Wednesday, 20 January 2016

0 Adakah kita yakin




Surah Al-Fatiha, Verse 5:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.



Surah Al-Anbiya, Verse 71:
وَنَجَّيْنَاهُ وَلُوطًا إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا لِلْعَالَمِينَ

Dan Kami seIamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia.

*jika rujuk terjemahan al quran yang lain ada dinyatakan nama negeri yang diberkahi itu ,syam dan palastine

Aku nak berkongsi di sini ...
adakah kita yakin pada firman dan janji ALLAH SWT
pada ayat di atas

Kerana dulu aku melalui zaman remaja yang mencari personaliti
aku tidak ada arah tuju ,mengikut mana yang sedap dengan kehendak nafsu semata-mata
Kehidupan cenderung kepada duniawi
gelisah kurang kacak ,berpendapatan kecil tiada kenderaan dan tiada teman wanita
Hobi juga ikut-ikutan kawan-kawan yang lebih berpengaruh dan berpendidikan tinggi serta kawan-kawan yang banyak merantau ke merata negara

Hingga aku tertarik dengan amalan seorang kawan karib aku
lalu meminta dia mengajar sedikit sebanyak apa yang diamalkannya

Alhamdulilah mujurlah kawan aku tidak sudi kongsi amalannya
dan aku bersyukur kepada ALLAH kerana masih dipeliharaNya
kerana amalan kawan itu banyak menyongsang daripada Al Quran dan Hadis

Jadi carilah ALLAH dan RASUL
Carilah Al Quran dan Hadis
Carilah keikhlasan
Carilah rahmat dan redha ALLAH

kerana semua itu sudah meliputi sekelian alam daripada personaliti di sisi makhluk
yang tidak menjanjikan apa-apa ,hanya sementara sahaja

Tauhidkan lah ALLAH SWT
Tauhidkan lah ALLAH dengan sebenar-benar tauhid

Tiada yang paling tinggi di dalam hati kita
Hanya ALLAH SWT
janganlah masukan kedalam hati kita
berhala-berhala yang kita sembah
seperti rumah kita ,kereta kita ,motosikal besar kita dan lain-lain tanpa kita sedari

Kerana itu akan mengundang kemurkaan ALLAH
tak salah nak mencari harta tetapi biarlah ukhrawi di utamakan terlebih dahulu dan sentiasa diberi keutamaan

Jika sudah solat belum tentu tauhid kepada ALLAH
Jika sudah zakat belum tentu tauhid kepada ALLAH
Jika sudah puasa belum tentu sudah tauhid
Jika sudah mengerjakan ibadah haji belum tentu sudah tauhid kepada Allah

Berbalik kepada ayat diatas ...
yakinkah kita kepada janji ALLAH
sekiranya belum pasti adakah kita sudah mentauhidkan ALLAH

Marilah mentauhidkan ALLAH dengan sebenar-benar tauhid tanpa menyekutukanNya dengan apa sekali pun
perbanyakan lah kalimah tauhid di dalam hati
La'illa ha'illallah muhammada rasullallah
diselangi dengan selawat ketika hati gundah gulana resah gelisah
dan istigfar apabila terbuat atau terkenang perkara maksiat

Perbanyakkan lah mengingati ALLAH SWT penuh keikhlasan dengan perkara sunat ataupun wajib
mengharapkan hanya rahmat dan redhaNya semata-mata

ALLAH itu penunai janji
Yakinlah

In sya ALLAH 

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates