kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW
Kesimpulannya
turunnya satu kitab ke satu kitab itu kerana manusia pada satu-satu zaman itu telah mengingkari segala perintah-perintah ALLAH SWT dengan begitu 'ekstrim' sekali
jadi bagaimana dengan kita
umat Nabi Muhammad SAW yang dibekalkan dengan al Quran yang dah turun sejak 1500 tahun dahulu dan tidak ada lagi kitab selepas al Quran .
Adakah itu bererti kita tidak mengingkari segala perintah-perintah ALLAH SWTdan menjalani kehidupan seharian berlandaskan segala perintah-perintah ALLAH SWT dan RASULNYA ?
Tepuk dada tanyalah iman masing-masing
hanya kita yang mampu menjawab
Oleh itu marilah kita semua kembali kepada agama ALLAH yang sebenar-benar di sisi ALLAH SWT yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW
dengan menjadikan al Quran dan Hadis sebagai panduan di dalam kehidupan seharian
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
... Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
Dari Zaid bin Arqam ra, katanya: Bahawa Rasulullah saw bersabda: "Kitab Allah Azza wa Jalla ialah tali Allah (sebab yang membawa kepada rahmat Allah), sesiapa yang menurutnya: beradalah ia dalam hidayat petunjuk yang sebenar-benarnya, dan (sebaliknya) sesiapa yang meninggalkannya: beradalah ia dalam kesesatan..
(Muslim)
Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw."
(Imam Malik)
Dari Al-'Irbaadh bin Sariyah ra, katanya Rasulullah telah menasihati dan mengingati kami, pada suatu hari lepas sembahyang Subuh dengan satu nasihat dan peringatan yang sangat-sangat mendalam dan berkesan, yang menjadikan (pendengar-pendengarnya) menitiskan air mata dan menjadikan hati (mereka) gerun gementar. Lalu berkatalah salah seorang lelaki (di antara kami) "Sesungguhnya nasihat ini nasihat orang yang memberi selamat tinggal, maka apakah pesanan yang tuan hendak pesankan kepada kami ya Rasulullah?" baginda menjawab: "Aku berpesan kepada kamu dengan takwa kepada Allah, dan mendengar serta taat kepada (pemerintah kamu) sekalipun dia seorang hamba bangsa Habsyi, kerana sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup (selepas ku) akan melihat perselisihan yang banyak, dan (dengan yang demikian) berjaga-jagalah kamu, jauhkanlah diri dari perkara-perkara yang baharu (yang diada-adakan dalam agama), kerana sesungguhnya perkara-perkara itu adalah sesat; oleh itu sesiapa di antara kamu yang berada di zaman berlakunya yang demikian, maka hendaklah ia menurut jalanku dan jalan khalifah-khalifah (ku) yang mendapat pimpinan lagi beroleh hidayat petunjuk; berpegang teguhlah kamu kepadanya dengan seteguh-teguhnya."
(Tirmizi)
Dari Abdullah bin 'Amr, ra katanya: Rasulullah saw bersabda: "Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga ada di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah kepada tujuh puluh dua puak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga puak, semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja". Sahabat-sahabat bertanya: "Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah?" baginda menjawab: "Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku."
(Tirmizi)
0 comments:
Post a Comment