Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.(Al Baqarah : 155-157 )
Ujian kehidupan adalah satu yang pasti ketika kita menongkah arus kehidupan. Itu lumrah sebagai khalifah ALLAH di muka bumi. Sesuai dengan sifat manusia yang memang mudah lupa. Maka ujian musibah diturunkan oleh ALLAH SWT sebagai peringatan kepada hambanya.
Sabar adalah akhlak yang amat dituntut di dalam ajaran agama Islam. Ianya mendapat tempat di dalam kalamullah, iaitu Al Quran. Islam menitikberatkan sifat sabar kerana beranggapan setiap perkara yang baik mahupun berupa musibah merupakan ujian daripada Allah SWT. Islam juga mendidik umatnya menerima ketentuan ianya termasuk dalam rukun Iman iaitu, beriman kepada qada’ dan qadar.
Rasulullah S.A.W bersabda :
Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata :Jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya.Melainkan hendaklah kamu katakan :Allah telah mentakdirkan dan apa yang Dia suka, ia perbuat!Kerana sesungguhnya perkataan :Andaikata… Itu memberi peluang kepada syaitan.(Riwayat Muslim)
ALLAH SWT menguji hambanya, bukan untuk menzalimi, tetapi sebaliknya, sebagai tarbiah kepada hambanya. Ianya hanya untuk kebaikan terutamanya orang beriman yang sabar ketika diuji.
Rasulullah, di dalam sabdaanya :
Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seseorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperoleh kegembiraan dia bersyukur, bererti kebaikan baginya dan jika ia ditimpa kesusahan, dia bersabar bererti kebaikan baginya.(Riwayat Muslim)
Memang mudah menyatakan sabar, tapi bagaimana keimanan kita bila ditimpa musibah?
Adakah berlandaskan al quran dan hadis atau berlandaskan akal nafsu logik sendiri untuk menyelesaikannya .
Wallahu’alam
Salam..
ReplyDeleteSalam untuk kembali pada FITRAH PENCIPTA..
Segala MAKAR..
Segala DUSTA..
Segala KEJAHATAN..
Segala KEBURUKKAN..
Segala KEROSAKKAN..
Segala KEZALIMAN..
Akan dikembalikan kepada Pemilik/Pembuat bersama sekutu2nya..
Begitulah sebaliknya..
Hati2lah...
PENCIPTA MAHA ADIL MAHA BIJAKSANA..