Tuesday, 14 August 2012

2 bangga



Pendapatan aku tak seberapa
akan tetapi apabila aku dapat memiliki barang-barang 'branded' yang aku idamkan
aku rasa teramat bangga ketika memakai atau menggunakannya
padahal ada sebahagian dari barang-barang tersebut adalah barang terpakai
apatah lagi jika aku mampu membeli yang baru
tentulah sifat bangga aku akan menjulang-julang

bagitu juga dalam kehidupan berkeluarga
aku bangga dengan isteri aku
aku bangga mempunyai anak-anak yang comel

keadaannya dengan mak dan ayah aku pun sama
aku akan beritahu orang yang baru aku temui bahawa inilah kedua mak dan ayah aku
aku tak pernah tak mengaku bahawa kedua orang tua itu bukan mak dan ayah aku

dan semua perkara ini selalu bermain di dalam hati aku
bermakna inilah antara perkara yang paling tinggi keduduknnya di dalam hati aku
kerana aku sentiasa mengingati perkara-perkara ini


Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.
(Al-Anbiyaa' 21:1)

aku semakin lalai
sepatutnya aku bangga mempunyai ALLAH SWT 
bahawasanya mengingati ALLAH SWT itu lebih utama 
kerana seharusnya aku merasa bangga dengan rahmat dan redha ALLAH di dalam kehidupan seharian
aku harus menafikan tiada yang lebih besar selain ALLAH SWT 
setiap masa aku harus mengaku bahawa ALLAH SWT yang paling berkuasa dan tidak ada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH
(la'illah ha'illallah muhammada rasullallah) -kalimah tauhid 
kerana itulah cara untuk meninggikan kedudukkan ALLAH SWT di dalam hati kita 

... dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(Al-'Ankabuut 29:45)

Rasulullah SAW bersabda,

"Mahukah kalian aku beritahu tentang suatu amal yang paling baik dan paling suci di sisi Tuhan kalian, yang (dengannya) ia dapat meninggikan darjat kalian di sisiNya?”. “Tentu saja,” jawab para sahabat. Beliau lalu bersabda, "Zikrullah” (mengingati Allah)." 

(HR Ahmad, at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Saidina Ali ra telah bertanyakan Rasulullah saw– apakah cara paling mulia, mudah dan cepat dalam mendekatkan diri kepada Allah swt. Nabi saw menyebut kalimat‘La Ilaha Illallah’
kerana tiang arasy dan segala ciptaan Alllah terdiri atas kalimah ini. 

Para ahli hadis/sufi menyatakan apabila kalimah ini tidak disebutkan lagi oleh orang Islam, maka bermulalah kiamat. Daripada Saidina Ali, maka bermulalah segala amalan sufi. 
Ini memandangkan kedudukan Ali ra sebagai ‘pintu’ kepada ilmu kerohanian Nabi Muhammad saw.

Kalimah ‘La Ilaha Illallah’ mengandungi seluruh tasbih, tahmid dan takbir atau segala pujian kepada Allah SWT.
Berzikir akan mendorong tubuh bergerak atau harakah secara semulajadi. Hal ini sukar dijelaskan. Dalam tasawuf, harakah ini disusun begitu rupa sehingga menimbulkan rentak berbaris demi proses taqarrub.


Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin As Radiallahu‘anhu, katanya:
Rasulullah bersabda : ‘Sesungguhnya Allah memilih seorang dari umatku untuk menjadi saksi makhluk-makhluk pada hari kiamat. Kemudian dibukalah 99 catatan, yang setiap catatan terbentang sepanjang penglihatan. Kemudian Allah bertanya :


‘Adakah ini sesuatu yang kau ingkari? Apakah engkau dizalimi oleh pencatatKu dengan catatan-catatan ini?’ Dia menjawab :


‘Tidak, Tuhanku.’ Allah bertanya : ‘Apakah engkau hendak mengemukakan alasan?’ Jawabnya : ‘Tidak, Tuhanku.’ 

Allah berkata : ‘Benar, di sisiKu engkau memiliki kebaikan, dan tidak akan ada kezaliman atas dirimu pada hari ini.’ Lalu keluarlah selembar catatan yang berisi tulisan : ‘Asyhadu an‘La Ilaha Illallah’ , wa Asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh.’

Allah berfirman : ‘Bawalah ini ke neraca.’ Dia menjawab : ‘Wahai Tuhanku, selembar catatan ini ditimbang dengan seluruh catatan lainnya?’ 


Allah menjawab : ‘Sesungguhnya engkau tidak dizalimi.’ Lalu diletakkan selembar catatan itu di salah satu sisi neraca, sedangkan catatan lainnya sepanjang penglihatan itu diletak di sisi yang lain. Ternyata catatan-catatan yang banyak
Keutamaan Dan Buah Zikir itu menaik, sedangkan selembar catatan itu memberat.  Maka tidak ada sesuatu yang mampu menyaingi nama Allah.’

(HadisRiwayat At-Tirmizi, dan dikatakan sebagai hadis hasan, dan IbnMajah, Ibn Hibban didalam Sahih mereka, serta Al-Baihaqi dan Al-Hakim, dan dikatakan sahih atas syarah Muslim)

Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya :
Rasulullah saw bersabda : ‘Perbaharuilah iman kalian.’ Mereka bertanya : ‘Wahai Rasulullah, bagaimana cara memperbaharui
iman kami?

’ Baginda menjawab : ‘Banyak-banyaklah mengucapkan ‘Laa Ilaaha Illallah.’
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ath-Thabrani dengan sanad hasan)

Dari Ibnu ‘Umar Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah bersabda : ‘Bukan ahli ‘Laa Ilaaha Illallah’, orang yang kesepian di kuburnya dan pada saat kebangkitannya. 

Seolah-olah aku melihat ahli ‘Laa Ilaaha Illallah’ sementara mereka mengusap tanah dari rambut-rambut mereka dan berkata : 
‘Segala puji bagi Allah Yang telah menghilangkan duka cita dari kami.’
(Faathir: 34)’ (Hadis riwayat Ath-Thabrani dan Al Baihaqi)







2 comments:

  1. Salam..

    Satu peringatan..

    Sujudlah pada aturanKU..

    Bukan kepada ciptaanKU..

    Awaslah pada peringatan2KU..

    ARROBBI AL'AALAMIN...

    ReplyDelete
  2. Howdy! I'm at work surfing around your blog from my new iphone 4! Just wanted to say I love reading through your blog and look forward to all your posts! Keep up the outstanding work!
    Here is my site ; Sandpoint waterfront

    ReplyDelete

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates